Selasa, 15 Februari 2011

Boleh Tak Bicara Serius?

Dalam kata lain, boleh x kalau kita berbicara benda yang serius?
Aku remaja, anak muda yang memang sedaplah dengan dunia ini. Fikir pasal akhirat, 5 kali sehari, itu pung (ok slang GANU di situ) kadang-kadang2 lalai. Macam manakan, anak-anak remaja lain, x payah nak baik sangatlah, sama je semua orang, ok, tarik balik bukan semua, tapi kebanyakan. Kau duduk ceruk mana pun duniawi memang benda yang sedapkan. Ada bf/gf list nombor satu kan dalam hidup masing-masing, eleh, x minat konon, aku pun nak, apatah lagi korang, eh apahalnya banding dengan diri sendiri, macam kau baik. haha.
Naik muak bila buka blog semua orang, perkara yang sama sahaja jadi tatapan mata dan kepala, yelah, kalau x ada kepala x kan ada mata. Kalau x gaduh dengan pakwe, gaduh dengan makwe. Kalau x dating dengan pakwe, dating dengan makwe. Macam satu dunia nak tahu kau keluar dengan pakwe/makwe kau kan. Meaningless, OK no offence eh. Jangan nak terasa lebih, kalau ada yang terasa, duk depan komputer belajar menulis benda bermanafaat sikit.
Lumrah manusia, apatah lagi masa baru meningkat remajakan, nak ada kekasih hati, supaya berbunga-bunga hati. Dalam hati ada taman dan berbagai lagi. OK, itu x patut dipersalahkan, kalau ada rasa nak bercinta, itu normal, bukanlah perkara yang patut kau kesal seumur hidup pun. Agak dramatikkan, kau balik-balik rumah, nampak awek cantik molek senyum kat kau then rasa serba salah sebab struck by love, " Oh tidak, aku jatuh cinta, ini tidak patut. Ahh, aku x nak, aku x nak terjerumus ke lebah syaitoonn." OK, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan, drama terlebih.
Tak perlulah nak takut sangatkan, kalau x ada perasaan bila awek cantik molek senyum kat kau, rasa-rasanya patut cek balik, cukup x hormon laki-laki kau? Aku takut kau terjerumus ke lembah yang tidak patut.
Terjerumus ke lembah-lembah sekaum ni pun satu lagi masalah, kalau suka laki pun, x yah la nak tujuk sangat, kau suka tengok laki-laki tampan, segak lagi kacak. Tak payah duk simpan magazine maskulin dari jilid SATU sampai berap ratus ribu aku pun x tau, then mentang-mentang blog dan tumblr dan sebagainya famous, dia menunjuk-nunjuk. Memamnglah orang cop kau G*Y, then touching sebab orang kata kau G*Y, memang nampk sangat kau P*nd*n. Tak salah nak mengagumi ciptaan tuhan, memang ada yang dicipta cantik, tapi berpada-padalah. See dah cerita pasal g*y, lari tajuk betul aku ni.

ok itu baru mukadimah ya datuk-datuk dan datin-datin.

Aku rasa ada satu tahap, bila remaja dah sampai umur 16/17, dah melangkah alam menengah tinggi, pemikiran patut berubah menjadi lebih kritis dan kreatif. Lebih matang dan tersusun. Bukannya macam budak-budak 4 tahun yang masih tengok cerita "Apa yang penting, KERJASAMA". Tapi cerita tu memang menagihkan kan. Dorang buat cerita tuh ada letak nikotin/tar dan sebagainya ke ha? ok ngarut. Bila dah sampai satu tahap kena tahu lah serba sedikit pasal dunia sekarang. Apa yang terjadi, apa yang bakal jadi, kiranya kalau orang tanya pasal isu-isu semasa, x adalah terngangan sambil berlalu masuk seekor lalat sebesar ibu jari.
Aku suka mengambil contoh Mesir yang sedang dalam proses revolusi, Bahagian 1 revolusi dan tamat, Mobarak dah meletak jawatan, seterusnya Bahagian 2 dan Bahagian 3 akan bersambung. Aku rasa kalau aku pergi sekolah-sekolah menengah dan tanya "Kenal tak siapakah Mobarak?", aku rasa mungkin hanya 60 peratus je yang kenal. 60 peratus tuh pun bagi aku macam paling-paling tinggilah. Dan yang boleh cerita berapa tahun dia telah menzalimi rakyat mesir, kenapa rakyat mesir nak dia turun dan sebagainya mungkin satu atau dua peratus. Aku sahaja tulis satu dan dua dalam bentuk perkataan, x nak bagi pandangan yang terlalu teruk.
Bandingkan remaja-remaja kita hari ini di Malaysia dengan yang ada di Mesir. Mereka yakni pakcik dan makcik bangkit pergi beramai-ramai sambil berjalan macam Janda Berhias, Ratu Kampung ke Tahrir Square demi anak-anak mereka, demi remaja-remaja Mesir yang ada pada hari ini. Mereka tahu revolusi bukan perkara yang mudah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan. Mungkin mengambil masa dalam 10 tahun agar sesebuah negara kembali pulih dan menjadi seperti mana yang mereka kehendaki, masa itu mungkin pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini semua dah kembali kerahmatullah. Siapa yang dapat merasai kemanisan perjuangan tadi? Remaja dan generasi seterusnyakan.
Oleh kerana itu, remaja mesir bangkit, bersama-sama berarak ke Tahrir Square mempertahankan hak rakyat mereka.
Remaja Malaysia? Apa yang remaja Malaysia tahu sekarang ini. Pertama, Justin Bieber nak datang Malaysia, sedih sebab mak bapak x kasi duit nak pergi tengok konsert JB, no offence ok, x salah pun nak minat dia, dia freemason ke iluminati ke, apa ke, korang nak dengar dia nyanyi je pun, apa salahnyakan. Tapi kenapa kalau dalam status FB masing-masing, dipopulasi oleh info-info hiburan semata-mata. Kalau x JB, Lady Gaga, paling baik pun Maher Zain, ok, aku x kata pun nak minat artis mana-mana tu dosa besar haram dan sebagainya, aku bukan alim ulama' nak letak hukum ikut suka hati. Berhibur memang tidak ada salahnya, KALAU BENAR MENGIKUT CARANYA, tapi kalau asik duk berhibur, walaupun dengar nasyid, sampai kerja lain x jalan, sampai benda lain x tahu, sampai minda tertutup, itu bukan cara berhibur namanya.
Kedua permainan video atau sukan. Nak minat games, silakan, sihat apa, bersukan itu penting, tapi perluke sampai nak sibuk bergaduh dengan indonesia sampai hari ini? Tak perlukan, bukannya korang yang main dekat stadium itu pun, Kalau Safee Sali nak marah-marah, masuk akal jugak, walaupun kurang Profesional, tapi dia mengeluarkan bertimba-timba peluh bermain untuk negara. korang?
Ketiga, cinta-cinta-cinta. Ok, aku faham remaja memang sangat mudah dilamun cinta. Jangan terasa, aku mengaku aku pun manusia, masih remaja, dan sangat mudah dilamun cinta, tapi sampi bila kau rasa kau nak gunakan laman sosial kau tu untuk beritahu satu dunia hubugan kan dan si dia. Tak perlulah rasa romantis sangat buat begitu, letak gambar peluk-peluk sebagai default x mejadikan anda bahagia pun. Kalau nak bercinta, cubit-cubit semut dah la. X perlulah mengalahkan parents korang yang dah 30-40 tahun hidup bersama. Meluat sahaja. Terasa? Bagus, pergi tengok cermin, fikir dalam-dalam.
Aku malas nak cerita pandangan aku terhadap Mesir, masa depan negara kita dan sebagainya. Cuma aku nak memetik kajian yang dilakukan oleh pakar politik Israel, (dah jadi agen yahudi pulak dah aku ni. haha), "In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller." (klik sini)
Aku boleh bagi kata lain, ketidak bukaan media di negara kita sudah tersohor di muka bumi, kecuali di Malaysia sendiri, kerana apa, seperti yang dikatan, rakyat kita kurang aspirasi, kerana terlalu bodoh sehingga mudah-mudah diperbodohkan orang berkuasa.
Ok, aku x nak campur tangan hal politik, tapi macam mana remaja nak jadi pandai, kalau surat khabar yang menipu tu pun kau x baca, apatah lagi kau nak menggeledah maklumat dalam internet. Mak bapak kau kerja penat-penat, pagi sampai malam, ada la dapat 2-3 ribu nak beli 8 orang anak sebulan, bayar bil telefon yang kau bebankan dengan bergayut, bayar bil internet yang sangat mahal apatah lagi bila pakai Unifi, dengan harapan anak-anak mereka dapat belajar melalui internet, x jadi macam orang ceruk gua, x tahu apa-apa, tapi semua harapan ibu bapa anda terkubur dalam-dalam sahaj nampaknya. Terima Kasih Mark Z, Facebook sangat berguna, merupakan inovasi terhebat zaman ini, tapi masih, remaja Malaysia terlalu bodoh untuk memanfaatkan laman sosial seperti ini.
Bersyukur kita tidak hidup di zaman komputer sebesar bilik darjah aku masa darjah enam, kita setiap hari dibanjiri dengan maklumat dan info. Media menjadi semakin telus, walaupun adanya kuasa-kuasa besar yang masih cuba menipu fakta-fakta. Manusia menjadi semakin pintar dengan kewujudan internet. Kita tidak mudah-mudah ditipu lagi, ok sekali lagi tarik balik, bukan KITA, tapi mereka nun di Arab. KITA? Bodoh yang amat, sumber paling dipercayai ialah Utusan dan Berita Harian yang hari-hari buat fitnah dan memesongkan aqidah manusia dengan menulis PENDAPAT mereka mengikut ajaran nafsu, surat khabar kegemaran kita pula Metro dan Kosmo yang saling x tumpah macam mastika.
Mak bapak kau bayar bil internet mahal-mahal agar kau buka youtube dengar ceramah agama ke, lagu maher zain ke, tapi harapan tinggal harapan. Nak bukti? bukak alexa.com, nun no.37 tuh apa? x kan mak bapak korang pulak nak tengok benda-benda x senonohkan. Sah-sah la remaja yang tengok aksi-aksi mengundang laknat kat akhirat. Sampai bila kita nak jadi bangsa yang bodoh?
Aku rasa sudah masa remaja di Malaysia belajar serba sedikit pasal dunia. Erti kehidupan dan mula mengambil bahagian dalam setiap perkara dan mengelakkan sikap langsung tidak campur tangan, macam Ketua Negara kita, sebab dia pengecut. X kan para remaja nak ikut jejak langkah yang tidak baik? Sudah masanya kita kenal apa yang hak dan apa yang batil.
Aku harap yang baca ni, sebar-sebarkan. Aku minta maaf ayat aku hari ini sangat kasar lagi meminta tamparan, tapi aku cuba menjadi sejujur mungkin, BOLEH TAK BICARA SERIUS?

assalamualaikum

Sabtu, 5 Februari 2011

Introducing to you...

assalamualaikum,
Its already February. err, kinda scary! Isnin ni dah la ada test Fizik, and yet masih enak bersiar-siar dalam lama sesawang nih, isk isk isk, zamri zamri. Anyway, lama aku x upload apa2 kan, yelah, kamera asik simpan dalam almari tinggi2 je, memang x ada masa la nak ambil gambar apapun.

So, apa kena mengena dengan tajuk? Apa yang hendak diperkenalkan, Haaa, jeng jeng jeng. Kalau dulu, dekat sekolah semua orang kenal anak buah aku hanya kerana uncle dia ni sibuk mengambil gambarnya saban hari. tapi sekarang? huuu, jangan kata ambil gambar, nak tulis pasal anak buah pun tidak lagi, isk isk isk. x patut x patut.

Ramadhan lepas keluarga aku menerima kedatangan seorang ahli baru, semua orang yang baca blog ni mungkin tahu atau mungkin sudah lupa. haha, selepas beberapa bulan, aku terasa nak ambil semula gambar dia. Jeng jeng jeng, nah tengok la puas2. Comel macam uncle dia kan :P

ahmad luqman cmb1


ahmad luqman cmb2

Rabu, 19 Januari 2011

Breakaway: Lumut & Pangkor

Sejurus tamat SPM, aku banyak berangan untuk melepaskan diri dari cengkaman kota untuk sebuah BREAKAWAY, tapi tidak kesampaian juga. Jadual kelas yang terlalu padat ditambah lagi bebanan kerja tambahan yang perlu dilangsaikan membuatkan aku terpaksa melupakan banyak perkara. Sedangkan kamera sudah tergantung, apatah lagi cita-cita lain kan. haha.
Tapi bersyukur juga berada dalam Program ini, walaupun jadual padat, sekurang-kurangnya tidaklah terperuk semata. Sebulan yang lepas, kami 33 orang tidak termasuk lecturers, merehatkan diri masing-masing di Lumut dan Pangkor. Tujuan utama hanya untuk melawat UniKL MIMET untuk memberi panduan kepada pelajar-pelajar marin yang bakal menuntut di St. Petersburg (Санкт Петербург).
Tapi kalau dah sampai ke Lumut, tak pergi ke Pangkor, macam rugi sangatkan. Makanya, aku rasa lawatan ini lebih kepada BREAKAWAY untuk kami.
Aku nak tulis panjang-panjang pun kekok lah, rasa macam baru je buka blog ni. haha. Aku sempat lah merakam 2-3 keping gambar. Let the pictures do the talk.

day 1

day 1 1

day 1 2

day 2 1

day 2 2

day 2 3

next BREAKAWAY: Terengganu,
motif: SUKHOI 30 MKM

Ahad, 2 Januari 2011

Tahun Baru. Meninjau Masa Hadapan dan Mengimbau Sejarah

с новым годом 2011

assalamualaikum,

alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, setahun sudah berlalu, meninggalkan umat manusia yang masih enak dibuai mimpi dan masih alpa dengan hiburan semata-mata. Setahun sudah berlalu, makanya umur planet Bumi yang dicintai ini juga semakin pendek. Maka makin hampir juga kita kepada Hari Akhirat yang dipercayai dan diimani oleh hampir semua agama di muka bumi. 2010 berlalu dengan mencatat pelbagai suka duka dalam kehidupan setiap manusia, tidak kira muda mahupun tua, malang mahupun bernasib baik, 2010 pasti mencatat sesuatu kisah yang akan terpahat dalam setiap diri bergelar manusia.

2010?

2010 telah menghantar aku ke merata tempat di bumi Malaysia ini. Aku telah menetap di Sg Siput, Perak dan Kuala Nerang, Kedah. Masing-masing hanya sebulan sehingga aku kembali ke Selangor meneruskan sisa perjuangan yang belum dilangsaikan, yakni menuntut ilmu mengejar impian. 2010 menyaksikan aku berkenalan dengan ratusan manusia baharu dalam hidup aku, berasal dari pelbagai latar belakang, yang kaya, yang miskin, anak bandarnya, budak kampungnya, namun mereka semua tetap sama, hamba Allah yang kelak bakal bertemu untuk dihisab secara adilnya. Mengenali mereka merupakan nikmat Allah yang cukup besar. Tidak pernah aku terfikir untuk mengenali sebegitu ramai manusia dalam hanya 2 bulan. Keunikan perwatakan mereka telah mengajar aku untuk memahami manusia dengan lebih mendalam sebelum terus menghakimi seseorang. Sememangnya kita manusia biasa tidak layak untuk menghakimi sesorang, kerana di sisi Allah, hambaNya yang ditinggikan darjat hanyalah mereka yang bertakwa.

2010 dari sudut pandangan aku turut menyaksikan kejatuhan moral rakyat Malaysia. Bermula dengan isu penggunaan Kalimah Allah, sehingga perlawanan bola antara beberapa kumpulan dalam negara. Sungguhpun beberapa isu ini bermotifkan politik semata-mata, tetapi amat menyedihkan apabila melihat sikap mahupun tindak balas rakyat awam dalam menilai isu-isu ini. 2010 dari segi kemajuan sosial di Malaysia tidak banyak berubah, malah seperti semakin mengundur ke belakang.

2010 dari sudut pencapaian negara mungkin boleh kita banggakan, terutamanya dari sudut sukan. Malaysia berjaya mengekalkan prestasi yang baik dalam setiap temasya kesukanan peringkat antarabangsa bermula dengan sukan komanwel dan diikuti dengan sukan Asia. Mereka berjaya mencatat rekod tersendiri, dan Malaysia berjaya menempah nama sebagai Top 10 keseluruhan dalam kedua-dua temasya bertaraf antarabangsa ini. Bravo! Paling dibanggakan sudah tentu pencapaian skuad Harimau Malaya yang muda-muda belaka di peringkat ASEAN apabila berjaya menggondol JUARA buat pertama kalinya dalam sejarah temasya ini. Namun bagi aku, pencapaian dr sudut sukan yang paling membanggakan apabila skuad hoki negara berjaya mengalahkan india dan menempah tiket ke final sukan Asia menentang Pakistan. Walaupun hanya mendapat tempat kedua, namun itu merupakan pencapaian yang patut dibanggakan kerana mereka telah mengembalikan zaman kegemilangan skuad hoki negara. SYABAS KALIAN!

Dari sudut peribadi 2010 merupakan tahun yang wajib dikenang sehingga akhir hayat. Tahun yang telah merubah kehidupan aku, yang telah menyaksikan aku berubah dari seorang pelajar sekolah biasa sehingga menjadi mahasiswa, menyaksikan aku berjaya mengekalkan impian dan cita-cita aku.
MAC 2010
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumukan diseluruh Malaysia. Hati aku sungguh tidak tenteram, namun sudah redha dan bersyukur awal-awal dengan apa pun keputusan yang akan diterima. Malam itu di facebook dan ym sungguh meriah, macam Hari Raya di kampung, cuma tempat sahaj bertukar ke alam maya. haha. Melangkah ke sekolah, rakan-rakan yang lain kebanykannya sudah hadir lebih awal. Walaupun hati masing-masing resah dan gelisah, semua rasa sangat gembira bertemu dan disatukan semula. Gelak ketawa mebanjiri suasana, tidak kering gusi dibuatnya. haha. Rindu aku saat saat itu. Sehingga keputusan diumumkan. Ya, aku punyai sasaran, tapi aku sendiri tidak meletak harapan. Allah maha pemberi. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah, aku berjaya perolehi keputusan yang diidamkan.

Paradox_0105
sempat juga melaksanakan sesi fotografi bersama :) MAC 2010.
APRIL-MEI 2010
"Anda berjaya ke temuduga MARA untuk memohon tajaan". Lebih kurang begitulah yang tercatit dalam surat yang dibawa oleh baba dan mama di Kem Terkok, Sg Siput. Aku ketika itu sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang dijadualkan selama 3 bulan. Sepucuk surat lagi, dari UniKL, kemasukan ke program foundation in engineering yang aku pohon sejurus selepas mendapat keputusan SPM. Dua pucuk surat itu menjadi teman aku sehari itu. Usai urusan dengan surat tersebut, baba dan mama mengucapkan salam dan byebye. haha. Itulah minggu pertama aku di PLKN.
Beberapa minggu kemudian, baba mengambil aku dari kem tersebut pulang untuk temuduga MARA. Aku berjaya peroleh cuti dari pihak Jabatan. Temuduga berlangsung dengan baik, cuma mash terngiang-ngiang di kepala aku apabila puan peng-interview bertanya, " Why do you want to study in aviation field?" aku jawab, " Because it is my passion, it is what i want to do since im a kid. Its my ambition." kemudian dia bertanya lagi,"At what age you decide that you want to be an aircraft engineer?" my answer is, "At the age of 5, when i know the word AMBITION". "What?! At the age of 5? You are crapping." "Of course i'm not crapping, of course at that age i dont know the word ambition, but i already know the word "Cita-cita"." Ya aku tahu, mungkin dia hanya nak uji aku sahaja, tapi sejurus dia cakap aku mengarut, rasa hati ini tercabar. Perlu ke dia mengeluarkan kata-kata yang bagi aku agak kasar dan tidak professional. Mungkin anak dia pada usia 5 tahun nak jadi polis atau askar(cita-cita tipikal kanak2), tapi bila dah besar jadi pegawai MARA kan. haha.
Masa aku di PLKN tidak lama, lebih kurang sebulan sahaja, kemudia berhijrah ke utara, ke negeri hijau kuning. Menyambung pelajaran di KOLEJ MARA KUALA NERANG. Suasana di situ, dahsyat! HEBAT! SUPERB! Mereka merupakan the coolest guyss pernah aku kenal. tekan sini, di pautan ini ad cerita mengenai KMKN. haha, tak mampu aku nak tulis semula.

Bye-bye (3months)
i did say bye-bye. tak sampai 3 bulan punn
Jun-July 2010
Aku ditemani Iyzie James cuba menyemak keputusan permohonan biasiswa MARA. Aku sudah tekad, jikalau aku tidak berjaya mendapat menyambung pelajaran di Moscow Aviation Institute, aku akan kekal di KMKN. Alhamdulillah, Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Hari terakhir aku meninggalkan KMKN amat menyedihkan, beberapa titisan air mata berlingan di pipi. Kawan-kawan aku di sana amat menakjubkan, mereka luar biasa, lain dari lain. Sedih aku nak meninggalkan insan-insan ini, terutamanya Iyzie, Ijad dan Rifdi yang banyak menghabiskan masa dengan aku. 4 Julai, aku mendaftar di UniKL MIAT. Hidup aku selepas itu tidak banyak berubah, kecuali hari demi hari makin banyak bercakap dalam bahasa rusia. haha. Hidup aku dipenuhi dengan jadual yang padat dan padat dan padat. haha.

ahmad luqman
Ahmad Luqman juga lahir pada 1 Ramadhan tahun 2010. Menambah koleksi keluarga AHMAD.
Meninjau Masa Hadapan
2011 bakal menyaksikan pelbagai kejutan. Aku pasti akan itu, dan semuanya merupakan kesinambungan dari episod 2010. Jikalau dikurniakan rezeki oleh Allah, bulan Jun menyaksikan aku meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran. Tidak mudah, aku perlu berusaha keras, dan tiket ke sana bukannya pasti, aku perlu melipat ganda usaha dan dengan berkat doa kalian, insyallah.
Tidak banyak yang aku boleh perkatakan untuk meninjau masa hadapan. Cuma mentaliti rakyat Malaysia terutamanya melayu amat membimbangkan. Kita seolah-olah mengejar Indonesia agar kita berada di takat yang sama, jikalau kita mengejar ke hadapan tidak mengapa, tetapi mereka yang mengejar ke hadapan dan kita semakin mengundur kebelakang. Kita dengan bangganya menulis di berita-berita utama kita, MALAYSIA NEGARA MAJU! tetapi rakyat Malaysia masih mempunyai mentaliti rakyat negara dunia ke-3. Semua negara di dunia ini makin berganjak ke hadapan dari sudur ekonomi, sosial dan politik. Tetapi kita pula semakin mengundur dari ketiga-tiga aspek ini. Amat sedih, malahan mentaliti yang kurang kualiti ini bukan mentaliti minoriti, sebaliknya mentaliti majoriti rakyat yang perlu diubah dengan segera. 2011 juga mungkin menyaksikan berlakunya Pilihan Raya Umum sekai lagi, selepas PRU2008. Ini cuma jangkaan aku melihat tindakan-tindakan PM Malaysia yang juga Presiden Umno, dan seperti PRU yang lepas kita tidak dapat jangkakan sebarang keputusan. Tetapi aku percaya PRU iniamat penting untuk melihat momentum perkembangan negara. Sekiranya kita masih mengikut momentum perkembangan hari ini, insyallah, menjelang 2019-2020 kita akan bankrupt.
2011 juga mungkin bakal menyaksikan begitu banyak teknologi teknologi baru akan dijual di pasaran. Mungkin kereta elektrik yang merupakan kereta paling ideal dalam masa 100 tahun ini akan menunjukkan belangnya dia pasaran terutamanya pasaran amerika dan eropah. Dengan wujudnya kereta elektrik berasaskan hydrogen, kita mungkin bakal melihat lebih banyak kajian dan keberjayaan diperoleh dalam usaha menggantikan petrol dan diesel sebagai sumber tenaga utama.

Mengimbau Sejarah.
Mungkin ramai yang tidak sedar, 2011 merupakan sambutan ke-500 tahun KEJATUHAN EMPAYAR ISLAM MELAKA di tangan Portugis. Dalam menyambut sambuatn 200 tahun ini, mungkin kita patut bersama-sama mengkaji kitab "Sejarah Melayu" ataupun "Sulalatus Salatin" yang dikarang oleh beberapa pengarang Melayu seperti Tun Sri Lanang yang merupakan Bendehara Melaka.
Kita semua sedar dan tahu mengapa Empayar Melaka yang cukup besar dan digeruni berjaya ditakluk oleh Portugis. Malah Melaka merupakan Empayar pertama di kepulauan Melayu yang dikehendaki oleh kuasa barat. Disebabkan oleh sikap Sultan yang suka dan gilakan hiburan, sikap pembesar-pembesar yang suka mengadu domba, sifat tidak jujur dan rasuah yang berleluasan, pengkhianatan kuasa dan akibat melupakan ajaran agama telah menunjukkan kepada kira rakyat hari ini bahawa sebesar mana pun sesebuah kerajaan, tetapi jikalau sikap2 di atas di amalkan, makanya sudah tentu Allah akan menimpakan bala terhadap mereka. Sikap-sikap di atas tidak kurangnya yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Cukup sifat untuk kita diturunkan bala Allah. Malah ditambah pula dengan gejala sosial yang terlalu berleluasa hingga sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa. Kita pula masih terlampau lalai dengan hiburan yang penuh sarat dalam minda kita. Bangkit, bangkit rakan-rakan ku, bangkit kita bersama, sedar, sedar sahabatku, jangan kita ditipu, bangun,bangun bangsaku jangan kita diijak lagi, maju kita bersama, lakukan perubahan bersama. AYUH kita bergerak ke hadapan dan lakukan perubahan demi AGAMA DAN NEGARA yang kita cintai.

2011, kami menanti anda, dan kau telah muncul, terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur kami, jadikan kami umatmu yang kuat Ya Allah, jangan kau turunkan bala terhadap kami dan pulihkanlan lubang-lubang yang menghantui kami ya ALlah, amin.

с новым годом!
HAPPY NEW YEAR!
Selamat Tahun Baru!

Jumaat, 12 November 2010

What's Goin Up?

Terketar rasa jari-jemari ni nak menulis semula dalam blog ni. Rasa blog ini dah tidak bernyawa lagi. Mati detelan arus zaman. haha, Lihat sahaja post terakhir, RAMADHAN? OK. Itu sangat 'WOW'. Takkan selama itu? Memang itulah hakikatnya, blog ini dah dibiarkan terlalu lama, terlalu sepi, terlalu MATI.

Apa yang jadi pada aku sekarang? Dah Mati? Eh belum, kalau mati, mana mungkin jari jemari ni boleh menari 'TAP' atas papan kekunci ini, makanya, saya belum mati. Dah tu, awat hang menyepi lamaaaa sangat ni? Masuk hospital ke? Sakit kronik ke? Bukan,bukan, semua pun bukan. Mungkin kerana terlalu sibuk , sibuk dengan pelajaran, terlalu 'hectic' sehingga tiada masa diperuntukkan untuk melayari internet lagi. Jangan kata dunia blog, sedangkan kamera pun dibiarkan sepi tanpa teman.

Sepanjang Ramadhan hingga sekarang, rasanya tiada banyak perkara yang berlaku pada diri aku. Sama sahaja. Memang dunia aku semakin malap tanpa aktiviti-aktiviti menarik selain menyiapkan tugasan-tugasan dan ke kelas pagi ke petang dan cuba mem-fasih-kan bahasa rusia. Alhamdulillah, aku kini sudah melangkah ke semester 2, pre-russian di UniKL MIAT. Masih bertatih-tatih hendak menggapai bulan dan bintang di langit. Aceh, haha, alhamdulillah, masih berada di landasan yang betul untuk menggapai cita-cita yang telah ditanam sejak kecil.

Baru-baru ini, di UniKL MIAT berlangsungnya sebuah acara tahunan yang diadakan oleh para pelajar Unikl MIAT sendiri, yakni AEROCARNIVAL yang telah mencapai umur 3 tahun ini. Secara jujur, acara tahun ini lebih kompak atau lebih mini berbanding yang terdahulu, namun tetap tidak kurang gahnya. Antara acara yang membangkitkan rasa semangat hendak menghadirinya ialah sebuah forum yang mengumpulkan2 pakar-pakar dalam bidang penerbangan di Malaysia, yang sedikit sebanyak membantu aku untuk meninjau masa hadapan yang lebih baik.

aerocar_Oct302010_2100

aerocar_Oct302010_2102

aerocar_Oct302010_2122

aerocar_Oct302010_2124

aerocar_Oct302010_2125

aerocar_Oct302010_2146

aerocar_Oct302010_2179

aerocar_Oct302010_2170


aerocar_Oct302010_2344

aerocar_Oct302010_2275


minta maaf dan ampun atas segala kesalah, ini sahaja yang mampu dikemaskini buat masa ini, ada waktu dan ruang, akan aku tambah lagi, sekian :D

Isnin, 23 Ogos 2010

Ramadhan Bulan Rahmat

Assalamualaikum,

Heee, :D
Rindunya aku dekat blog ni, rasa macam dah tak wujud dah blog ni. Dah berapa abad tak kemaskini ya? Ada x dalam 3-4 abad? Sebab dah penuh harta karun berbentuk sawang dan habuk dalam blog ini. hmmm, lumrah kehidupan pelajar, masa yang ada cukup-cukup untuk mengulang-kaji pelajaran, Tambahan lagi dengan jadual kelas yang.... tak usah dikhabarkan, tak berhenti-henti. haha. Dalam hati ni ada cinta, eh eh, bukan, dalam hati ni ada niat nak kongsi bersama suka-duka aku dalam masa hampir dua bulan menyertai program Pre-U Rusia di Unikl MIAT ni, tapi rasanya, baik aku kumpul-kumpul, biar sampai dah nak terbelahak keluar, baru aku tulis, baru orang-orang yang baca pun bersemangat kental nak baca, eceh, macam lah ada orang baca. hehe.

Sedar tak sedar, pejam celik- pejam celik, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi pada tahun ini 1431H bersamaan 2010M. Dalam hadith yang sangat lagi teramat femes ada mengatakan bahawa bahagian pertama Ramadhan, yakni 10 hari terawal Ramadhan itu merupakan rahmat. haaaa, kan sama macam tajuk post kali ini. hehe, kan kan. Ramadhan Bulan Rahmat

Anda sekalian tahu tak, keluarga saya sudah bertambah ahli. Tambahan, kini saya sudah menjadi Paksu pada dua orang cahaya mata kepada saudara Ahmad Kamal dan saudari Ruzanna. Tanggal 1 Ramadhan 1431H menyaksikan lahirnya seorang lagi putera dari rahim adinda Ruzanna. Bayi yang sihat walafiat, dengan beratnya iaitu 3.5kg dan pipinya yang tembam, disambut dengan amat gembira oleh seluruh keluarga. Namun tidak seperti abangya, AHMAD IMRAN, kali ini aku tidak berkesempatan hendak melihatnya pada hari pertama kelahirannya. Hanya selepas beberapa hari kemudian, baru aku dapat bertemu dengan anak buah baru ini.

ahmad luqman

ahmad luqman



Anak bua yang lama, Ahmad Imran tetap tidak dilupai, acehh. hehe, Si abang sorang ni dah nak masuk 3 tahun dah. Dah boleh cakap ke belum? Rasa-rasanya soalan ini boleh ditanyakan terus pada dia lah, sebab sepatah orang cakap, 10 patah dia jawab. pok pek pok pek. haha. Dah mengalahkan orang tua bercakap. Tapi dah lama x ambil gambar dia, al-maklumlah, sibuk sangat lagi teramat, tapi masih ada sebuah video untuk kalian, saksikanlah, jeng jeng ..



ok lah, cukuplah sekadar ini, ada 7 soalan fizik masih menunggu dan seuah teks rusia erlu dihafal, sekian wabillahi taufikwalhidayah, assalamualaikum:D

до свидания



Isnin, 19 Julai 2010

Meniti Impian

assalamualaikum,

Dah lama sangat tak menulis dalam diari maya ini. Terasa rindu di hati mengenang kembali saat-saat di bangku persekolahan, gelak tawa dan masa yang banyak untuk diluang bersama komputer tercinta. Banyak juga masa untuk latihan tarian jari-jemariku di atas pentas papan kekunci ini. Namun, semenjak bergelar mahasiswa, masa berlalu dengan begitu pantas, setiap detik sangat berharga, setiap saat tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jadual kelasku terlalu padat, tidak sama langsung dengan mahasiswa-mahasiswi lain di UniKL MIAT ini. Aku yang telah memilih jalan ini, dan inilah masanya untuk aku membuktikan bahawa aku mampu melakukannya, meredah onak dan duri, merenangi lautan cabaran untuk meniti impian yang telah disimpan sejak kecil lagi. Aku kini telah berjaya menjumpai kunci kepada pintu impianku, yang tinggal hanya perlu mencari pintu tersebut dan memasukkan kuncinya. Namun ia tidak semudah gambaran metafora ini. Aku terpaksa bertungkus-lumus, melupakan penat-lelah dan fokus pada impian aku.

Post kali ini, tak ada gambar macam sebelum-sebelum ini. Walaupun baru sahaja bertukar ke Nikon D90, aku masih belum berkesempatan untuk mengeksploit segala kelebihan Nikon D90 tersebut. Mungkin dalam beberapa minggu ini aku akan sibuk dengan pelajaran dan mungkin mengambil masa untuk aku bergiat aktif semula dalam bidang fotografi. Berbalik pada tajuk, "Meniti Impian". Entah kenapa, malam ini aku rasa bersemangat untuk menulis mengenai impian. Mungkin setelah masuk ke bilik senior, merangkap jiran, hehe, aku rasa kagum dengan senarai impian dan matlamat yang telah disusun molek dan saya yakin beliau aku berjaya mencapainya. Aku percaya, menulis matlamat kehidupan kita dan membacanya setiap hari, membantu mencapainya. Aku yakin kerana aku sendiri pernah buat hal demikian ketika zaman SPM 09. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah aku berjaya lebih dari apa yang aku impikan.

Kadang-kadang, terdetik di benak pemikiran aku, kenapa aku perlu ke luar negara, perlu berbahasa asing, perlu menyiksa minda dan lidah memutar setiap perkataan yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini? Apabila terlalu pening, atau istilah aku, 'KABUT', pemikiran-pemikiran negatif selalu datang menerpa mengetuk pintu minda ini. Sebelum ini aku seorang yang positif, tidak melihat ke belakang, aku yakin akan keputusanku dan aku pantang dicabar. Namun aku takut, jikalau, hasutan2 negatif yang datang sekali-sekala ini meranapkan titian impian yang telah aku bina dan masih membinanya.

Kini impian aku sudah makin jelas kelihatan. Aku sudah nampak ianya melambai2 ke arahku seolah-olah telah lama menungguku. Aku perlu positif! Tinggalkan hasutan- negatif itu jauh-jauh, campakkannya jauh nun ke planet BIRU! biar ia tidak datang semula. Aku gemar mengenang saat-saat di sekolah. Membuat aku bersemangat semula. Aku pernah rebah, dan aku mampu bangkit semula. Aku pernah tertekan dan ditekan, tapi itu x menjadi alasan. Aku pernah minitis air mata kerana lelah, tapi gelak ketawa aku membantu aku untuk bertenaga semula. Aku yakin, walaupun aku berada di puncak yang berbeza, aku yakin aku mampu melakukannya. Mungkin sekarang ini dalam kondisi KABUT, tapi aku tidak mahu selama-lamanya kekal dalam kekacauan ini. Baba, Mama, Saudara-mara, Bapak2, Ibu2, Guru2, dan rakan2 sekalian, aku perlukan doa kalian, doakan kesejahteraanku di muka bumi dan akhirat dan doakan kejayaan dalam bidang aku ini, aminn.

sekian, perkongsian ikhlas dari hamba yang lemah.

menulis sekadar berkongsi,
bukan mencari simpati,
kerana tulisan ini membantu diri,
untuk berjaya kelak suatu hari!