Khamis, 9 Jun 2011

Bermula dan Berakhir

Bermula dengan Bismillah, diakhiri dengan Alhamdulillah. Bermula dengan"A", diakhiri dengan "Z". Setiap yang ada permulaan, pasti ada penutupnya. Kelahiran, pasti disusuli kematian. Kesengsaraan, pasti disusli kemanan. Bumi, pasti disusuli kiamat dan penghancuran. Itulah hukum karma, hukum timpa balik yang telah ditetapkan Illahi.

Setahun yang lalu, aku baru sahaja melangkah ke alam universiti. Selepas sesi pindah-randah selesai, aku bermastautin di UniKL MIAT. Belajar di fakulti persediaan. Pre-Russian Program. Masih teringat lagi apa yang dikatakan En. Bassit kali pertama kami semua berjumpa dengannya, "Welcome to the HELL!". Memang mula-mula rasa maca lawak je dia ni. Dalam lawak-lawak dia, memang benar. Setahun yang lalu ini sangat menyeksakan, pedih, penat, letih, tertekan dan lain-lain. Dunia yang aku kenal sudah tidak sama. Kelas setiap hari, 8 am-5pm. Setiap jam membunuh sel-sel dan tisu-tisu aku.

Semester pertama, semester/ 4 bulan yang paling menyeksakan dalam hidup. Kejutan budaya belajar dengan lecturer2 Russia. Langsung tak sama dengan lecturer2 Malaysia. Hari-hari, kamilah yang pertama memenuhi blok administrasi. Staff2 Unikl MIAT baru sampai, kelas kami dah bermula. Itulah rutin harian kami. Berkenalan dengan nama-nama yang tak pernah kami dengar, Svetlana Goryacheva, Rustam Rishadavich, Anna Vladimirovna, semua nama-nama yang asing, janggal menyebutnya.

Pre-Russian Program, sebuah lagi catitan dalam diari hidup aku. Tempat persinggahan yang bakal aku ceritakan pada anak cucu aku. Sebuah lagi episod sejarah yang membantu membaiki diri ini. Hari-hari terakhir agak sedih sebenarnya. Tapi kegembiraan pulang ke rumah tak dapat dibendung. Cuti dua minggu sebelum aku berangkat ini merupakan cuti paling panjang aku perolehi semenjak tahun lalu. Sebelum program tamat, kami sempat bergambar bersama :)


dengar, jgn x dengar, rugi! x apa jgn risau, subtitle ada.

Jun052011_Last Day Pre Russian Prog_1323
some presents for our language lecturer, Anna Vladimirovna

Jun052011_Last Day Pre Russian Prog_1336

Jun052011_Last Day Pre Russian Prog_1350

Jun062011_Last Day Pre Russian Prog_1293
And the guys with our physics lecturer, Miss Svetlana

СПАСИБО
Thanks for everything!