Isnin, 24 November 2008

Keunikan disebalik sekeping gambar!


Setiap individu mempunyai pandangan berbeza tatkala melihat sesuatu gambar.Ada yang benar2 menghayati keseluruhan gambar bagi memahami mesej yang ingin disampaikan.Ada pula yang hanya melihat secara kasar cukup untuk mengetahui suasana melalui gambar tersebut.Mungkin sesetngah pihak lebih gemar mendalami sesuatu mesej melalui coretan pena berbanding sekeping gambar dan sebuah lukisan.

Bagi penggemar fotografi, terdapat banyak cara untuk menilai keindahan sesebuah gambar.Ada yang menilai melalui komposisi gambar tersebut.Ada juga yang menilai melalui keseimbangan warna tersebut.UH! Tetiba saya rasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit mengenai dunia fotografi.Maafkan saya kalau banyak kesilapan.Sudah tentulah banyak kesilapan!SAYA MASIH BARU!

KOMPOSISI.Rule of Third merupakan teori berkenaan komposisi.Bagaimana kita hendak menyusun objek dalam sekeping gambar agar gambar tersebut tampak lebih menarik.Boleh dikatakan setiap jurugambar perlu menguasai teori Rule of Third sebelum berganjak ke tahap yang lebih tinggi.Rule of Third menyatakan bahawa pusat terbaik meletakkan sesbuah objek adalah di titik persilangan setiap garisan seperti di atas.Jikalau anda baru hendak berjinak-jinak dengan dunia fotografi seperti saya, sudah tentu anda menyedari bahawa KOMPOSISI merupakan teknik yang sangat penting dan mengambil masa yang lama untuk menguasainya.

KESIMBANGAN WARNA.Saya tidak berani untuk menyatakan hal ini kerana saya sendiri masih pusing mengenai KESIMBANGAN WARNA.UH!Sukar untuk difahami.

namun di sebalik semua teknik asas dan advance

Saya merasakan setiap gambar yang dihasilkan perlu diadun bersama kasih sayang dan keikhlasan dalam menghasilkan gambar yang benar-benar tulen dan menakjubkan.Tanpa kasih sayang, gambar yang diambil akan kelihatan suram dan sepi.Orang bijaksana sering menyatakan bahawa "Sebuah Gambar Memberitahu 1001 Mesej."Namun begitu, sekiranya seseorang jurugambar terlupa akan adunan kasih sayang dan keikhlasan sudah tentu gambarnya hanyalah sekeping gambar biasa yang bisu.

Bercerita mengenai keikhlasan
.Kebanyakan jurugambar hari ini lebih tertumpu untuk menghasilkan wang dari gambar2 mereka.UH!Kebanyakan jurugambar seperti ini hanya akan terhenti di satu takat.Di mana gambarnya akan berhenti berevolusi.Gambarnya tetap kelihatan sama dan sudah tentu membosankan.


Betapa pentingnya sebuah kamera kepada seorang jurugambar
.Sudah tentu kamera merupakan teman karib setiap jurugambar. Bagi saya, melalui kamera inilah, saya tersedar akan kehebatan ciptaan Allah SWT. Minat saya dalam bidang fotografi lebih tertumpu kepada bidang macro,bunga-bungaan dan potrait. MACRO,Mengambil gambar objek2 mini seperti serangga.Menakjubkan!Melihat setiap inci badan serangga yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.BUNGA-BUNGAAN.Bayangkan sahaja.Betapa indahnya bunga-bunga ciptaan ALLAH SWT ini.Tidak terungkap kecantikannya.Warnanya yang menggoda.UH!SUBHANALLAH!

Sampai di sini shjla dulu

wallahualam

assalamualaikum:D


1 ulasan:

Eyka Hamasuba berkata...

hehhe.. aku tak reti nak nilai hasil seni orang lain tapi aku suke tengok gambar yang mengagumkan secare tibe-tibe tanpe dapat mengenal pasti sebab musabab kekaguman aku. hahaha