Rabu, 19 Januari 2011

Breakaway: Lumut & Pangkor

Sejurus tamat SPM, aku banyak berangan untuk melepaskan diri dari cengkaman kota untuk sebuah BREAKAWAY, tapi tidak kesampaian juga. Jadual kelas yang terlalu padat ditambah lagi bebanan kerja tambahan yang perlu dilangsaikan membuatkan aku terpaksa melupakan banyak perkara. Sedangkan kamera sudah tergantung, apatah lagi cita-cita lain kan. haha.
Tapi bersyukur juga berada dalam Program ini, walaupun jadual padat, sekurang-kurangnya tidaklah terperuk semata. Sebulan yang lepas, kami 33 orang tidak termasuk lecturers, merehatkan diri masing-masing di Lumut dan Pangkor. Tujuan utama hanya untuk melawat UniKL MIMET untuk memberi panduan kepada pelajar-pelajar marin yang bakal menuntut di St. Petersburg (Санкт Петербург).
Tapi kalau dah sampai ke Lumut, tak pergi ke Pangkor, macam rugi sangatkan. Makanya, aku rasa lawatan ini lebih kepada BREAKAWAY untuk kami.
Aku nak tulis panjang-panjang pun kekok lah, rasa macam baru je buka blog ni. haha. Aku sempat lah merakam 2-3 keping gambar. Let the pictures do the talk.

day 1

day 1 1

day 1 2

day 2 1

day 2 2

day 2 3

next BREAKAWAY: Terengganu,
motif: SUKHOI 30 MKM

Ahad, 2 Januari 2011

Tahun Baru. Meninjau Masa Hadapan dan Mengimbau Sejarah

с новым годом 2011

assalamualaikum,

alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, setahun sudah berlalu, meninggalkan umat manusia yang masih enak dibuai mimpi dan masih alpa dengan hiburan semata-mata. Setahun sudah berlalu, makanya umur planet Bumi yang dicintai ini juga semakin pendek. Maka makin hampir juga kita kepada Hari Akhirat yang dipercayai dan diimani oleh hampir semua agama di muka bumi. 2010 berlalu dengan mencatat pelbagai suka duka dalam kehidupan setiap manusia, tidak kira muda mahupun tua, malang mahupun bernasib baik, 2010 pasti mencatat sesuatu kisah yang akan terpahat dalam setiap diri bergelar manusia.

2010?

2010 telah menghantar aku ke merata tempat di bumi Malaysia ini. Aku telah menetap di Sg Siput, Perak dan Kuala Nerang, Kedah. Masing-masing hanya sebulan sehingga aku kembali ke Selangor meneruskan sisa perjuangan yang belum dilangsaikan, yakni menuntut ilmu mengejar impian. 2010 menyaksikan aku berkenalan dengan ratusan manusia baharu dalam hidup aku, berasal dari pelbagai latar belakang, yang kaya, yang miskin, anak bandarnya, budak kampungnya, namun mereka semua tetap sama, hamba Allah yang kelak bakal bertemu untuk dihisab secara adilnya. Mengenali mereka merupakan nikmat Allah yang cukup besar. Tidak pernah aku terfikir untuk mengenali sebegitu ramai manusia dalam hanya 2 bulan. Keunikan perwatakan mereka telah mengajar aku untuk memahami manusia dengan lebih mendalam sebelum terus menghakimi seseorang. Sememangnya kita manusia biasa tidak layak untuk menghakimi sesorang, kerana di sisi Allah, hambaNya yang ditinggikan darjat hanyalah mereka yang bertakwa.

2010 dari sudut pandangan aku turut menyaksikan kejatuhan moral rakyat Malaysia. Bermula dengan isu penggunaan Kalimah Allah, sehingga perlawanan bola antara beberapa kumpulan dalam negara. Sungguhpun beberapa isu ini bermotifkan politik semata-mata, tetapi amat menyedihkan apabila melihat sikap mahupun tindak balas rakyat awam dalam menilai isu-isu ini. 2010 dari segi kemajuan sosial di Malaysia tidak banyak berubah, malah seperti semakin mengundur ke belakang.

2010 dari sudut pencapaian negara mungkin boleh kita banggakan, terutamanya dari sudut sukan. Malaysia berjaya mengekalkan prestasi yang baik dalam setiap temasya kesukanan peringkat antarabangsa bermula dengan sukan komanwel dan diikuti dengan sukan Asia. Mereka berjaya mencatat rekod tersendiri, dan Malaysia berjaya menempah nama sebagai Top 10 keseluruhan dalam kedua-dua temasya bertaraf antarabangsa ini. Bravo! Paling dibanggakan sudah tentu pencapaian skuad Harimau Malaya yang muda-muda belaka di peringkat ASEAN apabila berjaya menggondol JUARA buat pertama kalinya dalam sejarah temasya ini. Namun bagi aku, pencapaian dr sudut sukan yang paling membanggakan apabila skuad hoki negara berjaya mengalahkan india dan menempah tiket ke final sukan Asia menentang Pakistan. Walaupun hanya mendapat tempat kedua, namun itu merupakan pencapaian yang patut dibanggakan kerana mereka telah mengembalikan zaman kegemilangan skuad hoki negara. SYABAS KALIAN!

Dari sudut peribadi 2010 merupakan tahun yang wajib dikenang sehingga akhir hayat. Tahun yang telah merubah kehidupan aku, yang telah menyaksikan aku berubah dari seorang pelajar sekolah biasa sehingga menjadi mahasiswa, menyaksikan aku berjaya mengekalkan impian dan cita-cita aku.
MAC 2010
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumukan diseluruh Malaysia. Hati aku sungguh tidak tenteram, namun sudah redha dan bersyukur awal-awal dengan apa pun keputusan yang akan diterima. Malam itu di facebook dan ym sungguh meriah, macam Hari Raya di kampung, cuma tempat sahaj bertukar ke alam maya. haha. Melangkah ke sekolah, rakan-rakan yang lain kebanykannya sudah hadir lebih awal. Walaupun hati masing-masing resah dan gelisah, semua rasa sangat gembira bertemu dan disatukan semula. Gelak ketawa mebanjiri suasana, tidak kering gusi dibuatnya. haha. Rindu aku saat saat itu. Sehingga keputusan diumumkan. Ya, aku punyai sasaran, tapi aku sendiri tidak meletak harapan. Allah maha pemberi. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah, aku berjaya perolehi keputusan yang diidamkan.

Paradox_0105
sempat juga melaksanakan sesi fotografi bersama :) MAC 2010.
APRIL-MEI 2010
"Anda berjaya ke temuduga MARA untuk memohon tajaan". Lebih kurang begitulah yang tercatit dalam surat yang dibawa oleh baba dan mama di Kem Terkok, Sg Siput. Aku ketika itu sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang dijadualkan selama 3 bulan. Sepucuk surat lagi, dari UniKL, kemasukan ke program foundation in engineering yang aku pohon sejurus selepas mendapat keputusan SPM. Dua pucuk surat itu menjadi teman aku sehari itu. Usai urusan dengan surat tersebut, baba dan mama mengucapkan salam dan byebye. haha. Itulah minggu pertama aku di PLKN.
Beberapa minggu kemudian, baba mengambil aku dari kem tersebut pulang untuk temuduga MARA. Aku berjaya peroleh cuti dari pihak Jabatan. Temuduga berlangsung dengan baik, cuma mash terngiang-ngiang di kepala aku apabila puan peng-interview bertanya, " Why do you want to study in aviation field?" aku jawab, " Because it is my passion, it is what i want to do since im a kid. Its my ambition." kemudian dia bertanya lagi,"At what age you decide that you want to be an aircraft engineer?" my answer is, "At the age of 5, when i know the word AMBITION". "What?! At the age of 5? You are crapping." "Of course i'm not crapping, of course at that age i dont know the word ambition, but i already know the word "Cita-cita"." Ya aku tahu, mungkin dia hanya nak uji aku sahaja, tapi sejurus dia cakap aku mengarut, rasa hati ini tercabar. Perlu ke dia mengeluarkan kata-kata yang bagi aku agak kasar dan tidak professional. Mungkin anak dia pada usia 5 tahun nak jadi polis atau askar(cita-cita tipikal kanak2), tapi bila dah besar jadi pegawai MARA kan. haha.
Masa aku di PLKN tidak lama, lebih kurang sebulan sahaja, kemudia berhijrah ke utara, ke negeri hijau kuning. Menyambung pelajaran di KOLEJ MARA KUALA NERANG. Suasana di situ, dahsyat! HEBAT! SUPERB! Mereka merupakan the coolest guyss pernah aku kenal. tekan sini, di pautan ini ad cerita mengenai KMKN. haha, tak mampu aku nak tulis semula.

Bye-bye (3months)
i did say bye-bye. tak sampai 3 bulan punn
Jun-July 2010
Aku ditemani Iyzie James cuba menyemak keputusan permohonan biasiswa MARA. Aku sudah tekad, jikalau aku tidak berjaya mendapat menyambung pelajaran di Moscow Aviation Institute, aku akan kekal di KMKN. Alhamdulillah, Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Hari terakhir aku meninggalkan KMKN amat menyedihkan, beberapa titisan air mata berlingan di pipi. Kawan-kawan aku di sana amat menakjubkan, mereka luar biasa, lain dari lain. Sedih aku nak meninggalkan insan-insan ini, terutamanya Iyzie, Ijad dan Rifdi yang banyak menghabiskan masa dengan aku. 4 Julai, aku mendaftar di UniKL MIAT. Hidup aku selepas itu tidak banyak berubah, kecuali hari demi hari makin banyak bercakap dalam bahasa rusia. haha. Hidup aku dipenuhi dengan jadual yang padat dan padat dan padat. haha.

ahmad luqman
Ahmad Luqman juga lahir pada 1 Ramadhan tahun 2010. Menambah koleksi keluarga AHMAD.
Meninjau Masa Hadapan
2011 bakal menyaksikan pelbagai kejutan. Aku pasti akan itu, dan semuanya merupakan kesinambungan dari episod 2010. Jikalau dikurniakan rezeki oleh Allah, bulan Jun menyaksikan aku meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran. Tidak mudah, aku perlu berusaha keras, dan tiket ke sana bukannya pasti, aku perlu melipat ganda usaha dan dengan berkat doa kalian, insyallah.
Tidak banyak yang aku boleh perkatakan untuk meninjau masa hadapan. Cuma mentaliti rakyat Malaysia terutamanya melayu amat membimbangkan. Kita seolah-olah mengejar Indonesia agar kita berada di takat yang sama, jikalau kita mengejar ke hadapan tidak mengapa, tetapi mereka yang mengejar ke hadapan dan kita semakin mengundur kebelakang. Kita dengan bangganya menulis di berita-berita utama kita, MALAYSIA NEGARA MAJU! tetapi rakyat Malaysia masih mempunyai mentaliti rakyat negara dunia ke-3. Semua negara di dunia ini makin berganjak ke hadapan dari sudur ekonomi, sosial dan politik. Tetapi kita pula semakin mengundur dari ketiga-tiga aspek ini. Amat sedih, malahan mentaliti yang kurang kualiti ini bukan mentaliti minoriti, sebaliknya mentaliti majoriti rakyat yang perlu diubah dengan segera. 2011 juga mungkin menyaksikan berlakunya Pilihan Raya Umum sekai lagi, selepas PRU2008. Ini cuma jangkaan aku melihat tindakan-tindakan PM Malaysia yang juga Presiden Umno, dan seperti PRU yang lepas kita tidak dapat jangkakan sebarang keputusan. Tetapi aku percaya PRU iniamat penting untuk melihat momentum perkembangan negara. Sekiranya kita masih mengikut momentum perkembangan hari ini, insyallah, menjelang 2019-2020 kita akan bankrupt.
2011 juga mungkin bakal menyaksikan begitu banyak teknologi teknologi baru akan dijual di pasaran. Mungkin kereta elektrik yang merupakan kereta paling ideal dalam masa 100 tahun ini akan menunjukkan belangnya dia pasaran terutamanya pasaran amerika dan eropah. Dengan wujudnya kereta elektrik berasaskan hydrogen, kita mungkin bakal melihat lebih banyak kajian dan keberjayaan diperoleh dalam usaha menggantikan petrol dan diesel sebagai sumber tenaga utama.

Mengimbau Sejarah.
Mungkin ramai yang tidak sedar, 2011 merupakan sambutan ke-500 tahun KEJATUHAN EMPAYAR ISLAM MELAKA di tangan Portugis. Dalam menyambut sambuatn 200 tahun ini, mungkin kita patut bersama-sama mengkaji kitab "Sejarah Melayu" ataupun "Sulalatus Salatin" yang dikarang oleh beberapa pengarang Melayu seperti Tun Sri Lanang yang merupakan Bendehara Melaka.
Kita semua sedar dan tahu mengapa Empayar Melaka yang cukup besar dan digeruni berjaya ditakluk oleh Portugis. Malah Melaka merupakan Empayar pertama di kepulauan Melayu yang dikehendaki oleh kuasa barat. Disebabkan oleh sikap Sultan yang suka dan gilakan hiburan, sikap pembesar-pembesar yang suka mengadu domba, sifat tidak jujur dan rasuah yang berleluasan, pengkhianatan kuasa dan akibat melupakan ajaran agama telah menunjukkan kepada kira rakyat hari ini bahawa sebesar mana pun sesebuah kerajaan, tetapi jikalau sikap2 di atas di amalkan, makanya sudah tentu Allah akan menimpakan bala terhadap mereka. Sikap-sikap di atas tidak kurangnya yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Cukup sifat untuk kita diturunkan bala Allah. Malah ditambah pula dengan gejala sosial yang terlalu berleluasa hingga sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa. Kita pula masih terlampau lalai dengan hiburan yang penuh sarat dalam minda kita. Bangkit, bangkit rakan-rakan ku, bangkit kita bersama, sedar, sedar sahabatku, jangan kita ditipu, bangun,bangun bangsaku jangan kita diijak lagi, maju kita bersama, lakukan perubahan bersama. AYUH kita bergerak ke hadapan dan lakukan perubahan demi AGAMA DAN NEGARA yang kita cintai.

2011, kami menanti anda, dan kau telah muncul, terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur kami, jadikan kami umatmu yang kuat Ya Allah, jangan kau turunkan bala terhadap kami dan pulihkanlan lubang-lubang yang menghantui kami ya ALlah, amin.

с новым годом!
HAPPY NEW YEAR!
Selamat Tahun Baru!

Jumaat, 12 November 2010

What's Goin Up?

Terketar rasa jari-jemari ni nak menulis semula dalam blog ni. Rasa blog ini dah tidak bernyawa lagi. Mati detelan arus zaman. haha, Lihat sahaja post terakhir, RAMADHAN? OK. Itu sangat 'WOW'. Takkan selama itu? Memang itulah hakikatnya, blog ini dah dibiarkan terlalu lama, terlalu sepi, terlalu MATI.

Apa yang jadi pada aku sekarang? Dah Mati? Eh belum, kalau mati, mana mungkin jari jemari ni boleh menari 'TAP' atas papan kekunci ini, makanya, saya belum mati. Dah tu, awat hang menyepi lamaaaa sangat ni? Masuk hospital ke? Sakit kronik ke? Bukan,bukan, semua pun bukan. Mungkin kerana terlalu sibuk , sibuk dengan pelajaran, terlalu 'hectic' sehingga tiada masa diperuntukkan untuk melayari internet lagi. Jangan kata dunia blog, sedangkan kamera pun dibiarkan sepi tanpa teman.

Sepanjang Ramadhan hingga sekarang, rasanya tiada banyak perkara yang berlaku pada diri aku. Sama sahaja. Memang dunia aku semakin malap tanpa aktiviti-aktiviti menarik selain menyiapkan tugasan-tugasan dan ke kelas pagi ke petang dan cuba mem-fasih-kan bahasa rusia. Alhamdulillah, aku kini sudah melangkah ke semester 2, pre-russian di UniKL MIAT. Masih bertatih-tatih hendak menggapai bulan dan bintang di langit. Aceh, haha, alhamdulillah, masih berada di landasan yang betul untuk menggapai cita-cita yang telah ditanam sejak kecil.

Baru-baru ini, di UniKL MIAT berlangsungnya sebuah acara tahunan yang diadakan oleh para pelajar Unikl MIAT sendiri, yakni AEROCARNIVAL yang telah mencapai umur 3 tahun ini. Secara jujur, acara tahun ini lebih kompak atau lebih mini berbanding yang terdahulu, namun tetap tidak kurang gahnya. Antara acara yang membangkitkan rasa semangat hendak menghadirinya ialah sebuah forum yang mengumpulkan2 pakar-pakar dalam bidang penerbangan di Malaysia, yang sedikit sebanyak membantu aku untuk meninjau masa hadapan yang lebih baik.

aerocar_Oct302010_2100

aerocar_Oct302010_2102

aerocar_Oct302010_2122

aerocar_Oct302010_2124

aerocar_Oct302010_2125

aerocar_Oct302010_2146

aerocar_Oct302010_2179

aerocar_Oct302010_2170


aerocar_Oct302010_2344

aerocar_Oct302010_2275


minta maaf dan ampun atas segala kesalah, ini sahaja yang mampu dikemaskini buat masa ini, ada waktu dan ruang, akan aku tambah lagi, sekian :D

Isnin, 23 Ogos 2010

Ramadhan Bulan Rahmat

Assalamualaikum,

Heee, :D
Rindunya aku dekat blog ni, rasa macam dah tak wujud dah blog ni. Dah berapa abad tak kemaskini ya? Ada x dalam 3-4 abad? Sebab dah penuh harta karun berbentuk sawang dan habuk dalam blog ini. hmmm, lumrah kehidupan pelajar, masa yang ada cukup-cukup untuk mengulang-kaji pelajaran, Tambahan lagi dengan jadual kelas yang.... tak usah dikhabarkan, tak berhenti-henti. haha. Dalam hati ni ada cinta, eh eh, bukan, dalam hati ni ada niat nak kongsi bersama suka-duka aku dalam masa hampir dua bulan menyertai program Pre-U Rusia di Unikl MIAT ni, tapi rasanya, baik aku kumpul-kumpul, biar sampai dah nak terbelahak keluar, baru aku tulis, baru orang-orang yang baca pun bersemangat kental nak baca, eceh, macam lah ada orang baca. hehe.

Sedar tak sedar, pejam celik- pejam celik, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi pada tahun ini 1431H bersamaan 2010M. Dalam hadith yang sangat lagi teramat femes ada mengatakan bahawa bahagian pertama Ramadhan, yakni 10 hari terawal Ramadhan itu merupakan rahmat. haaaa, kan sama macam tajuk post kali ini. hehe, kan kan. Ramadhan Bulan Rahmat

Anda sekalian tahu tak, keluarga saya sudah bertambah ahli. Tambahan, kini saya sudah menjadi Paksu pada dua orang cahaya mata kepada saudara Ahmad Kamal dan saudari Ruzanna. Tanggal 1 Ramadhan 1431H menyaksikan lahirnya seorang lagi putera dari rahim adinda Ruzanna. Bayi yang sihat walafiat, dengan beratnya iaitu 3.5kg dan pipinya yang tembam, disambut dengan amat gembira oleh seluruh keluarga. Namun tidak seperti abangya, AHMAD IMRAN, kali ini aku tidak berkesempatan hendak melihatnya pada hari pertama kelahirannya. Hanya selepas beberapa hari kemudian, baru aku dapat bertemu dengan anak buah baru ini.

ahmad luqman

ahmad luqman



Anak bua yang lama, Ahmad Imran tetap tidak dilupai, acehh. hehe, Si abang sorang ni dah nak masuk 3 tahun dah. Dah boleh cakap ke belum? Rasa-rasanya soalan ini boleh ditanyakan terus pada dia lah, sebab sepatah orang cakap, 10 patah dia jawab. pok pek pok pek. haha. Dah mengalahkan orang tua bercakap. Tapi dah lama x ambil gambar dia, al-maklumlah, sibuk sangat lagi teramat, tapi masih ada sebuah video untuk kalian, saksikanlah, jeng jeng ..



ok lah, cukuplah sekadar ini, ada 7 soalan fizik masih menunggu dan seuah teks rusia erlu dihafal, sekian wabillahi taufikwalhidayah, assalamualaikum:D

до свидания



Isnin, 19 Julai 2010

Meniti Impian

assalamualaikum,

Dah lama sangat tak menulis dalam diari maya ini. Terasa rindu di hati mengenang kembali saat-saat di bangku persekolahan, gelak tawa dan masa yang banyak untuk diluang bersama komputer tercinta. Banyak juga masa untuk latihan tarian jari-jemariku di atas pentas papan kekunci ini. Namun, semenjak bergelar mahasiswa, masa berlalu dengan begitu pantas, setiap detik sangat berharga, setiap saat tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jadual kelasku terlalu padat, tidak sama langsung dengan mahasiswa-mahasiswi lain di UniKL MIAT ini. Aku yang telah memilih jalan ini, dan inilah masanya untuk aku membuktikan bahawa aku mampu melakukannya, meredah onak dan duri, merenangi lautan cabaran untuk meniti impian yang telah disimpan sejak kecil lagi. Aku kini telah berjaya menjumpai kunci kepada pintu impianku, yang tinggal hanya perlu mencari pintu tersebut dan memasukkan kuncinya. Namun ia tidak semudah gambaran metafora ini. Aku terpaksa bertungkus-lumus, melupakan penat-lelah dan fokus pada impian aku.

Post kali ini, tak ada gambar macam sebelum-sebelum ini. Walaupun baru sahaja bertukar ke Nikon D90, aku masih belum berkesempatan untuk mengeksploit segala kelebihan Nikon D90 tersebut. Mungkin dalam beberapa minggu ini aku akan sibuk dengan pelajaran dan mungkin mengambil masa untuk aku bergiat aktif semula dalam bidang fotografi. Berbalik pada tajuk, "Meniti Impian". Entah kenapa, malam ini aku rasa bersemangat untuk menulis mengenai impian. Mungkin setelah masuk ke bilik senior, merangkap jiran, hehe, aku rasa kagum dengan senarai impian dan matlamat yang telah disusun molek dan saya yakin beliau aku berjaya mencapainya. Aku percaya, menulis matlamat kehidupan kita dan membacanya setiap hari, membantu mencapainya. Aku yakin kerana aku sendiri pernah buat hal demikian ketika zaman SPM 09. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah aku berjaya lebih dari apa yang aku impikan.

Kadang-kadang, terdetik di benak pemikiran aku, kenapa aku perlu ke luar negara, perlu berbahasa asing, perlu menyiksa minda dan lidah memutar setiap perkataan yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini? Apabila terlalu pening, atau istilah aku, 'KABUT', pemikiran-pemikiran negatif selalu datang menerpa mengetuk pintu minda ini. Sebelum ini aku seorang yang positif, tidak melihat ke belakang, aku yakin akan keputusanku dan aku pantang dicabar. Namun aku takut, jikalau, hasutan2 negatif yang datang sekali-sekala ini meranapkan titian impian yang telah aku bina dan masih membinanya.

Kini impian aku sudah makin jelas kelihatan. Aku sudah nampak ianya melambai2 ke arahku seolah-olah telah lama menungguku. Aku perlu positif! Tinggalkan hasutan- negatif itu jauh-jauh, campakkannya jauh nun ke planet BIRU! biar ia tidak datang semula. Aku gemar mengenang saat-saat di sekolah. Membuat aku bersemangat semula. Aku pernah rebah, dan aku mampu bangkit semula. Aku pernah tertekan dan ditekan, tapi itu x menjadi alasan. Aku pernah minitis air mata kerana lelah, tapi gelak ketawa aku membantu aku untuk bertenaga semula. Aku yakin, walaupun aku berada di puncak yang berbeza, aku yakin aku mampu melakukannya. Mungkin sekarang ini dalam kondisi KABUT, tapi aku tidak mahu selama-lamanya kekal dalam kekacauan ini. Baba, Mama, Saudara-mara, Bapak2, Ibu2, Guru2, dan rakan2 sekalian, aku perlukan doa kalian, doakan kesejahteraanku di muka bumi dan akhirat dan doakan kejayaan dalam bidang aku ini, aminn.

sekian, perkongsian ikhlas dari hamba yang lemah.

menulis sekadar berkongsi,
bukan mencari simpati,
kerana tulisan ini membantu diri,
untuk berjaya kelak suatu hari!

Sabtu, 19 Jun 2010

wan+zura

Wan&Zura_031410_0588

Wan&Zura_031410_0593

Wan&Zura_031410_0598

Wan&Zura_031410_0649

Wan&Zura_031410_0852

Wan&Zura_031410_0892

Wan&Zura_031410_0909

Wan&Zura_031410_0859

Wan&Zura_031410_0987

Wan&Zura_031410_0901

Saya ingin ucap ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin WAN+ZURA, yang telah memberi peluang ini kepada saya untuk mengasah bakat saya yang x seberapa dalam bidang fotografi ini. Ucapan saya buat kalian, Semoga bahagia dan berkekalan selama-lamanya, insyallah. Amin.

Selasa, 15 Jun 2010

Kuala Nerang's Story.


Assalamualaikum.

Secara rasminya, saya bukan lagi seorang pelajar Kolej Mara Kuala Nerang. Well, this is one of the pindah-randah punya version. Bagaimana tahun 2010 mencatat sejarahnya, apabila dalam masa 2 bulan, aku berjaya mengenali beratus rakan-rakan baru. Pelbagai latar belakang. Dari kampung hingga ke bandar. Dari Sekolah Harian hingga ke Sekolah CLUSTER. Dari ulama' hingga ular dalam semak. Tapi semua tetap kawan aku.

Living in Kuala Nerang is a good experience. Maybe x dapat lagi dah lepas ni. Kolej Mara Kuala Nerang. Mungkin nama ini tidak segah Kolej Mara Banting mahupun Kolej Yayasan UEM, tapi ternyata nama yang tidak gah ini berjaya memotivasi aku dan seluruh warga pelajarnya dari 15 tahun yang lalu hingga ke hari ini. Kali pertama menjejakkan kaki ke KMKN aku sudah tahu, hidup di sini insyallah indah. Kolejnya cantik. Permandangan hijau, bangunan sempurna wajahnya, suasananya meriah. Tidaklah terlalu besar, but yet, tidak pula kecil. Cantik-cantik je. Selesalah senang cakap untuk 600-700 pelajar berkampung setahun di situ. Di sebalik nama KMKN ini, tersirat 1001 kejayaan yang cukup membanggakan setiap manusia yang pernah bergelar warga KMKN. Merupakan Kolej Mara terbaik selama 8 tahun berturut-turut, kolej matrikulasi perakaunan terbaik selama 3 thn berturut-turut dan yang terbaru ini, kolej matrikulasi keseluruhan terbaik 2009. Teringat aku ketika di bangku persekolahan, ketika masing-masing sibuk mengisi borang matrikulasi. "Kat mana eyh kita nk g?", "Mana kolej terbaik eh?" hmm, jawapan yg ulang kali aku dengar, KOLEJ MATRIKULASI MELAKA. Is it true? haha, i dont know. Aku bukan pelajar di bawah program matrikulasi, tapi aku merupakan bekas pelajar Foundation UniKL (FIST UNIKL) yang hanya sempat masuk, tapi x sempat keluar. haha. Ternyata kini, kita tahukan, kolej matriks mana terbaik? haha. Walaupun aku pelajar FIST UniKL, x ada kena mengena pun dengan Matrikulasi, tetap aku berasa sangat bangga. Namun ada satu keajaiban yang wajib anda ketahui. PENGARAH KMKN, Hajjah Shaariah bt Dahman. WOW! haha, thts my 1st impression when I 1st heard her talks. Petah berkata-kata, tak ada sekat-sekat, x ada "eh, eh, haaa, haa" bak kata P1 Wimax, x ada lagging. Semua kata-katanya make sense, make us thinks back, make us motivated. Satu lagi kunci pembakar semangat kami ialah ungkapan comel ini, "THE GRADE IS A, THE NUMBER IS 4". Aku berasa sangat yakin, sangat bermotivasi hendak belajar.

Hari pertama, aku cakap dalam diri, "This is a new ground 4 u, build a new life, make new friends, build success." haha, dramatik abis, but thts the truth. Alhamdulillah, x ada lah aku terkontang-kanting sangat, everything is fine. Ada juga lah orang yang aku kenal, namanya, Iyzie James. haha, Iyzie, baik x aku tulis nama kau:D. hahaha. Aku kenal dia ketika Aviation Camp tahun 2008, baju merah. haha. Sebab time tuh, baju T kami merah. Dulu dia sama group dgn aku. Aku x tahu lgsg dia nak masuk KMKN juga. Sedar-sedar jumpa balik kat KMKN. Dia kira kawan baik aku kat KMKN la, dari dia, kawan-kawan aku berkembang, beranak-pinak, haha, ramai sangat, nak list, tapi aku takut ada yang aku tertinggal, terasa lak. nanti aku list lah eyh, insyallah. Kawan-kawan semua best, semua seronok nak buat kawan, macam-macam pe'el, tapi itu bukan penghalang. hahaha, kegembiraan bersama dinikmati, kejayaan bersama dicapai, insyallah. haha.

Nak tulis lebih? ermmm, x ada semangat lah. haha, For all KMKNian, haha, belajar sebaik mungkin, ingat! KEUNGGULAN BUDAYA KITA! Insyallah, aku doakan semua berjaya, aku doakan semua berjaya masuk Kampus UniKL yang diidamkan.

ke mana aku selepas ini? hemm, x leh la cerita skrg, wait 4 my next post. haha.