Sabtu, 20 Ogos 2011

Moscow River l Москва река

assalamualaikum,

Sekelip mata, kita sudah melangkah masuk fasa terakhir Ramadan. Bagaimana Ramadan tahun ini? Membawa sebarang perubahan? Bagi yang sudah membuahkan hasil, kekalkan momentum buah-buah itu, jangan digugurkan terlalu pantas, atau jangan dibiarkan busuk kelak. Biarlah ianya berkekalan. Yang masih belum berbuah hasilnya, jangan putus asa, masih ada masa untuk kita bersama pulun sebelum perginya Ramadan tahun ini.

Minggu ini angin membawa aku berlayar di Sungai Moscow. Jauh perjalanan, jauh pemandangan, insyallah jauh pemikiran. hehe. Alhamdulillah, pelayaran kali ini membuka mata aku lebih luas, mengubah persepsi aku mengenai Moscow, Baru kini sedar, aku kini tinggal bukan dalam bandar sebarang bandar, tapi sebuah metropolitan.

Sungai Moscow, sebatang sungai yang mana menyaksikan bermulanya kisah kehidupan rakyat Russia di kremin Moscow. Menjadi saksi jatuh bangkitnya raja-raja Rusia. Menyaksikan jatuh syahid prajurit Islam Tartar memepertahankan Kremlin dari Napoleon, menyaksikan revolusi komuni hingga jatuhnya raja Rusia dan naiknya Lenin.

Sebatang sungai yang terlalu banyak untuk kita kaji dan selami darinya. Tapi tidak sah kalau tidak ada gambarkan, alhamdulillah, sempat juga merakam sejenak pelayaran ini. Nak cerita panjang-panjang, aku tak berapa nak ada modal, baik layan gambar-gambar.

Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река
Moscow River l Москва река

Tiada ulasan: