Sabtu, 26 Mac 2011

Dear SPM Leavers (part 1)

for the time being, tulisan ini masih plain, tanpa gambar, izinkan sedikit masa untung aku menyambungnya kemudian.

assalamualaikum,

Alhamdulillah, semua debaran dah selesai. Berbulan-bulan dan berbagai proses dilalui untuk mencetak sekeping slip, ber-Grade yang akhirnya sudah diterima oleh setiap calon SPM 2010. Dulu aku nak pergi ambil sekeping kertas itu pun terketar-ketar. Gementar, tak boleh tidur. Macam-macam perasaan. Tapi perasaan-perasaan tu hanya sebagai drama pengisi hidup kita. Bagi cantik sikit apabila dikenang nun suatu hari nanti.

Tapi apabila dah terima slip itu, sebenarnya masa terlalu singkat untuk kalian bergembira atau pun untuk ditangisi. Masa depan sedang menunggu anda di hadapan. Kini dunia sebenar sedang menunggu di luar. Tersilap langkah, banyak lobang-lobang, gaung, curam menunggu di luar. Kini masa untuk merealisasikan impian-impian anda bermula dengan selangkah yang akan anda mulakan. Bukan ibu bapa atau guru-guru lagi. Bukan pakcik makcik yang selalu bebel tepi telinga suruh jadi doktor, engineer dan lain lain.

Bagi mereka yang berjaya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian kepada tuhan yang Esa. Yang menentukan masa silam dan masa depan kalian. Yang menentukan rancangan-rancangan kalian tercapai atau sebaliknya.
TAHNIAH! Wajib lah aku pun nak ucapkan perkataan ini kepada kalian yang dapat 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1A atau pun yang tiada A. Anda semua berjaya. Anda berjaya memulakan apa yang anda lakukan, dan menamatkannya dengan berjaya. Bagi mereka yang tergolong dalam golong Pencapai Tinggi(High Achievers), dunia yang bakal anda hadapi selepas ini bukan lagi seperti di sekolah. Anda akan kembali menjadi sebiji telur, kosong, terpaksa bermula dari bawah. Tetapi kalian lebih bernasib baik ( aku tahu ada yang cakap bukan nasiblah, orang Islam x boleh percaya pada nasib lah, tapi kalau kau faham ayat aku ni seolah-olah mcm percakapan harian, bolehkan:D ). Kalian bakal ditawarkan belajar di IPT2 yang gah atau pun terkemuka baik di dalam mahupun di luar negara. Tetapi dasarnya tetap sama, anda tetap bermula dari semester 1, bermula dari tidak tahu. Kemudian perlahan-perlahan mendaki gunung impian anda. Laluan untuk anda akan menjadi lebih sukar, jauh lebih sukar dari rakan-rakan yang menuntut di IPT sederhana. Anda mungkin terpaksa mengorbankan hari minggu untuk kelas tambahan ataupun assignment yang bertimbun, anda mungkin terpaksa mengorbankan waktu malam anda yang cukup enak untuk melepak dia warung mamak. Tapi anda tidak perlu mengorbankan tidur malam lena anda. Jangan risau :) Aku bercakap secara am, kerana kebanyakan high achievers akan menceburi bidang-bidang yang memang memerlukan banyak pengorbanan, ataupun dalam bahasa masyarakat kita, bidang PROFESSIONAL. Aku bukan x suka nak guna perkataan profesional, cuma cara aku memahami perkataan itu berbeza, bagi aku semua bidang pekerjaan yang mendatangkan pendapatan tetap (halal dan berkualiti) merupakan bidang profesional. OK, lari tajuk. Jadi untuk kalian, mungkin kurang masalah bakal dihadapi untuk memasuki mana-mana jurusan yang diminati. Aku faham masalah utama sekarang ialah, mana satu hendak dipilih. Si ibu minta anaknya menjadi Jurutera, Si ayahanda meminta anaknya menjadi Doktor, Si Pakcik meminta anak buahnya menjadi Arkitek. Terlalu ragam manusia henda dituruti. Jangan risau, kejap lagi kita bincang masalah ini eh :)

Bagi mereka yang Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang.
Tahniah. Anda masih mampu makan tatkala pagi dan petang. Alhamdulillah. Rasa-rasanya tidak adil untuk aku mengadili, tahap pencapaian yang bagaimana yang boleh aku katakan Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang(KPMP x2) ni? Anda rasa keputusan anda bagaimana. Kalau boleh jangan drama sangat, tarik nafas dalam-dalam. Renung jauh ke dalam minda anda, keputusan anda ini agak-agaknya BAGUS atau ala-ala KPMP (x2). Untuk kalian yang boleh juga dikategorikan sebagai mid-achievers,(bukan aku nak kategori2kan orang, nak bagi faham sahaja, bolehkan :D ), anda masih mampu merealisasikan impian anda. Ibu bapa anda, pakcik makcik anda mungkin x banyak songeh dalam pilihan bidang anda. Mereka akan cuba menasihati berpada sahaja. Sekurang-kurangnya anda tidak tertekan seperti mereka yang sememangnya High-Achievers yang sentiasa ditekan dengan pelbagai nasihat dan pandangan. Masalah anda kini, IPT mana yang hendak dipilih. Mungkin anda tidak mempunyai ribuan pilihan, mungkin hanya belasan IPT menjadi target anda. Mungkin anda merasakan cabaran/kemungkinan untuk diterima oleh IPT amat tinggi, oleh kerana terlalu ramai manusia senasib dengan anda. Mungkin anda bercita-cita tinggi, ingin menjadi Angkasawan contohnya. Jangan berhenti, anda berada di landasan yang betul sekarang ini. Jangan tukar impian anda, kalau dah tertukar, BERHENTI BACA INI, DAN KEMBALI SEMULA KE MEMORI-MEMORI ANDA, SEGARKAN SEMULA CITA-CITA ANDA. GAMBARKANNYA DENGAN JELAS DAN VIVID. RASAKANNYA, BIARKAN SEMANGAT ITU MENGALIR DALAM BADAN ANDA SEMULA. Sekarang, selamat kembali bakal-bakal angkasawan ataupun apa juga profession impian anda. Anda mampu mencapainya, sebentar lagi kita sambung cerita kita. Anda kini merupakan perintis/bakal pilot, engineer, doktor, angkasawana, perdana menteri dll.

Bagi Mereka Yang Gagal.
Sampai bila kau nak kecewa? Kau percaya akan kemampuan diri kau tak? Kau mampu tak berjaya dalam diri kau? Jawapannya, YA KAU MAMPU. Kau perlu mengubah persepsi kau terhadap diri sendiri. Soalan cepu mas: 1)Sebelum kau melangkah ke dalam dewan peperiksaan, pernah tak terlintas dalam minda kau yang kau mampu mendapat straight A's? 2) Pernah tak kau bayangkan suasana di sekeliling anda sekiranya anda berjaya memperolehi straight A's? 3) Pernah x kau letakkan matlamat hidup kau?
Kalau jawapan kalian TIDAK untuk ketiga-tiga soalan ini. Jangan risau, masa yang dikurniakan Allah masih mencukupi untuk anda berubah. Jikalau anda tidak pernah membayangkan langsung situasi di atas mulakannya sekarang. Keluar dari kepompong dunia remaja anda sebentar, bayangkan masa depan anda, melangkah masuk ke dalam jiwa anda yang BERJAYA itu. Semua perubahan ini bermula dalam diri anda, bermula di minda anda sendiri. Sekarang laksanakan bayangan di minda anda, bermula dari turutan 3-2-1(soalan cepu mas tadi tu). Make up your own movies using your brain. Tuhan tak ciptakan otak sekadar untuk mengira atau mengenal, tuhan ciptakan otak sebagai senjata manusia. Imaginasi ini akan mengubah hidup anda. Anda pernah gagal, dan anda akan bangkit semula! Jangan pedulikan tomahan dan kata-kata orang. Pedulikan. Jikalau ulangi SPM jalan terbaik, jangan segan silu. Aku ada kawan yang repeat SPM, semata-mata ingin mengejar impiannya. Jangan kuburkan impian anda, bangkit, bangkit, bangkit. Berubah sekarang sebelum terlambat. Allah tidak akan membantu hambaNya, melainkan hamaNya sendiri yang ingin berubah. Tuhan beri kau kegagalan, sebagai bukti bahawa Dia masih cintai dikau. Orang lain takut akan kegagalan, tetapi kau bermula dari kegagalan. Thomas Edison, saintis agung yang mencipta bulb lampu yang pertama dan memegang hak cipta 1,092 patents yang lain, dalam usahanya merekacipta bulb lampu tersebut telah gagal beratus/beribu kali. Tetapi beliau berkata, bahawa setiap cubaan itu bukan kegagalan, tetapi pencapaian. Dengan cara ini beliau tahu bahawa bulb lampu tidak boleh dicipta menggunakan teori-teori tersebut. Maka secara tidak langsung, dia telah menyelamatkan saintis-saintis seluruh dunia dari mengulangi teori-teori yang sudah diketahui tidak membuahkan hasil.

Bidang apa hendak dipilih?
Soalan ini sudah tentu lebih sukar dari soalan SPM kan. Kecuali bagi mereka yang sudah merangka masa depan mereka awal-awal lagi. Tak mengapa, masa masih ada, jangan terlalu ghairah mengejar peluang belajar hingga tersilap langkah.
Sebenarnya, soalan ini sangat penting, di sini bermula titik tolak dalam kehidupan anda insyallah. Bidang yang ingin kita ceburi perlu dipilih dengan penuh teliti dan berhati-hati. Ramai antara kita yang menyangka, menjadi anak soleh, taat kepada ibu bapa ialah apabila mereka taat akan kehendak ibu bapa mereka dalam pilihan bidang yang bakal diceburi. Minta maaf, pendapat aku bercanggah.
Bagi aku, menjadi anak soleh, tidak semstinya meneruti seratus peratus kehendak ibu bapa. Perkara yang baik wajib ditaati. tetapi sekirannya melibatkan masa depan anda. Anda yang berhak memilih. Diri anda tahu bidang apa yang sesuai dengan jiwa dan sanubari anda. Aku bercakap secara am. Ada ibu bapa yang hebat dan bijaksana, memabantu anak-anak memilih bidang dengan tepat. Alhamdulillah, jikalau ibu bapa anda dari golongan tersebut, silakan, mereka mengenali anak mereka, dan mereka tahu apa yang terbaik. Tetapi ibu bapa tipikal di Malaysia ini mahukan anaknya menceburi bidang yang menawarkan kerja yang lumayan. Itu sahaja. Kebanykan menghendaki anak menjadi doktor atau jurutera. Tetapi jikalau diri anda bukan diri doktor atau jurutera, berbincanglah dengan kedua ibu bapa anda. Luahkan hasrat hati, mungkin anda berminat dengan fesyen, mungkin juga muzik, mungkin juga artkitek, mungkin juga Pilot dan lain lain.
Bayangkan, jikalau anda berhasrat untuk menggembirakan ibu bapa anda dengan pilihan orangtua mu, di pertengahan jalan anda sedari bahawa bidang itu tidak berpadanan dengan jiwa anda, anda gagal, jatuh dan bangkit, terasa sudah putus asa, dan akhirnya menjadi drop out. Adakah itu akan menggembirakan ibu bapa anda?
Jawapan kepada soalan ini sebenarnya sudah ada dalam jiwa masing-masing. Jawab soalan-soalan berikut untuk mengenali bidang yang sebenarnya sudah sebati dengan diri anda.
1) Sekiranya, anda hanya mempunyai seminggu untuk hidup, apa yang hendak anda lakukan, dan apa yang anda jangka anda telah lakukan agar anda pergi dalam keadaan sejahtera?
2) Apa yang anda lakukan untuk mencapai cita cita tersebut?( berdasarjan jawapan kepada soalan 1)
3) Apakah kelebihan anda?/ Perkara apakah yang anda mampu lakukan dengan hebat?( Anda mungkin boleh tanya saudara atau rakan terdekat anda)
4) Bagaimanakah anda mahukan masyarakat mengingati anda selepas pemergianmu?

Ok, mungkin ada yang pening-pening lalat di sini. Untuk memudahkan cara, aku bagi jawapan-jawapan AKU bagi soalan-soalan di atas.
1) Sekiranya aku mempunyai hanya satu minggu untuk terus hidup, aku ingin duduk hanya di dua tempat ini, rumah dan masjid. Menghabiskan bait-bait Al-Quran yang masih belum aku katam dan fahamkan. Bersama ahli keluarga dan mewasiatkan harta peninggalanku sebagai amal jariah. Dan aku berharap, aku sudah berjihad di jalan Islam dari segi teknologi, ekonomi dan ilmu. Aku berharap, aku sudah punya empire sendiri, sudah mempunyai reka bentuk kapal terbang sendiri.
2) Aku akan melanjutkan pelajaran ke Universiti pilihan. Bekerja sambil menuntut ilmu. Membentuk empire sendiri. Merekacipta teknologi penerbangan, terutamanya untuk menghapuskan kebergantungan kita kepada kuasa kapitalis.
3) Aku yakin dan sentiasa tahu apa yang aku lakukan.
4) Aku ingin dijadikan role model kepada anak muda untuk terus berjihad mengembangkan teknologi penerbangan dan lain-lain.

Insyallah, jika anda buatnya dengan teliti, anda akan tahu jurusan/bidang apa yang sebati dengan diri anda.

to be continued.......

1 ulasan:

liyana berkata...

nak kongsi sikit..dulu ada kawan hampir2 gagal SPM..nsib baik BM A2 (mase tu msih lagi guna sistem A1,A2....) math gagal,bi gagal...tp dia x rebah mcm tu je..dia smbung belajar di IKM..ada 1 kos tu perlu lulus BM je..dia xde la perform sgt mse kat IKM tu tp rezeki dia, dia dpt keje dgn syarikat kapal yg byr dia rm10++ sebulan... :-)