Khamis, 27 Ogos 2009

"For you, a thousand times over" siri ke-2

Assalamualikum, rasanya tidak lengkap sekiranya dalam bulan yang mulia ini, tidak ada satu pun peringatan yang aku selitkan dalam blog ini. Sekurang-kurangnya, jikalau aku pergi meninggalkan alam ini, dan masih ada yang membaca,mudah-mudahan pahala amal jariahnya terus menerus mengalir.

Sebentar tadi, ketika di masjid, ada sebuah tazkirah. Tazkirah tadi membincangkan mengenai
11 PERKARA YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Petikan ini diambil dari kitab TANBIHUL GHAFILIN (Peringatan Bagi Yang Lupa)
Pengarang kitab ini, Abul-Laits Assamarqandi berkata: tanda sejahtera dan bahagia itu ada sebelas. Semua perkara ini berkait dengan ibadah puasa yang kita sedang jalani.

1. Tidak rakus pada dunia dan benar-benar inginkan akhirat
Kalau kita benar-benar inginkan kesejahteraan di dunia dan terutamanya di akhirat, sudah tentu kita tidak akan rakus melihat limpahan material yang membawa kita ke arah lembah kelalaian dan maksiat. Orang yang tidak rakus ini ialah orang yang bekerja dengan cara yang halal (termasuklah menjaga hubungan dgn Allah smbil bekerja), tidak mengambil, memberi rahsuah dan riba dan tidak terlalu taksub mengejar kemewahan sehingga lupa yang halal dan haram. Bukanlah "tidak rakus" ini membawa erti menolak terus dunia dan hanya mengejar akhirat, tetapi dunia diambil dengan kadar yang diperlukan dan betul-betul berusaha mencari kesejahteraan di akhirat.

2. Semangatnya tertuju kepada ibadat dan mempelajari Al-Quran
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling hebat Allah kurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang penting telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran. Oleh itu, orang yang betul-betul bersemangat mempelajari Al-Quran pasti mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan kerana masalah2nya dapat diselesaikan melalui panduan Al-Quran. Bersempena pula dengan bulan yang mulia ini, baik kiranya kalau kita semua mula mempelajari Al-Quran walaupun secara perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya, selepas keluar dari Universiti Ramadhan ini, akan menjadi kebiasaan dalam diri kita untuk terus mengaji dan mendalami Al-Quran.

3. Sedikit bicara kecuali jika perlu
Kita sering lihat, alim ulama dan orang soleh jarang-jarang berbicara perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sebaliknya mulut mereka sering terkumat-kamit memuji dan mengagungkan kebesaran Allah. Tidak lupa juga mengirimkan selwatan ke atas baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini, baik rasanya kalau kita sama2 mendidik lidah kita untuk selalu berzikir, bersalawat dan membaca al-Quran agar apabila keluar dari bulan Ramadhan, kita tidak lagi berbicara perkara-perkara lara, kerana sudah tentu kita ingin tergolong dalam golongan yang sejahtera di dunia dan akhirat dan orang seperti ini tidak sesekali berbicara perkara2 lara.

4. Menjaga solat fardhu
Perkataan menjaga di sini tidak merujuk kepada melaksanakan semata-mata. Perkataan menjaga membawa makna, melaksanakan tepat pada waktunya, tidak sengaja-sengaja melewatkannya, menjaga rukun qalbi,fe'li ,qauli dengan tertib dan cermat dan juga khusyuk. Sesungguhnya solat fardhu yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan ibadat yang utama. Solat fardhu boleh diumpamakan seperti kepala kepada semua ibadah. Jikalau kita tidak berkepala, mampukah kita hidup? Oleh itu jikalau kita tidak menjaga solat kita, adakah puasa yang kita laksanakan ini bermakna atau mungkin hanya mendapat lapar dan dahaga. Renung-renungkanlah bersama.

5. Bertawadhu dan merenda diri serta tidak sombong
Jikalau diringkaskan tajuk diatas ini, "Jangan Sombonglah". Benar, siapalah kita untuk sombong sedangkan kita hidup memijak bumi yang kita pinjam, melihat dengan bebola mata yang kita pinjam, bercakap dengan mulut yang kita pinjam, berjalan dan menulis dengan tangan dan kaki yang kita pinjam serta makan dan bernafas dengan nikmat dari Allah. Semua perkara yang kita pinjam ini ialah amanah yang kelak akan dipersoalkan di akhirat. Maka, siapalah kita untuk bejalan dengan angkuh di atas muka bumi ini. Tidakkah kita sedar betapa kerdilnya kita ini?

6. Bersahabat dengan orang-orang soleh
Nabi Muhammad pernah bersabda, Sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tidak mampu membeli minyak wanginya, tapi bau wangi tersebut pasti melekat di baju kita. Begitu juga kalau kita berkawan denga tukang besi, walaupun baju kita tidak terbakar, tetapi pasti bau besi itu melekat pada pakaian kita. Begitulah dalam hidup kita, kalau salah memilih kawan, setidak-tidaknya kita pasti akan dibabitkan dalam sebarang kesalahan yang dilakukan oleh rakan kita. Sebagai seorang remaja, amat sukar untuk memilih rakan yang baik, oleh itu kita perlulah sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan kita kawan-kawan yang soleh dan memberi taufik hidayah kepada diri dan kawan-kawan kita yang lain untuk berubah. Kita juga perlu berusaha untuk berubah jikalau kita ingin berkawan dengan orang-orang soleh.

7. Menjauhkan diri daripada perkara haram walupun sedikit
Dalam perbuatan-perbuatan mungkar yang pernah kita lakukan, kita tidak tahu yang mana Allah paling murka. Mungkin Allah murka terhadap dosa kecil, dan mungkin juga dosa besar yang kita lakukan. Maka, kata-kata seperti "alaaa, dosa kecik jee" perlulah kita elakkan sama sekali, kerana siapa tahu sekiranya dosa kecil itulah yang Allah paling murka.

8. Bersifat pemurah dan baik
Sifat pemurah dan baik ini terlalu subjektif untuk dibahaskan. Tetapi antara contoh berlaku baik dan pemurah adalah dengan saling mengingati antara sesama manusia kerana kita ini adalah makhluk yang sering lupa.

9. Kasih Sayang kepada semua makhluk
Untuk memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlulah berkasih-sayang sesama makhluk. Jikalau kita sayang akan rakan-rakan seIslam, nasihati mereka. Jikalau kita sayangkan kawan-kawan yang bukan Islam, ajak mereka menganut Islam dengan cara yang baik. Jikalau kita sayangkan haiwan, jangan sesekali menyakiti mereka dan lindungilah mereka. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk Allah dan perkara di atas hanyalah contoh-contoh kecil.

10. Berguna kepada semua orang
Imam Ghazali pernah berkata, jadilah kita seperi makanan, sesungguhnya makanan itu sentiasa diperlukan oleh manusia. Jikalau kita tidak mampu jadilah kita seperti ubat-ubatan, kerana pada masa-masa tertentu kita sangat diperlukan oleh manusia. Tetapi janganlah kita jadi seperti ular yang hanya akan dipalu walaupun belum sempat meludahkan bisannya. Maksud di sini, adalah paling baik kalau kita dapat menjadi insan yang sentiasa berguna kepada masyrakat sekeliling. Jikalau tidakpun, apabila mereka dalam kesusahan, mereka akan mencari kita. Aku suka bab ini, sebab kita selalu bahaskan perihal kawan yang mudah lupa kawan. Diwaktu susah barulah hendak cari kita. Bagi aku, ini merupakan petanda yang baik kerana ini menunjukkan kita berguna kepada orang lain. Tetapi marilah kita berdoa agar Allah tidak menjadikan kita seperti ular, kerana cukup dibenci oleh masyarakat, walaupun dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan.

11. Selalu ingat kepada mati
Gahh! Kematian, topik yang jarang-jarang sekali kita ingat. Apatah lagi dalam usia muda remaja sebegini. tetapi itulah hakikatnya, orang yang selalu ingat kepada mati pasti selamat dunia dan akhirat kerana mereka akan sentiasa berlaku cermat dan berhati-hati dalam tindakan mereka.

alhamdulillah, anda baca sampai habis, moga-moga dapat hebahkan tajuk ini. Kat bawahni aku selitkan sekali video Rabbani-Mawi lagu SAKSI sebagai renungan.
Al-Fatihah juga kita sedekahkan kepada Ustaz Asri.

Rabu, 26 Ogos 2009

"For you, a thousand times over"

"Eyh, dah datang dah? Kejap eyh, kejap. Nak bersihkan sawang2 ni haa. Bersawang blog aku ni, da berapa dekad entah x datang jenguk. HACHUM! Alhamdulillah. Tengok tu, berhabuk-habuk." Beberapa minit kemudian, "HAA!! DAH SIAP!"

Assalamualikum wbt, apa khabar semua, rindunya aku kat blog ni. Lama sungguh tak menjenguk. Pejam kelip pejam kelip dah Ramadhan. Pejam sikit lagi SPM. Kelip sekali lagi jumpa kawan-kawan lama kat kenduri kahwin classmate. haha.

Aku tak de mende nak cakap sebenarnya dekat blog ni hari ni, cuma nak bagi korang sekeping kad.

kad ramadhan

nah! amik tu, simpan elok2 penat aku buat.haha. Apa kata kita menyusur kehidupan aku sat. NAK? Kalau x nak anda boleh tekan butang pangkah kat browser ni ye:D

1 Ramadhan.
Alhamdulillah, masih mampu bernafas. Beberapa minggu kebelakangan ini, aku sering lambat tidur, bukan kerana masuk kamar lewat, tapi aku sering terpikir , "kalau-kalau aku matiii". SERAM! Dosa aku banyak sangat, kalau aku mati siapa yang nak doakan aku? Aku x de amal jariah. Fikir-fikir terlelap. Ramadhan kali ini bermula dengan hari yang dingin. Hujan melimpahi bumi Shah Alam sepanjang hari. Bagi aku, hujan itu adalah rahmat Allah. Mungkin benar kata Rasulullah, bhw permulaan Ramadhan itu adalah rahmat( ada yang mengatakan hadith ini dhaif). Ketika sedang mengulang-kaji, terpandang jendela. Kelihatan air hujan menitis-nitis satu persatu. Terfikir di benak pemikiran, "Ni amk gmbr cantik ni. Boleh wat Kad Ramadhan" Al-maklumlah, semua orang kirim kad ramadhan kat dalam MySpace. Takkan tak berbalas kan. Dengan pantas kamera Nikon model D60 tahun 2008 aku capai dan alhamdulillah apa yang terbayang dipemikiran berjaya dilaksanakan. Petang sedikit, selepas Asar, aku bersama ayahanda pun pergi lah ke bazar melihat apa yang ada. Agak sedih melihat suasana tahun ini, suram sangat. Sampai kini terasa kesuraman bulan Ramadhan tahun ini. Malamnya seperti kebiasaan solat berjemaah Isyak. haha. Aku suka bulan RAMADHAN. Ada magis di sebalik bulan ini. Masjid telah pun sesak dengan orang walaupun azan masih belum berkumandang. Rasa juga kemeriahan Ramadhan sedikit.

2,3,4 dan 5 Ramadhan, tiada apa yang istimewa untuk dikongsi bersamalah. Mungkin juga aku lupa. Kalau ada insyallah aku "edit" balik post ini.

Hari ini aku asyik mendengar dua buah lagu. Sebuah dari Sami Yusuf, single terbarunya, YOU CAME TO ME dan tiba-tiba lidah aku bergerak-gerak mngikut alunan lagu KALAU TERLEWATKAN dari SheilaOn7. Mungkin ada kisah disebalik lagu ini agaknya:D Apa-apapun layanlah dua-dua lagu ini OK! BYE!




Yang Terlewatkan

Sabtu, 8 Ogos 2009

Bergaya Dengan Kamera SLR?

Assalamualaikum,
Alhamdulillah selepas lebih kurg dua bulan mendiamkan diri, kini jari jemari aku cuba bangkit semula menawan pentas 'papan kekunci'. Mungkin post kali ini tak berapa menarik, tapi seperti post2 aku yang lepas, aku hanya ingin melontarkan pendapat, di samping melatih jari-jemari aku membina stamina untuk menghadapi SPM yang sudah mula menunjukkan batang hidungnya.

BERGAYAKAH MEMILIKI KAMERA DIGITAL SLR? Bergayakah meneropong ke dalam 'viewfinder' kamera gajah tersebut? Bergayakah menggantung strap Nikon, Canon, Olympus etc di leher masing2?Persoalan yang cuba aku ungkai, tapi ternyata aku tidak mampu. Anda yang membaca fikirla sendiri.

8 Mac 2008, pertama kalinya aku memiliki kamera sendiri, hadiah daripada ayahanda dan ibunda tercinta kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR 07. Terima kasih sekali lagi kepada mereka kerana telah berusaha menghantar saya ke mengikuti kursus asas fotografi yang dianjurkan oleh "Click and Snap UniKL MIAT" dan "ASFON NS". Ketika itu, kamera SLR hanyalah satu idaman bagi remaja-remaja sekolah terutamanya. Tidak ramai yang menggunakan DSLR masa itu. Minat aku yang terlampau mendalam dalam bidang fotografi membuatkan aku beria-ia belajar serba sedikit mengenai fotografi melalui pembacaan dan pemerhatian. Sememangnya belajar sendiri bukanlah cara yang mudah, dan tidak terjamin keberkesanannya. Tapi bagi aku, aku berjaya. Dengan cuba meniru gambar2 taiko fotografi, secara perlahan2 ilmu dan skil aku bertambah. Namun apa yang sedikit membuat aku terkilan apabila sering kali terdengar di corong-corong mulut sumbang yang menganggap apa yang aku lakukan sebagai 'mengikut-ngikut'. Maka tercetuslah idea post ini.

Seperti satu fesyen bagi kebanyakan remaja kini memiliki sebuah kamera besar2 bersaiz telur ostrich tergantung di leher mereka. Melihat DSLR menjadi bahan aksesori merupakan satu azab bagi bebola mata aku. Berbagai soalan mula bercabang di pusat pemikiran HOTAK AKU. Antaranya, mengapa ramai sangat pakai DSLR? Kayanya diaorang ni! Pada mulanya, aku menyambut fenomena ini sebagai fenomena sihat, memandangkan aku sendiri ketika itu belum mempunyai rakan-rakan yang melibatkan diri dalam bidang fotografi. Namun selepas aku kerap kali melihat hasil seni rosak yang datang dari kamera yang diliputi bahan2 canggih, aku mula merasakan kaum-kaum ini hanya ingin menunjuk-nunjuk dan berlagak dengan apa yang mereka ada.

Memilik sebuah kamera DSLR bukanlah satu perkara yang patut kita banggakan. Jikalau benar kita minat dalam bidang ini, maka kita wajib menuntut ilmu. Bukannya sesuka hati mebazirkan wang ribuan rinngit semata-mata ingin menekan punat kecil bersaiz smarties. Apabila fenomena "GIGS" mula mebanjiri benak pemikiran remaja Malaysia, semakin ramai remaja yang kita yang menjadi lebih bebal. Mereka sudah hilang identiti dan mula meniru apa sahaja yang kelihatan 'COOL' di lensa mata mereka. Mula-mula semua orang cuba mendapatkan dan menghasilkan custom T yang bertatahkan perkataan-perkataan yang mana huruf-hurufnya sebesar penumbuk aku. Apabila pertama kali T seumpama itu dihasilkan, jujur, memaang ianya menarik. Namun apabila semua orang hendak meniru gaya tersebut, baju-baju seperti itu mula kelihatan jelek. Kemudian datang pula seluar cikang x ingat dunia, juga hasil ideaolism "GIGS". Kalau artis-artis tersebut yang pakai tidak apalah, cantik saja di mata. Namun apa yang membuatkan kornea aku gatal semacam ialah apabila semua remaja ingin meniru gaya tersebut, tapi dengan cara yang salah. Aku tidak mempunyai ilmu langsung dalam fesyen, tapi aku masih mampu menilai mana cantik mana pelik. Kalau yang pakai itu gempal-gempal seangkatan dengan aku, cantik ke? Jujur aku kata seperti nangka dibalut! Kemudian datanglah fenomena DSLR! Fenomena yang cukup aku benci kerana secara tidak langsung, kritikan selalu sahaja dilontarkan kepada fotografer.

Ramai yang berkata bahawa gambar-gambar photographer cantik kerana menggunakan DSLR. Malah tidak kurang juga yang beranggapan bahawa gambar-gambar yang cantik adalah sumbangan dari teknologi semata-mata. Seolah-olah, jikalau mereka mempunyai DSLR, mereka mampu menghasilkan sebuah masterpiece yang sama nilalinya dengan gambar-gambar photographer pro lain. Akibat terlalu yakin, ilmu terlalu cetek dan tidak berfikiran secara waras, mereka pun dengan mudah membeli kamera ribuan ringgit di kedai2 berhampiran. Memanglah mudah kerana kebanyakan dari mereka membeli dengan duit orang tua mereka. Hasilnya, gambar-gambar mereka langsung tidak tumpah dengan kecacatan di otak mereka. Disebabkan terlalu ramai yang telah terpedaya dengan hawa nafsu masing-masing, kritikan mula dilontarkan oleh kawan-kawan mereka yang asalnya cemburu, tetapi jauh lebih pintar dari mereka. Secara tidak langsung, aku juga menjadi mangsa mulut2 yang tidak pernah melawat wakil-wakil insuran.

Konklusinya, tidak salah sekiranya semua orang memilik DSLR, tetapi salah sekiranya orang tersebut tidak belajar menggunakannya dengan betul. Gigs juga tidaklah membawa mesej yang tidak baik, tapi orang yag menghadiri gigs itulah yang tidak tahu membezakan baik dan buruk. Aku ingin minta maaf kerana post kali ini agak kurang sopan, tetapi ini shj caranya yang aku mampu untuk melontarkan idea. wallahualam