Setahun yang lalu, aku baru sahaja melangkah ke alam universiti. Selepas sesi pindah-randah selesai, aku bermastautin di UniKL MIAT. Belajar di fakulti persediaan. Pre-Russian Program. Masih teringat lagi apa yang dikatakan En. Bassit kali pertama kami semua berjumpa dengannya, "Welcome to the HELL!". Memang mula-mula rasa maca lawak je dia ni. Dalam lawak-lawak dia, memang benar. Setahun yang lalu ini sangat menyeksakan, pedih, penat, letih, tertekan dan lain-lain. Dunia yang aku kenal sudah tidak sama. Kelas setiap hari, 8 am-5pm. Setiap jam membunuh sel-sel dan tisu-tisu aku.
Semester pertama, semester/ 4 bulan yang paling menyeksakan dalam hidup. Kejutan budaya belajar dengan lecturer2 Russia. Langsung tak sama dengan lecturer2 Malaysia. Hari-hari, kamilah yang pertama memenuhi blok administrasi. Staff2 Unikl MIAT baru sampai, kelas kami dah bermula. Itulah rutin harian kami. Berkenalan dengan nama-nama yang tak pernah kami dengar, Svetlana Goryacheva, Rustam Rishadavich, Anna Vladimirovna, semua nama-nama yang asing, janggal menyebutnya.
Pre-Russian Program, sebuah lagi catitan dalam diari hidup aku. Tempat persinggahan yang bakal aku ceritakan pada anak cucu aku. Sebuah lagi episod sejarah yang membantu membaiki diri ini. Hari-hari terakhir agak sedih sebenarnya. Tapi kegembiraan pulang ke rumah tak dapat dibendung. Cuti dua minggu sebelum aku berangkat ini merupakan cuti paling panjang aku perolehi semenjak tahun lalu. Sebelum program tamat, kami sempat bergambar bersama :)
dengar, jgn x dengar, rugi! x apa jgn risau, subtitle ada.
some presents for our language lecturer, Anna Vladimirovna
7 ulasan:
Terbaik-terbaik.Selamat terbang.Jumpa nnt inshaallah di MAI atau SMTU.
selamat datang ke bumi Russia..betulkan niat,tetapkan azam :)
alhamdulillah.. dah tamat foundation.. pasni dah boleh fly..
good luck!
=)
thnx my dear senioritas! Semoga Bertemu kalian di bumi RUSIA.
THNX Hazwan, moga sihat2 belaka di Glasgow, ehehe
Xam,tahniah dpt fly gi russia
x tau lak kau same tmpt ngan ihsan
haha
zairil: lah, dah lama gila aku tau pasla ihsan. haha
Bro apa requirement nk buat pre russian
Catat Ulasan