assalamualaikum wbt,
eh eh, lamanya x nampak kalian semua. errr, ada orang lagi ke yang menjenguk blog aku ni pun? entah2 aku tulis aku baca sorang2. LAMAAA sangat aku x update blog aku. Bukan takat bersawang dah, dah tumbuh hutan hujan tropika tingkat ke-7 dah, ala-ala cerita Avatar dah. Mungkin ada yang macam sedikit keliru, atau bermain-main dalam kepala mereka ayat ini, "Eh, merujuk kepada post dan gambar nun di bawah(post yg lepas), mamat ni ke PLKN sehingga 12 Jun. Hari ni br 19 Mei, apa cerita? Dia kene buang ke? hahaha." Okok. Jangan risau, jangan cu-ak, x ada apa2 yg dahsyat berlaku, nanti aku cerita ya anda-anda sekalian. Dalam masa tidak sampai 2 bulan, aku mulakan hidupr baru dia dua buah tempat yang tidak pernah terlintas dalam akal aku. Yang pertama, Sg Siput, Perak dan yg kedua, Kuala Nerang, Kedah. Tidak pernah aku terlintas nak melangkahkan kaki ke tempat2 ni. Tapi takdir dan jodoh menumakan aku dengan tempat-tempat yang indah ini.
Sg. Siput, Perak. 27 Mac - 5 Mei 2010. Kem PLKN Terkok.Ok, aku yakin sgt, semua yang mengenali aku, tahu aku ke PLKN. Malangnya, tidak berjaya menamatkan latihan dengan gelaran WIRA. Aku terpaksa membuat penangguhan, atas alasan yg akan dikemukan kemudian. hehe.
Minggu pertama di PLKN berjalan dengan terlalu sopan dan lemah gemalai. Tapi aku tetap bersemangat waja. Masa berlalu dengan sangat lambat. Tapi, setiap detik itu merupakan kenangan manis bg diriku, minggu itulah aku berkenal-kenalan dgn rakan-rakan yg kami gelar sesama sendiri, wira-wirawati. Rakan-rakan yang mungkin tidak akan lupus dalam benak pemikiran aku. Betapa akrabnya hubungan kita sejak awal perkenalan. Kebanyakannya datang nun jauh dari kelate, namun loghat bahasa tidak memisahkan kami. Sekure-kurenyo, dapat lah aku belaja kecek kelate, sikit je laaa.
Minggu2 seterusnya berlalu dgn terlalu pantas. Betapa asyiknya duduk PLKN, tanyalah pelatih2 lain. Aku belum sempatpun menembak dll, tapi keseronokannya yg amat. Semua aktiviti masih segar bugar dlm kenangan aku. Minggu ke-2, baba dan mama datang melawat, bukan membawa bekalan makanan untuk diisi dalam perut selama 7-8 jam sahaja, tetapi membawa bekalan borang-borang penirmaan melanjutkan pelajaran demi masa hadapan. Mula-mula, x terasa pun seedih nak chow awal. Siap suka lagi. Masu minggu ke-3 dan seterusnya, aku dah dilema, setiap petang termenung, perlukah aku tangguh PLKN? Bukan takut kene ulang, cuma, aku dah mula jatuh hati dekat PLKN. Kawan2 yang best, aktiviti2 yang gila2, cikgu2 yg sporting, Kem Komandan yang cool habis. Macam mana x dilema kann.
PLKN mengajar byk benda, aku buat benda-benda yang x pernah pula aku buat dalam hidup aku. Main sepak takraw aktiviti harian kanak2 kem terkok, hehehe. Kadang2, aku try jugak, wlpn jauh ketinggalan banding rakan-rakan yg selayaknya mewakili Malaysia shj. Servis, libas, stun semua ada. Mmg asyik sgt tgk diaorg main sepak takraw. Macam tgk Malaysia lawan Thailand. haha. Dah tu, aku pula jadi Penghulu. Sepanjang-panjang aku di kem, x pernah suara aku sesempurna kini. Karaoke? haha, jauh sekali. Habis suara akibat aktiviti harian yakni MENJERIT. haha. Mmg pedih, tapi lama-lama, dah jadi biasa.
PLKN juga menemukan aku dengan insan yang membawa perubahan dalam hidup aku. Cerita lanjut, kelak akan dipamerkan. hahaha.
Hari terakhir di PLKN, amat-amat menyakitkan. Walau di raut wajah nampak macam biasa, macam suka nak meninggalkan kem yang sunguh INDAH, serious, x main2, tapi dalam hati ini, bagai dicarik-carik oleh dawai besi yang boleh dijumpai di sekolah-sekolah yang mana murid2 dilayan seperti banduan di penjara. Jam 2 pagi menyaksikan aku mengemas pakaian dan semua peralatan ke dalam beg. Hati aku sudah tidak terthn. Kelopak mata sedikit demi sedikit basah. Akhirnya, bocor juga. Titisan air mata pun gugur. Aku dah x malu nak mengaku, ya benar aku menangis. Teringat kenangan bersama rakan-rakan sejak hari pertama berkenalan. Teringat gelak ketawa tahap mengilai yang menjadi rutin setiap detik. Hati aku jadi sangat sangat sangat berat nak meninggalkan kem yang aku cintai. esok paginya, perlahan2, mangangkut beg ke JLB. Bersalaman dgn semua guru, mohon restu dan doa. Menyerahkan semula pangkat dan lanyard yang menjadi aksesori harian, dan juga sempat bertemu rakan-rakan yg disayangi. tepat jam 12, aku terus pulang ke shah alam, membawa bersama kenangan2 indah bersama.
Nak tau lebih lanjut macam mana aku boleh tercampak ke kuala nerang? Bersabarla ye. Aku sendiri sedang mengemaskini blog ini dari Kuala Nerang.
Sekian:D