Baru beberapa saat yg lepas aku melihat video2 berkenaan isu politik di Perak!
Apa yang menyedihkan aku ialah cara Polis mempertahankan negara.
Menteri di Jbtn PM, Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan bahawa protes jalanan bukan cara Islam.
Namun begitu, adakah tindakan polis yang menghalang protes dengan kekerasan tanpa mengira tua,wanita atau kanak2 cara ISLAM?
Jauh sekali tidak! Kita mengkritik HAMAS kerana tidak mahu berdamai dengan FATAH! Sedangkan kita di Malaysia yang aman makmur inipun masih belum dapat berdamai!
ISLAM jenis apa yang mereka pertahankan di Malaysia ini? LIBERAL? SEKULAR?
Aku paling kecewa apabila melihat 2 org wanita ditengking pihak FRU," KE BELAKANG!KE BELAKANG!" Ditolak pula mereka seolah2 wanita2 yang bertudung panjang itu bakal meletupkan tanah air kita. Mereka dilayan seolah2 mereka itu YAHUDI laknatullah. Padahal orang kita apabila berhadapan dengan pemimpin2 dan sekutu Yahudi bagaikan tikus. Lidah kelu tidak berbicara!
Oleh itu, aku cadangkan:
1. Pendidikan Agama perlu menjadi perkara nombor satu dalam silibus pendidikan di PULAPOL!
2. Setiap polis yang dilantik mesti mempunyai cukup ilmu agama
3. Nama ALLAH dan Muhammad SAW yang tertera di jata PDRM dipadamkan sehingga PDRM benar2 mengikut syariah Islam dan sunnah Rasulullah saw
Kita contohilah askar2 pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhamed al-Fateh, Tariq bin Ziyad, Umar bin Al-Khatab, Khalid bin Walid, para2 sahabat r.a dan semstinya RASULULLAH SAW