for the time being, tulisan ini masih plain, tanpa gambar, izinkan sedikit masa untung aku menyambungnya kemudian.
assalamualaikum,
Ucapan saya untuk kalian dah terlaksana. Hendak memilih bidang telah dibincang. Jadi apa lagi yang hendak dibincangkan? Uh?! Banyak sekali. SPM bukanlah segala-galanya. Berjaya tatkala SPM x menjanjikan sebarang jaminan anda berjaya seterusnya dalam Univesiti.
Luar atau Dalam Negara?
Persoalan ini selalunya bermain di fikiran pelajar-pelajar cemerlang terutamanya dari sekolah-sekolah berasrama (Kementerian & MARA). Anda mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pelajar-pelajar lain untuk memohon tajaan atau pinjaman ke Universiti2 luar negara. Persoalan ini juga mungkin bermain dalam pemikiran mereka yang hendak menyambung pelajaran dalam bidang medik kerana mungkin di beberapa buah negara lain, kos menyempurnakan MBBS lebih murah berbanding di Malaysia.
Aku tidak pula mengatakan bahawa mereka-mereka yang dikategorikan mid-achievers ini tidak mampu pergi ke luar negara, tetapi fokus aku tertumpu kepada SPM Leavers. Seperti yang kita tahu, saban tahun, kerajaan dan syarikat-syarikat terkemuka di dunia menawarkan ribuan tajaan dan bantuan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Namun sejauh manakah pentingnya kita untuk menuntut di luar negara.
Bahagian ini aku lebih tumpukan kepada pelajar-pelajar sekolah berasrama kerana kalian mempunyai peluang yang lebih cerah. Aku rasa tidak perlu aku beri keterangan bagaimana hendak memohon dll kerana saya yakin anda paling arif dalam hal tersebut. Tetapi, perlu difahami, menuntut di luar negara bukan untuk pergi bersiar-siar ataupun melancong. Kita hendak pergi belajar. Kebiasaannya sesi permohonan bermula dengan temuduga. Bermula dari sinilah, ribuan manusia cemerlang atas kertas ini, mula melangkah dengan silap. Bukan cara mereka ditemu ramah. Tetapi tujuan mereka menghadiri temu ramah tersebut sudah terpesong. Memohon menyambung pelajaran ke luar negara bukan permainan yang boleh kita teka-teka, tembak-tembak. Kebanyakan pelajar lebih mementingkan DESTINASI PELANCONGAN mereka berbanding bidang yang mereka inginkan. Masing-masing menyimpan 1001 hasrat pergi ke negara-negara terkemuka seperti Amerika, UK, Australia. Sedangkan dalam beberapa bidang, mereka bukan yang terbaik. Sebagai contoh, berapa ramai pelajar-pelajar cemerlang atas kertas ini tidak mahu pergi ke India untuk menyambung pelajaran dalam bidang Medik sebagai contoh. Sedangkan mereka menyediakan platform terbaik untuk pelajar-pelajar medik menjadi doktor-doktor yang cemerlang.
Keputusan yang bakal diterima selepas temuduga juga adakalanya berbeza dengan yang dipohon. Dipohon kejuruteraan elektrikal, ditawarkan kejuruteraan mekanikal. Tetapi memandangakan peluang belajar di LUAR NEGARA lebih bernilai dari cita-cita anda, dengan hati terbuka tawaran ditandatangan. Dari mula lagi niat sudah terpesong. Apa kurangnya negara kita ini dibandingkan dengan negara luar?
Sepatutnya, bukan di mana kita hendak belajar menjadi aspirasi, tetapi apa yang hendak dipelajari itu yang dijadikan aspirasi. Bayangkan sahaja, anda ditawarkan belajar di UK, universiti yang tidaklah segah mana, dala bidang kejuruteraan Atom, namun anda bukanlah minat sangat hal-hal Atom ini. Anda dengan hati terbuka menerimanya, kerana well, UK weyh, UK. Dasar otak kita dah kena jajah, nak buat macam mana. Kalau anda hanya memintang glam, popular, keseronokan melancong, fikir-fikirkan semula, sengsara mununtut ilmu yang tidak diminati. Kita bakal bekerja dengan perkara yang bukan diminati seumur hidup kita. Bagaimana mungkin anda, yang telah dihantar oleh kerajaan untuk menuntut pelajaran di negara-negara maju ini, dapat menjadi pemangkin kejayaan negara. Kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk menghantar seorang pelajar ke UK mencecah jutaan ringgit.
Renung-renungkan, jikalau anda benar tahu, bidang apa yang anda minat, mula mengkaji, di manakah tempat yang terbaik untuk menyelami bidang itu. Jangan main hentam semborono membuat keputusan dalam hidup kalian. Kerajaan membelanjakan bukan, ratusan, bukan ribuan, tetapi hampir jutaan ringgit DUIT RAKYAT, agar kalian ini bakal menjadi pemangkin negara. Dalam atau luau bukan persoalan utama, tetapi di manakah saya mampu memperolehi pendidikan terbaik dalam bidang yang diminati itu patut menjadi fokus.
IPTA atau IPTS?
Persoalan ini sangat penting sebenarnya. Tetapi sebelum merungkai lebih lanjut, terkadang aku terfikir, mengapa kaum Melayu ini terlalu bergantung harap kepada institusi pendidikan kerajaan semata-mata. Langsung tidak heran hendak menoleh sebentar ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Takut, tidak mampu, kami orang miskin, ibu bapa kami kerja biasa-biasa sahaja dan ribuan alasan yang tidak pernah habis. IPTA atau IPTS, itu bukan persoalan seperti "Mampu atau Tidak". Ini bukan persoalan materialistik. Ini persoalan mendapatkan pendidikan yang terbaik. Keadaannya sama seperti persoalan belajar di dalam atau luar negara. Belajar di mana, apa kos yurannya, patut menjadi nombor ke 35. Yang patut diutamakan, di mana saya mampu mendapatkan pendidikan terbaik dalam bidang yang saya minati dan bersesuaian dengan keputusan saya.
Ramai antara kita, teruatamanya orang Melayu, tidak menoleh langsung ke pusat pendidikan yang dilabel IPTS. Dengar sahaja IPTS, kalau boleh hendak memegang sepanduk, KAMI TIDAK MAMPU, KAMI BUKAN ORANG KAYA, KAMI MENGHARAPKAN BANTUAN KERAJAN. Ideologi-ideologi yang patutnya ditepis jauh-jauh. Setiap IPT mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang hebat dalam bidang A tetapi kurang dalam bidang B. Ada yang hebat dalam bidang C, dan lebih lebih hebat dalam bidang D. Dan tidak boleh dipertikaikan juga kecemerlangan-kecemerlangan ini kebiasaannya dipelopori oleh IPTA. Makanya adalah lebih penting untuk kalian membuat kajian serba sedikit terlebih dahulu dalam memilih bidang yang ingin diceburi dan IPT yang menawarkan pendidikan terbaik. Apa yang kalian sedang tentukan ini ialah merancang masa hadapan. Agar suatu hari nanti anda semua tidak menoleh belakang dan mengeluh dengan penuh kesesalan. Perlu diambil perhatian juga, beberapa IPTS seperti UniKL menawarkan bantuan kewangan MARA. Jikalau anda memohon dalam Foundation in Engineering and Science(FIST) UniKL, anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan seterusnya, segala kos pembelajaran dan sara diri ditanggung oleh mara, seterusnya apabila menyambung pelajaran di peringkat ijazah, anda diberi peluang untuk memohon bantuan dari MARA. Berdasarkan fakta, 90 peratus pelajar UniKL mendapat bantuan MARA. Untungnya apabila kita mendapat bantuan MARA, kita membayar semula pinjaman kita mengikut CGPA kita. Sekiranya bagus, mungkin tidak perlu membayar semula ataupun beberapa peratus sahaja. Ini merupakan fakta yang tidak disedari begitu ramai pelajar. UniKL MIAT sebagai contohnya meletakkan Gred yang sangat tinggi untuk lulus, iaitu 75 peratus. Tetapi disebabkan silibus pendidikan mereka menekankan praktikal, maka ianya tidaklah terlalu suakr untuk diperolehi, tapi memerlukan minat, passion dan semangat yang utuh.
Selain itu, Matrikulasi dan Asasi-asasi juga merupakan antara peluang kalian untuk melanjutkan pelajaran ke IPT yang cemerlang. Matrikulasi menekankan sistem pembelajaran kuliah dan tutor. Maksudnya, kita ada Kuliah, duduk ramai-ramai dengan lecture, dan kedua kelas tutor, ada kelas kecil, mungkin 20-30 orang, bergantung kepada kepadatan pelajar di Kolej Matrikulasi tersebut. Tetapi risiko tetap wujud. Sekiranya anda pelajar aliran Hayat (medik), anda dikehendaki memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.8 ke atas. Itu hanyalah syarat kelayakan, tidak termasuk lagi saingan-saingan. Dengan kata mudah, CGPA 4.0, yakni CGPA maksimum merupakan syarat sah dan wajib melajutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Saingan yang terlalu tinggi, bebanan kerja yang banyak dan tekanan yang menimpa boleh menggugat prestasi. Tetapi saya yakin, kalau ada keazaman, kesungguhan hendak mencapai cita-cita, CGPA 4.0 bukanlah satu yang mustahil. Kolej Mara Kuala Nerang mempunya satu slogan yang sangat saya sukai dan membakar semangat, "The Grade is A, The Number is 4." Kalau slogan ini tersemat, insyallah, masa depan anda terjamin. Jikalau ibu bapa anda mampu membiayai kos pendidikan anda, terdapat 1001 cara lain untuk mendapatkan pendidikan terbaik, sperti Ausmat, A level, IB dan sebagainya.
STPM juga tidak ketinggalan sebagai pintu anda ke dunia baru ini. Namun saya kurang bersutuju sekiranya STPM menjadi tempat pilihan anda kerana anda merasakan anda tidak layak ke mana-mana. STPM tidak mudah. Tetapi jikalau berjaya dalam STPM, laluan anda sangat terbuka. Selain itu, wujud juga institusi-institusi latihan/ vokasional untuk mereka yang merasakan, buku bukan cara pendidikan terbaik. Mereka yang mempunyai kemahiran, sepaptutnya masuk ke institusi2 ini. Antara yang terkenal, IKM, Intitusi Kemahiran Mara. Selepas tamat sijil, anda boleh menyambung pelajaran dalam bidang diminati(diploma dan degree).
Ribuan pilihan tersediakan :) Satu saja pilihan yang aku bangkang, YA, AKU BANGKANG! iaitu bekerja. Bekerja sepenuh masa bukan cara terbaik. Dapatkan pendidikan terlebih dahulu, barulah dapatkan pekerjaan yang terbaik. Tapi perlu diingatkan, pendidikan itu buka pula tiket untuk mendapatkan pekerjaan. Ribuan peluang menyambung peajaran tersedia, mahu atau tidak sahaja.
Kesimpulan
Apa yang aku tulis ini hanyalah berkongsi bersama kalian, sekadar yag diketahui. Ribuan info boleh didapati dalam internet jalur lebar mahupun x berapa nak lebar. Tekan sahaja, macam-maca ada, dengan kerancakan promosi-promosi yang giat dilaksanakan oleh pihak-pihak IPT, sudah tentu maklumat tidak sukar untuk didapati. Aku hanya doakan yang terbaik bagi kalian. Agar kalian bakal menjadi pencetus kejayaan negara. Amin.
143 ulasan:
asekum dan salam sejahtera saya ucapkan kpd saudara sy merupakan seorg student Unikl RCMP yg mengikuti kursus Farmasi di sini...pd sy Unikl mmg baik kerana ia memberi kita peluang dlm mengikuti kos2 yg kritikal...seperti sy kos silibusnya amat sukar walaupun lebih kpd praktikal yakni dlm nisbah 70 : 30 iaitu 70 utk praktikal dan 30 utk teori...di sini juga terdpt kos MBBs iaitu sarjana muda pembedahan,sarjana muda perubatan atau dlm kata pendek kos perubatan ( doktor )...mmg di sini kami ditrain ukt belajar di bwah presseure utk makje sure time kerje t senang ckit utk face with pressure..sy dlm proses mndpt loan MARA secara penuh yg berjumlah RM50K+ klu pointer ok kami boleh minta pengurangan bayar sbyk 10% , 25 % ,50% , 75% , dan 100% klu sgt baik...ambil contoh pd dua sem yg lepas ada sorg senior nursing ni hanya bayar bayar RM4000 shj sdgkan 3 tahun belajar kosnya berjumalah RM40K+ so mmg untung ah g pon CGPA dye 3.5 ke atas....klu sy mmg lepas amik kos farmasi ni mmg trus bercdg nk amik MBBS kat Unikl RCMP walaupun kos 5 thaun belajar MBBS sekitar RM277K+ tapi klu perform dpt kurang bayar g pon elaun byk dlm RM500-RM600 sebulan....tajaan penuh lagi tu utk semua kos klu dpt pinjamaan MARA...so hope anda dpt wat dicision ah..just skang ni kemasukan ke RCMP semakin ketak disebabkan pd tahun 2015 nanti UniKL RCMP akan dinaiktaraf menjadi IPTA tak silap saya namanya akan ditukar kpd Universiti Perubatan Diraja Perak...nama skang Universiti Kuala Lumpur,Royal College Of Medicine Perak....sekian terima kasih...
assalamualaikum...saya nak tahu apa beza kolej matrikulasi kpm dengan kolej MARA selain yuran pendaftrn ? andai kata saya dapat kolej matrikulasi kpm... nti untuk sambungan degree, berapa percent boleh saya daptkan loan under MARA?
tolong saya... skrg ni saya tgha buat pilihan antara unikL mestech bwh program diploma ataupun matrik kpm saya kena pilih. kalau boleh saya taknak study lama lama . terima kasih
terima kasih kpd anda kerana bertanya ttg soalan ini.... persoalan ini mmg selalu diajukan oleh calon lepasan spm kerana mereka sering solah2 hilang arah + tawaran kemasukan ke ipt/matrik serta kolej2 lain yg melambak2...terlebih dahulu sy ingin ucpkan jutaan tahniah kpd anda kerana telah terpilih memsuki salah 1 kampus cawangn unikl... pd sy, unikl amat baik...malah lebih baik drp sistem matrik... mengapa sy berkata demikian ?
5 tahun lepas,kemasukan ke matrikulasi adalah atas pagar, yakni cukup syarat dh boleh apply n masuk... namun ketika ini, kebanykan stdnt2 makin pandai so syrata min yg diperkenalkan terpaksa diperketatkan..maka, sebab itulah sistem pembelajrn makin payah sedikit.... namun masih x setanding sistem diploma n STPM.... apa yg menyebbkan ramai stdnt2 matrik ramai keluar drp meneruskan pembljran mereka di sana ialah atas faktor pointer CGPA yg SGT TINGGI !!! bygkan, kpd sesiapa yg mengambil jurusan sains hayat, mereka terpkasa mendptkan AT LEAST 3.8 !!! namun 3.8 bukan jaminan utk memasuki IPTA bg menymbg degree.... kerana stdnt matrik terpaksa BERSAING dgn stdnt2 lain seperti STPM, A-LEVEL, IB, AUSMAT, FOUNDATION bahkan DIPLOMA !!! ini disebbkan sistem matrik merupakan sistem kementerian yg berasaskan hampir peperiksaan sepenuhnya...maka di sinilah kerugian sistem amtrik malaysia jika dibandingkan dgn sistem matrik negara lain seperti Australia ( AUSMAT )....maka tidak hairanlah mengapa ramai stdnts2 matrk tidak dpt memasuki kos2 yg dipohon mereka..sy bukan mereka cerita, anda boleh search sendiri di internet n newspaper ttg kes ramai stdnt2 matrik x dpt lanjut stdy mereka ke IPTA gara2 pointer x cukup...berebza dgn stdnt2 STPM, pointer 3.0 dh lepas masuk ipta coz stpm merupakan antara 5 peperiksaan yg paling susah di dunia kerana ia berdasarkan Cambridge A-Level yg diacuakan kpd style sistem malaysia.... thats why ramai stdnt2 stpm lepas masuk ipta walaupun pointer mereka rendah...
berbalik kpd soalan anda... ingin sy terangkan di sini bhw kolej MARA dan kolej matrik kpm adalah 1 sistem yg hapir sama cuma sistem mereka sedikit berbeza in term of sistem P&P... sistem matrik merupakan 100% diurus selenggara oleh kementerian... namun sistem kolej MARA ia diurus selia oleh pihak MARA dan sudah pasti soalan2 yg diberi adalah sgt tough.... berbeza dgn stdnt2 kolej MARA, kolej MARA menyediakan program foundation ke bbrp bah kampus unikl di seluruh malaysia sperti Unikl RCMP ( utk kos MBBS Vinayaka,MBBS Malaya dan MBBS Unikl RCMP ), Unikl MFI, UniKL BMI, UniKL MIAT, UniKL MIMET, UniKL MSI n etc....berdasarkan pengalaman rakan2 sy yg memsuki foundation unikl di kolej MARA, kos yg dipohon oleh mereka adalah berdasarkan pointer yg diperolohei... jika mereka mndpt 2.5 n above, boleh apply MBBS dan kos2 kritikal yg lain... utk kemasukan faoundation MBBS, Kolej Mara Kuala Nerang telah berkolabrasi dgn unikl rcmp ( utk kos sians kesihatan ) unikl micet ( chemical engrng ) dan bbrp unikl lain di malaysia.... terdpt 2 buah lagi kolejmara yg menyediakan lanjutan foundation yg lebih dkenali sbg IB...hanya 2 buah kolej mara ini sj yg offer IB yakni kolej mara Seremban n Banting....yg ni lagi best... klu pointer ok MARA trus support stdy ke oversease scr FREE !!! tp spm result kena STRAIGHT A's !!!!
psal loan tu....MARA x support stdnt2 MATRIK KPM serta degree IPTA kecuali di ipts2 terpilih dan institusi ipt milik maramcm unikl shj.... sekiranya anda menyambg stdy kat matik kpm then nk smbg degree kat unikl.... loan mara boleh apply tp syarat2 loan mara sgt ketat!!!! gaji parent x boleh lbih bbrp ratus ribu dlm setahun dan sbgnya...mara ni berbeza dgn ptptn kerana polisi seta syarat mara sentiasa berubah2... utk kepastian anda boleh tanya atau call pej mara utk keterangan lebih lanjut....
sy harap sy telah persoalan2 anda... jika ada apa2 boleh ask sy k... terima kasih
Assalamualaikum ... kemanakah lulusan dip farmasi UniKL boleh menyambung utk ijazah? Ada tak lulusan dip farmasi UniKL ni yg berjaya sambung ijazah di IPTA. Maklumat yg sy dpt dari carian di internet ni, IPTA tidak menerima lepasan dip utk ijazah farmasi. Betul ke?
wasalm...maaf sy lambat reply comment anda.. menjwb persoalan anda... diploma farmasi mmg agak sukar utk memasuki IPTA bg program degree in pharmacy...ini didorong dgn persaingan calon lepasan stpm dan A-level yg semestinya memiliki taraf peperiksaaan yg lebih tinggi.... harus diingatkan bhw diploma direka utk golongn yg ingin bekerja selepas menamatkan pengajian mereka... tidak dinafikan anda boleh menymbg degree phrmcy cuma persingnnya sgt tinggi...lebih2 lagi Board of Pharmacy malaysia menetapkan bhw calon lepas diploma pharmcy sekurang2nya mencpai 3.8 for their CGPA.... klu stpm, 3.5 sudah lepas... tp jgn risau kerana hari ini kbykan IPTA/IPTS membenarkan kemasukan pelajr degree phrcmy serendah 3.5 seperti MSU/Taylor dan sbgnya... cuma kekangan kwagn yg membantutkan harapan anda utk memasuki ipts... kerana itu, ada antara stdnt lepas dip further their stdy ke oversease seperti indonesia di mana kelayakan serendah 3.0 sudah diterima pakai...utk kemasukan ke ipta mmg ada juz persaingannya sengit sedikit... so sy harap agar anda telah mndpt ckit info berkaitan dgn pertanyaan anda...
bbykk trima kasih wpun mmg terlewat.andai kebenaran ini diketahui awal, pastinya sy akn dorongkan anak sy memasuki matrik dahulu. andai tak berjaya boleh jugak pilih ipts selepas daripada itu. stakat dip, bkn kewangan menjadi persoalan tp kalu degree tu ye. utk further stdy ke overseas tu, sy pulak tak berapa nak mengizinkan. mgkn mmg dah tersurat anak sy akan belajar di unikl. pasti ada hikmah disebaliknya ....
setiap perkara ada hikmahnya... jgn risau..rezeki dimana2...hanya kita kena usaha saja.. Allah yg tentukan...berbalik pd matirk.... ianya ok..juz utk jurusan sains... cgpa harus mendpt 3.8 supaya mndpt tempat di ipta.... 1 lagi, sy sedikit kecewa kerana minded org malaysia still lagi di takuk yg lama, ada yg beranggapan bhw belajar di ipts tidak mnjamin masa depan yg cerah..ini salah kerana sy sendiri budak kg ..dtg drp latar belakang family yg susah... namun sy berusaha...Allah yg menetukan... yg pasti, x semu ipts itu x baik... juz kena pandai cari n explore jer... mcm sy..mengambil masa 3 bulan membuat perbandgn kesemu ipts di malaysia dr segi MQA,P&P, loan, peluang kerja dan sbgmya....finally sy pilih unikl...
assalam..saya nk tumpang tnya..peluang pekerjaan untuk chemical engineering(bioprocess) tinngi tak kat malaysia ni? saya dapat tawaran buat dip kat unikl micet..cara belajar kat unikl ok tak?
Assalamualaikum,,saya nk tanya cket,,lau yg dapat pointer matrik 2.5 above,,boley dapat tak pinjaman MARA untuk bachelor MICET?dan berapakah bayaran sendiri untuk pendaftaran sblum keputusan pnjaman dapat?berapa lamakah tempoh keputusan tersebut?
kpd saudari fatin..1stly i want to say congrate to u..merujuk kpd soalan anda.... chemcal emgnrg merupakan antara cabang pengajian yg kritikal dan mempunyai peluang peekrjaan yg sgt luas... x hanya tertumpu industri minyak dan gas..tetapi anda juga mampu memilih cabang kerjaya yg lain seperti bioteknologi, biochemical,kilang ubat2 serta kimia mahupun berkaitan biocehemistry... ada seorg lecturer sy, yg mengajar biochemictry, beliau dr MICET dan baru bbrp tahun grade dr sana telah bekerja di RCMP... anda x perlu risau kerana setiap kos yg ada di kampus2 milik MARA menawarkan peluang kerjaya lebih2 lagi unikl menumpukan pd bidang kritikal dan berdaya saing, memndgkan kos2 sedemikian sgt2 diperlukan di negara ini pd masa hadapan... so peluang kerja tetap ada juz anda kena usaha sj k...
kpd saudara Blue Orphar, sy ucapkan tahniah kpd anda coz dpt twran kemasukan ke MICET... merujuk pd soalan anda... sy ingin katakan bhw, secara min, pemohon mmg layak memohon utk barchelor program dgn cgpa 2.5 ...selalunya... pd semester pertama, anda harus menggunakan wang simpanan sendiri kerana proses permohonan mara mengambil masa 4-6 bulan ( 1 sem )....berbeza mengikut kampus unikl, setiap kampus mengenakan caj dan yuran yg berbeza... anda boleh merujuk website unikl 4 more details...
sekiranya anda soalan yg ingin ditanya... anda dialu2kan dan sy akan berusaha utk membantu anda
assalamualaikum. nak tanya , saya apply program ijazah sarjana muda di uniKL mestech. 1 thn di unikl , 5 thn di jordan. nak tau, utk pergi jordan tu, mmg confirm dpt or tgk performance jgk? agak kurang pasti. harap boleh tlg jwb. tq
kpd saudari miss teena...ttg persoalan anda itu im very not sure...perhaps u may call MESTECH for more information or do visit this group.... and leave ur question here... https://www.facebook.com/pages/UniKL-Mestech/182863031825278
salam. sy lepasan asasi dan ingin membuat permohonan dlm bidang Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Welding and Quality Inspection. masalahnya sy x brp tahu dengan meluas dalam bidang ini kerana kwn sy yg mengesyorkannya.adakah saudara tahu serba sedikit tentang ini. adakah bidang ini sesuai untuk perempuan?
harap saudara dpt membalas komen sy ini. terima kasih
wsalm kpd saudari saffa hamzah.... 2stly i want to say congrate for u to choosing MFI... berkenaan dgn soalan saudari, sy sendiri kurang pengetahuan berkenaan kos ini kerana apa yg sy sedia maklum...MFI mempunyai rakan kerjasama dan collaboration dgn SIRIm mmgdgkan kbykan polisi unikl berbuat demikian... MFI juga bekolabrasi dgn bbrp buah IPT di Spain...sy x dpt memberi info lanjut berkaitan kos ini mmdngkan kos sedemikian lebih mengarah dan priority kpd lelaki.... jgn disebbkan atas nasihat rakan kita kecundang.... sy x berkata bahawa kos sedemikian adalah x bagus cuma anda harus ingat...sebaik mn mn sekali pon IPT tersebut even IPTA sekali pon klu kos x kena ngn diri kita,alamtnya mmg out lah..ini terjd kepada kakak kpd sorg kawan sy dimana beliau hampir 2--3 tahun mengangur disebabakn memilih kos yg mmg MEMPUNYAI pasaran kerja yg luas namun setiap kali attend interview, beliau seolah2 didiskriminasikan gara2 gender beliau. apa yg lebih menyedihkan lagi..beliau menyambung pengajian di USM !!!! ini sgt2 memeranjatkan sy kerana result beliau sgt cemerlang namun x mndpt kerja dan interview x lepas gara2 gender.. x silap sy beliau mengambil kos berkaitan engnrng aviation di USM... telah byk internview yg beliau attended tp x 1 pon yg menerima beliau sdgkan interviewee lain lepas dan mostly of them are GUYS .... sy sgt2 terperanjat krn kakak beliau sendiri seorg stdnt cemerlang di matricx + USM... namun jika rezeki sudah x de nk buat mcm mn..sehinggi kini beliau telah putus harapan dan beralih arah dgn memulakan perniagaan sendiri, namun hasilnya masih x jelas... sy berasa kasihan kerana sistem pendidikan di malaysia masih lagi di takuk lama... sy bukan nk mengata mana2 pihak, namun eprkara ini diakui sendiri oleh cousins sy dr Singapore... beliau berkata bhw sistm pendidikan di negara ini eprlu diubah mmdgkan negara kita menuju ke arah negara maju 2020, namun yg menyedikan kes2 terpencil seperti kakak beliau masih wujud...seharusnya ia tidak lagi wujud kerana sesiapa yg terbaik bakal mendpt yg terbaik..bukan berasaskan kouta dan sbgnya... sbb itu mengapa ramai stdnt2 after degree di malaysia terus mencari kerja di overseas seperti Australia, new Zealand, UK, Ireland dan negara2 Timur Tengah mmdgkan gaji yg ditwarkan sgt lumayan...ini berbaloi dgn penat lelah serta wang ringgit yg dilabur oleh mereka ketika mereka belajar... kbykan profesional ini terdiri drp healthcare practnr seperti doctor,pharmacist n nurse...
berbalik kpd soalan anda... sy x begitu mengsyorkan anda memilih 1 kos TANPA asal usul terlebih dahulu..anda harus memilih kos yg diminati oleh anda.pelbagai faktor yg perlu diambil kira oleh anda . ketika mula2 sy memilih cabang perubatan + unikl, sy mengambil kira semu aspek. ini merupakan antara asperk yg dikira oleh sy :
1) Universiti
2) MQA
3) loan
4) pasaran kerja
5) kos yg ditawarkan
6) peratusan lelaki dan wanita yg menceburkan diri dlm kos tersebut
7) kos sara hidup
8) MINAT
sy harap anda fhm apa yg sy maksudkan dan diharap ini dpt membantu anda..
jika ada sbrg soalan boleh bertanya .soalan anda semu amat dialu2kan
assalamualaikum..sy pelajar UKM yg sedang mengikuti degree sains perubatan kecemasan..sy juga ada pasang niat untuk sambung MBBS selepas grad tp x pasti sama ada RCMP boleh terima atau tidak permohonan sy??
waslm.... terlebih dahulu sy ucapkan congrate kpd anda kerana berniat utk smbg MBBS di UniKL RCMP... berkaitan dgn persoalan saudara, sy rasa tidak ada masalah untuk menymbg pengajian saudara di sini mmdgkan pelajar MBBS paling tua pernah sy jumpa di RCMP berumur sekitar 40+!!!! asalkan saudara memenuhi syarat2 kelaykana serta minima yg ditetapkan oleh RCMP.... saudara boleh rujuk lebih lanjut di sini... http://www.perakmed.edu.my/page.php?15 buat masa ni, RCMP menawarkan 2 pilihan MBBS iaitu local dan twinning program.... local seperti baisa pelajar akan menghabiskan 5 tahun di dlm negara mnkala untuk twinning program, RCMP telah berkolabrasi dgn Vinayaka dr India... pilihan di tangan saudara...cuma sy tertanay2... mengaoa saudara mahu mengambil MBBS sdgkan degree sians perubatan kecemasan juga hampir setaraf dgn MBBS ? dan sekiranya saudara grad kelak, mengapa saudara ingin mengulang semula pengajian degree utk 5 tahun lagi bagi emndptkan MBBS ?
sebabnya timbul pula minat untuk menceburi bidang kedoktoran disaat akhir2 ni..mungkin juga dari MBBS boleh terus jd pakar kecemasan di hospital2. kursus yg saya ambil ini BSc lagipun baru diwujudkan pada tahun 2007 dan sy pula hanya lepasan matrikulasi jd prospek kerjaya masih samar melainkan mereka yg ada diploma pembantu perubatan..
emm mmg benar apa yg dikatakan saudara.... sememangnya....sekiranya kit amahu mengambil sesuatu kos itu, pastikan prospak kerjayanyua luas...semmgnya prospak yg diceburi oleh saudara amat amat cuma mmdgkkan ia baru ditubuhkan pd tahun 2007, adakah ianya cukup ESTABLISH ? ini menjd persoalan ttg kualiti serta keupayaan yg bakal dikeluarkan walaupun saudara menuntut di IPTA... namun harus diingatkan sekuat mn sekalipon IPTA tersebut, tetapi klu tiada pasaran serta kualiti, maka ianya x kemana... seperti yg saya katakan sebelum ini pada pos2 yg lepas... ramai stdnt2 di Malaysia yg bercita2 utk memasuki IPTA...namun lansung x sama sekali memandang kualiti serta pasaran kerja serta saingan yg diberikan oleh IPT lain...maka mereka kecundang...mmg IPTA direka utk membantu pelajar dalam menangani kos pengajian yg tinggi berbanding swasta....cuma kita kena bijak memilih kos apa serta lain2 faktor yg pernah sy nyatakan pd pos yg lepas... saudara sgt beruntung kerana dibukakan hati utk melihat prospak pengajian yg ada di negara ini, sama ada baik dan buruk...
Saya cadangkan saudraa berbincang dahulu bersama family suadara kerana saya yakin bahawa masih ramai di luar sana yg masih keliru dgn status UniKL sbg sebuah IPT yg bukan swasta namun ia sparuh kerajaan kerana ianya dimiliki sepenuhnya oleh MARA... bincnag dahulu dgn family anda...
1 lagi sekiranya saudara mengambil dip MA sblm ini, peluang utk mendptkan kerja dlm BSC kos ini amat cerah...namunmmdgkan saudara lepasan matrik, maka saya sarankan saudara mengkaji dahulu kebaikan serta keburukan kos yg dipelajari oleh saudara ketika ini dengan MBBS RCMP....
saya harap saudara mendpt sedikit info dgn apa yg telah sy kongsikan di sini... wallualam
terima kasih atas cadangan saudara..mungkin saya akan cuba berbincang dan akan wat reseach sikit tentang prospek kerjaya akan dtg..ada laman blog chatting ada beritahu yg ada pelajar lepasan perubatan menganggur sebab terlalu banyak house officer..betul ke??
sama2 sy ucapkan...emm berkaitan dgn khabar angin itu, sy kurang pasti namun sy pernah mendgr bahawa ianya ternyata benar...tp sy x dpt pastikan sejauh mana kebenaran itu mmdgkan ketika ini terlalu ramai stdnt HO MBBS yg grad dan ini menimbulkan saingan yg cukup hebat....bygkan di malaysia shj dh beribu...x kira lagi di overseas seperti Mesir, Timur Tengah serta negara2 lain.
kerana itulah sy mengambil jurusan farmasi kerana prospek kerjayanya yg sgt luas dan permintaan yg sgt tinggi ketika ini... terlalu byk kos2 sains kesihatan yg ditawarkan oleh IPT di negara ini namun x semunya BERKUALITI + pasaran kerja yg luas/byk mmdgkan negara mmg memerlukan doktor yg ramai..tp harus difahami bhw doktor yg dimaksudkan ialah doktor pakar, yakni mereka yg menyambung kepakaran mereka didalam sesuatu cabang perubatan dan bukannya HO mahupun MO....perkara ini masih ramai yg terkeliru.... beza antara HO, MO serta Specialist ...
seperti pharmacy, cabang kerjanya sgt luas serta permintaan sgt tinggi, sama juga dgn dentist, dietitian dna lain2 lagi....
terlalu byk pilihan yg boleh dipilh oleh kita...juz tepuk dada tanya selera...cuma selera tersebut haruslah bermakna...
buat dahulu kajian, serta pilot observation berkaitan dgn kos2 ini... sy telah senaraikan apa yg sy gunakan semasa sy mula2 masuk UNIKL.... n alhamdulillah...semunya going fine either...
so harap saudara dpt serba sedikit ilmu yg sy share...
nak tnyer , sy ambil kos mekanikal engineering dekat uitm pulau pinang. tp sy risau tak dapat masuk degree uitm nnti. sy ingt nak sambung degree dekat unikl dlm bidang yang berkaitan. agak2 bidang apa yang sy boleh sambung.macam mane dengan yuran semua dan kos sara hidup?
nak tnyer , sy ambil kos mekanikal engineering dekat uitm pulau pinang. tp sy risau tak dapat masuk degree uitm nnti. sy ingt nak sambung degree dekat unikl dlm bidang yang berkaitan. agak2 bidang apa yang sy boleh sambung.macam mane dengan yuran semua dan kos sara hidup?
unikl mmg agak selective ckit dlm bab2 pemilihan stdnt ni..so depend pd campus unikl...saudara blh tgk mn yg ok utk smbg degree n bidang egnrg yg saudara ingin masuk..pasal kos n yuran, saudara boleh tgk pos2 yg lepas ttg bantuan MARA dan lain2 sy dh jelaskan scr terperinci di situ... terima aksih
Salam...saya pelajar daripada politeknik dan mengambil jurusan kejuruteraan elektronik peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di UniKL BMI dalam Sarjana muda jurusan teknologi kejuruteraan elektronik ...nak bertanya apakah gred yang diperlukan untuk saya "Transfer credit" untuk menyingkatkan tempoh pengajian saya...berkenaan dengan pinjaman MARA, adakah ianya mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian selama pengajian memandangkan tempat yang diduduki adalah Kuala Lumpur dan memungkinkan untuk mencari pekerjaan sambilan sekiranya ianya tidak dapat menampung...
wsalm kpd saudara...1stly sy nk ucapkan congrate coz berminat utk further stdy ke BMI... berkenaan dgn soalan suadara... saya sendiri kurang yakin dgn transfer credit coz setahu saya UniKL memiliki sistem P&P serta silibusnya yg tersendiri mmdgkan ianya direka utk menjaga kualiti unikl... semunya terletak pd senat UniKL...main campus di KL...berkenaan dgn elaun MARA..sy telah jelaskan sebelum ini... ianya lebih drp mencukupi mmdgkan elaun yg diteima sekitar rm600-700 sebulan...walaupun tinggal di KL....adalah amat dikesali kerana ramai yg rambang mata apabila mendpt wang elaun sbgyk itu setiap bulan... saya harap saudara fhm apa yg saya maksudkan
slm bro.i'm one of IPTA students.now study in foundation of sciences.first year baru.as my result not perform well,i think nak keluar dri this ipta n masuk unikl rcmp. dip in farmasi.
ur suggestion?either teruskan kat ipta or kuar ke rcmp? btw,if u dont mind,do approve me kat fb.tenx.
saya lepasan spm 2012, adakah mara masih sediakan scholarship utk students spm? saya nak sambung ambil medic MBBS di india. adakah rcmp under tajaan mara?
saya lepasan spm 2012, adakah mara masih sediakan scholarship utk students spm? saya nak sambung ambil medic MBBS di india. adakah rcmp under tajaan mara?
assalamuallaikum..
sy lepasan diploma sains. ada minat nk smbung degree farmasi.. tp dari apa yg sy survey dari senarai prog yg d tawarkn di RCMP, degree farmasi xda pulak. sy just nk cek syrt cgpa min utk further kos farmasi di RCMP. brp syrt klyakan cgpa min? tq..
Assalamualaikum...sy mndapat twaran ke kolej mara kuala nerang dlm bidng foundation in science and technology (engineering).. Adkah sy. Brpluang mlnjutkn pljran ke luar negara slpas tmat pngjian di asasi unikl?
Salam . Nak tanya . Kalau diplpma kat unikl mmg dpt tajaan mara or ade jgk sesetengah y xdpt? N owner blog ney student unikl ke?
adekah kos bioprocess ini susah???bioproces akn lebih belajar tentang ape ye?
assalamualaikum, saya amek asasi sains dekat uitm puncak alam,kalau saya nak amek degree in pharmacy di luar negara boleh tak? bagaimana ye? harap sangat awak dapat membantu
assalamualaikum, saya amek asasi sains di uitm puncak alam. kalau saya nak amek degree in pharmacy di luar negara boleh tak eh? macam mana ye? harap sangat awak boleh membantu.
Salam,i rly hope u can reply this. Sy lepasan matrik, 1st sem 4.0 tp 2nd sem slek ckit n sy tak brjaya dtawarkn program mesic oleh ipta. Klw sy pursue degree in science bio, bile sy apply mbbs unikl, sy perlu bermula dri 1st sem ke? N yuran mbbs unikl brp ye?
Salam lily, rasanya lebih baik kamu apply terus MBBS UniKL jika kamu yakin untuk menjadi doktor perubatan.
Salam saudara! adik sy mempunyai nasib yg sama dengan lily. CGPA die 3.80 tapi sayang nya tidak mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam kos perubatan. sebaliknya, die mendapat tawaran untuk sambung degree in sc biology. soalannya, masihkah ada harapan untuk die menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, dan berapa yuran yg harus dibayar untuk tahun pertama mbbs ?
salam . akak , saya nak tanya .. berapa cut point untuk sambung degree in pharmacist dkt unikl rcmp?
adakah result spm still diambil kira utuk apply ni even sy adalah pelajar matrik ?
Wasalam dan hi, maaf saya ucapkan kepada para pembaca ekoran saya lewat membalas serta menjawab segala pertanyaan anda. Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menjawab soalan anda semua. Sila pastikan anda membacanya dengan teliti memandangkan kini terdapat sedikit perubahan dalam info yang akan saya berikan.
Kepada saudari Adeyla, memandangkan keputusan asasi/ foundation anda kurnag memuaskan, anda boleh memikirkan semula kemampuan anda dalam meneruskan pembelajaran untuk semester akan datang. Sekiranya anda benar-benar mahu keluar daripada institusi tersebut, adakah anda telah memikirkan secara mendalam dan adakah pemilihan program diploma farmsi benar-benar pilihan anda? Ia terpulang kepada anda untuk menilai baik dna buruknya dalam jangka masa panjang.
Kepada saudari Kathrine Ahmad, MARA sememangnya menyediakan bantuan pinjaman kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTS terpilih dan institusi MARA yang terpilih. Di dalam sistem MARA ( apa yang saya fahami ), pelajar cemerlang lepasan SPM yang layak mendapat tajaan MARA adalah majoriti daripada mereka memasuki Kolej MARA seperti Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej MARA Seremban. Namun, majoriti daripada mereka akan dihantar ke luar negara dalam melanjutkan pengajian ke sana. Antara jurusan yang diambil ialah, MBBS, kejuruteraan serta lain-lain lagi. Mereka juga adalah lepasan SPM yang menuntut di MRSM. Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang kurang berkelayakan, mereka akan menyambung di dalam negara sahaja. Di dalam sistem RCMP, ia merupakan sebuah institusi di bawah MARA yang menyediakan dua program MBBS, MBBS-Vinayaka ( India ) dan juga MBBS biasa. Kedua-dua program adalah sama yakni belajar di Malaysia namun bagi program MBBS-Vinayaka, mereka akan menghabiskan 1-2 tahun pengajian di India.
Bagi calon lepasan SPM yang tidak mengikuti pengajian di bawah Kolej MARA, mereka masih layak memasuki RCMP dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh senat RCMP dan juga UniKL. Mereka masih layak membuat pinjaman MARA namun bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan juga oleh pihak MARA. Anda boleh menghubungi RCMP untuk keterangan lanjut.
Kepada saudari Aqilah Ibrahim, tahniah kerana anda berminat menyambung pengajian di RCMP, sehingga kini ( ketika ulasan ini ditulis )RCMP tidak mengemaskini program terbaharu yakni Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Saya kurang pasti dengan syarat kelayakan yang ditetapka oleh senat RCMP memandangkan ia merupakan program yang masih baharu. Namun, apa yang pasti, Diploma Sains adalah layak memohon Ijazah Sarjana Muda Farmasi tetapi dengan syarat yang ditetapkan. Sila hubungi pihak RCMP untuk keterangan lanjut
Kepada saudara Muhammad Hadi Taufik, saya kurang pasti dengan kos tersebut. Namun, saya difahamkan bahawa calon yang mengikuti pengajian asasi di kolej MARA berpeluang menyambung pengajian mereka di luar negara dengan syarat cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka. Sila hubungi Kolej MARA Kuala Nerang untuk keterangan lanjut.
Kepada saudari Nazwa Nafisha, untuk pengetahuan anda, semua institusi di bawah MARA terutama UniKL menyediakan pinjaman pengajian MARA. Namun, ia terpulang kepada kelayakan pemohon. Ini termasuklah jumlah pendapatan keluarga dalam setahun dan sebagainya. Ada pemohon yang berjaya mendapat pinjaman penuh dan ada antara mereka yang mendapat pinjaman separuh. Pinjaman separuh merangkumi pembiyaan yuran pengajiaan sahaja, ini tidak termasuk elaun bulanan. Bagaimana ini terjadi? Ia terpulang kepada justifikasi MARA dan saya tidak mengetahuinya.
Kepada saudari Sheril Ryl, sehingga kini saya masih kurang maklumat serta info berkaitan program Bioprocess. Namun saya sedang mendapatkan informasi yang berkaitan memandangkan saya bercadang mahu menyambung pengajian saya ke dalam program tersebut. Apa yang saya fahami, program ini, terutama Bioprocess adalah program yang sangat bernilai untuk jangka masa panjang kerana ia satu bidang pengajian yang kritikal dan menjadi buruan terutama dalam bidang kejuruteraan kimia. Ia lebih mengfokuskan kepada kejuruteraan kimia yang major di dalam biokimia dan merangkumi industri farmaseutikal. Satu pilihan yang bijak selain Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Hanya UniKL MICET di Melaka sahaja yang digazetkan dibawah UniKL dan kelolaan MARA dalam menawarkan program ini di Malaysia. Sila hubungi pihak UniKL MICET untuk keterangan lanjut
Kepada saudari Noraian Idris, saya kurang arif dengan aliran pengajian yang ditawarkan kelak. Saya juga difahamkan bahawa UiTM menawarkan dua jenis program asasi, INTEC dan juga Asasi UiTM. INTEC menawarkan pengajian kepada pelajar yang ingin menyambung terus pengajian mereka ke luar negara. Namun, ia bergantung kepada status tajaan atau pinjaman yang dibuat oleh anda. Bagi tujuan menyambung ke luar negara, anda boleh menimbangtara pinjaman pengajian atau tajaan daripada hospital swasta. Sehingga kini, MARA tidak lagi menawarkan pinjaman pengajian ke luar negara KECUALI kepada pelajar/calon lepasan dibawah MARA seperti Kolej MARA dan seumpama dengannya.
Kepada saudari Lily, saya melihatnya satu bentuk pembaziran masa kerana anda berkemungkinan semula akan mengulang semula tempoh pengajian anda. Ini kerana, anda mahu menlanjutkan pengajian anda dalam Science Biology, tempoh pengajian antara 3-4 tahun. Namun, TIADA JAMINAN bahawa penolakan kredit ( credit transfer ) boleh dilakukan untuk mengambil MBBS setelah anda melanjutkan pengajian di dalam jurusan Science Biology. Sila hubungi RCMP untuk keterangan lanjut
Kepada saudari Shafiqha Salehuddin, seperti yang saya ulas serta nyatakan beberapa tahun lalu, matrikulasi tidak menjamin pilihan jurusan pengajian yang ingin dipohon oleh kita. Ini kerana, kualiti matrikulasi sehingga kini dikatakan amat rendah malah penuh dengan kontroversi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan kualiti matrikulasi, namun ia seolah-olah memberi satu gambaran bahawa matrikualsi di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Malaysia seolah-olah tidak memenuhi standard yang ditetapkan untuk seseorang layak sepenuhnya. Ini dapat dilihat apabila pelajar asasi/foundation dan STPM lebih emndapat tempat di IPT di Malaysia. Saya tidak tahu dimana silapnya dan mengapa pelajar lepasan matrikulasi seperti dipinggirkan semasa pemilihan kemasukan IPT. Sebagai contoh, mengapa pelajar matrikulasi WAJIB mendapat CGPS 3.8 dan ke atas untuk kos-kos kritikal seperti MBBS, farmasi dan pergigian? Ada juga kes dimana CGPA 3.8 masih tidak layak? Bagaiamna pula dengan lepasan selain matrikulasi yang hanya memperoleh CGPA 3.5 tetapi telah layak memasuki kos/jurusan pilihan mereka? Tidak hairanlah, acap kali tiap tahun, sering kedengaran khabar kurang enak dengan kegagalan pelajar lepsa matrikulasi yang memasuki IPTA dengan kos pilihan mereka. Rata-rata daripada mereka mendapat jurusan pilihan 3-5 dan ke atas. Ini juga pernah disentuh oleh media massa. Saya tidak mahu memprovokasi sistem pembelajaran matrikualsi, namun ramai yang mengambil diploma di negara ini merupakan bekas pelajar matrikulasi yang tidak mampu membawa pengajian mereka untuk semester akan datang.
Rata-rata mereka adalah yang memilih kemasukan kedua ( second intake, lazimnya bukan kemasukan Julai/September ). Berbalik semula kepada soalan saudari, saya lihat peluang untuk adik saudari memilih kos perubatan masih terbuka, namun ia memerlukan sedikit jalan yang agak panjang seperti memilih lain-lain universiti swasta atau separa swasta dalam menyambung pengajian beliau. Ini juga termasuk pengajian luar negara yang memerlukan kos pengajian yang agak tinggi. Pilihan di tangan anda dan pastikan adik saudari membuat pilihan yang bijak.
Kepada saudari Fathin Azman, anda harus bertanya dan menghubungi pihak RCMP untuk keterangan lanjut. Saya juga kurang arif berkaitan syarat-syarat yang ditetapkan oleh senat RCMP dan UniKL. Keputusan SPM juga diambil kira memandangkan ia ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia ( Board of Pharmacy Malaysia ), dan bukan melalui arahan RCMP dan UniKL. Pemindahan kredit juga tdak dapat dipastikan, anda perlu menghubungi pihak RCMP dan UniKL. Terima kasih
salam,saya bercita2 utk menjadi doctor dn berminat dengan MBBS .tetapi course apa yang perlu saya ambil selepas result SPM nnti ? adakah matrikulasi, diploma in medical science, foundation science dn sbgainya? kerana saya x tahu pathway yg betul utk menjadi doctor. thank you :)
Wasalam dan hi, sebelum saya mengulas lanjut, saya berharap agar Admin blog ini, saudara Ahmad Zamri mengepos satu entri khas untuk pelajar lepasan SPM bagi mereka mendapatkan gambaran secara jelas laluan ( pathway ) ke arah cita-cita mereka. Ini kerana, saya melihat salah satu kelemahan sistem pendidikan di Malaysia ialah ia terlalu mengfokuskan kepada peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar terlalu mengfokuskan kepada peperiksaan sehingga tidak yakin dalam membina sahsiah diri di alam pekerjaan. Mungkin segelintir daripada anda berfikir apa yang saya katakan ini adalah keterlaluan, namun saya ingin berkongsi apa yang dirasakan benar. Pengalaman telah mengajar saya untuk menjadi dengan lebih matang dalam sesuatu perkara. Mengambil contoh, ketika pelaksanaan PMR dilakukan, pelajar bertukus lumus dalam mentelaah pelajaran demi mencapai keputusan cemerlang. Seterusnya, berdasarkan keputusan tersebut, mereka akan memasuki sekolah berasrama penuh ( SBP ) MRSM, sekolah elit dan juga bagi yang tidak cemeralng, mereka akan memasuki sekolah harian biasa. Pernahkah pihak berwajib memikirkan hasrat pelajar dalam mencapai apa yang mereka ingini ketika mahu menjejaki Tingakatn 4? Sebagai contoh, seorang calon mahu memilih aliran sains, namun keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang menyebabkan hasrat beliau tertutup. Ini menyebabkan beliau mula merasa kurang yakin terhadap diri sendiri dan terpaksa memilih aliran lain. Sekali imbas, kita melihat ia merupakan satu dugaan mahupun ketentuan takdir, namun bagaimanakah pula dengan pelajar cemerlang yang GAGAL memasuki SBP, MRSM dan seumpama dengannya?
Maaf kepada saudari Syazz kerana saya sedikit terkeluar daripada pertanyaan anda, saya akan menjawab soalan selepas ini. Berbalik semula kepada pandangan saya sebentar tadi, saya melihat disebabkan pelajar terlalu mengfokuskan kepada peperiksaan, maka mereka kurang cenderung dalam memilih laluan kerjaya mereka. Saya tidak mahu menyalahkan pelajar kerana mereka harus belajar dan mendapat keputusan cemerlang. Namun sistem berasaskan peperiksaan dilihat terlalu mengongkong dan kurang memberi pendedahan terhadap kerjaya mereka kelak. Ini menyebabkan ramai calon lepasan SPM mula 'nampak' laluan kerjaya mereka selepas peperiksaan tamat ATAU setelah keputusan keluar. Ini amat jauh berbeza dengan sistem pembelajaran yang diaplikasikan oleh negara lain seperti Singapura, Australia dan USA. Pelajar di negara-negara ini didedahkan dengan amali, praktikal, dunia pekerjaan disamping mempraktikkan pelajaran dan pengajian. Mungkin ia memerlukan masa untuk merubah semula sistem pendidikan negara yang dilihat dan didakwa oleh kebanyakn pihak sudah tidak lagi relevan, namun aadakah ianya berbaloi dan tidak menjejaskan prestasi pelajar semasa? Diharap pihak berkaitan melihat dan memandang serius apa yang disampaikan oleh saya. Saya tidak mahu meprovok mana-mana pihak, cuma kita memerlukan satu anjakan paradigma dalam melihat isu ini dengan lebih mendalam. Diharap anda semua memhami apa yang ingin saya sampaikan.
Baiklah, berbalik kepada saudari Syazz, sebelum saya memulakan langkah bicara saya, saya mahu bertanya kepada anda, adkaah anda BENAR-BENAR meminati kerjaya kedoktoran ( MBBS )? Adakah anda memilih kerjaya ini disebabkan ianya menjadi satu trend mahupun anda melihatnya sebagai satu peluang kerjaya yang luan kelak? Ingin saya maklumkan bahawa ketika ini, telah berlaku lambakan doktor pelatih di hospital kerajaan. Ironinya, kementerian menyatakan bahawa bilangan doktor di hospital dan klinik kerajaan masih tidak cukup. Ini benar sama sekali, namun adakah mereka memperincikan bahawa bilangan yang dimaksudkan tersebut adalah merangkumi doktor pakar seperti pakar onkologi, pakat ENT dan sebagainya? Untuk seseorang doktor menjadi pakar, mereka mereka memerlukan SEKURANG-KURANGNYA 3 tahun pengalaman bekerja sebagai doktor perubatan ( MO ). Kemudian, mereka harus melanjutkan pengajian dalam bidang yang diingini. Bergantung kepada bidang etrsbut, ia ada kalanya memakan masa sehingga 5 tahun dan barulah seseorang MO tersebut layak bergelar sebagai seorang pakar perubatan. Perjalanan seorang doktor amat panjang dan jauh. Tidak hairanlah 2 tahun pertama ketika menjalani latihan amali ( intership ) sebagai doktor pelatih ( Housemanship ) sebagai tahun paling mencabar. Tidak cukup tidur, panggilan kerja di waktu pagi dan tengah malam, menyiapkan laporan, melayan kerenah pesakit dan sebagainya adalah antara cabaran yang harus dihadapi. Tidak hairanlah ada yang menyebut bahawa kehidupan sebagai doktor sebagai tidak mempunyai kenikmatan hidup ( life ) yang menyeluruh
Saya tidak mahu merendah-rendahkan kerjaya sebagai doktor, namu apa yang saya lihat ketika ini, ramai doktor-doktor muda yang menjalani intership di hospital sebenarnya memilih kerjaya ini sebagai suka-suka atau kerana tiada pilihan lain atau sekadar mahu memenuhi permintaan kerjaya dan jawatan kosong yang diura-urakan masih wujud. Saya sedih melihat situasi ini kerana dimanakah niat dan keikhlasan mereka dalam membantu pesakit? Saya tidak mahu membicarakan perkara ini secara lanjut kerana sebagai manusia kita juga melakukan kesilapan. Diharap para pembaca sekalian dapat memahami intisari yang ingin disampaiakn saya. Kepada saudari Syazz, bergantung kepada pilihan anda. sekiranya anda memasuki matrikulasi, anda harus mendapat sekurang-kurangnya 3.8-4.0 bagi CGPA anda bagi melayakkan anda memasuki program MBBS di bawah IPTA. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memilih MBBS sekiranya CGPA anda 3.7, namun ia terhad dibawah IPTS dan lain-lain intitusi pengajian lain. Bagi program Diploma in Medical Science , kebanyakannya ia dikelolakan oleh IPTS. Ini memberi jalan yang mudah dan tidak terlalu terburu-terburu kepada calon dalam belajar secara tidak tergesa-geas. Program ini menawarkan tempih pengajian selama 3 tahun. Ini juga sama seperti Diploma in Science yang sangat popular dikelolakan oleh UiTM. Tempoh pengajian juga adalah 3 tahun dan calon memiliki lebih masa untuk belajar. Pada pendapat saya, program ini lebih selamat kerana ia bukan sahaja tidak tergesa-gesa, malah kualiti yang diberikan juga memuaskan. Sevagai contoh, ramai tidak mengetahui bahawa Diploma in Science yang dikendalikan oleh UiTM adalah hampir atau setaraf dengan STPM! Mengapa? Ini kerana, boleh dikatakan silibus pembelajarannya hampir, malah 'copy & paste' terhadap subjek-subjek STPM!
Anda juga boleh menimbang tara program Asasi/ Foundation. Banyak IPTS dan IPTA yang menawarkan program ini. Pada pendapat saya, Asasi/ Fundation lebih berbaloi berbanding matrikulasi walaupun tempoh pengajiannya hampir sama, yakni 2 tahun. Terdapat pelbagai pilihan, antaranya bagi kelolaan IPTA, Program Asasi Universiti Malaya ( PASUM ), Asasi UiTM ( INTEC & UiTM FOUNDATION ), Asasi USIM, Kolej MARA dan Asasi USM. Bagi kategori IPTS pula, antara yang terbaik adalah Taylor University, MSU, UNISEL mahupun INTI. Anda harus bijak memilih dan jangan termakan dengan tawaran dan jaminan yang diberkan oleh mereka WALAUPUN mereka adalah dalam kalangan IPTA. Yang terakhir, STPM adalah pilihan paling mencabar dan berbaloi walaupun ia ada kalnya amat berbahaya untuk sesetengah individu. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, sehingga kini STPM merupakan SATU-SATUNYA sijil pelajaran di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia setaraf dengan Cambridge A-Level, maka tidak hairanlah ramai ( majoriti non-Bumiputera ) menggunapakai sijil cemerlang STPM mereka untuk ke luar negara termasuk Kanada, USA, Singapura malahan Jepun. Ini kerana sijil ini amat istimewa dan bagi saya, ia satu pelaburan yang sangat berbaloi walaupun ianya sangat berisiko. Sekiranya andaian mengatakan bahawa usaha di matrikulasi memerlukan 100 kali usaha berbanding SPM, namun STPM memerlukan usaha 1000 kali berbanding matrikulasi. Diharap anda memikirkan mana yang terbaik untuk diri anda. Kaji, selidiki dan lihat semua pilihan untuk kesna jangka masa panjang. Sekian
Salam.. kalau saya ambil sn hayat di ipta tp tak lepas ambil perubatan di ipta.. boleh ke saya sambung di unikl tanpa ulang asasi?
Wasalam dan hi, saya kurang jelas dengan apa yang ditulis dan dinyatakan oleh saudari. Diminta saudari menyatakan pertanyaan dengan lebih jelas. Diharap dapat membantu. Terima kasih
Contohnya saya ambil asasi di unimas. Tapi saya tak lepas untuk ambik medik di situ. Boleh ke saya tukar ke unikl?
Hi, ia sebenarnya bergantung kepada CGPA yang dicapai oleh anda. Anda kemubngkinan besar tidak akan mengulangi program asasi untuk menyambung pengajian anda dalam MBBS di UniKL, tetepai, UniKL menetapkan nilai CGPA bagi setiap calon yang ingin mengambil jurusan MBBS di kampus UniKL RCMP dan sekiranya CGPA yang dicapai tidak mencukupi, anda KEMUNGKINAN BESAR wajib mengulang semula pengajian asasi anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak UniKL RCMP bagi mengetahui status kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RCMP dan Senat UniKL. Terima kasih
Oh terima kasih :)
Hi, sama-sama
this is soooooo good info.
minta kebenaran I nak share ni dekat blog ya?sebab ramai antara kwn2 saya yang suka buat keputusan meluru.nnt saya sertakan dgn link blog you . hrap tak kisah :) terima kasih
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
Assalammualaikum,sya ingin brtanya pndapat antara vinayaka dn unikl yg mna lagi bagus untuk tahun clinical?
saya telah mengisi application online utk ambil foundation in science and technology di unikl..pada pilihan pertama saya telah membuat kesilapan dgn mengambil FIST (engineer) dan pilihan kedua FIST (science)..kalau ikutkan saya betul2 ingin mengambil FIST science..apa yg perlu sya lakukan utk ubah kembali sbb application online tu dah tak boleh ubah.. hanya sekali je boleh isi..harap dapat tolong saya..
Assalamualaikum...sy msih lg xfham tentang pembayaran yuran di unikl nie...boleh bg detail x psal pinjaman mara di unikl nie...
assalamualaikum, saya lepasan spm2013 n dari kelas pure science. keputusan sy agak teruk jd saya ambil foundation in science di ipts atas biasiswa sbb katanya sy layak dpt spm ada 8 kredit /sy ambil 10, tambah seni visual/. sy nak jd doktor n mmg minat cuma addmaths buat sy kantoi. jd sy nak tanya bahawa pilihan sy ambil foundation ni mmg ok ke tak kalau nk teruskan misi utk dpt jd doktor?
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Maaf sekiranya saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab pertanyaan anda semua. Tanpa membuang masa, berikut adalah pandangan saya :
Kepada saudari Adeyla, saya merasakan adalah lebih baik sekiranya anda memilih diploma berbanding menyambung pengajian anda dalam kursus asasi. Ini kerana anda menyatakan bahawa keputusan anda adalah kurang memuaskan. Ini AGAK MEMBAHAYA sekiranya anda meneruskan pengajian asasi bagi semester akhir kerana ia sangat mempengaruhi CGPA akhir anda kelak melainkan sekiranya anda mendapat skoe 3.8 dan ke atas. Bagi pelilihan kos, ia terpulang kepada anda kerana anda yang harus menentukan masa depan anda dan pilihlah bidang pengajian yang anda benar-benar minat dan mempunyai pasaran kerja yang meluas. Jangan diikutkan perasaan atau trend semasa kerana percaya atau tidak, ia sebenarnya menyumbangkan 80% kepada kegagalan pelajar dalam skor terhadap pengajian mereka dan mendapat peluang pekerjaan yang jitu.
Kepada saudari Katherine Ahmad, seperti yang saya jelaskan sebelum ini, MARA sememangnya menyediakan biasiswa kepada pelajar tajaan mereka TETAPI kebanyakaan pelajar tajaan mereka adalah dalam kalangan Skim Pelajar Cemerlang ( SPC ) yang majoritinya adalah pelajar SPM, Diploma atau sijil-sijil bawah pengajian MARA yang cemerlang. Kebanyakkan pelajar lepasan SPM bukan dari kalangan MRSM AMAT SUKAR mendapat biasasiwa tajaan MARA KECUALI dalam kes khas. Saya kurang arif berkaitan kos MBBS Vinayaka, India yang ditawarkan oleh RCMP memandangkan ianya adalah kos terbaharu anjuran MARA yang banyak mengfokuskan kepada pelajar cemerlang SPM, khususnya keluaran MRSM.Anda seharusnya menghubungi pihak RCMP untuk maklumat lanjut. RCMP sememangnya merupakan salah satu institusi pengajian MARA yang berada dalam kelas UniKL dan bernaung dibawah satu sistem pendidikan MARA yang dikenali sebagai IPMa.
Kepada saudari Aqilah, tahniah kerana anda berminat mahu melanjutkan pengajian anda di RCMP. Anda harus mendapat sekurang-kurangnya 3.8 dan ke atas bagi CGPA anda untuk benar-benar melayakkan anda memasuki Ijazah Sarjana Muda Farmasi di sana. Ini kerana, RCMP mengutamakan pelajar lepasan diploma RCMP dan Asasi Sains Kolej Mara. Ia juga disertakan dengan lain-lain kelayakkan termasuk keputusan SPM anda khususnya dalam subjek kimia. Saya melihat, jurusan tersebut telah dikemaskini di laman web RCMP. Terima kasih
Kepada sauadara Mhd Hadi Taufik, saya kurang arif berkaitan dengan kos yang ditawarkan di Kolej Mara Kuala Nerang. Anda harus menghubungi pihak KMKN untuk maklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Nazwa Nafisa, berkaitan dengan soalan anda, ramai dalam kalangan pelajar yang mengikuti pengajian di UniKL dan lain-lain IPMa termasuk RCMP mendapat bantuan pinjaman pengajian MARA. Mereka mendapat secara penuh atau separa. Ia tidak DITAJA tetapi seolah-olah ditaja. Sekiranya pelajar cemerlang dalam keputusan mereka, maka pinjaman pengajian tersebut akan ditukarkan kepada biasiswa dan tidak perlu membayar walau satu sen sekali pun. Namun, sekiranya pelajar mendapat keputusan sederhana, pelajar diwajibkan membayar namun ia bergantung kepada CGPA yang diperolehi. Lazimnya, pelajar hanya perlu membayar pada kadar 10% sahaja daripada keseluruhan jumlah pinjaman yang dibuat. Terima kasih
Kepada saudari Syeril Ryl, saya kurang arif dengan kurusus tersebut dan masih mengkajinya memandangkan ia merupakan salah satu kos pilihan saya untuk menyambung pengajian kelak. Namun, rata-rata pelajar UniKL MICET yang saya temubual menjelaskan bahawa kos tersebut lebih terarah kepada mikrobiologi, biokimia dan kimia. Sila hubungi pihak MICET untuk keterangan lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Norain Idris, berkaitan dengan soalan anda, saya TIDAK mengetahui jalan pilihan yang perlu dibuat atau diberitahu kepada anda kerana anda seharusnya bertanya kepada kaunselor UiTM kerana ia merupakan tugas mereka dalam memberi penerangan kepada pelajar yang menuntut pengajian di sana. Terima kasih
Kepada saudari Lily, sebelum saya mengulas lanjut pertanyaan anda, saya ingin bertanya, adakah anda benar-benar mengetahui tahap pengajian MBBS? MBBS adalah Ijazah Sarjana Muda kedoktoran atau setaraf dengan Degree. Saya melihat satu KERUGIAN kerana sekiranya anda memilih Degree in Biology, mengapa anda perlu menyambung di dalam MBBS kerana anda harus membazirkan masa selama 5 tahun selepas anda tamat pengajian dalam Degree in Biology. Penyelesaian, anda harus memilih samada Degree in Biology atau MBBS untuk pengajian ijazah sarjana muda anda. Yuran pengajian 5 tahun pembelajaran di RCMP bagi MBBS adalah sekitar RM 277 000.00. Bagaimanapun, pinjaman pengajian MARA disediakan bagi yang layak. Sila hubungi RCPM untuk maklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Maryam, berkaitan dengan soalan anda, saya kurang arif berkaitan dengan soalan tersebut. Anda harus menghubungi pihak RCMP untuk maklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Nur Asyikin, saya tidak mengetahui langkah permohonan dan kemaskimi yang diseliakan oleh pihak Kolej Mara. Sila hubungi pihak Kolej Mara untuk meklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudara Shahrul, amat panjang untuk saya jelaskan disini. Secara ringkas, yuran dibayar setelah pelajar mendapat bantuan kewangan daripada MARA dan ia ditolak secara automatik sama seperti PTPTN. Cuma berbeza dengan MARA, ia memberikan pelajar pinjaman penuh atau separuh dan bagi yang benar-benar berkelayakkan sahaja. Sila hubungi pihak MARA ( bahagian pendidikan ) dan pihak UniKL Kampus Bandar untuk maklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Ikarin, anda harus menyemak dengan pihak Kolej MARA atau mana-mana IPT yang menawarkan bidang pengajian Asasi bagi kelayakan mereka. Kemudian, sekiranya layak, anda boleh meneruskan misi anda menjadi seorang doktor. Terima kasih
Salam. Saya students lepasan spm 2013 ni kan. Nak tanya, kptm tu bagus ke utk budak akaun? Sebab katanya, untuk program CAT, kalau pointer maintain 3 semester je MARA dah taja pergi oversea. Betul ke? And spm saya dapat 9A 2B, jadi mcm mana ek? Bagus ke? Terima kasih.
Jika sy ingin melanjutkan pngajian ke ijazah muda farmasi,dengn kelulusan matrikulasi cgpa 3.6 ke atas adkah keputusan spm jugak diambilkira? Kerana keputusan spm sy dlm sub kimia adlah teruk iaitu gred c+.
saya dpt offer utk smbung FIST Alhamdulillah dlm (science) di kolej mara kulim..tp kenapa km kulim bukan kolej mara kuala nerang?? apa beza kolej mara ni?? pasal pinjaman MARA tu semua pasti dapat ke?? atau itu cuma utk pelajar SPC SPM je?? kalau sye mohon di lmn web unikl & x involve MARA pun still dpt loan dia ke??mohon balas..terima kasih :)
after amik FIST science tu boleh apply di medic di RCMP tak??sbb ad org ckp peluang nk smbung kt sane sush sgt + tipis, betol ke?? kna fight ngn bdak tajaan MARA! abis sye nk smbung mne degree after this??huishh, tolonglah saya, dah naik pening dah ni..
Salam, saya lepasan spm 2013 dari MRSM dan result saya tak la se excel student lain. Tapi saya ada minat yang mendalam dalam bidang farmasi ni. Selain isi upu saya juga apply di laman web unikl dalam bidang diploma farmasi. Dan alhamdulliah saya terima offer untuk sambung dip farmasi di Unikl RCMP intake June 2014. Tetapi saya ada dengar kalau nak sambung degree farmasi nanti tak boleh ada c dalam spm, dan malangnya physics saya C+. Betul ke tak boleh or nanti if dah ada diploma farmasi result spm tak diambil kira?
Salam. Saya lepasan spm 2013 saya bercadang memasuki unikl mimet,saya ingin bertanya betul ke ade orang mengatakan mngambil kos marine engineering di (ALAM)lebih baik berbanding unikl mimet kerana laluannya lebih mudah untuk menjadi engineernya??..mohon pendapat saudara..dan bagaimana peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan unikl??
Wasalam kepada semua pelajar lepasan SPM. Banyak soalan yang perlu dijawab dan ketika ini saya sudah jarang online. Maka, diharap adik-adik sekalian dapat bersabar sekiranya saya lewat membalas soalan-soalan anda. Berikut adalah jawapan dan pandangan saya :
Kepada saudari Neina, sekiranya anda benar-benar berhasrat mahu menyambung pengajian ke KPTM, ia merupakan satu langkah yang baik. Namun, saya masih kuranga rif berkaitan tawaran menyambung pengajian ke luar negara. Semenjak beberapa tahun lepas, KPTM dan mana-mana IPMa terpilih di bawah MARA yang berjaya melahirkan pelajar cemeralng, mereka akan DITAJA oleh pihak MARA untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka ke luar negara terutama Jepun. Ini adalah bertepatan dengan matlamat dna moto MARA yang menjadikan Dasar Pandang Ke Timur sebagai agenda utama mereka. Saya dikhabarkan bahawa lepasan cemerlang KOTM akan DITAJA sepenunya atau melalui skim pinjamanboleh ubah MARA ke UiTM ATAU senarai 100 universiti terbaik dunia ATAU ke Jepun. Ini adalah informasi yang setakat ini diketahui oleh saya namun saya masih mengkaji apakah kos pengajian di KPTM yang terlibat dan berapakah CGPA yang perlu diperoleh oleh pelajar untuk layak menyambung pengajian ke senarai 100 universiti terbaik dunia ATAU Jepun. Setakat ini, sumber sahih memaklumkan kepada saya bahawa pelajar lepas diploma UniKL ( semua kampus KECUALI UniKL MIAT ) menetapkan para pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas bagi membenarkan mereka layak mendapat tajaan menyambung pengajian ke 100 universiti terbaik dunia dalam kos pilihan dan kos tersebut TIDAK boleh melebihi 3 tahun tempoh pengajian. Bagi KPTM, skim tawaran menyambung pengajian ke luar negara sememangnya disediakan bagi yang layak dan cemerlang dan kebanyakkan lepasan diploma KPTM tidak perlu khuatir kerana kebanyakan program pengajian di luar negara adalah sekitar 3 tahun. Ini memberi kelebihan kepada para pelajar memandangkan kos kejuruteraan adalah tidak panjang sekiranya dibandingkan dengan kos perubatan/farmasi/pergigian. Sila hubungi pihak KPTM untuk keterangan lanjut.
Kepada saudari Syahirah, sehingga kini ( ketika ulasa ini ditulis ), pihak Lembaga Farmasi Malaysia menetapkan bahawa syarat minimum untuk lepasan Asasi/ STPM/ A-Level/ Matrikulasi & setaraf dengan memperolehi MINIMUM CGPA 3.5 dan mengambil kira keputusan subjek kimia dalam SPM. Saya kurang arif berkaitan kelayakan pelajar lepasan matrikulasi dalam menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Sila hubungi pihak Lemabaga Farmasi Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia untuk maklumat lanjut. Terima kasih
Kepada saudari Asyikin, seperti yang telah saya jelaskan dalam komen-komen sebelum ini, saya KURANG ARIF berkaitan dengan institusi Kolej MARA. Apa yang saya ketahui, Kolej MARA menyediakan program Asasi dan International Baccalaureate ( IB ). Kolej MARA juga memberikan peluang kepada pelajar bukan tajaan/ SPC MARA untuk belajar di bawah satu bumbung. Namun begitu,tanggungan dan yuran adalah atas perbelanjaan sendiri ( walaupun MARA memberi sedikit bantuan ). Saya ingin memaklumkan bahawa, Kolej MARA Kuala Nerang mempunyai afilisasi dengan UniKL RCMP terutama bagi program MBBS. Ini kerana, pelajar KMKN yang tamat pengajian di sana akan mendapat tempat untuk menyambung pengajian MBBS di UniKL RCMP samada dalam program MBBS UniKL ATAU MBBS Vinayaka. Lazimnya, keutamaan utama adalah diberikan kepada pelajar dibawah skim SPC. Bagi pelajar bukan SPC, mereka juga akan ditawarkan belajar di RCMP, namun tempata dalah terhad dan saingan adalah tinggi. Anda harus menghubungi pihak Kolej MARA dan UniKL RCMP untuk keterangan lanjut. Terima kasih
Kepada sudari Nur Hasliza, gagal sekali tidak sekali gagal selama-lamanya. Tahniah kerana anda berjaya mendapat tempat di RCMP. Sekiranya anda benar-benar mahu menyambung Ijazah Sarjana Muda Farmasi, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya minimum CGPA 3.7 bagi diploma farmasi anda. Namun, sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa pelajar lepasan diploma farmasi boleh menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi di RCMP dengan syarat subjek Kimia harus mendapat B dan ke atas. Namun, sila rujuk kepada RCMP untuk keterangan lanjut. Terima kasih
Kepada saudara Aizuddin, pada pandangan peribadi saya, ALAM adalah lebik baik dari segi peluang kerjaya dalam bidang nautika dan kelautan. Ini kerana, semenjak penubuhan ALAM lebih 30 tahun yang lepas, HAMPIR SEPENUHNYA pelajar lepasan ALAM mendapat kerja dalam tempoh 3-6 selepas tamat pengajian mereka. Ini kerana, ALAM banyak mengikat kerjasam dengan akademi laut dan maritim lain di lain-lain negara dunia dan mereka merupakan antara 'rakan karib' kepada Malaysia International Ship Company ( MISC ). Ini menjadikan pelajar lepasan ALAM adalah antara 'HOT PRODUCT' di pasaran maritim dunia memandangkan ia berkolabrasi dengan banyak pihak dan telah dikenali seantero dunia. Jenama ALAM juga telah terkenal dan #established sejak penubuhannya. Walaupun yuran pengajiannya adlaah tinggi, namun bantuan kewangan terutama MARA diberikan kepada yang layak.
Tetapi, saya tidak bermaksud bahawa kualiti UniKL MIMET adalah rendah berbanding ALAM. Saya melihat MIMET lebih menjurus ke arah teknologi perkapalan manakala ALAM lebih kepada kelautan ( kelasi/ krew kabin/ anak kapal ). Kedua-dua insititusi memiliki kelebihan dan kekurangan. Nasihat saya, sekiranya anda berminat dalam bidang nautika dna kelautan, ALAM adalah pilihan bijak. Namun sekiranya anda cenderung ke arah tekonologi perkapalan ( limbungan, kejuruteraan pembinaan, dermaga dan mekanikal ), UniKL MIMET adalah pilihan yang tepat. Terima kasih
assalamualaikum . saya ada dapat tawaran diploma farmasi di unikl rcmp . dan bila saya dah tamat diploma di unikl kira kira boleh tak kalau nak sambung degree di overseas ?
assalamualaikum . saya ada dapat tawaran untuk diploma farmasi di unikl rcmp . kalau saya dah tamat diploma di unikl nanti kira kira boleh tak nak ambil degree dekat overseas ?
assalamualaikum . saya ada dapat tawaran diploma farmasi di unikl rcmp . dan bila saya dah tamat diploma di unikl kira kira boleh tak kalau nak sambung degree di overseas ?
Wasalam dan hi, tahniah diucapkan kepada saudari Alisa kerana mendapat tempat melanjutkan pengajian anda di UniKL RCMP. Seperti yang saya jelaskan dalam komen yang lepas, pelajar lepasan diploma UniKL ( semua kampus ) dan lain-lain IPMa yang cemerlang akan ditawarkan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di dalam senarai 100 universiti terbaik dunia. Namun begitu, tempoh pengajian yang ditaja adalah tidak boleh melebihi 3 tahun. Ini mneyebabkan ramai pelajar yang ditawarkan menyambung pengajian mereka di luar negara terpaksa menukar kos pengajian. Sebagai contoh, calon adalah pelajar lepasan diploma farmasi RCMP dan ditawarkan untuk menyambung pengajian ke luar negara. Namun begitu, calon TIDAK boleh memilih Ijazah Sarjana Muda Farmasi kerana tempoh pengajian adalah 4 tahun. Oleh itu, kebanyakan calon memilih lain-lain kos seperti Pharmaceutical Science yang memiliki tempoh pengajian 3 tahun sahaja. Amat sukar menerima syarat yang ditetapkan oleh MARA namun ia adalah syarat semasa yang perlu dipatuhi sekiranya calon BENAR-BENAR berhasrat mahu menyambung pengajian ke luar negara. Berkaitan dengan CGPA yang melayakkan calon untuk mendapat tawaran menyambung pengajian ke luar negara, bagi UniKL ( KECUALI UniKL MIAT ), CGPA TERBAHARU yang melayakkan calon agar mendapat tawaran adlaah minimum 3.75. Sekiranya anda mahu menyambung pengajian ke luar negara dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan menggunapakai perbelanjaan sendiri, anda harus mentarget minimum CGPA 3.00. Namun begitu, CGPA adalah tertakluk kepada beberapa negara atau universiti. Bagi Indonesia dan Mesir, CGPA serendah 3.00 telah melayakkan calon menyambung pengajian ke sana. CGPA 3.00 juga dapat melayakkan calon untuk menyambung pengajian ke beberapa buah universiti di UK. Namun, KEBANYAKKAN universiti di UK menetapkan CGPA pada kadar 3.5 dan ke atas. Ini termasuk Australia yang menetapkan CGPA minimum 3.5 dan ke atas. Terima kasih
kalau sekarang nie saya ambil diploma farmasi dekat unikl lepastu saya ambil kos lain macam phamaceutical science untuk degree dekat overseas kira kira saya boleh survive tak sebab saya ambil kos lain ? lepastu banyak mana perbezaan pharmaceutical dengan pharmacy ?
Hi, saya kurang jelas dengan apakah yang dimaksudkan dengan 'survice' oleh anda. Tetapi, harus diingatkan bahawa tawaran menyambung pengajian ke luar negara oleh pihak MARA adalah ketat. Ini kerana, calon yang layak akan melalui beberapa fasa pemilihan termasuk fasa saringan, temuduga, ujian kelayakan dan peperiksaan IELTS. Sekiranya calon dapat melepasi kesemua saringan ini, maka calon akan ditawarkan oleh pihak MARA untuk menyambung pengajian ke senarai 100 universiti terbaik dunia.
Sekiranya anda mahu meimilih kos lain untuk menyambung pengajian ke luar negara, saya kurnag arif berkaitan hal itu. Sila rujuk dan hubungi pihak MARA untuk keterangan lanjut. Secara dasar, Pharmaceutical Science lebih menjurus ke arah aplikasi kimia dan biologi dalam menghasilakn ubatan. Ia lebih menjurus kepada aplikasi industri farmaseutikal. Berbeza dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang lebih menitikberatkan klinikal dalam berhadapan dnegan pesakit-ubatan. Terima kasih
salam abg fariqh , saia budak lepasan spm yg telah memohon unikl dlam dip nursing . dah diluluskan .. tpi saia perlukan info yg lbeh mendalam tentang unikl . bole bgy keterangan yg lebih lanjut ?
salam abg fariqh .. saia budak lepasan spm telah memohon unikl n dah diluluskan ..tpi saia msih perlukan info yg lbeyh mendalam .. boleyh beri info skit ?
salam abg fariqh hope sngt dpt tahu abg pny fb ke email.im confuse right now.harap dapat pertolongan nasihat drpd abg.bnyk sngt nak tanya soalan dkt abg.as aoon as possible.tq.
Salam , saya amat berterima kasih kepada abg fariqh di atas info yg sangat berguna . Saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan :
1) saya mendapat tawaran di kolej mara kulim dalam foundation sc and tech (sains) . Bolehkah saya menyambung pengajian saya dalam bidang farmasi di peringkat degree ?
2) Sekiranya saya tidak boleh ambil farmasi di peringkat degree , bidang apa yg saya boleh ambil selain farmasi (kalau boleh dlm golongan sains )
3) saya ada bertanya di booth unikl semasa karnival jom masuk u tentang bidang yg saya boleh apply selepas foundation dan mereka ada mnyatakan bahwa saya boleh mngambil MBBS . Soalan Saya bukankah yang under SPC MARA saja boleh ambil MBBS di unikl ?
4) sekiranya saya telah tamat pengajian dalam foundation di unikl adakah saya boleh menyambung pengajian di mana ipts lain dalam bidang pergigian ? Atau saya perlu meneruskan pengajian degree di unikl juga ?
Saya sangat berharap agar abg sudi mnjawab pertanyaan saya kerana saya sangat keliru sekarang . Terima kasih
hummm..sory lah saye hanye nak tanyer..maner lebih baik tuk mase dpn yeh..antara iukl tuk course mechanical engineering and unikl micet tuk course techology chemical enginering process..due2 ni diploma...kalu boleh saye hnyer nk minx pendpt..
salam..saya pelajar lepasan spm..saya dah dapat tawaran ke UNIKL MICET diploma chemical engineering in food..saya nk tnya..saya boleh ka smbung degree di luar negara??kalau bole..apa syatnya n adakah mara akan taja cost pengajian??adakah saya layak untuk smbung degree ke ipta yg top 10??
Salam..sya Ada mndpat tawaran diploma radiography dari unikl rcmp..dimana sya dpat lnjut kan ijazah setelah hbis diploma kerana rcmp ttidak mwujudkan lagi ijazah dalam radiography..saya hrap abg sudi mnjawab soalan sya..sya masih buntu adakah saya ptut menerima twaran ini atau pun tidak..
Salam..sya Ada mndpat tawaran diploma radiography dari unikl rcmp..dimana sya dpat lnjut kan ijazah setelah hbis diploma kerana rcmp ttidak mwujudkan lagi ijazah dalam radiography..saya hrap abg sudi mnjawab soalan sya..sya masih buntu adakah saya ptut menerima twaran ini atau pun tidak..
salam.. first thanks for sharing.. sy nk tnye, seandainya cgpa diploma frmasi sy x mncapai cgpa min, ape yg ptt sy buat utk msuk degree frmasi or ape ijazah yg leh sy apply dgn diploma sy?
salam. sy nk tnya..sy aliran vokasional. and then sy amik dip farmasi dgn pointer 3.47 blh ke saya nak sambung dgree farmasi kt unikl ?
Boleh kew kalau ambik diploma nursing/radiogrpy/fisioterapi nk amik mbbs after diploma?!?...
assalammualaikum.. sy nk minta pendapat saudara , sy seorg student STPM di SMKC dlm aliran kemanusiaan (BM , SEJ , MUET , PENGAJIAN AM dan PENGAJIAN PERNIAGAAN) .Kalau sy mendpt keputusan cemerlang dlm stpm nnti , layak ke sy utk mengambil degree course chemical engineering ?
Assalamualaikum
Saya lepasan Diploma in international business dari Kolej Profesional Mara. Apa persediaan yang perlu saya buat jika saya sudah memohon Degree di Unikl. Bilakah saya perlu membuat permohonan pinjaman Mara ?
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Universiti luar negara manakah yg kos nya lebih murah berbanding di malaysia untuk kos mbbs?
Terima kasih saudara atas jawapan yg telah diberi. Untuk pengetahuan saudara, alhamdulillah skrg adik saya sudah melanjutkan pelajaran di mesir dalam jurusan perubatan ;)
Assalam:)
Saya pelajar jurusan diploma teknologi maklumat daripada kptm nak bertanya boleh ke saya menyambung pengajian dalam peringkat ijazah di mana mana IPTA sejurus tamat diploma tersebut?
Assalamualaikum, saya pelajar lepasan spm 2014. Bagi yang foundation bgi course mbbs rcmp-vinayaka tu saya tak reti nak memohon. Saya ada juga mdengar ade program skim pelajar cemerlang(SPC). Boleh bagi link nak mohon tak? Dan tawaran tawaran penting semasa utk lepasan spm 2014 mcm Tolong. Terima kasih banyak banyak
Assalamualaikum, saya pelajar lepasan spm 2014. Bagi yang foundation bgi course mbbs rcmp-vinayaka tu saya tak reti nak memohon. Saya ada juga mdengar ade program skim pelajar cemerlang(SPC). Boleh bagi link nak mohon tak? Dan tawaran tawaran penting semasa utk lepasan spm 2014 mcm Tolong. Terima kasih banyak banyak
salam..saya nak tnye..klo ambk degree in clinical laboratory kt unikl nie bley x further study in mbbs..saya lepasan stpm sains 2013..nak tros pg medic pointer saya x lepas..harap balas..terima kasih
Assalam. Saya nak tanya soalan yang bukan berkenaan UniKL. Saya ada dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UniKL MSI dan GMi tapi saya keliru untuk keliru yang mana satu lebih baik. Boleh tak anda terangkan pada saya perbezaan antara UniKL & GMi dari segi loan dan semuanya. Terima kasih.
Assalamualaikum,anak saya minat bidang logictics.Lepas SPM 2014 mohon Unikl dan Kolej Profesional Mara.Keputusan awal dapat di Unikl Masai.Boleh tak nanti kalau dpt pula kt Kolej Profesional Mara dia berhenti dari Unikl?...mohon pendapat...
Assalammua'laikum,
saya nk tanya, saya dpt offer diploma electrical n electronic kat campus bmi gombak. Is there any possibility saya nk tukar course chemical engineering sbb saya minat fizik vm. saya dgr course EE ni one of the toughest..saya in doubt. Pls advice. Tks
Assalammua'laikum,
saya nk tanya, saya dpt offer diploma electrical n electronic kat campus bmi gombak. Is there any possibility saya nk tukar course chemical engineering sbb saya minat fizik vm. saya dgr course EE ni one of the toughest..saya in doubt. Pls advice. Tks
saya lepasan spm 2014 , saya ditawarkan ke unikl bmi dalam diploma teknologi kejuruteraan eletronik perubatan . boleh bagi sedikit pencerahan tentang kos ini dan bidang kerjayanya? sebab saya masih lagi celaru untuk terima .
ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH... SYE DPT TWRN FiST DI KMKULIM... THEN, SYE DPT MATRIKULASI DI MELAKA..
SYE RSE KLIRU... TPI APE SYE PSTI SYE XNK AMIK SUBJK FIZIK.. MKSDNYE KLAU KT MATRIK, MNGKIN SYE AKN MODUL 3,,
TPI SYE TERFIKIR KMBALI SKIRANYA SYE TRIMA TWRN FOUND. DI KMK,, INSYAALLAH SYE AKN DPT ELAUN MARA... JADI CMNE?
Assalamualaikum . saya pelajar lepasan spm 2014 . Saya dpt twrn uniten course foundation sc comp (my very first choice) , then saya dpt matrik teknikal Pahang and ipg . tapi sy x brminat Sgt dgn dua ni. And then, saya dpt kpm for fhnd in computing . klw saya pilih kpm, mcm mne ye hala tuju saya lepas dh habes program fhnd ni? Terima kasih:-)
assalamualikum..saya nak tanya..saya dpt unimas tp oleh sbb ertentu saya xdpt p..klu masuk unikl..ada biasiswa x..saya xlah cmerlang sgt spm..nak blaja farmasi..??so unikl sennag dpt x?dpt kerja bila keluar
assalamualaikum senior fariqh..sy lepasan spm 2014 dan insyaallah akn dftar 21/6 ni kat RCMP dip.pharmacy .sy ada beberapa soalan utk senior Fariqh.harap bleh bantu sy.
1.mcm mana ek sy nak mohon pinjaman MARA utk yuran pendahuluan?
2.sy jgak ada dpt twaran kat uitm.tp kos ukur bhn.ukur bahan ni ok x?
3.between unikl dan uitm,mana yg better.apa pro dan cons both of this uni?
4.smentara sy tunggu smbung belajar kat unikl, perlu ke sy study balik kimia atau biology? sbb cuti lama dan otak pon dah berkarat . sy takut nanti bila nak belajar balik nanti sy jd blurr.
5.persediaan yg perlu sy buat sebelum sy smbung dip.in phaarmacy?
insyaallah stakat ni shj soalan sy buat masa skarang. sy amat berharap senior Fariqh dpat bantu sy mnjawab persoalan sy. terima kasih!
assalamualaikum senior fariqh..sy lepasan spm 2014 dan insyaallah akn dftar 21/6 ni kat RCMP dip.pharmacy .sy ada beberapa soalan utk senior Fariqh.harap bleh bantu sy.
1.mcm mana ek sy nak mohon pinjaman MARA utk yuran pendahuluan?
2.sy jgak ada dpt twaran kat uitm.tp kos ukur bhn.ukur bahan ni ok x?
3.between unikl dan uitm,mana yg better.apa pro dan cons both of this uni?
4.smentara sy tunggu smbung belajar kat unikl, perlu ke sy study balik kimia atau biology? sbb cuti lama dan otak pon dah berkarat . sy takut nanti bila nak belajar balik nanti sy jd blurr.
5.persediaan yg perlu sy buat sebelum sy smbung dip.in phaarmacy?
insyaallah stakat ni shj soalan sy buat masa skarang. sy amat berharap senior Fariqh dpat bantu sy mnjawab persoalan sy. terima kasih!
Assalamualaikum . Saya nk mintak pandangan . Saya dpt interview kursus MBBS di Unikl RCMP untuk sambung degree tetapi saya masih belum bgtau parents psal hal ni atas sebab tertentu . Saya berniat untuk tidak mahu pergi ke iv tu . Tapi lepas salah seorang kenalan saya mngatakan yg peluang dptkan loan & belajar di overseas lebih cerah bila belajar di unikl , saya jadi berbelah bagi . Saya lepasan matrik & sblum ni ada mnghadiri iv di UKM dan USM untuk kursus yg sama seperti di Unikl RCMP . Pendapat saudara , adakah patut saya menghadiri iv tersebut ? Dan saya kurang jelas pasal loan mara .
Assalamualaikum..saya lepasan diploma farmasi dengan pointer 3.44.. adakah saya masih lagi berpeluang menyambung pengajian ijazah di rcmp dalam bidang farmasi juga ye?terima kasih..
Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
Pinjaman dari Allah yang takut Firma Pinjaman.
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas memfailkan permohonan pinjaman,
Anda boleh menjangkakan bahawa sambutan awal yang kurang daripada 24 jam dan
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
Untuk maklumat dan permohonan yang lebih borang untuk pinjaman melalui Hubungi kini melalui e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com
Erm saya nk tanya.. nk msuk unikl ni kena melalui matrik atau lepas spm boleh apply terus?
Erm saya nk tanya.. nk msuk unikl ni kena melalui matrik atau lepas spm boleh apply terus?
Hello semua orang, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warganegara Malaysia; saya 38 tahun .. saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan tuan untuk akhirnya membawa saya kepada pemberi pinjaman pinjaman benar-benar dan tulen bernama Joyce Roland, pengarah urusan JOYCE ROLAND Pinjaman Syarikat selepas telah scammed oleh peminjam palsu lain, i adalah sia-sia dan tidak tahu siapa yang harus dipercayai semasa dia datang dan meletakkan senyuman pada wajah saya pada kejutan terbesar saya. Sesiapa di antara kamu yang juga telah menjadi mangsa penipuan, anda perlu bersusah payah tidak lebih cos, saya mempunyai membawa anda berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya, sila hubungi mereka sekarang melalui e-mel: {joycerolandloancompany@gmail.com »} lebih maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Joyce dalam sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi syukur kepada JOYCE ROLAND kerana memberi pinjaman sebanyak $ 80,000 ...
assalamualaikum. nama saya nurul ain rasyidah. abang, saya harap saya masih tak terlambat untuk tanya abang soalan. bang saya nak tanya, betul ke lepasan foundation unikl kena sambung degree di IPTS. sebab saya taknak ipts. saya ada baca IPTA tak mengiktiraf sijil foundation unikl. harap abang dapat jelaskan.
Salam...sye pelajar jurusan diploma medical assistant....kalau sye hbis diploma ni n then nak sambung degree mbbs di unikl rcmp...sye akan dpt pinjaman mara atau tidak...n permohonan sye utk belajar degree d unikl rcmp diterima atau tidak sekiranya sye lepasan diploma medical assistant???
Salam...sye pelajar jurusan diploma medical assistant....kalau sye hbis diploma ni n then nak sambung degree mbbs di unikl rcmp...sye akan dpt pinjaman mara atau tidak...n permohonan sye utk belajar degree d unikl rcmp diterima atau tidak sekiranya sye lepasan diploma medical assistant???
Salam ,saya hrap admin dapt email sy. Frrhshiera99@gmail.com . Sy byk tnda tnya ttg unikl .
Salam sejahtera!
Nama saya Oche Wirmayaty, saya berasal dari Indonesia, tolong dengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak ingin membantu anda, yang mereka mahukan ialah merobohkan wang susah payah anda. Saya dan suami saya, mencari pinjaman daripada peminjam yang berbeza di sini secara dalam talian tetapi pada akhirnya, kami di mana menipu dan mengoyakkan wang kami dengan mendapatkan pinjaman dari syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
Kami juga meminjam wang untuk membayar kreditur ini secara dalam talian tetapi pada akhirnya, kami tidak mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berhutang, dan perniagaan keluarga kita hancur dan kita tidak boleh mendapatkan wang untuk memenuhi tuntutan harian sehinggalah kita diperkenalkan kepada syarikat pinjaman Mrs. Glory, yang telah membantu kami dengan menawarkan kepada kami. Jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak 600 juta tanpa cagaran, Tiada yuran pendaftaran, tiada cukai dan tiada yuran insurans.
Mereka kini merupakan syarikat terbesar di Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh Asia dan komitmen kepada anda. Syarikat Pinjaman Glory didedikasikan untuk memudahkan impian dan membantu kita semua yang telah ditipu dan ditipu dan ditipu dalam proses mendapatkan pinjaman segera, memberikan anda perkhidmatan bertaraf dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menghubungi Puan Glory atau ikut prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: (aisyahyu7@gmail.com)
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Mrs. Glory untuk: (gloryloanfirm@gmail.com) Tuhan memberkati kita semua ..
Halo
Saya Aliciana Castelo seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan pinjaman peluang hayat. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman hipotek? Tidak perhatikan lagi, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami meminjam wang dari orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan sebesar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan bermanfaat dan kami bersedia menawarkan pinjaman kepada anda.
Hantarkan e-mel kepada kami: (alicianacastelo@gmail.com).
Catat Ulasan