Jumaat, 9 September 2011

Raya l Moscow l Part 2


assalmaualaikum,
Macam mana ye raya kami kat Moscow? Ada nampak sikit bayang-bayang tak? Kalau tak ada pun tak apa, nanti kalau rajin, kalau rajinlah, aku buat video Raya haritu. Sekarang macam tak ada semangat dan idea nak sambung buat video-video, rasa bersalah juga, banyak orang bagi komitmen haritu. Yang bagi pinjam kamera mahal-mahal, yang sanggup gosok baju kurung semata-mata nak buat video ucapan, tapi sampai sekarang tak siap-siap. Harap semua bersabar. hehe.

Kalau dekat Malaysia dulu, siap boleh kira hari ini raya pertama, esok kedua dan seterusnya. Tapi di Moscow, raya hanya pada raya pertama. Tak kurang meriahnya, mana tidaknya, dua round sambut raya dalam satu hari.
Hari ini nak cerita pasal raya round 1 dulu. Haha, raya dekat Embassy Malaysia, bersama-sama beberapa kerat pelajar MAI, SMTU(Saint Petersburg), pelajar-pelajar medic dan pekerja-pekerja di Embassy. Mula-mula ramai melaungkan takbir, solat sunat raya, khutbah raya, dan dan, dan yang paling penting, MAKAN!! Banyak sangat makanan, terlalu banyak.Dari rendang, ketupat, soto, nasi minyak sampai la ke kuih-kuih raya. Lengkap. Tak dilupai sate. Dah rasa macam kat Malaysia. haha. Lepas sesi makan-makan ramai-ramai bergambar. Kami siap pergi Red Square nak bergambar dengan sampin,songkok dan baju kurung. Cool tak? haha

Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow
Aidilfitri l Moscow





Ahad, 4 September 2011

Puasa Dan Raya l Moscow l Part 1

assalamualaikum,
Wahhh, lamanya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Sibuk dalam bulan Ramadan, hehe. Ini pun tak nak tulis panjang, nak letak video iftar and raya. Enjoy!

Iftar di Embassy Malaysia

"Eh, Dah Raya Dah?"

Ucapan Raya Ayam

Pengalaman Raya

Banyak lagi video tengah menunggu dalam komputer. Cuma sekarang ni kelas pun dah mula, tak boleh nak janji apa-apa lah. Insyallah, ada masa aku sambung buat.