assalamualikum..
Alhamdulillah, beberapa minggu lagi, usai sudah kerja aku sebagai AJK PENGAWAS. Kembalilah semula ke alam persekolahan yang biasa. WAH! Seronoknya! Jadi AJK Pengawas ada seronok dan lebih-lebihnya menyakitkan hati, mata dan juga telinga.
Tak boleh nafikanlah kesakitan tu kadang-kadang perit gak, dengar orang cakap sana sini, "weyh aku pun cam korang gak, student biasa je!" hati ku berbicara. Tapi nak tak nak, terima jela, "tengok Zamri, dah nak habis, yang sakit2 tu pun sudah x dirasai, betul x?" Betul2.
Memang betul, apa yang aku ingat sekarang ni keseronokan jadi pengawas je. hehe. Di sebalik tabir sapa tau keje pengawas ni en. Bukannya nk jd pengawas sangat pon, jadi mawas je lebih. Tu yang lahirnya ilham buat cerita MAWAS DAN ZETI tu.haha. Untuk pengetahuan yang tidak tahu, Isnin buka sekolah ni, akan diadakan kempen untuk calon. "Sapa r calon2nya?" hehe.. segan nak cakap, aku pun x tgk lagi nama calon2 tu.heee.xm la katakan.haha. Kemudian Selasa pulak ada pilihan raya! Ya! BETUL! Jangan terkejut kalau anda dengar inilah kempen pilihan raya paling pendek dekat SMKS 19. haha. Jangan salahkan aku, bukan kerja aku:D haha
Ingat balik kenangan 2008, pergh! sumpah best. hee:D Jadi pengawas gila sempoi, keje ala kadar je.haha. Waktu kempen seminggu tu betul aku manfaatkan sebaiknya. . . . . . untuk belajar.haha. malas aku nk promote diri yang x hensem ni. Apa barang tampal2 poster, kalau hebat orang nak pilih jugak en. Alamak, riak! astaghfirullahazim. Kalau ada yang rasa nak tgk balik apa yang aku perkatakan untuk kempen 15 minit tu sila tekan
sini. Memang bila fikir balik sebenarnya lawak sangat. haha. Tapi ini adalah pendedahan yang baik lah kiranya untuk diriku. Hari itu juga diadakan kiraan undi. Mula-mula dengar cerita first round, undi cikgu aku kalah. Masa itu, " leganyaa!boleh relax", yelah undi cikgu membawa peratusan yang tinggi. Then esok, waktu tgh ronda2, Teacher Herlina beritahu siapa menang. " Dan pemenangnya ialah.. drum plss, Zamri!!" eh eh, over lak, kau igt AF apa.isk2. Biasa je la, Teacher H cakap, "dengan peratusan sekiansekiansekian, sekiansekian ahmad zamri menang." Orang tepuk. Wey, macam mng AF org tepuk! Perasaan aku berkecai masa tu. " AH!! TIDAKK!! X NAKK!!" aku tau awal2 memang x best jd KP. Orang cakap sana sini, orang lain buat salah aku lak kena, "asal zamri x tego pengawas dia tu, kapel sana sini blablabla" haha. Mudah bicara dari bertindak. Baru jadi KP dapat berita tak baik, cikgu banyak kata aku sombong, x ke sedih!.haha. Aku bukannya wakil rakyat ke apa.haha. Dan dah aku ni bukan jenis nak"bodek-bodek" cikgu, terimalah hakikat. Habis Cerita!
Aktiviti pertama yang kita lakukan, SUKANEKA PENGAWAS. Tujuannya untuk mengeratkan hbgn antara AJK-AJK dan juga pengawas2 lain. Kerjasama yang diberi sangat menakjubkan, memang terbaik! Idea2 melimpah ruah samapi tak tahu nak tadah kat mana dah! Memang menarik, al-maklumlah, kali pertama nak urus aktiviti macam ini. Kalau nak mengimbau semula kenangan itu, ataupun mungkin kali pertama nak tgk sukaneka pengawas, tekan
sini.Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan perkhemahan atau lebih baik kalau menggunakan perkataan LAWATAN KE LANGKAWI. Rasa-rasanya itulah tempat paling jauh pengawas SMKS19 pernah pergilah. Perkhemahan ini juga ada banyak konfliknya. haha. Untuk memendekkan cerita hasil titik peluh Teacher Herlina, kita semua dapat ke Langkawi. Tersangat-sangat best. Memang rasa bersalah sangat mula-mula biar teacher buat kerja sorang-sorang wat keje, tp kiteorg tgh xm.haha. Time tu bonding antara pengawas tersgt lah hebat.haha. Kalau nak tahu lebih lanjut. tekan
sini.Habis langkawi, cuti..haha..gila terbaik. Masa cuti tu ajk2 pengawas dgn teacher pergi main boling dan adala sikit jamuan sebab teacher dah nak berhenti sebagai cegu pengawas. Tekan
sini untuk lebih info
Jujur, secara peribadi, bila teacher H dah x de, rasa berat je pengawas ni. Memang dah tak best la. Kerja pun stress shj. Ye la, asik ditekan-tekan. Masa teacher H ada, semua sng je, easy je, enjoy! Hakikatnya dah berubah, terima sahajalah. Oleh itu, kepada bakal2 pewaris moga jadi lebih baik dari AKU yang teruk ni:D