Isnin, 19 Julai 2010

Meniti Impian

assalamualaikum,

Dah lama sangat tak menulis dalam diari maya ini. Terasa rindu di hati mengenang kembali saat-saat di bangku persekolahan, gelak tawa dan masa yang banyak untuk diluang bersama komputer tercinta. Banyak juga masa untuk latihan tarian jari-jemariku di atas pentas papan kekunci ini. Namun, semenjak bergelar mahasiswa, masa berlalu dengan begitu pantas, setiap detik sangat berharga, setiap saat tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jadual kelasku terlalu padat, tidak sama langsung dengan mahasiswa-mahasiswi lain di UniKL MIAT ini. Aku yang telah memilih jalan ini, dan inilah masanya untuk aku membuktikan bahawa aku mampu melakukannya, meredah onak dan duri, merenangi lautan cabaran untuk meniti impian yang telah disimpan sejak kecil lagi. Aku kini telah berjaya menjumpai kunci kepada pintu impianku, yang tinggal hanya perlu mencari pintu tersebut dan memasukkan kuncinya. Namun ia tidak semudah gambaran metafora ini. Aku terpaksa bertungkus-lumus, melupakan penat-lelah dan fokus pada impian aku.

Post kali ini, tak ada gambar macam sebelum-sebelum ini. Walaupun baru sahaja bertukar ke Nikon D90, aku masih belum berkesempatan untuk mengeksploit segala kelebihan Nikon D90 tersebut. Mungkin dalam beberapa minggu ini aku akan sibuk dengan pelajaran dan mungkin mengambil masa untuk aku bergiat aktif semula dalam bidang fotografi. Berbalik pada tajuk, "Meniti Impian". Entah kenapa, malam ini aku rasa bersemangat untuk menulis mengenai impian. Mungkin setelah masuk ke bilik senior, merangkap jiran, hehe, aku rasa kagum dengan senarai impian dan matlamat yang telah disusun molek dan saya yakin beliau aku berjaya mencapainya. Aku percaya, menulis matlamat kehidupan kita dan membacanya setiap hari, membantu mencapainya. Aku yakin kerana aku sendiri pernah buat hal demikian ketika zaman SPM 09. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah aku berjaya lebih dari apa yang aku impikan.

Kadang-kadang, terdetik di benak pemikiran aku, kenapa aku perlu ke luar negara, perlu berbahasa asing, perlu menyiksa minda dan lidah memutar setiap perkataan yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini? Apabila terlalu pening, atau istilah aku, 'KABUT', pemikiran-pemikiran negatif selalu datang menerpa mengetuk pintu minda ini. Sebelum ini aku seorang yang positif, tidak melihat ke belakang, aku yakin akan keputusanku dan aku pantang dicabar. Namun aku takut, jikalau, hasutan2 negatif yang datang sekali-sekala ini meranapkan titian impian yang telah aku bina dan masih membinanya.

Kini impian aku sudah makin jelas kelihatan. Aku sudah nampak ianya melambai2 ke arahku seolah-olah telah lama menungguku. Aku perlu positif! Tinggalkan hasutan- negatif itu jauh-jauh, campakkannya jauh nun ke planet BIRU! biar ia tidak datang semula. Aku gemar mengenang saat-saat di sekolah. Membuat aku bersemangat semula. Aku pernah rebah, dan aku mampu bangkit semula. Aku pernah tertekan dan ditekan, tapi itu x menjadi alasan. Aku pernah minitis air mata kerana lelah, tapi gelak ketawa aku membantu aku untuk bertenaga semula. Aku yakin, walaupun aku berada di puncak yang berbeza, aku yakin aku mampu melakukannya. Mungkin sekarang ini dalam kondisi KABUT, tapi aku tidak mahu selama-lamanya kekal dalam kekacauan ini. Baba, Mama, Saudara-mara, Bapak2, Ibu2, Guru2, dan rakan2 sekalian, aku perlukan doa kalian, doakan kesejahteraanku di muka bumi dan akhirat dan doakan kejayaan dalam bidang aku ini, aminn.

sekian, perkongsian ikhlas dari hamba yang lemah.

menulis sekadar berkongsi,
bukan mencari simpati,
kerana tulisan ini membantu diri,
untuk berjaya kelak suatu hari!

Sabtu, 19 Jun 2010

wan+zura

Wan&Zura_031410_0588

Wan&Zura_031410_0593

Wan&Zura_031410_0598

Wan&Zura_031410_0649

Wan&Zura_031410_0852

Wan&Zura_031410_0892

Wan&Zura_031410_0909

Wan&Zura_031410_0859

Wan&Zura_031410_0987

Wan&Zura_031410_0901

Saya ingin ucap ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin WAN+ZURA, yang telah memberi peluang ini kepada saya untuk mengasah bakat saya yang x seberapa dalam bidang fotografi ini. Ucapan saya buat kalian, Semoga bahagia dan berkekalan selama-lamanya, insyallah. Amin.

Selasa, 15 Jun 2010

Kuala Nerang's Story.


Assalamualaikum.

Secara rasminya, saya bukan lagi seorang pelajar Kolej Mara Kuala Nerang. Well, this is one of the pindah-randah punya version. Bagaimana tahun 2010 mencatat sejarahnya, apabila dalam masa 2 bulan, aku berjaya mengenali beratus rakan-rakan baru. Pelbagai latar belakang. Dari kampung hingga ke bandar. Dari Sekolah Harian hingga ke Sekolah CLUSTER. Dari ulama' hingga ular dalam semak. Tapi semua tetap kawan aku.

Living in Kuala Nerang is a good experience. Maybe x dapat lagi dah lepas ni. Kolej Mara Kuala Nerang. Mungkin nama ini tidak segah Kolej Mara Banting mahupun Kolej Yayasan UEM, tapi ternyata nama yang tidak gah ini berjaya memotivasi aku dan seluruh warga pelajarnya dari 15 tahun yang lalu hingga ke hari ini. Kali pertama menjejakkan kaki ke KMKN aku sudah tahu, hidup di sini insyallah indah. Kolejnya cantik. Permandangan hijau, bangunan sempurna wajahnya, suasananya meriah. Tidaklah terlalu besar, but yet, tidak pula kecil. Cantik-cantik je. Selesalah senang cakap untuk 600-700 pelajar berkampung setahun di situ. Di sebalik nama KMKN ini, tersirat 1001 kejayaan yang cukup membanggakan setiap manusia yang pernah bergelar warga KMKN. Merupakan Kolej Mara terbaik selama 8 tahun berturut-turut, kolej matrikulasi perakaunan terbaik selama 3 thn berturut-turut dan yang terbaru ini, kolej matrikulasi keseluruhan terbaik 2009. Teringat aku ketika di bangku persekolahan, ketika masing-masing sibuk mengisi borang matrikulasi. "Kat mana eyh kita nk g?", "Mana kolej terbaik eh?" hmm, jawapan yg ulang kali aku dengar, KOLEJ MATRIKULASI MELAKA. Is it true? haha, i dont know. Aku bukan pelajar di bawah program matrikulasi, tapi aku merupakan bekas pelajar Foundation UniKL (FIST UNIKL) yang hanya sempat masuk, tapi x sempat keluar. haha. Ternyata kini, kita tahukan, kolej matriks mana terbaik? haha. Walaupun aku pelajar FIST UniKL, x ada kena mengena pun dengan Matrikulasi, tetap aku berasa sangat bangga. Namun ada satu keajaiban yang wajib anda ketahui. PENGARAH KMKN, Hajjah Shaariah bt Dahman. WOW! haha, thts my 1st impression when I 1st heard her talks. Petah berkata-kata, tak ada sekat-sekat, x ada "eh, eh, haaa, haa" bak kata P1 Wimax, x ada lagging. Semua kata-katanya make sense, make us thinks back, make us motivated. Satu lagi kunci pembakar semangat kami ialah ungkapan comel ini, "THE GRADE IS A, THE NUMBER IS 4". Aku berasa sangat yakin, sangat bermotivasi hendak belajar.

Hari pertama, aku cakap dalam diri, "This is a new ground 4 u, build a new life, make new friends, build success." haha, dramatik abis, but thts the truth. Alhamdulillah, x ada lah aku terkontang-kanting sangat, everything is fine. Ada juga lah orang yang aku kenal, namanya, Iyzie James. haha, Iyzie, baik x aku tulis nama kau:D. hahaha. Aku kenal dia ketika Aviation Camp tahun 2008, baju merah. haha. Sebab time tuh, baju T kami merah. Dulu dia sama group dgn aku. Aku x tahu lgsg dia nak masuk KMKN juga. Sedar-sedar jumpa balik kat KMKN. Dia kira kawan baik aku kat KMKN la, dari dia, kawan-kawan aku berkembang, beranak-pinak, haha, ramai sangat, nak list, tapi aku takut ada yang aku tertinggal, terasa lak. nanti aku list lah eyh, insyallah. Kawan-kawan semua best, semua seronok nak buat kawan, macam-macam pe'el, tapi itu bukan penghalang. hahaha, kegembiraan bersama dinikmati, kejayaan bersama dicapai, insyallah. haha.

Nak tulis lebih? ermmm, x ada semangat lah. haha, For all KMKNian, haha, belajar sebaik mungkin, ingat! KEUNGGULAN BUDAYA KITA! Insyallah, aku doakan semua berjaya, aku doakan semua berjaya masuk Kampus UniKL yang diidamkan.

ke mana aku selepas ini? hemm, x leh la cerita skrg, wait 4 my next post. haha.

Rabu, 19 Mei 2010

Pindah-Randah

assalamualaikum wbt,

eh eh, lamanya x nampak kalian semua. errr, ada orang lagi ke yang menjenguk blog aku ni pun? entah2 aku tulis aku baca sorang2. LAMAAA sangat aku x update blog aku. Bukan takat bersawang dah, dah tumbuh hutan hujan tropika tingkat ke-7 dah, ala-ala cerita Avatar dah. Mungkin ada yang macam sedikit keliru, atau bermain-main dalam kepala mereka ayat ini, "Eh, merujuk kepada post dan gambar nun di bawah(post yg lepas), mamat ni ke PLKN sehingga 12 Jun. Hari ni br 19 Mei, apa cerita? Dia kene buang ke? hahaha." Okok. Jangan risau, jangan cu-ak, x ada apa2 yg dahsyat berlaku, nanti aku cerita ya anda-anda sekalian. Dalam masa tidak sampai 2 bulan, aku mulakan hidupr baru dia dua buah tempat yang tidak pernah terlintas dalam akal aku. Yang pertama, Sg Siput, Perak dan yg kedua, Kuala Nerang, Kedah. Tidak pernah aku terlintas nak melangkahkan kaki ke tempat2 ni. Tapi takdir dan jodoh menumakan aku dengan tempat-tempat yang indah ini.

Sg. Siput, Perak. 27 Mac - 5 Mei 2010. Kem PLKN Terkok.
Ok, aku yakin sgt, semua yang mengenali aku, tahu aku ke PLKN. Malangnya, tidak berjaya menamatkan latihan dengan gelaran WIRA. Aku terpaksa membuat penangguhan, atas alasan yg akan dikemukan kemudian. hehe.
Minggu pertama di PLKN berjalan dengan terlalu sopan dan lemah gemalai. Tapi aku tetap bersemangat waja. Masa berlalu dengan sangat lambat. Tapi, setiap detik itu merupakan kenangan manis bg diriku, minggu itulah aku berkenal-kenalan dgn rakan-rakan yg kami gelar sesama sendiri, wira-wirawati. Rakan-rakan yang mungkin tidak akan lupus dalam benak pemikiran aku. Betapa akrabnya hubungan kita sejak awal perkenalan. Kebanyakannya datang nun jauh dari kelate, namun loghat bahasa tidak memisahkan kami. Sekure-kurenyo, dapat lah aku belaja kecek kelate, sikit je laaa.
Minggu2 seterusnya berlalu dgn terlalu pantas. Betapa asyiknya duduk PLKN, tanyalah pelatih2 lain. Aku belum sempatpun menembak dll, tapi keseronokannya yg amat. Semua aktiviti masih segar bugar dlm kenangan aku. Minggu ke-2, baba dan mama datang melawat, bukan membawa bekalan makanan untuk diisi dalam perut selama 7-8 jam sahaja, tetapi membawa bekalan borang-borang penirmaan melanjutkan pelajaran demi masa hadapan. Mula-mula, x terasa pun seedih nak chow awal. Siap suka lagi. Masu minggu ke-3 dan seterusnya, aku dah dilema, setiap petang termenung, perlukah aku tangguh PLKN? Bukan takut kene ulang, cuma, aku dah mula jatuh hati dekat PLKN. Kawan2 yang best, aktiviti2 yang gila2, cikgu2 yg sporting, Kem Komandan yang cool habis. Macam mana x dilema kann.
PLKN mengajar byk benda, aku buat benda-benda yang x pernah pula aku buat dalam hidup aku. Main sepak takraw aktiviti harian kanak2 kem terkok, hehehe. Kadang2, aku try jugak, wlpn jauh ketinggalan banding rakan-rakan yg selayaknya mewakili Malaysia shj. Servis, libas, stun semua ada. Mmg asyik sgt tgk diaorg main sepak takraw. Macam tgk Malaysia lawan Thailand. haha. Dah tu, aku pula jadi Penghulu. Sepanjang-panjang aku di kem, x pernah suara aku sesempurna kini. Karaoke? haha, jauh sekali. Habis suara akibat aktiviti harian yakni MENJERIT. haha. Mmg pedih, tapi lama-lama, dah jadi biasa.
PLKN juga menemukan aku dengan insan yang membawa perubahan dalam hidup aku. Cerita lanjut, kelak akan dipamerkan. hahaha.
Hari terakhir di PLKN, amat-amat menyakitkan. Walau di raut wajah nampak macam biasa, macam suka nak meninggalkan kem yang sunguh INDAH, serious, x main2, tapi dalam hati ini, bagai dicarik-carik oleh dawai besi yang boleh dijumpai di sekolah-sekolah yang mana murid2 dilayan seperti banduan di penjara. Jam 2 pagi menyaksikan aku mengemas pakaian dan semua peralatan ke dalam beg. Hati aku sudah tidak terthn. Kelopak mata sedikit demi sedikit basah. Akhirnya, bocor juga. Titisan air mata pun gugur. Aku dah x malu nak mengaku, ya benar aku menangis. Teringat kenangan bersama rakan-rakan sejak hari pertama berkenalan. Teringat gelak ketawa tahap mengilai yang menjadi rutin setiap detik. Hati aku jadi sangat sangat sangat berat nak meninggalkan kem yang aku cintai. esok paginya, perlahan2, mangangkut beg ke JLB. Bersalaman dgn semua guru, mohon restu dan doa. Menyerahkan semula pangkat dan lanyard yang menjadi aksesori harian, dan juga sempat bertemu rakan-rakan yg disayangi. tepat jam 12, aku terus pulang ke shah alam, membawa bersama kenangan2 indah bersama.


Nak tau lebih lanjut macam mana aku boleh tercampak ke kuala nerang? Bersabarla ye. Aku sendiri sedang mengemaskini blog ini dari Kuala Nerang.
Sekian:D

Jumaat, 26 Mac 2010

assalamualaikum,

walaupun jarang mengemaskini blog ini, saya tetap nak menitahkan bahawa, saya akan ambil cuti BLOG selama 3 bulan kerana mengikuti kursus PLKN.haha

Bye-bye (3months)

Khamis, 18 Mac 2010

Paradox l Jalan Kastam

Alhamdulillah, Photoshoot bersama Paradox yg dirancang sekian lama sudah usai. Namun, x semua gmbr dah siap di-edit. Masih banyak yg sdg Q utk di-edit.haha. Sini aku tetap menampal sedikit gmbr2 yg telah selesai.

Paradox

Paradox_0105

Paradox_0117

Paradox_0075s

Ahad, 14 Mac 2010

SPM 2009 Result's Day

assalamualaikum,
Dah lama betul x tulis apa2 dekat blog ni. Nak kata sibuk, x juga, nak kata x ada masa, lebih dari ada, nak kata x on9, 24/7 on9. Hidayat tak turun nak tulis rasanya sebelum ni. hehe.
Sepanjang kesepiaan aku dari dunia blog ni, terlalu banyak perkara berlaku, baik mahupun kurang baik. Macam-macam ada. Photoshoot yang dirancang bersama PARADOX juga dah terlaksana. Tapi aku x mahu kupas pasal benda tu kali ni. Aku nak sembang-sembang pasal hari Keputusan SPM 2009. Pahit dan Manis, Suka dan Duka, semua ada pada hari ini.

Alhamdulillah, tahun ini, SMKS19, berhaya memecah segala benda yg x pernah pecah la.haha. 3 orang mendapat 10A, seorang mendapat 9A dan 6 orang mendapat 8A. Peratus kelulusan pula melonjak ke 95 peratus. Tahniah kawan-kawan:D

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat straight A, 10A. Rasa nak pitam pun ada, tergamam, mulut terkunci. haha. Sungguh besar kuasa Allah, semua ni betul2 rezeki dari Allah.

Photobucket

Photobucket