Musim apa yang paling best dalam kitaran tahun bumi ini? Lain orang, lain jawapannya. Jawapan aku musim luruh, autumn, осень. Nasib baik x tahu bahasa Perancis, Germany, Turki, Arab, kalau tak memang semua aku letak. haha. Dulu sebelum sampai Russia, otak aku tak tergapai suasana Autumn langsung. Tengok gambar dengan merasaiya sendiri memang tak sama.
Pengalaman pertama merasai Autumn dengan kelima-lima pancaindera sangat berbeza banding setakat tengok gambar. Walaupun tahun ni, autumn kat russia mcm x panjang sangat, dalam dua minggu je pokok warna merah-kuning, sekarang semua dah gugur
Aku rasa bertuah sebenarnya sebab bilik aku ni berhadapan dengan hutan. Dari atas ni aku boleh perhatikan, warna pokok berubah, daun gugur, cantik sangat.
Kenapa aku letak tajuk "500 Days of Autumn", autumn x sampai 500 hari ya adik2. haha, dia nak juga bagi laluan dekat winter, spring dan summer. Nanti dia claim balik tempat dia. haha. Aku letak tajuk ni sebab, dengan tak malunya aku ni peminat cerita "500 Days of Summer", waktu cerita tu nak habis, dia ada jumpa seorang wanita, lepas break dengan Summer, nama perempuan tu Autumn. Dia barangkali jatuh cinta dengan Autumn, aku pun jatuh cinta dengan Autumn dekat Russia ni. hehe
1 ulasan:
aku pun suka tengok 500 days of summer tu ^^
Catat Ulasan