assalamualaikum,
Dah lama sangat tak menulis dalam diari maya ini. Terasa rindu di hati mengenang kembali saat-saat di bangku persekolahan, gelak tawa dan masa yang banyak untuk diluang bersama komputer tercinta. Banyak juga masa untuk latihan tarian jari-jemariku di atas pentas papan kekunci ini. Namun, semenjak bergelar mahasiswa, masa berlalu dengan begitu pantas, setiap detik sangat berharga, setiap saat tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jadual kelasku terlalu padat, tidak sama langsung dengan mahasiswa-mahasiswi lain di UniKL MIAT ini. Aku yang telah memilih jalan ini, dan inilah masanya untuk aku membuktikan bahawa aku mampu melakukannya, meredah onak dan duri, merenangi lautan cabaran untuk meniti impian yang telah disimpan sejak kecil lagi. Aku kini telah berjaya menjumpai kunci kepada pintu impianku, yang tinggal hanya perlu mencari pintu tersebut dan memasukkan kuncinya. Namun ia tidak semudah gambaran metafora ini. Aku terpaksa bertungkus-lumus, melupakan penat-lelah dan fokus pada impian aku.
Post kali ini, tak ada gambar macam sebelum-sebelum ini. Walaupun baru sahaja bertukar ke Nikon D90, aku masih belum berkesempatan untuk mengeksploit segala kelebihan Nikon D90 tersebut. Mungkin dalam beberapa minggu ini aku akan sibuk dengan pelajaran dan mungkin mengambil masa untuk aku bergiat aktif semula dalam bidang fotografi. Berbalik pada tajuk, "Meniti Impian". Entah kenapa, malam ini aku rasa bersemangat untuk menulis mengenai impian. Mungkin setelah masuk ke bilik senior, merangkap jiran, hehe, aku rasa kagum dengan senarai impian dan matlamat yang telah disusun molek dan saya yakin beliau aku berjaya mencapainya. Aku percaya, menulis matlamat kehidupan kita dan membacanya setiap hari, membantu mencapainya. Aku yakin kerana aku sendiri pernah buat hal demikian ketika zaman SPM 09. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah aku berjaya lebih dari apa yang aku impikan.
Kadang-kadang, terdetik di benak pemikiran aku, kenapa aku perlu ke luar negara, perlu berbahasa asing, perlu menyiksa minda dan lidah memutar setiap perkataan yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini? Apabila terlalu pening, atau istilah aku, 'KABUT', pemikiran-pemikiran negatif selalu datang menerpa mengetuk pintu minda ini. Sebelum ini aku seorang yang positif, tidak melihat ke belakang, aku yakin akan keputusanku dan aku pantang dicabar. Namun aku takut, jikalau, hasutan2 negatif yang datang sekali-sekala ini meranapkan titian impian yang telah aku bina dan masih membinanya.
Kini impian aku sudah makin jelas kelihatan. Aku sudah nampak ianya melambai2 ke arahku seolah-olah telah lama menungguku. Aku perlu positif! Tinggalkan hasutan- negatif itu jauh-jauh, campakkannya jauh nun ke planet BIRU! biar ia tidak datang semula. Aku gemar mengenang saat-saat di sekolah. Membuat aku bersemangat semula. Aku pernah rebah, dan aku mampu bangkit semula. Aku pernah tertekan dan ditekan, tapi itu x menjadi alasan. Aku pernah minitis air mata kerana lelah, tapi gelak ketawa aku membantu aku untuk bertenaga semula. Aku yakin, walaupun aku berada di puncak yang berbeza, aku yakin aku mampu melakukannya. Mungkin sekarang ini dalam kondisi KABUT, tapi aku tidak mahu selama-lamanya kekal dalam kekacauan ini. Baba, Mama, Saudara-mara, Bapak2, Ibu2, Guru2, dan rakan2 sekalian, aku perlukan doa kalian, doakan kesejahteraanku di muka bumi dan akhirat dan doakan kejayaan dalam bidang aku ini, aminn.
sekian, perkongsian ikhlas dari hamba yang lemah.
menulis sekadar berkongsi,
bukan mencari simpati,
kerana tulisan ini membantu diri,
untuk berjaya kelak suatu hari!
1 ulasan:
hebat!! teruskan perjuangan ,never-never give up!!! bro
Catat Ulasan