for the time being, tulisan ini masih plain, tanpa gambar, izinkan sedikit masa untung aku menyambungnya kemudian.
assalamualaikum,
Ucapan saya untuk kalian dah terlaksana. Hendak memilih bidang telah dibincang. Jadi apa lagi yang hendak dibincangkan? Uh?! Banyak sekali. SPM bukanlah segala-galanya. Berjaya tatkala SPM x menjanjikan sebarang jaminan anda berjaya seterusnya dalam Univesiti.
Luar atau Dalam Negara?
Persoalan ini selalunya bermain di fikiran pelajar-pelajar cemerlang terutamanya dari sekolah-sekolah berasrama (Kementerian & MARA). Anda mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pelajar-pelajar lain untuk memohon tajaan atau pinjaman ke Universiti2 luar negara. Persoalan ini juga mungkin bermain dalam pemikiran mereka yang hendak menyambung pelajaran dalam bidang medik kerana mungkin di beberapa buah negara lain, kos menyempurnakan MBBS lebih murah berbanding di Malaysia.
Aku tidak pula mengatakan bahawa mereka-mereka yang dikategorikan mid-achievers ini tidak mampu pergi ke luar negara, tetapi fokus aku tertumpu kepada SPM Leavers. Seperti yang kita tahu, saban tahun, kerajaan dan syarikat-syarikat terkemuka di dunia menawarkan ribuan tajaan dan bantuan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Namun sejauh manakah pentingnya kita untuk menuntut di luar negara.
Bahagian ini aku lebih tumpukan kepada pelajar-pelajar sekolah berasrama kerana kalian mempunyai peluang yang lebih cerah. Aku rasa tidak perlu aku beri keterangan bagaimana hendak memohon dll kerana saya yakin anda paling arif dalam hal tersebut. Tetapi, perlu difahami, menuntut di luar negara bukan untuk pergi bersiar-siar ataupun melancong. Kita hendak pergi belajar. Kebiasaannya sesi permohonan bermula dengan temuduga. Bermula dari sinilah, ribuan manusia cemerlang atas kertas ini, mula melangkah dengan silap. Bukan cara mereka ditemu ramah. Tetapi tujuan mereka menghadiri temu ramah tersebut sudah terpesong. Memohon menyambung pelajaran ke luar negara bukan permainan yang boleh kita teka-teka, tembak-tembak. Kebanyakan pelajar lebih mementingkan DESTINASI PELANCONGAN mereka berbanding bidang yang mereka inginkan. Masing-masing menyimpan 1001 hasrat pergi ke negara-negara terkemuka seperti Amerika, UK, Australia. Sedangkan dalam beberapa bidang, mereka bukan yang terbaik. Sebagai contoh, berapa ramai pelajar-pelajar cemerlang atas kertas ini tidak mahu pergi ke India untuk menyambung pelajaran dalam bidang Medik sebagai contoh. Sedangkan mereka menyediakan platform terbaik untuk pelajar-pelajar medik menjadi doktor-doktor yang cemerlang.
Keputusan yang bakal diterima selepas temuduga juga adakalanya berbeza dengan yang dipohon. Dipohon kejuruteraan elektrikal, ditawarkan kejuruteraan mekanikal. Tetapi memandangakan peluang belajar di LUAR NEGARA lebih bernilai dari cita-cita anda, dengan hati terbuka tawaran ditandatangan. Dari mula lagi niat sudah terpesong. Apa kurangnya negara kita ini dibandingkan dengan negara luar?
Sepatutnya, bukan di mana kita hendak belajar menjadi aspirasi, tetapi apa yang hendak dipelajari itu yang dijadikan aspirasi. Bayangkan sahaja, anda ditawarkan belajar di UK, universiti yang tidaklah segah mana, dala bidang kejuruteraan Atom, namun anda bukanlah minat sangat hal-hal Atom ini. Anda dengan hati terbuka menerimanya, kerana well, UK weyh, UK. Dasar otak kita dah kena jajah, nak buat macam mana. Kalau anda hanya memintang glam, popular, keseronokan melancong, fikir-fikirkan semula, sengsara mununtut ilmu yang tidak diminati. Kita bakal bekerja dengan perkara yang bukan diminati seumur hidup kita. Bagaimana mungkin anda, yang telah dihantar oleh kerajaan untuk menuntut pelajaran di negara-negara maju ini, dapat menjadi pemangkin kejayaan negara. Kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk menghantar seorang pelajar ke UK mencecah jutaan ringgit.
Renung-renungkan, jikalau anda benar tahu, bidang apa yang anda minat, mula mengkaji, di manakah tempat yang terbaik untuk menyelami bidang itu. Jangan main hentam semborono membuat keputusan dalam hidup kalian. Kerajaan membelanjakan bukan, ratusan, bukan ribuan, tetapi hampir jutaan ringgit DUIT RAKYAT, agar kalian ini bakal menjadi pemangkin negara. Dalam atau luau bukan persoalan utama, tetapi di manakah saya mampu memperolehi pendidikan terbaik dalam bidang yang diminati itu patut menjadi fokus.
IPTA atau IPTS?
Persoalan ini sangat penting sebenarnya. Tetapi sebelum merungkai lebih lanjut, terkadang aku terfikir, mengapa kaum Melayu ini terlalu bergantung harap kepada institusi pendidikan kerajaan semata-mata. Langsung tidak heran hendak menoleh sebentar ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Takut, tidak mampu, kami orang miskin, ibu bapa kami kerja biasa-biasa sahaja dan ribuan alasan yang tidak pernah habis. IPTA atau IPTS, itu bukan persoalan seperti "Mampu atau Tidak". Ini bukan persoalan materialistik. Ini persoalan mendapatkan pendidikan yang terbaik. Keadaannya sama seperti persoalan belajar di dalam atau luar negara. Belajar di mana, apa kos yurannya, patut menjadi nombor ke 35. Yang patut diutamakan, di mana saya mampu mendapatkan pendidikan terbaik dalam bidang yang saya minati dan bersesuaian dengan keputusan saya.
Ramai antara kita, teruatamanya orang Melayu, tidak menoleh langsung ke pusat pendidikan yang dilabel IPTS. Dengar sahaja IPTS, kalau boleh hendak memegang sepanduk, KAMI TIDAK MAMPU, KAMI BUKAN ORANG KAYA, KAMI MENGHARAPKAN BANTUAN KERAJAN. Ideologi-ideologi yang patutnya ditepis jauh-jauh. Setiap IPT mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang hebat dalam bidang A tetapi kurang dalam bidang B. Ada yang hebat dalam bidang C, dan lebih lebih hebat dalam bidang D. Dan tidak boleh dipertikaikan juga kecemerlangan-kecemerlangan ini kebiasaannya dipelopori oleh IPTA. Makanya adalah lebih penting untuk kalian membuat kajian serba sedikit terlebih dahulu dalam memilih bidang yang ingin diceburi dan IPT yang menawarkan pendidikan terbaik. Apa yang kalian sedang tentukan ini ialah merancang masa hadapan. Agar suatu hari nanti anda semua tidak menoleh belakang dan mengeluh dengan penuh kesesalan. Perlu diambil perhatian juga, beberapa IPTS seperti UniKL menawarkan bantuan kewangan MARA. Jikalau anda memohon dalam Foundation in Engineering and Science(FIST) UniKL, anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan seterusnya, segala kos pembelajaran dan sara diri ditanggung oleh mara, seterusnya apabila menyambung pelajaran di peringkat ijazah, anda diberi peluang untuk memohon bantuan dari MARA. Berdasarkan fakta, 90 peratus pelajar UniKL mendapat bantuan MARA. Untungnya apabila kita mendapat bantuan MARA, kita membayar semula pinjaman kita mengikut CGPA kita. Sekiranya bagus, mungkin tidak perlu membayar semula ataupun beberapa peratus sahaja. Ini merupakan fakta yang tidak disedari begitu ramai pelajar. UniKL MIAT sebagai contohnya meletakkan Gred yang sangat tinggi untuk lulus, iaitu 75 peratus. Tetapi disebabkan silibus pendidikan mereka menekankan praktikal, maka ianya tidaklah terlalu suakr untuk diperolehi, tapi memerlukan minat, passion dan semangat yang utuh.
Selain itu, Matrikulasi dan Asasi-asasi juga merupakan antara peluang kalian untuk melanjutkan pelajaran ke IPT yang cemerlang. Matrikulasi menekankan sistem pembelajaran kuliah dan tutor. Maksudnya, kita ada Kuliah, duduk ramai-ramai dengan lecture, dan kedua kelas tutor, ada kelas kecil, mungkin 20-30 orang, bergantung kepada kepadatan pelajar di Kolej Matrikulasi tersebut. Tetapi risiko tetap wujud. Sekiranya anda pelajar aliran Hayat (medik), anda dikehendaki memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.8 ke atas. Itu hanyalah syarat kelayakan, tidak termasuk lagi saingan-saingan. Dengan kata mudah, CGPA 4.0, yakni CGPA maksimum merupakan syarat sah dan wajib melajutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Saingan yang terlalu tinggi, bebanan kerja yang banyak dan tekanan yang menimpa boleh menggugat prestasi. Tetapi saya yakin, kalau ada keazaman, kesungguhan hendak mencapai cita-cita, CGPA 4.0 bukanlah satu yang mustahil. Kolej Mara Kuala Nerang mempunya satu slogan yang sangat saya sukai dan membakar semangat, "The Grade is A, The Number is 4." Kalau slogan ini tersemat, insyallah, masa depan anda terjamin. Jikalau ibu bapa anda mampu membiayai kos pendidikan anda, terdapat 1001 cara lain untuk mendapatkan pendidikan terbaik, sperti Ausmat, A level, IB dan sebagainya.
STPM juga tidak ketinggalan sebagai pintu anda ke dunia baru ini. Namun saya kurang bersutuju sekiranya STPM menjadi tempat pilihan anda kerana anda merasakan anda tidak layak ke mana-mana. STPM tidak mudah. Tetapi jikalau berjaya dalam STPM, laluan anda sangat terbuka. Selain itu, wujud juga institusi-institusi latihan/ vokasional untuk mereka yang merasakan, buku bukan cara pendidikan terbaik. Mereka yang mempunyai kemahiran, sepaptutnya masuk ke institusi2 ini. Antara yang terkenal, IKM, Intitusi Kemahiran Mara. Selepas tamat sijil, anda boleh menyambung pelajaran dalam bidang diminati(diploma dan degree).
Ribuan pilihan tersediakan :) Satu saja pilihan yang aku bangkang, YA, AKU BANGKANG! iaitu bekerja. Bekerja sepenuh masa bukan cara terbaik. Dapatkan pendidikan terlebih dahulu, barulah dapatkan pekerjaan yang terbaik. Tapi perlu diingatkan, pendidikan itu buka pula tiket untuk mendapatkan pekerjaan. Ribuan peluang menyambung peajaran tersedia, mahu atau tidak sahaja.
Kesimpulan
Apa yang aku tulis ini hanyalah berkongsi bersama kalian, sekadar yag diketahui. Ribuan info boleh didapati dalam internet jalur lebar mahupun x berapa nak lebar. Tekan sahaja, macam-maca ada, dengan kerancakan promosi-promosi yang giat dilaksanakan oleh pihak-pihak IPT, sudah tentu maklumat tidak sukar untuk didapati. Aku hanya doakan yang terbaik bagi kalian. Agar kalian bakal menjadi pencetus kejayaan negara. Amin.
1 comments:
asekum dan salam sejahtera saya ucapkan kpd saudara sy merupakan seorg student Unikl RCMP yg mengikuti kursus Farmasi di sini...pd sy Unikl mmg baik kerana ia memberi kita peluang dlm mengikuti kos2 yg kritikal...seperti sy kos silibusnya amat sukar walaupun lebih kpd praktikal yakni dlm nisbah 70 : 30 iaitu 70 utk praktikal dan 30 utk teori...di sini juga terdpt kos MBBs iaitu sarjana muda pembedahan,sarjana muda perubatan atau dlm kata pendek kos perubatan ( doktor )...mmg di sini kami ditrain ukt belajar di bwah presseure utk makje sure time kerje t senang ckit utk face with pressure..sy dlm proses mndpt loan MARA secara penuh yg berjumlah RM50K+ klu pointer ok kami boleh minta pengurangan bayar sbyk 10% , 25 % ,50% , 75% , dan 100% klu sgt baik...ambil contoh pd dua sem yg lepas ada sorg senior nursing ni hanya bayar bayar RM4000 shj sdgkan 3 tahun belajar kosnya berjumalah RM40K+ so mmg untung ah g pon CGPA dye 3.5 ke atas....klu sy mmg lepas amik kos farmasi ni mmg trus bercdg nk amik MBBS kat Unikl RCMP walaupun kos 5 thaun belajar MBBS sekitar RM277K+ tapi klu perform dpt kurang bayar g pon elaun byk dlm RM500-RM600 sebulan....tajaan penuh lagi tu utk semua kos klu dpt pinjamaan MARA...so hope anda dpt wat dicision ah..just skang ni kemasukan ke RCMP semakin ketak disebabkan pd tahun 2015 nanti UniKL RCMP akan dinaiktaraf menjadi IPTA tak silap saya namanya akan ditukar kpd Universiti Perubatan Diraja Perak...nama skang Universiti Kuala Lumpur,Royal College Of Medicine Perak....sekian terima kasih...
Post a Comment