Sabtu, 9 Mei 2009

Syurga Cinta



21 MEI. Panggung Wayang seluruh Malaysia akan digegarkan dengan sebuah filem, yang sama sekali jauh berbeda dengan filem-filem yang pernah ada dia tanah air ini. Filem yang insyallah akan merubah wajah dunia perfileman tanah air. Filem yang sudah tentu akan merubah persepsi masyarakat mengenai percintaan.

Mesti semua tertanya-tanya, kenapa aku tulis pasal filem? Sedangkan aku jarang sekali melihat filem tidak kira baru mahupun lama. Tapi, apabila melihat BTS SYURGA CINTA, aku merasakan, impian aku melihat sebuah filem berorientasikan ISLAM yang dicipta atau diilhamkan oleh rakyat Malaysia sendiri tercapai. Ditambah lagi dengan barisan pelakon yang cukup mantap dan hebat, termasuklah bintang AF, Heliza. Kalau semua nak tau sangat apa yang istimewa sangat pasal filem ini, meh, tengok trailernya!


jgn baca bawah!habiskan tgk dulu:D

Secara peribadi, melalui bebola mata aku sendiri, aku melihat filem ini sebagai paparan realiti yang perlu disaksikan dan diakui oleh seluruh warga Malaysia dan juga SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. Melihat orang Islam sendiri ke kelab2 malam bukanlah sesuatu yang janggal. Malah, kelab-kelab malam yang ada di merata-rata Lembah Kelang sentiasa dipenuhi oleh orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Jikalau dulu, cerita orang Islam tidak solat sangat hangat. Tetapi kini, orang Islam bukan sahaja tidak solat, malah, mereka tidak tahu apa itu solat. Tiada bedanya hidup mereka dengan hidup orang-orang yang hanya berkiblatkan pangkat dan kemewahan. SEKS bebas juga sudah menjadi salah satu cara hidup generasi kini. Yang betina berasa bangga apabila dinodai. Dan yang jantan berasa hebat dan gagah menodai si betina. CINTA yang sering dianggap suci telah dinodai disebabkan oleh pengaruh-pengaruh sang manusia yang berkiblatkan duniawi semata-mata. Sebagai bukti, aliran masuk filem-filem barat yang sangat tidak sesuai untuk tatapan rakyat timur telah menjajah kepala hotak orang kita, sehinggakan mereka berasa, cinta tidak romantis jikalau tidak BERDUA-DUA. Cinta tidak romatis kalau tidak BERPEGANG TANGAN. Cinta tidak romantis sekiranya tidak berakhir di atas ranjang.

Dalam filem ini juga, dilihat bagaimana, Islam telah menyusun susur atur hidup umatnya dengan sempurna. Cuma kita sahaja yang tidak mahu belajar dan mengikutinya. Kita lebih mengagongkan cara hidup yang diasas oleh manusia berbanding dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Bagaimana percintaan itu tidak jahat, percintaan itu manis rasanya kalau betul caranya. Semua orang patut tgk cerita ini, ambil pengajaran. Sebab, apa aku lihat hari ini, bila berbicara mengenai cinta, wujud 2 jenis manusia. Yang pertama fanatik cinta. Yang kedua anti-cinta. Golongan yang pertama ini sah-sah golongan yang tidak sedar wujudnya tuhan sehingga dia merasakan cinta itulah tuhan. Dia lupa bahawa dia adalah hamba tuhan, tetapi dia boleh menghambakan diri kpd cinta ilusi semata-mata. Yang kedua pula, ialah orang yang cuba beramal sebaik mungkin, tetapi tidak kene pada caranya. Mereka menganggap cinta itu jijik, sedangkan cinta itu suci, tetapi orang2 yang bercinta itu yang jijik. Mereka berasa takut untuk jatuh cinta kerana tidak mahu jadi seperti manusia2 yang jijik bercinta. Tetapi memang aku tidak nafikan, cinta pada akhir zaman ini, terutama ketika di usia muda, sememangnya antara lubang-lubang untuk syaitan menguasai diri kita. MAKA BERWASPADALH!

Dalam filem ini juga, aku lihat, bagaimana cinta itu mampu mengubah seseorang. Pasti ada pihak yang tertanya-tanya, adakah perubahan dan taubat manusia ini diterima? Bukankah mereka berubah kerana cinta semata? Di mana pergi keikhlasan seorang hamba? Lantas, teringat aku sepotong lirik HIJJAZ, "kerna cinta, kenal penciptanya, kerna cinta, kenal rasulnya"
Bukanlah mereka tidak ikhlas bertaubat, tetapi apabila mereka jatuh cinta dengan orang-orang yang soleh, barulah mereka sedar, bahawa mereka telah bayak berdosa. Sudah menjadi fitrah manusia itu pelupa. Maka apabila dilihatnya si kekasih itu, barulah dia teringat akan tuhannya.
Seperti satu potongan dalam filem ini, Heliza menegur lelaki tidak boleh pakai rantai. Apabila kita ditegur oleh orang yang kita sayang, yang kita beri perhatian, sudah tentu teguran itu memberi impak yang dalam, yang akhirnya membawa seseorang itu kembali kepada tuhannya. Tetapi apa yang aku sedihkan, adakah cinta zaman ini membawa nilai-nilai perubahan yang positif atau lebih merangsang manusia melakukan dosa? Fikir-fikirkan lah.

Alhamdulillah, sudah ada pengarah dan penerbit yang berani melahirkan filem sebegini di tanah air kita. Insyallah, kalau ada kesempatan, aku akan saksikanya. Akhir kata, kepada mereka yang sedang bercinta, ingat, kita bercinta kerana tuhan dan rasulnya. Janganlah cinta menyebabkan kita lupa pada tuhan. Kembalilah kita ke pangkuannya. Sesungguhnya cinta agong itu adalah cinta ALLAH dan RASULULLAH SAW.

p/s: Kepada mereka yang masih berpegangan tangan tatkala berpacaran, sudahlah, kembalilah kita kepada ISLAM. (ditujukan juga kepada salah seorang rakan baik aku!)




2 ulasan:

Hannan Baharom berkata...

kepada mamat tu, yg berpegang tgn dgn bdak perempuan....tolong la, jgn betulkan org lain....betulkan diri sendiri dulu.....

Rantong berkata...

semua umat islam perlu tahu berdakwah. tak leh harap ustaz2 je. kalau tak, maksiat berleluasa..

View Profile: Rantong™