Ahad, 30 September 2012

Moscow Cirlce of Lights Festival 2012

Lama sangat blog aku ditinggal tanpa sebarang coretan. Terlalu gembira pulang ke tanah air sehingga terlupa kewujudan blog ini. Haha. Alhamdulillah aku sudah pulang ke Moscow, menyambung perjalanan aku dalam menimba ilmu di tanah asing ini. Waktu cuti haritu macam-macam aku buat, banyak yang menarik, tapi mungkin mengambil masa untuk aku tulis dalam blog ini.

Malam semalam aku berkesampatan mencuri sedetik waktu untuk keluar ke tengah kota menikmati festival Circle of Lights. Festival lampu, yang menjadi trends seni zaman ini. Beberapa projector besar diletakkan diseluruh tengah bandar memancarkan tayangan 3D yang sangat indah di beberapa monumen dan bangunan terkenal di tengah kota Moscow.

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow in night

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

Moscow Cirlcle of Lights (BLOG)

kepada yang masih belum berkesempatan untuk menyaksikan pesta lampu sedahsyat ini, dan sekarang ini berada di Moscow, jangan lepaskan peluang! Festival ini masih berlangsung hingga 2 Oktober. Untuk info lanjut sila layari http://www.lightfest.ru/en 

Khamis, 21 Jun 2012

Summer BBQ

Dah masuk musim panas dah? Rasanya post terakhir dalam blog ni musim sejuk lagi. Siap bersalji lagi. Haha, itulah bezanya Moscow berbanding bandar-bandar lain. Spring terlalu pendek, bila mula panas, salji pun cair terus masuk musim panas. Memang tak ada masa nak ambil gambar suasana Spring.

Lama dah blog ni aku biarkan tak dikemas kini. Sibuk sangat sebenarnya, ini pun baru sangat habis exam yang terakhir untuk semester ini. Alhamdulillah, ada lah masa sikit nak update blog. Bila dah masuk musim panas memang merata-rata Moscow orang ber-BBQ. BBQ benda yang best sangat! haha. Lagi-lagi kalau ada games, ada banyak makanan, ramai orang, sure meriah!

Aku sebenarnya tengah menghitung hari untuk pulang ke tanah air. Tak sangka, sekelip mata dah setahun dekat Moscow. Tapi taknak la cerita pasal setahun di Moscow sekarang, hari nak cerita pasal BBQ je.

 Dekat Moscow memang banyak hutan yang dijaga dari sebarang pembangunan. Hutan di Russia tak setebal hutan di Malaysia. Hutan mereka jadi tempah orang melepak, picnic, bersukan, jalan-jalan dengan buah hati, dengan anjing, hehe. Tak heran kalau hari-hari kita dapat lihat orang ber-BBQ dalam hutan dengan aman dan tenang. Memang tak akan jumpa harimau atau gajah. haha. Aku pun tak lepaskan peluang untuk turut ber-BBQ dalam hutan waktu tengah hari. Jarang orang BBQ kat Malaysia tengah hari kan, Malaysia panas sangat, memang tak sesuai untuk BBQ tengah hari. Cuaca sini sedap-sedap je, jadi memang normal buat BBQ tengah hari.

bbq for blog 1

bbq for blog 2

bbq for blog  3

bbq for blog 5

bbq for blog 4

bbq for blog 7

bbq for blog 6

bbq for blog 9

bbq for blog 8

Sabtu, 31 Mac 2012

Bola Sepak Musim Salju

Pernah tak terbayang, orang Malaysia yang sudah biasa main bola sepak dalam bendang meredah lumpur, bermain bola sepak di atas padang dengan salji mengelilingi padang. Dah biasa main bola dalam suhu 30 degree Celcius, tiba-tiba main bola dibawah paras beku. Mencabar ke tidak? Sangat mencabar sebenarnya, dengan licinnya, kadang kita slide lagi laju dari bola sebab padang licin.

Padang bola kat Russia kebanyakannya padang articial, sebab musim sejuk di sini extreme dan lama. Kalau padang rumput, jawabnya cepat rosak dan kos tinggi untuk maintain. Tapi walaupun sejuk dan licin, best main ada pengalaman macam ini. Main bola dengan salji bertaburan atas padang dan cuaca yang dikira melampau bagi rakyat Malaysia. Tak heran kalau Real Madrid tercungap-cungap lawan CSKA Moscow haritu. haha

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Winter Football

Rabu, 1 Februari 2012

Majlis Graduasi MAI

assalamualaikum,

Selamat Hari Wilayah Persekutuan! Walaupun tajuk majlis graduasi, tapi nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada Ed, Ahmad Zharif, my brother, yang sudah masuk 26 tahun. Semoga dengan bertambah umur ini, bertambah berkat yang Allah limpahkan.

Alhamdulillah, ada semangat nak kemas kini blog, maklumlah tengah cuti. Semalam berlangsung Majlis Graduasi Pelajar-pelajar Batch 1 MAI. Mereka ini merupakan pelajar-pelajar Malaysia pertama yang berjaya menamatkan Diplom (eqv Master) mereka di Moscow dalam bidang kejuruteraan. Mereka menamatkan pengajian dengan membawa pulang ilmu-ilmu yang sangat diperlukan negara, dan aku yakin, orang-orang macam mereka ini masih sedikit di bumi Malaysia.

Sedikit sebanyak obor semangat membakar bila melihat mereka berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang. Walaupun baru beberapa bulan menetap di sini, cabaran yang bakal dihadapi pastinya mencabar!

Semalam sempat juga menerjah, ambil gambar beberapa keping, untuk kenangan bersama :)

Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012_DSC0111
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012
Convo MAI l Batch 1 l 2012

for more pictures, click here.


Sabtu, 28 Januari 2012

Vladimir l Crystal Market

assalamualaikum,
Nampak gayanya blog aku ini dikemas kini sebulan sekali je. Nak buat macam mana, aku bukan blogger sejati mungkin. haha. Exam dah habis, alhamdulillah, tak ada yang sangkut walaupun tak sehebat mana keputusannya.

OK, itu semua biarkan berlalu. Pada mereka yang selalu berjalan dari timur ke barat, dari utara ke selatan, meneroka segenap muka bumi yang mampu diteroka, pasti menyedari satu perkara ini. Pergilah ke mana sekalipun, pasti di sesebuah negara itu ada pusat kristal yang menjadi tumpuan pembeli dan pelancong.

Tak kurangnya Russia, di sebelah timur Moscow, perjalanan dengan bas yang memakan masa 4 jam membawa aku ke sebuah bandar kecil, Vladimir namanya. Terkenal dengan pasar kristalnya, ia menjadi tumpuan peminat-peminat kristal dan juga tumpuan pelancong-pelancong yang sudah terlanjur semapai ke Russia.

Tapi kali ini minta maaf awal-awal, gambar tak banyak seperti post yang sebelumnya. Sejuk yang teramat, tak ada angin bertiup pun, tapi tetap sakit muka ni, merah menyala hidung, kebas kaki tangan semua. Mungkin suhu sekitar -20C. Mungkin, tak dapat memastikan.

Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Vladimir l Crystal Market
Jangan tertipu dengan sinaran matahari dengan flare siap. Sejuk tetap sejuk, brrrrr! Tapi aku suka sangat gambar ni.