Khamis, 14 Julai 2011

BBQ в Москве!

Pejam, kelip, pejam lagi, eh eh, kelip dah 3 minggu dekat sini. Wuuu, tak rasa lama lagi. Mampu bertahan. haha. Semalam kitaorang ramai-ramai, termasuk beberapa senior ber-BBQ di hutan belantara belakang rumah. Haha, belantara ya? Hutan sini kiut miut je, hehe. Pokok dia kurus, tinggi, tapi tak setinggi pokok di Malaysia. Sebab tu, ber-BBQ kat hutan pun tak rasa terancam, ceh ayat, rasa selamat, tak ada ular nak main cak-cak punya. Dan maklumat tambahan, hutan-hutan di Moscow jauh lebih banyak kuantitnya berbanding di Kuala Lumpur. Dan hutan-hutan mereka sangat sesuai untuk buat marathon. Kalau kat Malaysia buat marathon dalam hutan, dah tersungkur berapa banyak kali pun tak tahulah. Tapi Malaysia punya hutan juga paling gempak. Mana ada hutan yang extreme macam hutan hujan rimba. betul dok? hehe. Dah dah, layan gambar dengan video dah.

combo 1

combo2

combo3

combo4

save trees

malaysian v moskve


Tiada ulasan: