Jumaat, 16 Januari 2009

Hamas atau Generasi Muda?

Siapakah sasaran utama rejim zionis? HAMAS atau GENERASI MUDA? Setiap hari dada akhbar tempatan dipenuhi dengan foto kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam. Kejadian ini menyebabkan seluruh dunia mulai tertanya-tanya akan siapakah sebenarnya sasaran utama rejim zionis. Tidak cukup dengan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa, mereka turut mensasarkan peluru berpandu mereka ke arah ambulan-ambulan dan juga KEM PERUBATAN DAN MAKANAN PBB. Ternyata mereka ingin mematahkan sebarang bantuan dan menghapuskan semua kanak-kanak agar tidak ada lagi generasi muda yang akan mempertahankan negara Palestin.

Rejim zionis juga turut menggunakan bom fosforus yang mana telah diharamkan oleh seluruh dunia dalam sebarang peperangan. Akibat bom fosforus ini sama seperti terkena tumpahan asid pekat. Seluruh kulit akan terbakar dan menggulupur. Mangsanya sudah tentu orang awam yang sepatutnya diberi perlindungan. Dari jauh, bom ini kelihatan seperti percikan bunga api, tetapi kesakitan yang terpaksa ditanggung mereka yang tidak berdosa hanya ALLAH yang tahu.

Jikalau pada zaman perang Bosnia, semua orang Islam dibunuh dan disembelih beramai-ramai. Apakah perbezaannya dengan perang GAZA ini? Seluruh dunia sedar akan kekejaman yang berlaku. Inilah peperangan yang paling kejam pernah aku lihat seumur hidup ku. Namun begitu, semua pemimpin dunia hanya berdiam diri seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bantahan2 dan protes2 juga hanya kelihatan di negara2 Islam. Bantahan2 dan protes2 di negara amerika dan eropah pula kebanyakan disertai oleh orang Palestin dan Arab beragama Islam.

Yang paling menyedihkan, pemimpin2 arab hanya berdiam diri. Tidakkah mereka berasa sakit akan kekejaman yang berlaku terhadap saudara mereka sendiri?Sungguh tidak berperikemanusiaan pemimpin2 arab ini. Mereka sanggup membiarkan saudara se-Islam mereka dibunuh dan disembelih beramai-ramai semata-mata ingin menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin yang kaya-raya. Percayalah bahawa di akhirat kelak para syuhada Palestin aku bangkit dan menyalahkan pemimpin-pemimpin ini. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna! Neraka sudah menjulang2 menunggu jasad yang merelakan pembunuhan saudara mereka sendiri.

Kita bersyukur kerana pemimpin2 kita masih mempunyai hati perasaan. Rakyat Malaysia dan Indonesia masih bersemangat untuk menentang Israel dan sekutunya. Pelbagai cara telah kita lakukan.Dari menderma sehinggan memboikot. Semoga ALLAH memberkati segala tindakan kita ini. Baru2 ini, Persatuan Belia Masjid Indonesia telah menghntr seramai 3000 org ke Palestin sebagai sukarelawan. Namun begitu, presiden mereka berkata bahawa sekiranya bantuan mereka diperlukan, para2 belia ini akan berjihad sehingga gugur sebagai seorang syuhada.Saya yakin sekiranya rakyat Malaysia juga diberi peluang yang sama, pasti berpuluh ribu atau mungkin berjuta pemuda dan belia akan pergi berjihad di Palestin. Sudah tentu mereka akan menegakkan syiar Islam di muka bumi Anbia itu.

Pelbagai langkah telah kita lakukan.Namun semuanya masih belum mencukupi.Sekiranya kita mampu pergi ke Palestin. Pergilah berjihad. Sesungguhnya syurga yang dijanjikan pada para syuhada tidak ternilai harganya berbanding pengorbanan nyawa dan harta. Hamba yang menulis ini pula hanya mampu berdoa. Sedarlah kita bahawa senjata utama umat Islam ialah DOA.Sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar setiap permintaan hambanya. Jangan sesekali kita putus berdoa kepada Allah. Sekalipun Israel telah mengundurkan diri, kita doakan agar tanah haram israel yang diarmpas dari orang Palestin dipulangkan. Sebagai orang Islam, kita perlu yakin akan janji Allah bahawasanya Palestin akan menjadi hak umat Islam juga. Maka, teruskanlah berdoa!

Ya ALLAH,hancurkan Tentera- tentera ISRAEL dengan bala Mu yang amat DAHSYAT..Hancurkan NEGARA ISRAEL...berikan Perlindungan dan keselamatan yg terbaik kepada Penduduk Palestine...Ya Allah,Ya Tuhan kami..Pulihkan Kecederaan dan Kesihatan yang dialami oleh Penduduk Palestine agar mereka boleh menentang dan menghapuskan Tentera ISRAEL yang tak berperikemanusiaan...Ya ALLAH,Turunkan Para MALAIKATMU untuk membantu menghancurkan ISRAEL...Ya ALLAH,KAMI Pohon kepadaMU agar ENGKAU memakbulkan DOA KAMI ini...

TAKBIR!
ALLAHUAKBAR!!

Tiada ulasan: