Jumaat, 11 Disember 2009

Kenangan Terindah

assalamualikum,

Alhamdulillah, setelah 11 tahun berhempas pulah mentelaah segala jenis pelajaran di sekolah rendah dan menengah, aku kini sudah menamatkan sesi persekolahan aku. Mungkin bagi sebahagian daripada kita merasakan sekolah bagai neraka mahupun membosankan, tapi jauh sekali aku. Sekolah merupakan tempat yang sangat menarik. Ada kawan untuk bersembang-sembang, bergelak ketawa, sakat menyakat, belajar bersusah payah untuk mencapai sebutir kejayaan, belajar mematangkan diri, dan mengerti perasaan dan kerenah berbagai jenis manusia.

SEDIH! Kalau aku ditanyakan, "berikan satu perkataan menggambarkan perasaan anda ketika tamat persekolahn", tiada yang lain, sekali lagi aku ulang, SEDIH! Sekolah sentiasa menarik dari sudut pandangan aku, jarang-jarang aku berasa bosan ketika di sekolah. Walaubagaimana susahpun soalan-soalan Matematik Tambahan dan Kimia yang diberi, aku tetap berasa kesusahan pelajaran2 inilah yang membuatkan sekolah semakin menarik dan terus menarik. Aku sentiasa menanamkan dalam diri ini dengan semangat INKUIRI, semangat ingin tahu dan belajar serta berusaha merungkai persoalan-persoalan yang bermain dalam kotak minda. Sememangnya sejak dari keci, pelajaran kegemaran aku ialah pelajaran yang susah-susah dan pelajaran yang aku agak sukar untuk mendapat keputusan yang baik. Kebiasaanya, semakin susah sesuatu pelajarn itu, lagilah aku bersemangat untuk belajar. Setiap markah yang hampir-hampir menjadi warna merha ketika ujian dan peperiksaan sentiasa memberi aku semangat dan dorongan untuk berusaha belajar dengan lebih keras dan mempertingkatkan lagi latih tubi. Mungkin aku punyai sifat egoisma yang tinggi, tapi rasanya tidak salah sekiranya kalau kita menggunakan sifat ego itu ke arah jalan yang benar, ataupun, "Siratul Mustaqim"

Aku jarang-jarang terdorong untuk belajar semata-mata untuk peperiksaan, malah aku cukup takut kalau apa yang telah aku pelajari hari ini, akan lenyap dalam masa beberapa tahun. Terutamanya pelajaran-pelajaran seperti Sejarah dan Pendidikan Islam yang mungkin tidak akan dilihat lagi tatkala melangkah ke alam IPT. Sejarah, mata pelajaran kegemaran aku sejak tingkatan 1. Mengetahui bagaimana Tanah Melayu terbentuk, dijajah, dan merdeka merupakan sebuah perjalanan yang sangat menarik. Apatah lagi, apabila kita mengkaji dengan lebih dalam, kita akan tahu lebih dari apa yang terkandung dalam buku teks kita. Melangkah ke alam Menengah Tinggi lebih menarik apabila sejarah yang dikaji bersifat lebih universal, meliputi pelbagai tamadun di muka bumi ini. Dari hari ke hari, pelajarannya semakin menarik. Masuk tingkatan lima, aku memperolehi seorang guru sejarah yang betul-betul bijak dan hebat dalam pengajarannya. Guru yang membuat aku melekat teru dengan sejarah. Walaupun markah aku tidak sehebat pelajar-pelajar top kat sekolah, tapi aku berasa puas dapat belajar perkara-perkara yang sebelum ini aku tidak tahu.Alam menengah tinggi juga bertambah menarik apabila pelajaran Sains diajar dengan lebih mendalam. Tiada syak lagi, sememangnya aku cukup suka, sayang, cinta FIZIK.haha. Kimia juga menarik, tapi disebabkan aku banyak bermain ketika Tingkatan 4, maka kimia aku sangatlah mengecewakan.haha.

Namun begitu, sekolah juga merupakan institusi sosial yang terbaik aku pernah sertai. Aku belajar pelbagai perkara, dari mengurus fail-fail hinggalah menjadi ketua. Semuanya merupakan pengajaran yang tiada nilainya dan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain. Aktif dalam kokurikulum tidak pernah mengecewakan, (walaupun tetap kena pergi PLKN), aku memperoleh 1001 rahsia yang mungkin rakan-rakan yang kurang aktif tidak tahu. Mentadbir sesebuah organisasi baik kecil mahupun besar bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi apabila anda merupakan pioneer ataupun menubuhkan kelab yang rasanya tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga di Malaysia ini. Bukan tujuan aku ingin berbangga-bangga, kerana tiada apa kejayaan yang aku mampu peroleh, cuma aku hanya ingin berkongsi kenangan-kenangan di zaman persekolahan. THE AVIATION CLUB. Sebuah kelab yang ditubuhkan pada dasarnya untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMKS19, mengenai dunia penerbangan yang sebenranya. Bukan setakat juruterbang dan pramugari, malah meliputi segala bidang yang terdapat dalam dunia ini. Jujur aku terhutang budi kepada beberapa Pensyarah2 UniKL MIAT, yang tidak mengenal erti penat lelah, datang dari Dengkil, ke Shah Alam hampir setiap kali perjumpaan, untuk membantu kami mengenal dunia penerbangan dengan lebih mendalam. Usaha mereka telah banyak membantu kami menjalankan pelbagai aktiviti, malahan kelab ini merupakan antara kelab yang paling aktif di SMKS19, dengan pelbagai aktiviti dan sering melakukan perjumpaan. Pengalaman membangunkan sebuah Kelab ini sangat banyak membantu. Dari tidak tahu hendak menulis surat2 rasmi, sudah mengerti, dari tidak mengenal apa itu kertas kerja, aku bersama rakan-rakan berjaya menyiapkan kertas kerja. Terlalu banyak pengalaman yang aku sudah perolehi. Sudah tentu walaupun aku sudah tamat persekolahan, aku akan terus menerus menghulurkan keringat dan bantuan semampu yang boleh, agar kelab ini tidak kecundang dan semakin kuat dari hari ke hari, insyallah.

Pengalaman menjadi Ketua Pengawas juga sangatlah bernilai. Mempunyai rakan-rakan yang sentiasa supportive banyak membantu aku meredah segala arus dalam memimpin Lembaga Pengawas Sekolah. Melalui pengawas juga, terbina satu hubungan erat dan silaturrahim yang sangat kukuh antara kami semua, ahli pengawas. Terutamanya AJK2 pengawas. Pengalaman mengendalikan pelbagai program di sekolah telah banyak mendewasakan kami. Satu persatu masalah kami cuba selesaikan bersama dalam sebuah pasukan ataupun keluarga. Menjadi pengawas tidak pernah merugikan, malahan sentiasa bermanfaat. Seronok pon seronok. Namun semua itu bergantung kepada pengawas tersebut. Seperti aku, aku lebih gemar menggunakan pendekatan silaturahim dan fun dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Kadang-kadang pengawas sendiri terlalu poyo dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang akhirnya mendorong mereka dibenci oleh rakan-rakan sendiri. Kita datang ke sekolah bukan untuk dibenci, tapi untuk mengeratkan silaturrahim, barulah nak belajar pun aman dan tenteram. Melalui pendekatan aku, kelihatan ok, kawan-kawan boleh terima, tapi tekanan dari guru-guru yang terlalu bersikap ortodoks membuatkan rancangan aku gagal menemui sasaranya. Aku tidak menujukan hal ini kepada semua guru, malahan aku hanya tujukan kepada sebilangan kecil sahaja. Tapi aku juga punyai kelemahan sendiri, dan apabila menjadi pengawas, kita tahu kelemahan tersebut dan berusaha membaikinya. Yang paling utama , menjadi pengawas, banyak membantu aku belajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Memang mudah cakap, banyak sangat kenangan ketika di menjadi pengawas, yang mana aku yakin x kan berulang lagi selepas ini.

Hari ini, sudah 3 hari aku meninggalkan alam persekolah, tiada lagi uniform, tiada lagi debaran peperiksaan(kecuali keputusan SPM.haha), tiada lagi bunyi loceng yang ditunggu-tunggu, tiada lagi semua itu. Perkara yang sentiasa menarik dalam ingatan aku. Kepada adik-adik yang bakal menghadapi SPM tahun hadapan, hargailah masa anda, gunalah masa anda di tingkatan 5 sepuas-puasnya, jangan sesekali alpa dalam pelajaran. Tingkatan lima akan jadi lebih menarik jikalau anda tidak sibuk bercinta, betul!, sebab kalau sibuk bercinta, wajah yang anda tatap saban hari ialah wajah kekasih anda, bagaimana wajah rakan-rakan anda? Lebih merbahay kalau percintaan di tingkatan lima kecundang di tengah jalan yang mampu menggugat tumpuan anda dalam menghadapi SPM. Gunakanlah masa ini bersama-sama rakan2, guru2, makcik2 kantin, makcik bookshop dan sesiapa sahajalah yang mungkin anda akan rindu, Kerani pun mungkin juga. Badrul mesti rindu Abang Suresh kan..hehe

Self Potrait l Memory!

kali terakhr aku menyarung unifor sekolah:(

sekian, wasalam

5 ulasan:

WaniiA berkata...

halamak bang ! thanks aa..insyaAllah saya ikut mcm abg aaa..HAHA..

after this you're 18 ! haha..

enjoy :)use it wisely naa

Eyka Hamasuba berkata...

aaaaaaaaa, aku rindu sekolahhhhhhhhhhhh. aaaaaaaaaaaaa, aku rindu ko la zam. hahahaha. aku rindu akak kantin yg selalu jage nugget pagi2 tu. selalu kacau die.. aku rindu nak pakai selipar masuk tandas walaupun kadang2 aku tak pakai pun.. aku rindu nak tengok muke cikgu. aku rindu nak bagi salam kat cikgu. aku rindu rindu rindu serindu rindunyeee~

lupna lisa berkata...

wahhhhh
kata tak ade ayat nak tulis..
nie bkn main berjela-jela ayat kau zam..hihihih
wahhhh..nak nangis lah aku bce post kau nie...
setiap kata2 kau benar kot..
rindunya!!!!

nurulnadzirah berkata...

btol3..
rasenye pasni ble la ag nk jmpe dgn korang sume yg comel2 belake nie..haha
em..agaknye mse amik result la kot..(^,^)

Lingkies berkata...

emo giler post kau. haha