Assalamualikum,
Semenjak dua menjak ni, isu kuil di Seksyen 19 telah menjadi sebuah isu NASIONAL yang terpampang di dada-dada akhbar. Mungkin rakyat Malaysia beranggapan hal ini seolah-olah hal yang sangat besar dan boleh menyebabkan rusuhan antara kaum. haha. LAWAK jadinya.
Bayangkanlah, aku membesar di kawasan Seksyen 19, lalu di kuil tersebut hampir setiap hari apabila ingin ke rumah kawan, tidak pernah pula timbul isu ketidaksesuaian kuil tersebut diletak di situ. Rakyat/Penduduk pun tiada pula yang menimbulkan hal untuk memindahkannya. Mungkin pernah sekali atau dua. Tetapi cukup sekadar itu.
Kedudukan kuil tersebut sangat tidak sesuai kerana betul-betul berada di hadapan pintu rumah penduduk yang majoritinya Muslim. Barisan rumah yang terdapat di hadapan kuil itupun hanya diduki oleh 3-4 orang beragama Hindu. Cuba bayangkan, kalau rumah anda hanyalh 2 meter di hadapan kuil. Mungkin satu kelebihan bagi umat Hindu, tetapi bagi umat Islam, ianya mungkin tidak sesuai. Tambahan pula, pelawat2kuil tersebut selalu menghadapi masalah "parking" yang akhirnya menyukarkan penduduk berhampiran.
diselitkan sekali video terbaru perkembangan ISU KUIL ini. Bukan nak pihak sesiapa. Cuma hal ini adalah hal penduduk dan aku juga merupakan penduduk seksyen 19. Membesar,tadika, sekolah,silat dll semua di sini. Seksyen 23 tu pulak, betul sebelah seksyen 19. Asalnya hanyalah tempat loji. Kawasan perumahannya pula sangat baru siap. Oleh itu orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini hentikanlah perjuangan jahil mereka ini demi ummah dan juga demi topi yang abang tu pakai! 1 MALAYSIA!(dalam video)
1 ulasan:
x sah layan org2 UMNO minoriti yg rasa diorang berkuasa tu.
http://www.youtube.com/watch?v=v8eNcrgNleU
Catat Ulasan