Isnin, 29 September 2008

The Making Of.. Ucapan Hari Raya 1429h!

Selepas bahtera fotografi telah ku bawa belayar, kini aku cuba menerbangkan bahtera videografi pula..

semalam aku telah berjaya hasilkan sebuah filem pendek 40 saat. Filem atau lebih tepat lagi ucapan hari raya ini dikendali oleh aku sepenuhnya dr shotnya sehingga editing.yang pasti ini kali pertama aku amik video secara serius.

Video ini dipengacarakan oleh abg aku sendiri,ZHAFRI . Menggunakan peralatan yg agak terhad dgn kualiti yg kurang baik, aku cuba hasilkan sebuah video yg berkualiti. Namun jikalau dinilai dr segi kualiti, I DONT THINK SO aku da berjaya.

Bahgian paling sukar ialah editing.Al-maklumlah, software nye adae..tp xpenah cube..mencecet laa malam 2 nak belajar..eheheh

mmg blurr gle..smpi skrg x reti2 agi..ssah sgt..

anyway thnx 2 ADOBE PREMIER ELEMENTS 4!

dibawah ini ialah shot waktu tgh buatt:




hasilnya:


Isnin, 22 September 2008

Tagged by..

Tagged by Lisa and Hannan.

Rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Fakta:

1) Ahmad Zamri bin Ahmad Zahir.Itulah nama penuh aku. Dipanggil Ahmad dalam kalangan ahli keluarga dan dipanggil Zamri/Zam oleh rakan2.Kebiasaannya orang akan salah eja nama aku menajdi ZAMBRI..sumpah aku cukup benci!

2) Anak ke-4 merangkap anak bongsu juga merangkap PAKSU!

3) Sering digelar sombong oleh orang awam. X per x kisahh. yg pasti aku mmg gilerr bersama teman-rakannn..

4) Suka makan!ehehe..tgk saiz laa..x yah pertikaikann..ahahha :))

5) Cinta FOTOGRAFI

6) I'm a Universal listener..termasuk luahan perasaan org..heheh

7) Aku bukan macam ko sangke la!!Faham x??


ahahahhaahha

tagging:

ruzanna
ahmad zhafri
ahmad zharif
ahmad kamal
ahmad jazlan
fakhira athirah
amira tahiruddin
sarah chen
muizzudin





Sabtu, 20 September 2008

Menjejaki Lailatul Qadar




• Malam yg dianugerahi Allah SWT nikmat kepada umat Muhammad SAW yg tidak pernah diberi kepada umat yang lain.



• Hikmahnya supaya manusia diakhir zaman ini melaksanakan ibadah semata-mata kepada Allah SWT. Bagaikan mata ganjaran atau apa yang dinamakan pada hari ini bonus.



• Melambangkan betapa besarnya rahmat Allah SWT yang diberikan kepada manusia di akhir zaman ini. Yang mana kita selalu melihat dizaman ini manusia lebih minat berlumba- lumba mengejar harta dunia. Tetapi tidak ramai yang beristiqamah tetap dengan beribadat dan berzikir memuji Allah SWT.



• Malam Lailatul Qadar ini berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. Malam yang ganjil. Yang mana satu tidak lah diberitahukan. Supaya manusia tetap berusaha mencari dengan beribadat bersungguh-sungguh dimalam sepuluh yang terakhir. Sesiapa yang mendapatnya malam lailatul qadar bererti dia mendapat ganjaran pahala saperti melakukan ibadat selama seribu bulan. Bersamaan dengan 83 tahun.



• Saorang ulama yang bernama Hassan Al Basri menyatakan yang malam lailatul qadar itu berlaku dimalam yang keadaan environment yang tenang sekali. Disiang harinya redup.



• Saidatina Aisyah R.A. bertanya Rasulullah SAW jika dia bertemu dengan malam Lailatul Qadar apakah amalan yang baik dimalam itu? Rasulullah SAW menyuruh Aisyah supaya berdoa "Ya Allah tuhan yang suka pengampun hambanya maka ampunkanlah dosa kami".



• Dinasihati semua orang yg beriman supaya menghidupkan setiap malam di malam yang kesepuluh terakhir Ramadhan. Supaya ditemukan Allah SWT kepada kita malam Lailatul Qadar.



Wassalam





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 19 September 2008

Kelebihan Solat Berjamaah Mengikut Teori Fizik


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Khamis, 18 September 2008

Fidyah ??

Kuliah bab Fidyah

• Hukum fidyah itu wajib bagi mereka yang tidak dibolehkan syarak berpuasa secara kekal. Saperti orang yang tua serta udzur. Atau orang yang sakit yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh.

• Orang yang tidak berpuasa di atas sebab yg tersebut dibawah ini wajib Qodo dan membayar Fidyah

- Wanita yang sedang hamil yang kuatir yang puasanya akan membawa masaalah kepada anak didalam kandungannya.
- Orang yang takhirkan qodo yang wajib atasnya.
- Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan dua nyawa
- Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan nyawa binatang dan nyawa diri sendiri.

• Menentukan harga secupak beras
- 1 cupak bersamaan 657 gm
- 10kg beras harga pasaran RM28
- 1 hari fidyah adalah RM 1.80
- 1 bulan fidyah RM 54.00

• Sesiapa yang ta' mampu maka perlulah dia ruju' kepada guru yang bertauliah. Kerana ada cara yang tertentu yang dapat menyelesaikannya. Tetapi haruslah jujur.

• Ustaz Iran sanggup membantu sesiapa yang menghadapai masaalah didalam bab fidyah bolehlah hubunginya ditalian mobil 013-2728878.

Wassalam

taken from here..

Selasa, 2 September 2008

Fadhilat Ramadhan


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


p/s:taken from here