Selasa, 13 Januari 2009

PALESTIN!! Kau di Hatiku!!


Serangan Rejim Zionis terhadap bumi suci Palestin nyata menggemparkan seluruh dunia terutamanya umat Islam. Pembunuhan kejam dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan rejim zionis laknatullah sgt memilukan hati setiap insan tidak kira Muslim atau pun tidak. Aku sendiri berulang kali mengalirkan air mata pabila menatap foto-foto saudara Palestin diseksa dan dizalimi. Namun begitu, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin bukanlah perkara baru.


1948! Tahun yang menjadi titik hitam bagi segenap umat Islam seantero dunia. Kota Suci Baitul Maqdis jatuh ke tangan kaum YAHUDI LAKNATULLAH. Kini sudah 61 tahun kekejaman dan kezaliman menyelubungi rakyat Palestin. Yang paling menyedihkan, kita selaku umat Islam bersifat " hangat tahi ayam." Apabila berlaku pencerobohan di Palestin, barulah kita semua bangkit menentang dan menghulurkan bantuan. Tidakkah kita sedar bahawa mereka memerlukan kita setiap hari, tidak kira mereka diserang atau pun tidak. Kita perlu menuntut semula hak orang Palestin dan hak kita selaku umat Islam terhadap Baitul Maqdis.

Teringat aku akan kata Sultan Salahuddin al-Ayubi," Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia!"Umat Islam hari ini tidak mengendahkan langsung tentang perihal ini. Kita sudah diracuni dengan pelbagai mutiara kata kaum Barat yang tidaklah sehebat mana. Tambahan pula, anak-anak muda pada hari ini sudah jauh terpesong dari laluan yang lurus keranan terpedaya dengan musik-musik serta budaya barat yang sangat mengasyikkan.Jikalau diimbau sejarah dunia, umat Islam telah berjaya memerintah 2/3 dunia lebih dari 4 abad. Tiada satu kuasa pun yang lebih hebat dari kuasa Islam. Sepanjang itu jugalah, Palestin berada dalam keadaan yang selamat di dalam pimpinan Islam. Namun begitu, setelah pihak kristian dan yahudi mula mengucar-kacirkan Palestin, kuasa Islam sebagai kuasa besar dunia juga sudah lupus.

Hari ini, masjid Al-Aqsa berada dlm keadaan terancam. Selaku umat Islam, kita haruslah menanamkan smgt jihad untuk membela Palestin. Mungkin kita tidak mampu pergi berjuang ke sana, namun begitu, marilah kita beramai-ramai memohon kepada Allah agar diselamatkan Al-Aqsa dan Palestin. Selain itu, kita perlulah menguatkan ekonomi umat Islam dengan membeli barangan orang kita sendiri dan bukannya berharap pada barangan dari Amerika dan Israel. Tiada gunanya kita asik memboikot brgn mereka, tetapi kita tidak menyokong barangan Muslim kerana yang menanggung kerugian tentulah para peniaga kita sendiri berbanding bos-bos amerika dan israel.

Wallahualam:D

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sultan Salahuddin al-Ayubi is the great warrior.Sedeyh owh..... :|