Isnin, 22 Disember 2008

Kene Tag LAGI!!


NIH KEJE EYKA!!


first:
Berikan 5 perkara yang anda benci.
Pastikan cukup dengan contoh dan peristiwa
Perasaan anda selepas meluahkan
Tagged 5orang yang anda ingin mengetahui tentang perasaannya

1: Berjanji dgn org yg sentiasa memungkiri. Contohnya: janji nk jumpa fulan bin fulan ni..tp haram btg hidung x nmpk or janji nk jumpal kol 3..kol 4 br smpi..mcm nk bg mkn penapak je..aku cukup jg bab2 masa ni
:P

2: Org membebel benda2 yg aku x nk dgr especially time2 badan x sihat..huhu..x larat gila2.Contohnya: Aku tgh sakit perut, dtg lak fulan bin fulan nih cite pasal benda bodoh2 macam selebriti r ape r gossip r.Hanya mmpu bersabar je time 2..sebab x larat:((

3: Jumpa org yg bajet2 terer bab2 kamera or photography..tp hakikatnya..bodoh tahap cipan..haram x tau papa..lepas 2 siap ajar mengajar lg..amik kamera aku x minx izin lak 2 !!Rasanya mcm nk pelangkung je ngn meja kt sekolah 2..ahaha..tp x pe..org yg plg kuat ialah org yg SABAR:p

4: Orang yg mengata kawan baik mereka sendiri.Contohnya: Si mamat ni cover baik gila depan kawan dia, padahal belkg kwn 2..ngumpat x igt!Sebab apa aku benci?Sebab aku rasa dia juga mengata ttg aku!!

5: Orang yg suka menunding jari ke arah org lain tanpa kaji selidik dan cermin diri.Orang lain sentiasa salah.Dia sentiasa betul.Nasihat saya kpd anda: Baik anda berubah ataupun anda akan dihina masyarakat.X caya? Test r!!

Tambahan, org yg sesuka hati minx aku tunjuk ajar itu ini.Tapi x susun tarikh yg betul2.Asik mengharap je.Untuk pengetahuan anda, saya tidak akan melayan org sedemikian.

Perasaan :Bersyukur!

Tagged :
Ahmad Jazlan
Abdul Hannan
Murni Izzati
Fakhira
Sarah Chen

Jumaat, 19 Disember 2008

Khamis, 18 Disember 2008

Tagged by KIERA!


1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

1- tutup aurat atas bawah
2-orang yg sentiasa memahami
3-pandai mengikut rentak jenakaku:D
4-sayang budak-budak
5-peranagi yg comel..ahaha:p
6-pandai buat aku bertamba gemuk!!ahaha(kari terutamanya)
7-gila-gila macam aku:P


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.

1-tutp aurat dari atas smpi bawah
2-aku x penah dpt meminati seseorg lama2..
3-jawapan aku akan jadi x valid
4-aku x penah couple
5-aku sgt single-mingle
6-aku juga x available
7-tunggu la beberapa tahun akan datang..baru jawapan aku valid:D

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

1-bersyukur
2-gembira
3-gembira
4-gembira
5-gembira
6-gembira
7-rasa dihargai..

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

1-Mekah
2-Dubai
3-tempat yang dia sukai
4-tempat yg aku sukai
5-mana2 pon boleh
6-yg penting bahagia
7-yg pasti..kiteorg usya google earth dulu erk:D


5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

1-Kesetiaan
2-Kasih Sayang
3-Apa saja barang yg dia sukai
4-Apa saja yg aku mampu
5-Akan ku bina mahligai cinta(geli siutt ayat)
6-malas kut akau nk jwb soklan ni
7-aku x faham r..aku x romantik la..

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

1-if i fell-the beatles
2-aku pun malas nk jawab soklan ni

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!

1-AHMAD ZHAFRI(anda wajib jawab>ahahah)
2-Ahmad Zharif
3-Hannan
4-Ahmad Jazlan
5-Sarah chen
6-Murni
7-Eyka Hamasuba

p/s:pengajarannya..aku x romantik..ahaha..tuh pasal x penah ada makwa:P

Jumaat, 12 Disember 2008

AWAY

Saya akan ke AVIATION CAMP utk 5 hari.

I'll be away to Aviaton Camp for 5 days.

Isnin, 8 Disember 2008

10 Dzulhijjah 1429H


alhamdulillah.
berakhir sudah hari pertama Eiduladha.
akan menyusul lagi 3 hari tasyrik untuk kita terus berkorban.

seperti tahun2 lepas.
aku merayakan Eiduladha di Shah Alam bersama keluarga dan jemaah tercinta.
di Masjid Al-Huda Seksyen 19, sebanyak 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya disembelih pada hari ini meskipun hujan renyai2 sepnjg hari:D

HUJAN PEMBAWA RAHMAT!!sekurang2nya, penat lelah mengoperate daging lembu tidak terasa.

Tukang Penyembelih(HJ IJAT)

TARIK!!TARIK!!

Lembu sekor je..org nya ramai bukan main..ahaha

Pasrah je la lembu oi

DJ erk..ahaha(bapak sapo la ni)

Pahlawan pulang ke lubuk:D

Hujan pembawa rahmat!ALHAMDULILLAH

ha!!kacau2..baguih budok2 ni

gambar melapah x de la..sebab tuan punya badan mnjd pelapah:(
mahu gmbr lagi?
singgah la ke flickr aku

assalamualikum:D


Jumaat, 5 Disember 2008

Bowling:D


Rabu lepas, 3 December 08,
aku dan rakan-rakan AJK Pengawas pergi main boling sama2.Bukan boling tujuan utama..kami ingin mengadakan Farewell Party actually.For Teacher Herlina sebab dia dah nk ltak jwtn sbg guru pengawas:(

Alang2 dah keluar kita main la boling kan:D
ahaha
Nothing interesting actually..tapi rasa sgt gembira..ye lah mentertawakan orang main boling.Padahal diri sendiri x reti!!ahahah

them..

mereka..

yg diraikan..

penaja tempat:D

mimpi ngeri aku!ahaha

ini bajet prostar!

ini memang prostar!!

di PizzaHut!

LARGE?

ahah..
sekian..
:D

Sabtu, 29 November 2008

Aku Punya Perasaan!

AKU PUNYA PERASAAN!

Ungkapan ini bukanlah ungkapan yang sukar untuk dilafaz mahupun didengari.Baik di pasar,baik di kaca TV.Ungkapan ini tidak pernah lari dari telinga kita.Apabila seseorang anak diabaikan oleh kedua ibu-bapa, inilah ungkapannya.Tatkala seseorang gadis ditinggalkan kekasihnya, inilah ungkapannya.Persoalannya!Adakah akal yang mengawal perasaan atupun sebaliknya?

Semua makhluk yang masih bernafas punyai perasaan.Tiada satu makhluk pun yg tidak dianugerahi tuhan nikmat perasaan.Bagi aku, perasaan ini bagaikan bunga orkid.Mempunyai paras rupa yang begitu indah.Terpesonalah sesiapa sahaja yang melihatnya.Tapi,hakikatnya, orkid itu adalah parasit.Setiap manusia pasti merasakan perasaan(sebagai contoh:cinta,sayang) sebagai sesuatu yang indah.Namun adakah mereka menyedari bahawa perasaan itu sering menjadi jerat yang kelak memakan diri masing2?

Perasaan juga bagaikan langit biru.Pada waktu pagi, langit biru tersebut menerangi seluruh alam.Tapi,tiba-tiba awan mendung menyelubungi langit dan menjadikan dunia begitu kelam.Kebanyakan manusia menganggap perasaan cinta itu sesuatu yang indah,tetapi kelazimannya perasaan cinta itu akan berubah menjadi perasaan sedih.Tatkala kita bermain dengan percintaan, kita merasakan bagai hidup dalam syurga.Namun pabila kita berhadapan dengan kesedihan, kita merasakan hidup sudah punah dipanah guruh hitam.

Tanpa kita sedari, kita sering dikuasai oleh perasaan.Akal yang menjadi kemegahan manusia sering menjadi hamba abdi si perasaan.Permainan perasan telah terlalu banyak menyebabkan kemusnahan.Sedangkan isi dan kuku juga boleh terpisah.Perasaan sering menyebabkan teman baik menjadi musuh ketat.Perasaan juga menjadi punca hutan belantara menjadi padang terkukur.Tidakkah kita sedar akan marabahaya permainan perasaan?Tidak kita sedar kehadiran soldadu perasaan yang sudah lama menjajah benak pemikiran kita?

Perasaan yang sering berlari-lari dalam hidup seorang remaja sudah tentulah CINTA.Cinta telah menyinari hidup-hidup sang remaja yang penuh dengan kegilaan.Tidak lengkap kegilaan remaja tanpa cinta.Itulah kata-kata mereka yang sudah dijajah oleh soldadu jahat CINTA!Disebabkan perasaan cinta yang tidak dapat dikawal, berlaku berbagai masalah sosial.Lahirlah generasi yang kelak dihina dan dicerca disebabkan oleh kesilapan orang lain.Disebabkan perasaan cinta yang melampau, manusia lupa akan batasan-batasan dan ketetapan Illahi.

Perasaan bukanlah seperti sebuah kereta yang boleh dicipta dan diahpuskan dalam sekelip mata.Perasaan hadir dalam pelbagai bentuk tanpa kita jangka dan tanpa kita harapkan.Oleh sebab itu, kita perlu sedar bahawa akal merupakan CEO bagi perasaan2 yang hadir.Jangan sesekali kita biarkan perasaan merampas kerusi akal dan mnjadi CEO yang menguasai hidup kita.Binasalah kita jikalau hal demikian berlaku.

Janganlah pula perasaan menjadi alasan bagi setiap permasalahan yang kita hadapi.Janganlah dengan sewenang2nya kita melemparkan alasan"Perasaan itu datang tanpa diminta."Jangan sesekali kita menyalahertikan ayat"Perasaan yang hadir terlalu kuat" kerana akal yang dianugerahi tuhan ini lebih hebat dari mana-mana senjata yang ada di muka bumi ini.Janganlah disebabkan perasaan yang kuat tersebut menghancurkan persahabatan yang telah terbina utuh.Dan yang lebih utama, Janganlah disebabkan perasaan yang hadir tanpa diminta itu meruntuhkan akidah kita yg telah kukuh dibina.

Apa yang aku katakan ini berkait rapat dengan kehidupan seharian aku sendiri.Manusia terlalu memuja perasaan dan menjadikan akal sebagai hamba abdi.Jadi aku sangat berharap kita dapat muhasabbah diri kita.Adakah benar perasaan sering mengawal diri?Jikalau tidak,alhamdulillah.Namu jikalau ya,wajib bagi kita untuk bertindak menyelesaikan hal ini.

wallahulam