Dah masuk musim panas dah? Rasanya post terakhir dalam blog ni musim sejuk lagi. Siap bersalji lagi. Haha, itulah bezanya Moscow berbanding bandar-bandar lain. Spring terlalu pendek, bila mula panas, salji pun cair terus masuk musim panas. Memang tak ada masa nak ambil gambar suasana Spring.
Lama dah blog ni aku biarkan tak dikemas kini. Sibuk sangat sebenarnya, ini pun baru sangat habis exam yang terakhir untuk semester ini. Alhamdulillah, ada lah masa sikit nak update blog. Bila dah masuk musim panas memang merata-rata Moscow orang ber-BBQ. BBQ benda yang best sangat! haha. Lagi-lagi kalau ada games, ada banyak makanan, ramai orang, sure meriah!
Aku sebenarnya tengah menghitung hari untuk pulang ke tanah air. Tak sangka, sekelip mata dah setahun dekat Moscow. Tapi taknak la cerita pasal setahun di Moscow sekarang, hari nak cerita pasal BBQ je.
Dekat Moscow memang banyak hutan yang dijaga dari sebarang pembangunan. Hutan di Russia tak setebal hutan di Malaysia. Hutan mereka jadi tempah orang melepak, picnic, bersukan, jalan-jalan dengan buah hati, dengan anjing, hehe. Tak heran kalau hari-hari kita dapat lihat orang ber-BBQ dalam hutan dengan aman dan tenang. Memang tak akan jumpa harimau atau gajah. haha. Aku pun tak lepaskan peluang untuk turut ber-BBQ dalam hutan waktu tengah hari. Jarang orang BBQ kat Malaysia tengah hari kan, Malaysia panas sangat, memang tak sesuai untuk BBQ tengah hari. Cuaca sini sedap-sedap je, jadi memang normal buat BBQ tengah hari.