Sabtu, 20 September 2008

Menjejaki Lailatul Qadar




• Malam yg dianugerahi Allah SWT nikmat kepada umat Muhammad SAW yg tidak pernah diberi kepada umat yang lain.



• Hikmahnya supaya manusia diakhir zaman ini melaksanakan ibadah semata-mata kepada Allah SWT. Bagaikan mata ganjaran atau apa yang dinamakan pada hari ini bonus.



• Melambangkan betapa besarnya rahmat Allah SWT yang diberikan kepada manusia di akhir zaman ini. Yang mana kita selalu melihat dizaman ini manusia lebih minat berlumba- lumba mengejar harta dunia. Tetapi tidak ramai yang beristiqamah tetap dengan beribadat dan berzikir memuji Allah SWT.



• Malam Lailatul Qadar ini berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. Malam yang ganjil. Yang mana satu tidak lah diberitahukan. Supaya manusia tetap berusaha mencari dengan beribadat bersungguh-sungguh dimalam sepuluh yang terakhir. Sesiapa yang mendapatnya malam lailatul qadar bererti dia mendapat ganjaran pahala saperti melakukan ibadat selama seribu bulan. Bersamaan dengan 83 tahun.



• Saorang ulama yang bernama Hassan Al Basri menyatakan yang malam lailatul qadar itu berlaku dimalam yang keadaan environment yang tenang sekali. Disiang harinya redup.



• Saidatina Aisyah R.A. bertanya Rasulullah SAW jika dia bertemu dengan malam Lailatul Qadar apakah amalan yang baik dimalam itu? Rasulullah SAW menyuruh Aisyah supaya berdoa "Ya Allah tuhan yang suka pengampun hambanya maka ampunkanlah dosa kami".



• Dinasihati semua orang yg beriman supaya menghidupkan setiap malam di malam yang kesepuluh terakhir Ramadhan. Supaya ditemukan Allah SWT kepada kita malam Lailatul Qadar.



Wassalam





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 19 September 2008

Kelebihan Solat Berjamaah Mengikut Teori Fizik


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Khamis, 18 September 2008

Fidyah ??

Kuliah bab Fidyah

• Hukum fidyah itu wajib bagi mereka yang tidak dibolehkan syarak berpuasa secara kekal. Saperti orang yang tua serta udzur. Atau orang yang sakit yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh.

• Orang yang tidak berpuasa di atas sebab yg tersebut dibawah ini wajib Qodo dan membayar Fidyah

- Wanita yang sedang hamil yang kuatir yang puasanya akan membawa masaalah kepada anak didalam kandungannya.
- Orang yang takhirkan qodo yang wajib atasnya.
- Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan dua nyawa
- Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan nyawa binatang dan nyawa diri sendiri.

• Menentukan harga secupak beras
- 1 cupak bersamaan 657 gm
- 10kg beras harga pasaran RM28
- 1 hari fidyah adalah RM 1.80
- 1 bulan fidyah RM 54.00

• Sesiapa yang ta' mampu maka perlulah dia ruju' kepada guru yang bertauliah. Kerana ada cara yang tertentu yang dapat menyelesaikannya. Tetapi haruslah jujur.

• Ustaz Iran sanggup membantu sesiapa yang menghadapai masaalah didalam bab fidyah bolehlah hubunginya ditalian mobil 013-2728878.

Wassalam

taken from here..

Selasa, 2 September 2008

Fadhilat Ramadhan


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


p/s:taken from here

Ahad, 31 Ogos 2008

Fadhilat dan Kelebihan Solat Tarawih


Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.


Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."


Sumber: Buku Fardhu Ain


p/s:(Sedikit info, yang ini bukan hadith sahih. Sememangnya tiada ganjaran2/kelebihan pada setiap malam seperti yg di atas. Cukuplah kita tahu bahawa Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Barangsiapa yang BERPUASA dengan PENUH IMAN dan BERAZAM BERSUNGGUH-SUNGGUH, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan barangsiapa yang BERSOLAT pada malam bulan Ramadhan dengan PENUH IMAN dan BERAZAM BERSUNGGUH-SUNGGUH, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu”

(Hadith Sahih: Riwayat Muslim, No: 760)

Sabtu, 30 Ogos 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN!!


Bulan yang penuh dengan rahmat, ampunan, pembebasan telah datang menghampiri kita. Marhab, ya... Ramadan! Selamat datang, wahai bulan penyucian! Kami gembira menyambutmu. Hati kami senantiasa merindukanmu. Syukur kami untuk-Mu, ya...Tuhan atas kurnia utama ini.

Mari kita menyambut Ramadan dengan suka cita, dengan jiwa yang tersenyum, menanti giliran penyucian. Ibarat tubuh menanti baju baru nan indah, yang siap dikenakan. Jangan sia-siakan kesempatan ini. Karena usia kita belum tentu sampai pada bulan Ramadan yang mendatang. Jangan usah malu untuk rakus berbuat baik pada bulan ini. Jangan sia-siakan kesempatan ini!

"Telah datang kepadamu Bulan Ramadan, bulan yang diberkahi. Bulan, yang Allah telah berkenan mewajibkan puasa atasmu. Pada bulan ini, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan kedurhakaan setan-setan dibelenggu. Pada bulan ini dijumpai lailatulqadr, satu malam yang lebih utama dari seribu bulan. Barangsiapa melalaikannya, maka akan dilalaikan" (HR. Imam Ahmad, al-Nasâi, dan al-Bayhaqî, dari Abî Hurayrah).

Bulan Ramadan, bulan yang pada hari-harinya kita diwajibkan berpuasa adalah bulan yang diberkahi. Bulan kebaikan. Puasa bukanlah kesia-siaan. Puasa merupakan penolong yang akan menyelamatkan kita dari pedihnya siksa hari Kiamat, kelak. Untuk itu, selayaknya kita menyiapkan fizikal dan mental untuk menjalankan ritual penyucian jiwa ini. Jangan berlaku bodoh dengan membazir tenaga untuk sesuatu yang tak berguna. Jangan habiskan saat-saat berharga di bulan yang berkah ini dengan gunjingan dan perdebatan. Puasakan perut dan kelamin dari syahwat hewani. Puasakan pula anggota tubuh dari gerakan-gerakan yang menuju maksiat. Puasakan lidah dari ucapan tak bermanfaat. Puasakan otak dari pikiran-pikiran kotor. Puasakan hati dari kecenderungan-kecenderungan rendah. Hiasilah seluruh anggota tubuh dengan amal kebaikan dan zikir. Pada bulan inilah kita bisa melipatgandakan bekal untuk perjalanan yang amat panjang. Perjalanan menuju dermaga akhir.

Nabi saw bersabda: "Puasa dan al-Qur`an, keduanya akan menjadi penolong bagi hamba pada hari Kiamat. Pada hari itu puasa berkata: 'Tuhan, aku telah melarang orang ini dari makanan dan syahwatnya di siang hari, maka jadikanlah aku penolong baginya'. Dan al-Qur`an pada saat itu berkata: 'Tuhan, aku telah melarang orang ini tidur di waktu malam, maka jadikanlah aku penolong baginya'. Maka, keduanya pun jadi penolong" (HR. Imam Ahmad, al-Thabrânî, al-Hâkim, dan al-Bayhaqî, dari Ibn 'Umar).

Rasulullah saw juga bersabda: "Barangsiapa melakukan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kerelaan, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni" (HR. Imam Ahmad, al-Syaykhân, dan al-Arba'ah, dari Abî Hurayrah).

Marhab, ya Ramadan. Selamat datang, wahai bulan kemenangan.
Bulan kebaikan dan kemenangan, karena jika bulan ini tiba pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Juga pada bulan inilah setan-setan diberhentikan dari aktifitas tercelanya, menggoda dan menggelincirkan manusia. "Jika Ramadan tiba, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dikarantina" (HR. al-Syaykhân, dari Abî Hurayrah).

Marhab, ya.... Ramadan! Selamat datang! Kami gembira menyambutmu.

(diambil dt blog seorg hamba allah)

Rabu, 20 Ogos 2008

Kelmarinn!!

KELMARIN b'lgsg satu aktviti sukaneka khas utk pengawas.Firstly aku nk minx maaf kat semua AJK sebab x byk yg aku boleh sumbang utk aktiviti ini..dan terima kasih kpd semua yg bertungkus lumus smpi kene halau ngn pak guard!!ahaha!!bagus2!!

Sukaneka dimulakan dgn aerobik..chicken dance!!yg selanjutnyaa..tgk la gmbrr


Chicken dance

Conteng!!

Maknan dr langitt

Khusyuk gle makan!!

ahahah

name game ni!!AIR LIUR MELELEH!

go!go!go!


bdak nih kene main!!ahaha

Tahniah!!

for more picss..klik sini