AKU PUNYA PERASAAN!
Ungkapan ini bukanlah ungkapan yang sukar untuk dilafaz mahupun didengari.Baik di pasar,baik di kaca TV.Ungkapan ini tidak pernah lari dari telinga kita.Apabila seseorang anak diabaikan oleh kedua ibu-bapa, inilah ungkapannya.Tatkala seseorang gadis ditinggalkan kekasihnya, inilah ungkapannya.Persoalannya!Adakah akal yang mengawal perasaan atupun sebaliknya?
Semua makhluk yang masih bernafas punyai perasaan.Tiada satu makhluk pun yg tidak dianugerahi tuhan nikmat perasaan.Bagi aku, perasaan ini bagaikan bunga orkid.Mempunyai paras rupa yang begitu indah.Terpesonalah sesiapa sahaja yang melihatnya.Tapi,hakikatnya, orkid itu adalah parasit.Setiap manusia pasti merasakan perasaan(sebagai contoh:cinta,sayang) sebagai sesuatu yang indah.Namun adakah mereka menyedari bahawa perasaan itu sering menjadi jerat yang kelak memakan diri masing2?
Perasaan juga bagaikan langit biru.Pada waktu pagi, langit biru tersebut menerangi seluruh alam.Tapi,tiba-tiba awan mendung menyelubungi langit dan menjadikan dunia begitu kelam.Kebanyakan manusia menganggap perasaan cinta itu sesuatu yang indah,tetapi kelazimannya perasaan cinta itu akan berubah menjadi perasaan sedih.Tatkala kita bermain dengan percintaan, kita merasakan bagai hidup dalam syurga.Namun pabila kita berhadapan dengan kesedihan, kita merasakan hidup sudah punah dipanah guruh hitam.
Tanpa kita sedari, kita sering dikuasai oleh perasaan.Akal yang menjadi kemegahan manusia sering menjadi hamba abdi si perasaan.Permainan perasan telah terlalu banyak menyebabkan kemusnahan.Sedangkan isi dan kuku juga boleh terpisah.Perasaan sering menyebabkan teman baik menjadi musuh ketat.Perasaan juga menjadi punca hutan belantara menjadi padang terkukur.Tidakkah kita sedar akan marabahaya permainan perasaan?Tidak kita sedar kehadiran soldadu perasaan yang sudah lama menjajah benak pemikiran kita?
Perasaan yang sering berlari-lari dalam hidup seorang remaja sudah tentulah CINTA.Cinta telah menyinari hidup-hidup sang remaja yang penuh dengan kegilaan.Tidak lengkap kegilaan remaja tanpa cinta.Itulah kata-kata mereka yang sudah dijajah oleh soldadu jahat CINTA!Disebabkan perasaan cinta yang tidak dapat dikawal, berlaku berbagai masalah sosial.Lahirlah generasi yang kelak dihina dan dicerca disebabkan oleh kesilapan orang lain.Disebabkan perasaan cinta yang melampau, manusia lupa akan batasan-batasan dan ketetapan Illahi.
Perasaan bukanlah seperti sebuah kereta yang boleh dicipta dan diahpuskan dalam sekelip mata.Perasaan hadir dalam pelbagai bentuk tanpa kita jangka dan tanpa kita harapkan.Oleh sebab itu, kita perlu sedar bahawa akal merupakan CEO bagi perasaan2 yang hadir.Jangan sesekali kita biarkan perasaan merampas kerusi akal dan mnjadi CEO yang menguasai hidup kita.Binasalah kita jikalau hal demikian berlaku.
Janganlah pula perasaan menjadi alasan bagi setiap permasalahan yang kita hadapi.Janganlah dengan sewenang2nya kita melemparkan alasan"Perasaan itu datang tanpa diminta."Jangan sesekali kita menyalahertikan ayat"Perasaan yang hadir terlalu kuat" kerana akal yang dianugerahi tuhan ini lebih hebat dari mana-mana senjata yang ada di muka bumi ini.Janganlah disebabkan perasaan yang kuat tersebut menghancurkan persahabatan yang telah terbina utuh.Dan yang lebih utama, Janganlah disebabkan perasaan yang hadir tanpa diminta itu meruntuhkan akidah kita yg telah kukuh dibina.
Apa yang aku katakan ini berkait rapat dengan kehidupan seharian aku sendiri.Manusia terlalu memuja perasaan dan menjadikan akal sebagai hamba abdi.Jadi aku sangat berharap kita dapat muhasabbah diri kita.Adakah benar perasaan sering mengawal diri?Jikalau tidak,alhamdulillah.Namu jikalau ya,wajib bagi kita untuk bertindak menyelesaikan hal ini.
wallahulam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan