Sabtu, 2 Julai 2011

Привет Москва!

assalamualaikum,

Alhamdulillah, selepas setahun merancang, termakbul juga. Bumi bekas kuasa komunis terbesar dunia ini telah tu pijak. Tanpa segan silu, ribuan langkah telah aku jejak di bumi Moscow. Alhamdullillah seminggu sudah berlalu. Moscow tidaklah terlalu janggal bagi aku. Mungkin juga kerana masih enak dalam ikatan mesra pelajar-pelajar Malaysia di sini.

Hari pertama aku di sini agak mengagumkan. Pertama kali berhadapan dengan matahari pada jam 8 petang. Malahan catatan aku ini masih diliput cahaya matahari di ufuk barat sedangkan jam sudah menunjukkan 9.40 petang. Bumi itu bulat, namun tidak seluruhnya sama.

KLIA, 8.00 malam, sabtu lalu. Aku dijadualkan bertolak dari Malaysia ke Frankfurt pada jam 11.50 malam. Manusia hanya merancang, ada kuasa yang menentukan. Setengah dari gerombolan pelajar terpaksa dipisahkan. Sebelah ke bumi penjajah Malaya, sebelah lagi ke bumi Nazi. Aku dan 16 teman terpaksa berlabuh di London. Perlabuhan yang sementara tapi menguntungkan. Pertama kali tiba di London, walaupun tidak keluar dari terminal, tetapi dapat merasai bagaimana servis/ perkhidmatan yang disediakan sudah cukup mengujakan. Mereka bekerja bersungguh-sungguh, penuh dedikasi. Satu pengajaran untuk ku bawa pulang dan berikan pada anak cucu kelak. Tiba di lapangan terbang Sheremetyevo jam 6 petang. Keluar dari lapangan terbang jam 8.00, namun matahari masih setia menyambut ketibaan kami.

Ketibaan kami disambut dengan pemandangan yang lebih baik dari jangkaan benak pikiran aku. Setibanya di asrama kami terus disambut dengan begitu terrbaik oleh para abang2 dan kakak2. Kalau dah berjalan begini jauh, tentu ribuan gambar bukan. Banyak gambar telah dirakam, dan beberapa keping telah diluluskan oleh kementerian dalam negeri walaupun ada unsur2 warna kuning.(bukan kuning untuk 18+) haha. Dari minggu lepas, aku tidak lekang dengan metro ataupun tramvai(trem) ataupun avtobus(bus) mereka. Hari-hari keluar sakan.

arrival naufal
entrance airport

seniors

seniors 2

bilain

livan shaurma

combo tramvai

12


3 ulasan:

NOR NADIA MOHD KHAIROJI berkata...

sakan sgt korg kt moscow!!!hehe

Hannan Baharom berkata...

pergh makanan nmpak sedap!

AZ Mokhtar berkata...

Jangan lupa solat, solat, solat dan baca Al Quraan everyday. Allah SWT akan memudahkan semua urusan. DIA sayang kepada orang yang musafir fisabilillah.