Jumaat, 29 April 2011

Kuantan 2011

Alhamdulillah, lawatan kedua usai. Kuantan destinasinya, melawat Base TUDM Kuantan, sebab dekat sini diletakkan Mig-29N, jet pejuang buatan Russia 1995. Fehh, lama betul. haha.
Kitaoorg pergi hari ahad, bertolak petang, sampai dah nak malam. Sebelum tu hari sabtu, kitorg pergi planetrium, sambutan 50tahun penerbangan Yuri Gagarin ke angkasa. Biasa je malam tu, cuma filem sebelum kitaorg beransur pulang sangat cool.
Bertolak dalam jam 2-3, sampai dalam jam 7. penat sangat. Malam terus buat BBQ. Suka-suka. haha, makan, siapa x suka. meh tabur-taburkan gambar, dah tabur, korang tengok la :D

_DSC0281

comb 1

_DSC0254

_DSC0207

_DSC0267


Habis BBQ, masing-masing buat hal sendiri. Ramai yang pergi pantai. Tapi agaknya aku ni skema+nerd sgt, aku terus tidur. hehe, Zamri kan, mesti tidur awal, "katanyaaa". haha. Esok, jam 7.00 pagi semua dah siap sedia. Lawatan rasmi bermula dengan taklimat dan pengenalan. Kemudian, kami pergi pusat simulasi, ada yang dapat merasa. hehe. Teknologi yang agak mengagumkan, tetapi bagi mereka, ianya hanyalah teknologi 70-an, kuno! Tapi malangnya bilik simulasi merupakan bilik larangan mengambil gambar. Atas dasar keselamatan katanya. Tapi tak apa, melambak lagi gambar ada :D

_DSC0716

_DSC0637

_DSC0631

_DSC0647

_DSC0668

_DSC0675

_DSC0690

_DSC0663

_DSC0702

_DSC0694

_DSC0909

_DSC0908

_DSC0927

Macam yang anda telah lihat, bukan setakat simulasi, kami merasa sendiri jet tersebut dengan jari jemari. Tak tahula kalau ada yang rasa dengan lidah jet ni. haha, ada yang dapat masuk cockpit, ada yang dapat masuk lubang engine, hehe. Setiap bahagian diberi kebenaran untuk dipegang disentuh. Kemudian, lawatan terus ke hangar, tempat pembaikan jet-jet ini. Sangat cool!

Hari ini memang hari yang best. Excited aku :D, haha. Mana tahu ada rezeki, next time aku berada dalam cockpit bukan tatkala jet ni statik, tapi atas udara. amin :)

2 ulasan:

Iwa berkata...

memang byk gambar.. menarik utk tatapan umum.. hehehe...

FZEE berkata...

Aku ada dekat dekat situ je 29 April Zam! Siap lalu lagi TUDM tu.