Sabtu, 20 Ogos 2011

Moscow River l Москва река

assalamualaikum,

Sekelip mata, kita sudah melangkah masuk fasa terakhir Ramadan. Bagaimana Ramadan tahun ini? Membawa sebarang perubahan? Bagi yang sudah membuahkan hasil, kekalkan momentum buah-buah itu, jangan digugurkan terlalu pantas, atau jangan dibiarkan busuk kelak. Biarlah ianya berkekalan. Yang masih belum berbuah hasilnya, jangan putus asa, masih ada masa untuk kita bersama pulun sebelum perginya Ramadan tahun ini.

Minggu ini angin membawa aku berlayar di Sungai Moscow. Jauh perjalanan, jauh pemandangan, insyallah jauh pemikiran. hehe. Alhamdulillah, pelayaran kali ini membuka mata aku lebih luas, mengubah persepsi aku mengenai Moscow, Baru kini sedar, aku kini tinggal bukan dalam bandar sebarang bandar, tapi sebuah metropolitan.

Sungai Moscow, sebatang sungai yang mana menyaksikan bermulanya kisah kehidupan rakyat Russia di kremin Moscow. Menjadi saksi jatuh bangkitnya raja-raja Rusia. Menyaksikan jatuh syahid prajurit Islam Tartar memepertahankan Kremlin dari Napoleon, menyaksikan revolusi komuni hingga jatuhnya raja Rusia dan naiknya Lenin.

Sebatang sungai yang terlalu banyak untuk kita kaji dan selami darinya. Tapi tidak sah kalau tidak ada gambarkan, alhamdulillah, sempat juga merakam sejenak pelayaran ini. Nak cerita panjang-panjang, aku tak berapa nak ada modal, baik layan gambar-gambar.

Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река

Khamis, 11 Ogos 2011

Park Pobedi l Парк Победы

assalamualaikum,

Salam Ramadhan saudara-saudari :D Macam mana pengalaman Ramadhan anda tahun ini? Lebih menarik? Lebih mencabar? Lebih menginsafkan? Eh, apa, makin lalai? erk. Tapi hari ini aku tak nak cerita pasal bulan Ramadhan lagi, masih hendak mengumpul bahan-bahan untuk diceritakan, tak menarik kalau terburu-buru nak cerita pengalaman Ramadhan di sini kalau tak cukup bahan.

Minggu lepas, angin telah membawa aku ke sebuah taman di Moscow, Park Pobedy, atau dalam bahasa kita, Taman Kemenangan. Moscow merupakan bandar yang terlalu banyak dengan sejarah dari zaman raja-raja mereka ke zaman pemerintahan soviet sehingga pemerintahan hari ini. Taman ini adalah simbol kemenangan pihak Soviet Union dalam peperangan dunia ke-2 antara Soviet Union dan Nazi. Taman ni memang sesuai kalau nak jalan-jalan, main skateboard, main roller blade, main basikal, mentelaah, memerah minda dan tak kurang juga untuk beribadah. Antara keunikan taman ini ialah di sini ditempatkan 3 buah tempat ibadat, Gereja Kristian Ortodox, Gereja Yahudi dan Masjid.

Sebab utama aku pergi ke taman ini untuk menziarah masjid, sambil-sambil mencari bahan untuk post Ramadhan tahun ini. hehe. Kalau dah kata taman mesti cantik kan, nak tahu cantik ke tak, tengok gambar-gambar ini.

combo 4
Antara pandangan yang sangat menarik di Park Pobedy. Yang besar amat tu bangunan Muzium. Tugu tinggi memacak tu sangat menarik, diukir setiap perjalanan peperangan sehingga mereka memperoleh kejayaan.

combo 2
Tugu ini ditulis dalam berbagai tulisan untuk memperingati wira-wira yang terkorban yang terdiri dari pelbagai jenis suku kaum.

combo 1
Melambangkan kesusahan dan kehancuran tatkala peperangan.

combo 3
Hutan mini, hutan di sini dipanggil "LES".

combo 6
whoaaa, cantik kan cantik kan

combo 5
Pre-autumn?

combo 8
Memorialnaya Mecet. Masjid Memorial. Memorial Mosque

combo 7
Antara masjid yang paling cantik di Moscow.

combo 9