Alhamdulillah, selepas berbulan-bulan merancang untuk pergi ke utara Russia, sampai juga aku. Saint Peterburg, bandar yang cantik, indah, aman, maju dan macam-macam lagi yang membuatkan aku jatuh cinta pada pandangan pertama. Perjalanan keretapi yang mengambil masa 7 jam tidak sia-sia. Penat lelah menaiki keretapi seorang diri dari Moscow hilang sejurus tiba.
Tidak seperti di Moscow, masing-masing menjalani kehidupan masing-masing, bergerak pantas ke tempat kerja, ke universiti, ke mana sahaja tanpa hiraukan manusia di sekeliling. Saint Petersburg memberi aku peluang menarik nafas tenteram di bumi Russia.
Saint Petersburg. Nama itu berasal dari perkataan Peter-Burg. Peter, atau pun Raja Peter 1 (Пётр I Вели́кий)merupakan raja Emperor Russia yang membina bandar ini sebagai ibu negara pada masa itu. Burg pula membawa maksud bandar dalam bahasa Jerman. Raja Peter 1 membina bandar ini dengan teratur, penduduknya ditetapkan oleh raja sendiri, malahan masterplan bandar ini juga merupakan hasil ilmu yang dibawa pulang beliau ketika mengembara ke seluruh pelusuh Eropah.
Di bandar ini ditempatkan puluhan atau mungkin ratusan muzium. Pelbagai jenis muzium. Antara yang paling gah, Hermitage. Tapi aku tak berniat untuk bercerita mengenai Hermitage, tapi sekadar memberi sedikit gambaran mengenai bandar yang terletak 600km ke utara Moscow. Bandar ini juga terkenal dengan Malam Putih ( White Nights), dimana pada musim panas, akan ada beberapa hari yang sentiasa cerah di bumi Saint Petersburg.
Eh, eh, ini belum habis lagi, ada banyak lagi. Post seterusnya aku akan paparkan Hermitage dan Muzium Perang dan Tentera Laut Russia. Baca siap-siap kat wikipedia oi! :P