Sabtu, 29 November 2008

Aku Punya Perasaan!

AKU PUNYA PERASAAN!

Ungkapan ini bukanlah ungkapan yang sukar untuk dilafaz mahupun didengari.Baik di pasar,baik di kaca TV.Ungkapan ini tidak pernah lari dari telinga kita.Apabila seseorang anak diabaikan oleh kedua ibu-bapa, inilah ungkapannya.Tatkala seseorang gadis ditinggalkan kekasihnya, inilah ungkapannya.Persoalannya!Adakah akal yang mengawal perasaan atupun sebaliknya?

Semua makhluk yang masih bernafas punyai perasaan.Tiada satu makhluk pun yg tidak dianugerahi tuhan nikmat perasaan.Bagi aku, perasaan ini bagaikan bunga orkid.Mempunyai paras rupa yang begitu indah.Terpesonalah sesiapa sahaja yang melihatnya.Tapi,hakikatnya, orkid itu adalah parasit.Setiap manusia pasti merasakan perasaan(sebagai contoh:cinta,sayang) sebagai sesuatu yang indah.Namun adakah mereka menyedari bahawa perasaan itu sering menjadi jerat yang kelak memakan diri masing2?

Perasaan juga bagaikan langit biru.Pada waktu pagi, langit biru tersebut menerangi seluruh alam.Tapi,tiba-tiba awan mendung menyelubungi langit dan menjadikan dunia begitu kelam.Kebanyakan manusia menganggap perasaan cinta itu sesuatu yang indah,tetapi kelazimannya perasaan cinta itu akan berubah menjadi perasaan sedih.Tatkala kita bermain dengan percintaan, kita merasakan bagai hidup dalam syurga.Namun pabila kita berhadapan dengan kesedihan, kita merasakan hidup sudah punah dipanah guruh hitam.

Tanpa kita sedari, kita sering dikuasai oleh perasaan.Akal yang menjadi kemegahan manusia sering menjadi hamba abdi si perasaan.Permainan perasan telah terlalu banyak menyebabkan kemusnahan.Sedangkan isi dan kuku juga boleh terpisah.Perasaan sering menyebabkan teman baik menjadi musuh ketat.Perasaan juga menjadi punca hutan belantara menjadi padang terkukur.Tidakkah kita sedar akan marabahaya permainan perasaan?Tidak kita sedar kehadiran soldadu perasaan yang sudah lama menjajah benak pemikiran kita?

Perasaan yang sering berlari-lari dalam hidup seorang remaja sudah tentulah CINTA.Cinta telah menyinari hidup-hidup sang remaja yang penuh dengan kegilaan.Tidak lengkap kegilaan remaja tanpa cinta.Itulah kata-kata mereka yang sudah dijajah oleh soldadu jahat CINTA!Disebabkan perasaan cinta yang tidak dapat dikawal, berlaku berbagai masalah sosial.Lahirlah generasi yang kelak dihina dan dicerca disebabkan oleh kesilapan orang lain.Disebabkan perasaan cinta yang melampau, manusia lupa akan batasan-batasan dan ketetapan Illahi.

Perasaan bukanlah seperti sebuah kereta yang boleh dicipta dan diahpuskan dalam sekelip mata.Perasaan hadir dalam pelbagai bentuk tanpa kita jangka dan tanpa kita harapkan.Oleh sebab itu, kita perlu sedar bahawa akal merupakan CEO bagi perasaan2 yang hadir.Jangan sesekali kita biarkan perasaan merampas kerusi akal dan mnjadi CEO yang menguasai hidup kita.Binasalah kita jikalau hal demikian berlaku.

Janganlah pula perasaan menjadi alasan bagi setiap permasalahan yang kita hadapi.Janganlah dengan sewenang2nya kita melemparkan alasan"Perasaan itu datang tanpa diminta."Jangan sesekali kita menyalahertikan ayat"Perasaan yang hadir terlalu kuat" kerana akal yang dianugerahi tuhan ini lebih hebat dari mana-mana senjata yang ada di muka bumi ini.Janganlah disebabkan perasaan yang kuat tersebut menghancurkan persahabatan yang telah terbina utuh.Dan yang lebih utama, Janganlah disebabkan perasaan yang hadir tanpa diminta itu meruntuhkan akidah kita yg telah kukuh dibina.

Apa yang aku katakan ini berkait rapat dengan kehidupan seharian aku sendiri.Manusia terlalu memuja perasaan dan menjadikan akal sebagai hamba abdi.Jadi aku sangat berharap kita dapat muhasabbah diri kita.Adakah benar perasaan sering mengawal diri?Jikalau tidak,alhamdulillah.Namu jikalau ya,wajib bagi kita untuk bertindak menyelesaikan hal ini.

wallahulam

Musim-musim Mengawan!


Assalamualaikum..

ahaha..aku tawu!tajuk agak kasar!!ahaha

Ye r..skrg ni musim cuti skolah..maka menjd kelaziman rakyat Malaysia mengadakan KENDURI KAHWIN..betul la mengawan!!ahaha

Time kenduri kahwin nih macam2 kita leyh perhatikan.Gelagat makcik2.Gelagat Pengantin2.Gelagat anak2 kecil.Gelagat PHOTOGRAPHER.

Yang paling best..mestilah makan!!ahaha..


TERIMA KASIH kpd semua yg beri mkn spnjg bulan cuti skolah ni..ahaha

Rabu, 26 November 2008

Politik Malaysia Kotor?

Sudah lama aku dan rakan-rakan tidak bersembang hal-hal politik Malaysia.
Tatkala pelajar-pelajar perempuan sibuk bersembang mengenai drama korea..
pelajar-pelajar lelaki pula sibuk berbicara hal-hal sukan,teknologi dan semestinya POLITIK!

aku terjumpa sebuah dokumentari bertajuk MALAYSIA DIRTY POLITICS.

uh!mari kita tonton yok!







hanya sebagai tontonan.bukan menyokong mana-mana pihak

wallahualam

assalamualaikum:D

Isnin, 24 November 2008

Keunikan disebalik sekeping gambar!


Setiap individu mempunyai pandangan berbeza tatkala melihat sesuatu gambar.Ada yang benar2 menghayati keseluruhan gambar bagi memahami mesej yang ingin disampaikan.Ada pula yang hanya melihat secara kasar cukup untuk mengetahui suasana melalui gambar tersebut.Mungkin sesetngah pihak lebih gemar mendalami sesuatu mesej melalui coretan pena berbanding sekeping gambar dan sebuah lukisan.

Bagi penggemar fotografi, terdapat banyak cara untuk menilai keindahan sesebuah gambar.Ada yang menilai melalui komposisi gambar tersebut.Ada juga yang menilai melalui keseimbangan warna tersebut.UH! Tetiba saya rasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit mengenai dunia fotografi.Maafkan saya kalau banyak kesilapan.Sudah tentulah banyak kesilapan!SAYA MASIH BARU!

KOMPOSISI.Rule of Third merupakan teori berkenaan komposisi.Bagaimana kita hendak menyusun objek dalam sekeping gambar agar gambar tersebut tampak lebih menarik.Boleh dikatakan setiap jurugambar perlu menguasai teori Rule of Third sebelum berganjak ke tahap yang lebih tinggi.Rule of Third menyatakan bahawa pusat terbaik meletakkan sesbuah objek adalah di titik persilangan setiap garisan seperti di atas.Jikalau anda baru hendak berjinak-jinak dengan dunia fotografi seperti saya, sudah tentu anda menyedari bahawa KOMPOSISI merupakan teknik yang sangat penting dan mengambil masa yang lama untuk menguasainya.

KESIMBANGAN WARNA.Saya tidak berani untuk menyatakan hal ini kerana saya sendiri masih pusing mengenai KESIMBANGAN WARNA.UH!Sukar untuk difahami.

namun di sebalik semua teknik asas dan advance

Saya merasakan setiap gambar yang dihasilkan perlu diadun bersama kasih sayang dan keikhlasan dalam menghasilkan gambar yang benar-benar tulen dan menakjubkan.Tanpa kasih sayang, gambar yang diambil akan kelihatan suram dan sepi.Orang bijaksana sering menyatakan bahawa "Sebuah Gambar Memberitahu 1001 Mesej."Namun begitu, sekiranya seseorang jurugambar terlupa akan adunan kasih sayang dan keikhlasan sudah tentu gambarnya hanyalah sekeping gambar biasa yang bisu.

Bercerita mengenai keikhlasan
.Kebanyakan jurugambar hari ini lebih tertumpu untuk menghasilkan wang dari gambar2 mereka.UH!Kebanyakan jurugambar seperti ini hanya akan terhenti di satu takat.Di mana gambarnya akan berhenti berevolusi.Gambarnya tetap kelihatan sama dan sudah tentu membosankan.


Betapa pentingnya sebuah kamera kepada seorang jurugambar
.Sudah tentu kamera merupakan teman karib setiap jurugambar. Bagi saya, melalui kamera inilah, saya tersedar akan kehebatan ciptaan Allah SWT. Minat saya dalam bidang fotografi lebih tertumpu kepada bidang macro,bunga-bungaan dan potrait. MACRO,Mengambil gambar objek2 mini seperti serangga.Menakjubkan!Melihat setiap inci badan serangga yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.BUNGA-BUNGAAN.Bayangkan sahaja.Betapa indahnya bunga-bunga ciptaan ALLAH SWT ini.Tidak terungkap kecantikannya.Warnanya yang menggoda.UH!SUBHANALLAH!

Sampai di sini shjla dulu

wallahualam

assalamualaikum:D


Ahad, 23 November 2008

AN EVENING WALK. imaginasi atau kenyataan.

Menjadi idaman aku menyiapkan sebuah bukuFOTO
Sepatutnya sudah siap.
tajuknya:AHMAD IMRAN A JOURNEY BEFORE HE COULD WALK
tp
aku tidak berpuas hati .
buku itu nmpk tidak kemas dan bercelaru

MAKA

dengan itu..ahaha
aku akan buat semula dari awal..

menceritakan perjalanan seorg anak kecil yang sudah kenal erti berJALAN.
anak kecil yg sudah mengawal kaki sendiri.


UH!


doakan agar berjaya

ayuh!bersama wahai AN EVENING WALK!!

Somewhere.Somehow!


it was like a curse!
i miss this moment

uh!

tp kini
jiwa aku kosong semula

bangunlah wahai JIWA!

Khamis, 20 November 2008

Tagged by..(keje eyka hamasuba la pulak)

1)Do you think you're hot?
mesti r..x nmmpk ke aku hott nih..berpeluh2..ahahha

2)Upload your favourite picture of you

3)Why do you like that picture?
Kan aku dah kata aku hott..x nmpk ke aku hott 2..

4)When was the last time you ate pizza?
Seingat aku, time jamuan kelas 3 Perdana 07..ahahah


5)The last song you listened to
OST The Kite Runner

6)What are you doing right now besides this
edit gmbr!

7)What name would you prefer besides yours?
ermm..x perna terpikir la plak

People I tag:
1)AJ
2)Ahmad Zhafri
3)Syarif
4)Izzarul Izat
5)Murni Izzati

8)who is number 1
mamat romeo.hero jambu paling terkenal di sekolah

9)Number 3 is having relationship with?
ntah la..

10)Say sumthing about no.5
Rindu kau yg lama!

11)How about number 4?
uh..bapa tahun aku x jumpa kau..

12)Who is no.2
abg aku lah!

semua di atas adlah gurauan semata2..post ini akan di delete dlm tempoh kurg dr seminggu!!

Rabu, 19 November 2008

Apa Berlaku Hari ini...

salam..

tatkala bosan menatap wajah monitor komputer ini..
aku beralih arah
mengangkat kamera dan menghasilkan seni fotografi yg baru

ehehe..

buat product shooting

bahan2 yg diperlukan x banyak

bahan2nya:
1)Nikon D80
2)Nikon sb 600 speedlight
3) Sekeping kertas putih yg besar
4)Bahan yang hendak diambil gmbrnya

kali ni aku gunakan PDA,Lens dan gel rmbt aku..sebagai modelnyaa..

cara2:

set-up apparatus camni!

  • power flash anda perlu berubah2 mngikut situasi.
  • pastikan anda menggunak mode manual.jgn paki ttl..x sesuai
  • lebih cntik kalau menggunakan 2 flsh.
  • dlm kes ni..saya gunakan sb600+built in flash..

hasil2nya:

its been a year im using this brand!!bagus!

my new addiction..

my nikon D60's lens

suka yg ini!

so..slmt mencuba!!

Selasa, 18 November 2008

Mari Kita Doakan

yg memakai baju merah gelap


Baru2 ini, jiran aku, Mohd Farid telah dimasukkan ke dalam hospital kerana berlaku kemalangan ketika dia bekerja. Mengikut apa yg aku dgr, hampir separu tgn dia terbakar dismbr acid battery ketika bekerja bersama2 pekerja ayahnya.Dia akan dibedah utk menggantikan daging terbakar di tgnnya..

Mari kita doakan bersama2 agar dia sihat seperti biasa dan pembedahannya berjalan lancar

Isnin, 17 November 2008

Why do Muslim belive in Jesus Christ AlaihiSalam



jikalau berpeluang..apa salahnya kita tonton bersama.sekadar pengetahuan kita.siapakan sebenarnya jesus christ melalui perspektif islam.
wallahualam

Ahad, 9 November 2008

Pengawas SMKS19 Menyerang Langkawi

Seperti yg semua maklum, saya dan segerombolan pengawas2 smks19 pegi ke langkawi
X sah la kalau saya x cerita apa yg berlaku di langkawi..betul x?tp maaf la kalau gmbr2 x cntek..sebab x edit agi!

KHAMIS(6/11/08:2200)


sebelum bertolak,masing2 sibuk memastikan semua kelengkapan cukup dan guru2 terutamanya sedang mengadakan persiapan yang sebaik mungkin .

keadaan di dalam bas malam itu sangat sejuk..fuhh..grrr..gigil2

Ini pula kegiatan mereka2 yang x tdo sepnjg perjalanan ke Kuala Perlis

Tapi ramai yg sudah terpaku di atas kerusi masing2 berdengkur sambil melayan mimpi

Cikgu2 pon nmpknya tdo jugak

Pn.Maimunah posing!

Pn.Zaini main cak2!


x reti tdo!

Ini baru style!
JUMAAT(7/11/08)

Kiteorg dah tiba di jeti Kuala Perlis dalam pukul 8.00 pagi

semua mengambil bagasi masing2 utk menaiki feri

inilah bas yg kami naiki!

hahah..mana sah x der self-potrait..

memasuki feri

suasana riuh!ahaha:D

setibanya di langkawi!!


tiba di jeti langkawi

slmt dtg ke langkawi!!

psgn suami-suami bahgia bersama anak mereka..ahaha

kami dpt naik innova!!ahaha

breakfast di food court LADA di pekan kuah!


roti canai best lg murah!

badrul excited sebab nasi campur murah!ahah

menyegarkan!

berselera betul bad!

cegu/abg asyraff

KAKAK Herlina(ahaha) sdg memberi sedikit taklimat sebelum bertolak ke tempat penginapan.

Selepas check-in. Kami semua bersiap2 utk ronda2 langkawi.X lupa..ternyata jangkaan saya tentang MOTEL yg kami duduki jauh terpesong.Biliknya sgt cantik jikalau dibandingkan dgn harga yg kami bayar.


tmpt pertama kami pergi!air terjun durian perangin

alamak! overnya!

pmdgn agak cntek.. salah pki kasut hari2..melecet kaki aku.ahaha

turun bukit ready nk mandi

mcm nk kene censored!

aduhmak minah2 ni

dah x larat nk pose!aahaha

abg asy ngn abg zack!

KELUARGA BAHAGIA!!



Habis enjoy kat air terjun kami semua menyerang PEKAN KUAH. Shopping puas2.Tapi org mcm aku ni mana la ske shopping2 ni.Dari kul 6 smpi kol 8 lak 2..ahah..ape agi g makan mamak nasi kanda al-maz la..baik punya..

nasi putih,ayam seketul,kari campur,sayur campur,teh ais 2 gelas= RM6.30

terbaikkan!

malam 2 pulak kiteorg gerak ke DATARAN LANG. Buat LDK.Ape ldk nya?main baling2 selipar..enjoy gilak

ahaha..another self-potrait

lang yg garang!ahah

memberi keterangan

maniac mana ntah!

keterangan agi

sabotaj ape

sungguh2

dia ni x baper betul..ahaha

fuhh..penatt gilak!

after habis semua games 2..semua balik motel.abis kol 9.30..awal gilak..ready utk hari kedua..prepare nk berhabis-habisan kat langkawi..ahaha


SABTU(8/11/08)
breakfast
mesti makan lu

hariz

arif

cable car langkawi

on the way..tp ngn van bese je

aksi kejar mengejar!ahah

dah tiba!

gigantic wheel

GONDOLA!
wah!cantek!

hye!org di sana!ahaha

simply amazing!

mereka kata itulah telaga 7..saya x tahu x penah ke sana..
ahaha

THE 7 WELLS

KP ngn PKP pon mesti la gilak2

abg zack!mekasih byk bang!

the GERMANS

they always have better pics than me..sobs..
this means i'm a better photographer..ahaha!!

satu2nya gmbr bersama mereka.yg lain semua aku excluded

people surely will believe if I said that the middle one is the new teacher..ahaha

luv this one!abg suresh nya idea!

i'm not as brave as them!!ahah..geli kowt!
Then meneruskan perjalanan ke beras terbakar utk tgk beras terbakar nya dan shopping2..ahaha..shopping je kann:D

bendang tatkala musim tengkujuh

dlm 2 lah berasnya!ahaha

kami terus ke underwater world..x byk gmbr..sebab bateri dah flat

one lazy anaconda

langkawi's penguins choral speaking team..ahah

apentah

cntekkan!

ptg 2 g pnti chenang..time 2 aku lari g on9..ahah..x tahan!!ahah..then malam 2.lepas solat semua..g bawah motel buat ldk..
main capkalicap ngn bombom..


sembang menyembang

cegu zainal!!

sesi introduksi main capkalicap

ahaha..best of the best

penat tp aku lah johan bersama..ahaha

the INDIAN
"mamak teh tarik oney!!'

denmark!!satu2 kumpulan yg kalah..ahah..aku lah pembunuh mereka..ahah..drama gilak!

scary movie!..eyh..scary storiess

after semua 2..kami pon tdo..kau2..mmg betul2 penat..puas tdo..tp sedeyh sebab x dpt dgt NIK AZIZ ceramah..biasa r..politik mesia x bape bersih..ahah..

AHAD(9/11/08)

dah nak balik..mula2 seduh..tp on the way to shah alam mcm2 berlaku yg mengukuhkan bonding kiteorg!

ready semua!

nama dia shira..dia bijak!

Masjid az-Zahir!




sebenarnya..mcm2 berlaku waktu balik..x larat nk tulis..je..alhamdulillah smua lancar..

stay tuned..sebab ade vids lak lpas ni