Isnin, 16 Jun 2008

More about my canpaign!

so,like what i've promised yesterday here is the text..before that how about some pics..ahaha







Yang berusaha, Datin Suriani bt. Supardi , pengetua SMKS 19 , Pn Marina Kasuma , Penolong Kanan 1 , En. Kamali b Murid , Penolong Kanan HEM , Pn Mazni bt Shariff , Penolong Kanan Kokurikulum , Ketua2 bidang , guru-guru serta rakan2 seperjuangan sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Bersyukur kita ke hadrat ILLAHI , dengan nikmat dan kurnianya, dapat kita bertemu pada pagi yang mulia ini.Berdirinya saya di sini adalah bertujuan untuk memperkenalkan diri saya sebagai calon ketua pengawas sesi 2008/2009 .

Sebelum saya meneruskan ucapan saya pada hari ini dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu.Bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta.Nama penuh saya ialah Ahmad Zamri bin Ahmad Zahir.Dilahirkan pada 27 Oktober 1992 di Klinik Bersalin Sheila,Klang. Saya merupakan anak ke-4 dari 4 orang adik beradik.Idola saya ada bayak.Namun hanya seorang yang saya rasakan paling sesuai sebagai contoh sepanjang masa iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Menetap di Seksyen 19 semenjak lahir lagi. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19,Shah Alam. Saya sudah mula menjadi pengawas sejak darjah 3 iaitu ketika di sekolah tersebut. Saya juga pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Pengawas di SKS19 bagi sesi 2004. Banyak kenangan manis dan pahit yang telah saya tempuh di sekolah tersebut. Di sekolah tersebut juga saya pernah dianugerahkan selaku Tokoh Murid bagi sesi 2004. Dari segi akademik pula saya telah berjaya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Kemudian bermulalah pula alam persekolahan menengah saya di sekolah ini,Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19. Ketika itu tidak pernah terlintas di lubuk hati atau pemikiran saya untuk pergi ke asrama kerana bagi saya setiap sekolah adalah sama. Yang menentukan keputusan kita adalah diri sendiri. Saya mula menjadi pengawas di sekolah ini sejak dari tingkatan 1. Sepanjang perkhidmatan saya bersama lembaga pengawas, tidak pernah saya memegang apa2 jawatan penting. Namun bukan jawatan sasaran saya,bukan pangkat yang saya kejarkan.Saya menyertai lembaga pengawas kerana saya tahu melalui pengawas, saya boleh meningkatkan keyakinan diri saya, membaiki cara penyampaian saya dan lain-lain. Atas jasa bakti guru2 dan senior2 pengawas yang mendidik sayalah,saya berani untuk berdiri di hadapn rakan2 sekalian. Dari segi akademik pula, saya Berjaya mendapat 8A dlm PMR tahun lepas.Kini saya belajar di kelas 4 Perdana.Itulah serba sedikit mengnai diri saya.

Sebelum ini, saya ada bertanya pada Pn Herlina, apa yang sebnarnya saya perlu perkatakan. Dengan mudah dia kata bahawa saya hanya perlu mengenalkan diri, memberitahu pelajar visi dan misi saya untuk memimpin Lembaga Pengawas dan juga perubahan yang bakal saya lakukan dalam Lembaga Pengawas.Saya sebenarnya agak tersentap dengan pemilihan calon ini. Jauh dari sangkaan saya untuk dicalonkan sebagai KP.Bermalam-malam saya fikirkan apa sebenarnya yang saya akan buat jikalau saya diberi amanah memegang jawatan ini. Sebelum saya meneruskan dengan visi dan misi saya , ingin saya tegaskan bahawa setiap perkataan yang saya katakan pada hari ini akan saya tunaikan dengan semua keringat yg telah Allah berikan pada saya dan saya berharap tiada mana2 pihak meletakkan harapan tinggi untuk melihat sesuatu perubahan yang sangat drastik dalam Lembaga Pengawas.

Baiklah,kita sambung semula perbicaraan kita. Apakah visi dan misi saya dalam memimpin Lembaga Pengawas? Bagi yang telah mengenali saya mungkin ada yang dapat mengagak apakah visi dan misi tersebut.Misi saya adalah untuk melahirkan pengawas2 yang mudah didekati pelajar. Bukan pula yang ditakuti pelajar.Hal ini kerana masalah disiplin akan lebih mudah dibendung dan dicegah sekiranya setiap pelajar menganggap pengawas sebagi rakan karib mereka.Bukan pula orang yang mereka perlu takuti ataupun orang yang perlu mereka berhati-hati.Bagi saya, melahirkan pengawas yang setakat ditakuti pelajar tidak memberi kesan sebaliknya memburukkan keadaan apabila akan ada pelajar2 yang mula berasa tidak puas hati.Visi saya pula ringkas tetapi padat.Menjadikan Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 sebagai yang terbaik di seluruh daerah petaling menjelang 2009 iaitu sebelum saya menyerahkan jawatan saya. Bagaimana saya bakal melakukannya baik saya simpan sahaja dalam hati kerana mungkin saya kerana calon yang seorang lagi nampaknya mempunyai idea2 yang lebih bernas.

Bagaimana pula dengan polisi saya? Bagi saya perkara ini mudah dan saya harap semua dapat memahami dengan baik polisi saya. Sebelum itu saya perlu mengaku bahawa saya bukanlah jenis pengawas yang gemar mendenda atau mencari kesalahan seseorang.Sebaliknya kalau boleh saya ingin saja sorokkan kesalahan yang pernah kita sama2 lakukan agar kita kelihatan sempurna. Polisi saya ialah ‘MENJALANKAN TUGAS DENGAN AMANAH,TELUS DAN TEGAS DAN BUKANNYA KERAS.’Mungkin dari segi amanah dan telus rakan2 dapat mebezakannnya.Tetapi berapa ramai antara kita yg dapat membezakan antara tegas dan keras.Sebenarnya tegas ialah melakukan apa yang kita katakan. Sebagai contoh,apabila saya kata semua beratur di tapak perhimpunan,maka semua perlu beratur dan mereka yang ingkar akan didenda.Saya tidak akan memarahinya, sebaliknya terus mendenda kerana saya telah perkatakan benda tersebut. Namun apa yang saya lihat dari mata saya, kebanyakan pengawas lebih gemar memarah seseorang pelajar berbanding mengambil tindakan disiplin.Tiada gunanya kita perlu menengking-nengking para pelajar kerana mereka lambat atau sebagainya.Hal ini hanya akan membuatkan para pelajar berasa marah.Tetapi jikalau tindakan diambil dengan adil, sekurang-kurangnya rakan-rakan kita akan mendapat pengajaran. Kalau ada yang masih tak makan saman juga, kita akan berusaha mencari jalan lain.Tiada masalah yang tuhan cipta tiada jalan penyelesaiannya.

Dalam masa yang sama, saya akan turut berusaha untuk merubah lembaga pengawas sebagai lembaga yang harmoni tidak kira bangsa,kaum atau agama. Hal ini kerana saya sering melihat tiada perpaduan yang ditonjolkan oleh pengawas sendiri apatah lagi rakan2 yang lain. Kaum melayu bersama kaum nya semata2,kaum india juga begitu tidak kurang pula kaum cina. Saya sangat sedih dan bimbang akan perkara ini. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai hal ini kerana ada banyak lagi perkara lain yang ingin saya sampaikan. Namun perpaduan antara kaum sgt penting kerana perpaduan menjamin kesejahteraan semua warga sekolah dan juga rakyat Malaysia. Saya memetik kata2 rasulullah s.a.w yang bermaksud:bukan dari umat ku orang yang berjuang bermati-matian atas dasar asabiyah(bangsa).

Jikalau saya dipilih, saya akan memimpin lembaga pengawas berdasarkan ajaran agama.Hal ini kerana ramai antara kita ketika di usia remaja meletakkan agama sebagai perkara yang paling terakhir. Mungkin kita lupa bahawa agama merupaka Ad-Deen iaitu penunjuk ataupun `way of life.’ Pengawas sendiripun lupa akan tanggungjawab mereka terhadap agama. Mungkin ada yang tertanya2 apa kene mengena agama dengan cara pentadbiran? Pemikiran ini merupakan pemikiran yang telah diracuni oleh budaya barat. Agama sebagai contoh Islam mengajar seluruh perkara dalam kehidupan walaupun perkara yang kita anggap remeh. Mungkin ramai yang lupa bagaimana empayar Islam pernah menguasai 2/3 dunia satu ketika dahulu. Namun disebabkan oleh kelalaian mereka untuk menegakkan agama maka jatuhlah semua kekuatan yang telah mereka semarakkan selama beratus tahun. Insyallah jikalau saya dapat mengaplikasikan cara pentadbiran mengikut apa yang di ajar rasulullah, masalah disiplin di sekolah ini akan berkurang.

Saya rasa cukuplah sekadar ini dahulu. Saya pun memang x berniat nk ckp panjang.Tapi kalau dah terpanjang boleh buat ape.Sebelum saya mengundur diri, saya ingin bg nasihat sikit iaitu undilah dengan bijak. Undi anda semua memainkan peranan penting yang agak besar dalam masa setahun ini.Jangan undi sebab kawan2. Undilah dgn ikhlas. Jikalau ada tersalah kata maafkan lah saya. Segala yang baik datangnye dari Allah dan segal yg tidak baik datang dari kesilapan dan kelemahan saya sebagai hamba semata2. Sekian wassalam.


So,how is it?

1 ulasan:

MiraRAWR berkata...

Zam ! asal speech kau mcm pendek dlm blog nih . tpi bilaa kau berucap ! Fuhh ! lama duh . AHHA :D