Jumaat, 29 Julai 2011

Red Square l Красная Площадь

assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik, dah sebulan aku berada di bandar Moscow. Rasa macam baru sangat, macam baru habis exam dekat MIAT. haha, itu melampau sangat. Tapi sebulan berlalu tanpa disedari, mungkin sebab cuaca yang seakan-akan Malaysia, mungkin sebab kelas yang tak padat macam dekat MIAT dulu. Dan mungkin itu, dan mungkin ini tak penting, yang penting sebulan dah berlalu, dan hanya sebulan lagi sahaja sebelum realiti kehidupan melangkah dalam hidup. Baik aku ambil kesempatan masa yang singkat ini, ceritakan kepada yang hendak mengetahui tentang kehidupan sekitar Moscow. Kita mula dari tengah boleh?

Red Square, Dataran Merah, ataupun dalam bahasa asalnya Красная Площадь (Krasnaya Ploshad). Red Square merupakan titik tengah Moscow. Di sinilah semua lebuhraya sekitar Moscow akan bertemu. Moscow merupakan bandar yang menggunakan sistem circular ring transportation system atau dalam bahasa melayu, sistem lingkaran pengangkutan bulat. Macam tu kot bunyinya dalam BM. Dari setiap lingkaran ini ada banyak cabangan ke tengah bandar, dan semuanya menujuk ke arah Red Square.

Red Square ni lebih kepada dataran tertutup. Maksudnya ada bangunan-bangunan di sekeliling yang menutupi dataran ini. Tak macam dataran merdeka, dataran yang terbuka. Di sekeliling Red Square ada Kremlin, St. Basil Cathedral, GUM(shopping complex), History Museum dan Gereja Kazan.

Kenapa Dataran Merah? Aku ingat lagi, waktu kat Malaysia, cikgu bahasa rusia ada cerita, kenapa namanya dataran merah? Merah dalam bahasa rusia, Красный (Krasni), tapi uniknya bahasa rusia ialah, merah tak bermaksud warna sahaja, ia turut membawa makna cantik, sebagai contoh kita boleh cakap dlam bahasa rusia "Красная девушка", (Krasnaya devushka), maksud dia ialah "Gadis CANTIK", kalau kita terjemah secara terus memang akan jadi "Gadis MERAH", tapi merah = cantik dalam bahasa rusia. Ada juga orang kata ia dipanggil dataran merah kerana banyak bangunan-bangunan disekelilingnya berwarna merah bata. hmm? mana yang betul?

Sebelum masuk ke dataran ni ada beberapa benda yang menangkap mata aku. Yang pertama, di depan pintu Red Square ada satu dataran kecik, macam wishing well. Orang baling duit syiling sambil membuat hajat maisng-masing. Tapi yang lebih menarik, ada beberapa orang yang memang kerjanya disitu, kerjanya mengutip setiap duit syiling yang dibaling. Dalam sebuah metropolitan besar pun masih ada orang yang terpaksa menggadai maruah mengutip setiap kopeek (sen dalam rusia) demi sesuap roti.

_DSC0097
Silih berganti orang baling duit syiling

_DSC0096
1 sen, 5 sen tetap bernilai bagi mereka.

Kemudian, dari pintu keluar Stesen Metro Teatralnaya, antara yang berhampiran dengan Red Square ada pasar-pasar cenderahati. Pasar-pasar ini bukan yang terbaik di Moscow, dan harganya terlalu mahal. Tetapi sangat cantik untuk dilihat. Dari jauh dah kelihatan Matrioshka. (Матрёшка).

_DSC0075
Patung Russia, Russian Dolls, Matrioshka

Aku rasa banyak orang kenal patung Rusia atau namanya Matrioshka. Patung yang mana bila kita bukak, dalam dia ada lagi patung kecil, kemudian ada lagi kecil sampai yang terlalu kecil. Agak menarik untuk kita mengetahui bagaimana tercitanya patung ini. Idea asal patung ini datang dari Jepun. Satu ketika dahulu, seorang wanita Rusia melawat Jepun dan berasa terpikat dengan patung ini. Dia beli dan bawa balik patung ini, dan mengubah-suainya mengikut ciri-ciri tradisional Russia. Hari demi hari semakin ramai yang memberi pujian dan semakin suka dengan patung ini. Patung ini diiktiraf sebagai hasil seni negara apabila ianya memenangi tempat emas di sebuah karnival seni di Paris. Patung in direka dalam awal 1890-an dan mendapat tempat di mata dunia pada tahun 1900. Sebelum aku terdetik pun untuk datang ke Moscow, hanya patung ini yang aku mampu kaitkan dengan Russia. Ah, jahilnya aku satu ketika dahulu, hehe.

OK. Sekarang kita betul sudah hampir dengan pintu masuk Red Square, dan ada sebuah monumen, seorang lelaki menunggang kuda. Siapakah beliau?

_DSC0074
Monumen General Zhukov

Beliau merupakan orang yang bertanggungawab dalam kemenangan Soviet Union menghalau Nazi German dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau merupakan Hero tempatan di Russia. Namanya Georgy Konstatinovich Zhukov (Гео́ргий Константи́нович Жу́ков). Di sebalik monumen beliau merupakan Muzium Sejarah Moscow. Malang sekali aku belum melangkah masuk, doakan aku punyai ruang dan waktu menyelongkar rahsia-rahsia sejarah Moscow.

OK, dah dah, jom masuk dalam Dataran Merah. haha. Sebaik sahaja masuk ke dalam dataran, ada terlalu banyak bangunan untuk dilawati dan dilihat. Tapi rasanya macam tak menarik kalau nak ceritakan semuanya satu malam. Tapi untuk membakar semangat semua orang untuk terus baca pasal Moscow, aku letakkan beberapa keping gambar dari lawatan aku minggu lepas. Aku melawat Red Square dah dua kali, sekali pagi, dan sekali lagi malam. Sangat CANTIK pada waktu malam. Tak terkata. Dah, tengok ya :)

_DSC0116
Pandangan dari dalam Red Square, Bangunan Muzium Sejarah Moscow

_DSC0130
Gereja St. Basil yang terkenal. Nak tahu cerita pasal gereja ni? Tunggu post yang kemudian :)

_DSC0143
Red Square, tempat yang menarik untuk ambil gambar banyak-banyak. :D

_DSC0096 copy
Kalau ada pemandu pelancong, paling mantap!

_DSC0116


_DSC0114
Inilah KREMLIN. Kremlin itu apa? Sabar, sabar, lepas ini aku cerita pasal Kremlin pula.

_DSC0140

Cantiknya Malam di Moscow!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Oh man.Makin cantik gambar2 scenery kau zam.nice :D

lupna lisa berkata...

bandar moscow mmg sgt cantik..bytway, aku follow kisah bandar2 moscow dlm jejak rasul puasa nie..=)..
bila tgk episod pertama jejak rasul aku terus teringat post kau nie..=)

lupna lisa berkata...

bandar moscow mmg sgt cantik..bytway, aku follow kisah bandar2 moscow dlm jejak rasul puasa nie..=)..
bila tgk episod pertama jejak rasul aku terus teringat post kau nie..=)