Assalamualaikum,
Alhamdulillah selepas lebih kurg dua bulan mendiamkan diri, kini jari jemari aku cuba bangkit semula menawan pentas 'papan kekunci'. Mungkin post kali ini tak berapa menarik, tapi seperti post2 aku yang lepas, aku hanya ingin melontarkan pendapat, di samping melatih jari-jemari aku membina stamina untuk menghadapi SPM yang sudah mula menunjukkan batang hidungnya.
BERGAYAKAH MEMILIKI KAMERA DIGITAL SLR? Bergayakah meneropong ke dalam 'viewfinder' kamera gajah tersebut? Bergayakah menggantung strap Nikon, Canon, Olympus etc di leher masing2?Persoalan yang cuba aku ungkai, tapi ternyata aku tidak mampu. Anda yang membaca fikirla sendiri.
8 Mac 2008, pertama kalinya aku memiliki kamera sendiri, hadiah daripada ayahanda dan ibunda tercinta kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR 07. Terima kasih sekali lagi kepada mereka kerana telah berusaha menghantar saya ke mengikuti kursus asas fotografi yang dianjurkan oleh "Click and Snap UniKL MIAT" dan "ASFON NS". Ketika itu, kamera SLR hanyalah satu idaman bagi remaja-remaja sekolah terutamanya. Tidak ramai yang menggunakan DSLR masa itu. Minat aku yang terlampau mendalam dalam bidang fotografi membuatkan aku beria-ia belajar serba sedikit mengenai fotografi melalui pembacaan dan pemerhatian. Sememangnya belajar sendiri bukanlah cara yang mudah, dan tidak terjamin keberkesanannya. Tapi bagi aku, aku berjaya. Dengan cuba meniru gambar2 taiko fotografi, secara perlahan2 ilmu dan skil aku bertambah. Namun apa yang sedikit membuat aku terkilan apabila sering kali terdengar di corong-corong mulut sumbang yang menganggap apa yang aku lakukan sebagai 'mengikut-ngikut'. Maka tercetuslah idea post ini.
Seperti satu fesyen bagi kebanyakan remaja kini memiliki sebuah kamera besar2 bersaiz telur ostrich tergantung di leher mereka. Melihat DSLR menjadi bahan aksesori merupakan satu azab bagi bebola mata aku. Berbagai soalan mula bercabang di pusat pemikiran HOTAK AKU. Antaranya, mengapa ramai sangat pakai DSLR? Kayanya diaorang ni! Pada mulanya, aku menyambut fenomena ini sebagai fenomena sihat, memandangkan aku sendiri ketika itu belum mempunyai rakan-rakan yang melibatkan diri dalam bidang fotografi. Namun selepas aku kerap kali melihat hasil seni rosak yang datang dari kamera yang diliputi bahan2 canggih, aku mula merasakan kaum-kaum ini hanya ingin menunjuk-nunjuk dan berlagak dengan apa yang mereka ada.
Memilik sebuah kamera DSLR bukanlah satu perkara yang patut kita banggakan. Jikalau benar kita minat dalam bidang ini, maka kita wajib menuntut ilmu. Bukannya sesuka hati mebazirkan wang ribuan rinngit semata-mata ingin menekan punat kecil bersaiz smarties. Apabila fenomena "GIGS" mula mebanjiri benak pemikiran remaja Malaysia, semakin ramai remaja yang kita yang menjadi lebih bebal. Mereka sudah hilang identiti dan mula meniru apa sahaja yang kelihatan 'COOL' di lensa mata mereka. Mula-mula semua orang cuba mendapatkan dan menghasilkan custom T yang bertatahkan perkataan-perkataan yang mana huruf-hurufnya sebesar penumbuk aku. Apabila pertama kali T seumpama itu dihasilkan, jujur, memaang ianya menarik. Namun apabila semua orang hendak meniru gaya tersebut, baju-baju seperti itu mula kelihatan jelek. Kemudian datang pula seluar cikang x ingat dunia, juga hasil ideaolism "GIGS". Kalau artis-artis tersebut yang pakai tidak apalah, cantik saja di mata. Namun apa yang membuatkan kornea aku gatal semacam ialah apabila semua remaja ingin meniru gaya tersebut, tapi dengan cara yang salah. Aku tidak mempunyai ilmu langsung dalam fesyen, tapi aku masih mampu menilai mana cantik mana pelik. Kalau yang pakai itu gempal-gempal seangkatan dengan aku, cantik ke? Jujur aku kata seperti nangka dibalut! Kemudian datanglah fenomena DSLR! Fenomena yang cukup aku benci kerana secara tidak langsung, kritikan selalu sahaja dilontarkan kepada fotografer.
Ramai yang berkata bahawa gambar-gambar photographer cantik kerana menggunakan DSLR. Malah tidak kurang juga yang beranggapan bahawa gambar-gambar yang cantik adalah sumbangan dari teknologi semata-mata. Seolah-olah, jikalau mereka mempunyai DSLR, mereka mampu menghasilkan sebuah masterpiece yang sama nilalinya dengan gambar-gambar photographer pro lain. Akibat terlalu yakin, ilmu terlalu cetek dan tidak berfikiran secara waras, mereka pun dengan mudah membeli kamera ribuan ringgit di kedai2 berhampiran. Memanglah mudah kerana kebanyakan dari mereka membeli dengan duit orang tua mereka. Hasilnya, gambar-gambar mereka langsung tidak tumpah dengan kecacatan di otak mereka. Disebabkan terlalu ramai yang telah terpedaya dengan hawa nafsu masing-masing, kritikan mula dilontarkan oleh kawan-kawan mereka yang asalnya cemburu, tetapi jauh lebih pintar dari mereka. Secara tidak langsung, aku juga menjadi mangsa mulut2 yang tidak pernah melawat wakil-wakil insuran.
Konklusinya, tidak salah sekiranya semua orang memilik DSLR, tetapi salah sekiranya orang tersebut tidak belajar menggunakannya dengan betul. Gigs juga tidaklah membawa mesej yang tidak baik, tapi orang yag menghadiri gigs itulah yang tidak tahu membezakan baik dan buruk. Aku ingin minta maaf kerana post kali ini agak kurang sopan, tetapi ini shj caranya yang aku mampu untuk melontarkan idea. wallahualam
9 ulasan:
ha
betul ckp kau zam
aku tengok ramai pelajar sekolah membeli DSLR semata-mata mahu bangga dan famous...
x semestinya menggunakan DSLR gmbr mesti cantik..x guna kalau beliDSLR tp tidak pandai menggunakannya..
zamri!hahah..ape2 la zam..aku malas nk bace.. ;p
btw,nnt aku balik kita ym.. :)
apa pun pendapat anda. mungkin apa yang anda click and snap hari ini akan menjadi sejarah seratus tahun akan datang..uwah!
yeah..skunk DSLR jadi trend semata..habis rosak SENI..gmbar bukan semata-mat pada kamera..tapi pada jiwa fotografer tu sndirik..post mnarik dude!:)
"Hasilnya, gambar-gambar mereka langsung tidak tumpah dengan kecacatan di otak mereka."
yeap. most of them pown slalo post photos yg dtgkap. tp for me, photography neh, they have 2 learn 1st, bkn maen snap je. am i right? :)
tidak salah memiliki SLR, itu semua hanyalah teknologi, semua manusia mampu perolehnya. tapi yang sangat menjelekkan ialah kelakuan sesetengah manusia yang terlalu merasa diri mereka agung dan terlalu egois, sehingga x mampu menerima teguran.
setiap perkara, bermula dengan ilmu, baik fotografi mahupun apa shj.
:D
ye saya sokong, kebykknnya ingin menunjuk dan action semata-mata. cthnya adik ipar saya, nk beli nikon. tapi sebut cameranya pun nixon. bengong tak bengong. diaorg ni budak sekolah menengak serta universiti serta ada jgk dikalangan executif muda ingin berlagak semata-mata. mentang2lah ada duit byk nk beli camera hebat. bole la pulak adik ipar aku ckp "kalau beli camera mahal, gmbr yg diambilnya pun cantik la".
Ngok ngek kepala otak dia. Mana ada mcm tu. Waktu kita zaman2 guna filem dulu bkn digital la, kita tgk guna mata seni itu. Bkn bantuan teknologi. Teknologi digital ni nk kasi cepat je adjust itu ini. Bende cantik dipandang tu cuma bole dilihat oleh sesetengah org je. Seperti saya ni la jgk.
semua yg ahmadzamri ckp tu semuanya betul. hehe. bdk2 pegang dslr ke hulu ke hilir tau2 pakai mode auto. cheyt!
Catat Ulasan