Ahad, 26 Oktober 2008

Coretan 16

Alhmadulillah.
Bersyukur kepada malikulmanan yang maha esa lagi berkuasa.
Aku sudah melangkah ke alam 16.
Tahun 15 paling byk mengajar dan paling mencabar buat aku.
Kesilapan,kedaifan,kebodohan akan aku baiki.


27 Oktober 2007-27 Oktober 2008
Tahun mula tahu bahawa kita hidup di dunia ini asalnya seorang hingga ada keluarga di belakang dan ada masyarakat di sekeliling yang penting dalam kehidupan.

Aku sudah 16 tahun.
Sudah ditarik satu tahun umur.
Bertambah singkat umur aku.


Sudah sedarkah aku?
Kalau malam ini malam terakhir.
Syurgakah aku?
Sedangkan tidak pernah berjihad.
Bagaimana mengharap syurga yang terlalu suci bagi manusia seperti aku.


ermm..

aku bukan tua.
cuma perlu sedar umur itu bukan mainan.
bukan takat bergembira dgn ucapan HAPPY BIRTHDAY

walaubagaimanapun.
terima kasih kepada semua yg sudi mengingatkan aku akan umur aku yg semakin singkat.
terima kasih atas doa semoga diberkati ALLAH.

terima kasih kerana sudi meneman dalam hidup in dari satu hari hingga 16 tahun.
siapa lagi yang lebih layak menerima ucapan terima kasih kalau bukan:

baba
mama
kakak
abang
ed


mama, ahmad tahu ahmad tidak sebaik anak yang mama mahukan.
jauh sekali dari anak yang baik.
sebaliknya terlalu banyak menderhaka.
tiada hadiah yang setanding buat mama.
tidak ahmad mampu menjadi sepandai anak-anak yang lain.
tidak ahmad mampu menjadi secermelang adik-beradik lain.
ahmad hargai kesabaran mama
ahmad hargai teguran mama
mama telah jadikan ahmad orang
terima kasih sahaja yang mampu.
terima kasih.

baba, ahmad tahu ahmad bukan anak yang cemerlang seperti yang lain.
jauh sekali dari membanggakan keluarga.
sebaliknya hanya menconteng arang ke pintu keluarga.
ahmad sangat menghargai kesabaran baba terhadap ahmad
ahmad menghargai semua kehendak ahmad yang baba tunaikan
baba telah jadi inspirasi ahmad dari kecil
tiada hadiah yang ahmad mampu beri
melainkan terima kasih
terima kasih.

kakak
, ahmad tahu ahmad tidak sebaik adik yang lain
jauh sekali dari perlu dihargai kakak.
sebaliknya hanya layak dibiarkan
ahmad terkesima dengan kejayaan kakak
walaupun ahmad masih belum berjaya membuktikan apa-apa
terima kasih kerana banyak bagi pesanan
terima kasih.

abang, ahmad tahu ahmad tidak secemerlang abang
namun ahmad sangat menghargai semua penat lelah abang
melayan kerenah ahmad
dari kecik hingga kini.
abang banyak bantu ahmad membaiki diri.
kepimpinan abang telah jadi inspirasi ahmad
walau ahmad masih segan sipu bertegur sapa dengan jiran-jiran
terima kasih.

ed, ahmad tahu ahmad tidak sebijak ed.
sebaliknya ahmad bagaikan otak budak darjah 1 kalau dibanding dengan ed.
walau ed menjadi partner sparring dari kecil
sekurang-kurang ahmad sedar bahawa hidup ini bukan setakat kegembiraan
kebijaksanaan ed telah menjadi inspirasi ahmad.
walau ahmad tetap ditakat yang rendah
ahmad hargai.
terima kasih.

kepada yang lain.
rakan-rakan
dari darjah 1 hingga kini
terima kasih kerana bersama dalam perjuangan ini.


TERIMA KASIH


dulu


kini


Coming Soon!!

27 oktober 1992
seorang manusia lahir ke dunia di beri nama AHMAD ZAMRI

27 oktober 2008
ahmad zamri itu sudah 16 tahun(sekali ngn depavali 2!!)


Selasa, 14 Oktober 2008

Ape Kateee??



jikalau ada masa yang terbuang, apa kata kita sama2 tonton video2 sebegini..silalah layar web ini.Mungkin kita tak ada masa dengar ceramah di masjid.APA KATA dengar ceramah melalui internet??tepuk dada, tanyalah iman.

Ahad, 12 Oktober 2008

Terima Kasih-Thank You-Shukran

ajk hi-tea pengawas smks19 2008!!

tiada kata yg mampu diluahkan lg..terima kasih sgt2..anda telah membuat saya bernafas kembali..eceh2..ahaha

x lupa kpd student form3..GUD LUCK YO!!

Jumaat, 10 Oktober 2008

Jumaat, 3 Oktober 2008

Menerima Kedatangan


menerima kedtgn rakan lama yg dah g asrama..

nice 2 meet u all..

mekasih mengunjungi umah akuu:D

Khamis, 2 Oktober 2008

1 Shawwal 1429!

alhamdulillah..

kita semua dapat beraya bersama2 sanak saudara di kampung mahupun di bandar.
raya aku di shah alam ini tidak semeriah raya orang2 di kampung mungkin.

namun,bersyukur ke atas hadrat illahi dpt juga ku beraya tanpa insiden yg x diingini..

30 ramadhan 1429!







sehari sebelum beraya masak RENDANG!!

Raya EVE






Malam itu berjalan dr Klang ke PKNS shah alam..macam2 ada..

1 Shawwal 1429!!




kubur atuk

kubur nenek

lepas solat sunat aidilfitri berjemaah, kami sekeluarga bermaaf-maafan dan terus ke Tanah Perkuburan Cheras.

itu saje setakat hr ni..skrg aku di rumah menerima kedtgn tetamu yg tidak henti2.alhamdulillah

p/s:for more pictures plss click here