Ahad, 29 Jun 2008
Young Aviator Camp '08'
Berbalik pd cerita camp td..
aku merupakan salah budak kump 2. or what we call as BELUGA REPUBLIC
also as penghulu..bodoe gile..x buat keje ponn ahah..
faez.daniel.fakhira.nazifa.nik.sally.fauzei.firdaus.ABG AD.ABG WAK(biase panggil alang)
nama2 di atas,SAYA RINDU KAMO OHH..
serius aku rase kosong gile.aku x tau lah..rase kosong..ahah
btw.
knape ntah aku rase smgt gile nk belajar..nk skor 10a1.
nk tebus kesalahan mid year aku.
arghhh!!
insyallah.aku tebus :)
Ape ade kat camp td???
Nak tgk gmbr??thousands of them waiting for u..seriouss!!
mcm2..tp aku x lrt la nk tulis skrg..harap2 bersabar.insyallah akn ku update..plg lmbt pon minggu depan.insyallah.
k r,assalamuaikum
Selasa, 24 Jun 2008
Sekitar Hari Mengundi
Jumaat, 20 Jun 2008
Selamat Berjuang TURKEY
Pasukan pilihan aku tahun ini Turki dan semestinya Belanda..
kejutan demi kejutan turki tunjukkan pada dunia..tidak lupa juga kemenangan yang dicapai oleh belanda yang sangat menggemparkan seluruh glob bumi..
Semalam turki mng dan bakal bertemu germany dlm kancah semi-final..selamat berjuang!!
begitu juga belanda yang bakal menentang rusia bg menempah tiket ke separuh akhir..
FORCA TURKEY n HOLLAND
Terubat hati..
Isnin, 16 Jun 2008
More about my canpaign!
Yang berusaha, Datin Suriani bt. Supardi , pengetua SMKS 19 , Pn Marina Kasuma , Penolong Kanan 1 , En. Kamali b Murid , Penolong Kanan HEM , Pn Mazni bt Shariff , Penolong Kanan Kokurikulum , Ketua2 bidang , guru-guru serta rakan2 seperjuangan sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Bersyukur kita ke hadrat ILLAHI , dengan nikmat dan kurnianya, dapat kita bertemu pada pagi yang mulia ini.Berdirinya saya di sini adalah bertujuan untuk memperkenalkan diri saya sebagai calon ketua pengawas sesi 2008/2009 .
Sebelum saya meneruskan ucapan saya pada hari ini dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu.Bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta.Nama penuh saya ialah Ahmad Zamri bin Ahmad Zahir.Dilahirkan pada 27 Oktober 1992 di Klinik Bersalin Sheila,Klang. Saya merupakan anak ke-4 dari 4 orang adik beradik.Idola saya ada bayak.Namun hanya seorang yang saya rasakan paling sesuai sebagai contoh sepanjang masa iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Menetap di Seksyen 19 semenjak lahir lagi. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19,Shah Alam. Saya sudah mula menjadi pengawas sejak darjah 3 iaitu ketika di sekolah tersebut. Saya juga pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Pengawas di SKS19 bagi sesi 2004. Banyak kenangan manis dan pahit yang telah saya tempuh di sekolah tersebut. Di sekolah tersebut juga saya pernah dianugerahkan selaku Tokoh Murid bagi sesi 2004. Dari segi akademik pula saya telah berjaya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Kemudian bermulalah pula alam persekolahan menengah saya di sekolah ini,Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19. Ketika itu tidak pernah terlintas di lubuk hati atau pemikiran saya untuk pergi ke asrama kerana bagi saya setiap sekolah adalah sama. Yang menentukan keputusan kita adalah diri sendiri. Saya mula menjadi pengawas di sekolah ini sejak dari tingkatan 1. Sepanjang perkhidmatan saya bersama lembaga pengawas, tidak pernah saya memegang apa2 jawatan penting. Namun bukan jawatan sasaran saya,bukan pangkat yang saya kejarkan.Saya menyertai lembaga pengawas kerana saya tahu melalui pengawas, saya boleh meningkatkan keyakinan diri saya, membaiki cara penyampaian saya dan lain-lain. Atas jasa bakti guru2 dan senior2 pengawas yang mendidik sayalah,saya berani untuk berdiri di hadapn rakan2 sekalian. Dari segi akademik pula, saya Berjaya mendapat 8A dlm PMR tahun lepas.Kini saya belajar di kelas 4 Perdana.Itulah serba sedikit mengnai diri saya.
Sebelum ini, saya ada bertanya pada Pn Herlina, apa yang sebnarnya saya perlu perkatakan. Dengan mudah dia kata bahawa saya hanya perlu mengenalkan diri, memberitahu pelajar visi dan misi saya untuk memimpin Lembaga Pengawas dan juga perubahan yang bakal saya lakukan dalam Lembaga Pengawas.Saya sebenarnya agak tersentap dengan pemilihan calon ini. Jauh dari sangkaan saya untuk dicalonkan sebagai KP.Bermalam-malam saya fikirkan apa sebenarnya yang saya akan buat jikalau saya diberi amanah memegang jawatan ini. Sebelum saya meneruskan dengan visi dan misi saya , ingin saya tegaskan bahawa setiap perkataan yang saya katakan pada hari ini akan saya tunaikan dengan semua keringat yg telah Allah berikan pada saya dan saya berharap tiada mana2 pihak meletakkan harapan tinggi untuk melihat sesuatu perubahan yang sangat drastik dalam Lembaga Pengawas.
Baiklah,kita sambung semula perbicaraan kita. Apakah visi dan misi saya dalam memimpin Lembaga Pengawas? Bagi yang telah mengenali saya mungkin ada yang dapat mengagak apakah visi dan misi tersebut.Misi saya adalah untuk melahirkan pengawas2 yang mudah didekati pelajar. Bukan pula yang ditakuti pelajar.Hal ini kerana masalah disiplin akan lebih mudah dibendung dan dicegah sekiranya setiap pelajar menganggap pengawas sebagi rakan karib mereka.Bukan pula orang yang mereka perlu takuti ataupun orang yang perlu mereka berhati-hati.Bagi saya, melahirkan pengawas yang setakat ditakuti pelajar tidak memberi kesan sebaliknya memburukkan keadaan apabila akan ada pelajar2 yang mula berasa tidak puas hati.Visi saya pula ringkas tetapi padat.Menjadikan Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 sebagai yang terbaik di seluruh daerah petaling menjelang 2009 iaitu sebelum saya menyerahkan jawatan saya. Bagaimana saya bakal melakukannya baik saya simpan sahaja dalam hati kerana mungkin saya kerana calon yang seorang lagi nampaknya mempunyai idea2 yang lebih bernas.
Bagaimana pula dengan polisi saya? Bagi saya perkara ini mudah dan saya harap semua dapat memahami dengan baik polisi saya. Sebelum itu saya perlu mengaku bahawa saya bukanlah jenis pengawas yang gemar mendenda atau mencari kesalahan seseorang.Sebaliknya kalau boleh saya ingin saja sorokkan kesalahan yang pernah kita sama2 lakukan agar kita kelihatan sempurna. Polisi saya ialah ‘MENJALANKAN TUGAS DENGAN AMANAH,TELUS DAN TEGAS DAN BUKANNYA KERAS.’Mungkin dari segi amanah dan telus rakan2 dapat mebezakannnya.Tetapi berapa ramai antara kita yg dapat membezakan antara tegas dan keras.Sebenarnya tegas ialah melakukan apa yang kita katakan. Sebagai contoh,apabila saya kata semua beratur di tapak perhimpunan,maka semua perlu beratur dan mereka yang ingkar akan didenda.Saya tidak akan memarahinya, sebaliknya terus mendenda kerana saya telah perkatakan benda tersebut. Namun apa yang saya lihat dari mata saya, kebanyakan pengawas lebih gemar memarah seseorang pelajar berbanding mengambil tindakan disiplin.Tiada gunanya kita perlu menengking-nengking para pelajar kerana mereka lambat atau sebagainya.Hal ini hanya akan membuatkan para pelajar berasa marah.Tetapi jikalau tindakan diambil dengan adil, sekurang-kurangnya rakan-rakan kita akan mendapat pengajaran. Kalau ada yang masih tak makan saman juga, kita akan berusaha mencari jalan lain.Tiada masalah yang tuhan cipta tiada jalan penyelesaiannya.
Dalam masa yang sama, saya akan turut berusaha untuk merubah lembaga pengawas sebagai lembaga yang harmoni tidak kira bangsa,kaum atau agama. Hal ini kerana saya sering melihat tiada perpaduan yang ditonjolkan oleh pengawas sendiri apatah lagi rakan2 yang lain. Kaum melayu bersama kaum nya semata2,kaum india juga begitu tidak kurang pula kaum cina. Saya sangat sedih dan bimbang akan perkara ini. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai hal ini kerana ada banyak lagi perkara lain yang ingin saya sampaikan. Namun perpaduan antara kaum sgt penting kerana perpaduan menjamin kesejahteraan semua warga sekolah dan juga rakyat Malaysia. Saya memetik kata2 rasulullah s.a.w yang bermaksud:bukan dari umat ku orang yang berjuang bermati-matian atas dasar asabiyah(bangsa).
Jikalau saya dipilih, saya akan memimpin lembaga pengawas berdasarkan ajaran agama.Hal ini kerana ramai antara kita ketika di usia remaja meletakkan agama sebagai perkara yang paling terakhir. Mungkin kita lupa bahawa agama merupaka Ad-Deen iaitu penunjuk ataupun `way of life.’ Pengawas sendiripun lupa akan tanggungjawab mereka terhadap agama. Mungkin ada yang tertanya2 apa kene mengena agama dengan cara pentadbiran? Pemikiran ini merupakan pemikiran yang telah diracuni oleh budaya barat. Agama sebagai contoh Islam mengajar seluruh perkara dalam kehidupan walaupun perkara yang kita anggap remeh. Mungkin ramai yang lupa bagaimana empayar Islam pernah menguasai 2/3 dunia satu ketika dahulu. Namun disebabkan oleh kelalaian mereka untuk menegakkan agama maka jatuhlah semua kekuatan yang telah mereka semarakkan selama beratus tahun. Insyallah jikalau saya dapat mengaplikasikan cara pentadbiran mengikut apa yang di ajar rasulullah, masalah disiplin di sekolah ini akan berkurang.
Saya rasa cukuplah sekadar ini dahulu. Saya pun memang x berniat nk ckp panjang.Tapi kalau dah terpanjang boleh buat ape.Sebelum saya mengundur diri, saya ingin bg nasihat sikit iaitu undilah dengan bijak. Undi anda semua memainkan peranan penting yang agak besar dalam masa setahun ini.Jangan undi sebab kawan2. Undilah dgn ikhlas. Jikalau ada tersalah kata maafkan lah saya. Segala yang baik datangnye dari Allah dan segal yg tidak baik datang dari kesilapan dan kelemahan saya sebagai hamba semata2. Sekian wassalam.
So,how is it?
Ahad, 15 Jun 2008
Kempen?Perlukerr?
Jumaat, 13 Jun 2008
Agenda2
antaranya
1.Dapat result mid year
sangat tidak memberangsangkan..dapat result mcm org belaja rajee..sedyh gle..tp aku
pasrah..nih semua ketentuan ALLAH yg lebih mengetahui setiap hambanya.
2.Kene siapkan segala2 pasal F1 in SCHOOL
everything must be done before the end of this month..sebenarnya kami seolah2 baru nk
strt..design keter je da ade..yg lain2..entah laa..cummon guyss..dont lose hope right now.plss
3.Sesi fotografi minggu depan
sesi fotografi kelas minggu hdpn dan sebenarnye aku malas sgtt.
4.Pilihan Raya Sekolah
Bende alah nih pon minggu depan..aku kene prepare sbb im one of the candidates..dan smpi
skrg aku x tahu nk ckp ape lg..
5.AJK pengawas berubah
habis pilihan raya,semua AJK akan diubah memberi laluan kpd murid form 4..arghh..byk gile
keje
belive me..its not done yet..
6.Camping Aviation Club
kene handle campin lg..surta lom hantar lg..camp 27 jun nih..aduhh
i hv a lot of things to talk about..but not in mood..bengang sgt..
isk
but 1 thing that i enjoy so much!!
PHOTGRAPHY!!
Sabtu, 7 Jun 2008
Deeper Conservation
ENJOY!
Deeper Conversation
Music/lyrics by Yuna
Is your favourite colour blue?
And do you always tell the truth?
Do you believe in outer space?
I'm learning you
Is your skin as tan as mine?
Does your hair flow side ways?
Did someone take a portion of your heart?
Now I'm learning you
And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me....
I've let my guard down for you
And in time you will too
And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me....
And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me....
Deeper conversation with me ( x3 )
Deeper conversation....
Does your name rhyme with mine?
hear it at my profile:http://www.myspace.com/zam_924
or go strght to the singer profile:http:www.myspace.com/yunaroomrecords
Jumaat, 6 Jun 2008
Apa sudah jadi..
jikalau skrg isu harga minyak..semalam isu perkauman..tahun lepas isu pilihan raya..dekad lepas isu pembangunan dan kejatuhan ekonomi..
Sedarkah kita..bahawa setiap dari kita sebenarnya lupa bahawa semua persoalan dapat dijwb dgn satu penyelesaian..iaitu AGAMA.
Jarang2 kita dpt mendengar rakyat berbicara mengenai hal kejatuhan islam..adakah kita lupa bahawa setiap masalah yg berlaku hari ini adalah kesan dr lekanya kita sbg hamba kepada Allah?
Bagaimana harga minyak tidak naik jikalau semua manusia rakus mengejar kemewahan semata2..hal ini nyata sekali bertentangan dgn ajaran islam yg mengajar kita agar hidup beserdahana..Jikalau kita lihat di negara Islam yang betul2 mengamalkan islam..tiada masalh besar atau kronik yg diahadapi mereka melainkan masalah menghapuskan rejim zionis dr negara saudara2 mereka..Di Saudi Arabia contohnya..mmg la harge minyak mereka rendah sebab mereka pengeluar..ok..fine(malaysia bukan pengeluar minyak ke?dah la minyak mesia minyak yg mahal..eg:VPOWER)..kita jgn lihat ituu..di KSA..harge beras rase2 korg brape??
Harga beras dorg setengah harga beras di malaysia..x ke pelik 2?sebab ape..tiada pegangan islam dalam kepimpinan kita pd hari ini..
Yang ada hanya lah ketuanan melayu semata2..adakah kita lupa..bagaimana pernah berlaku suatu kekacaun di malaysia kerana melayu sibuk mempertahankan kemelayuan dan cina sebuk mempertahankan kecinaan..Rasulullah pernah cakap:BUKAN DARI UMAT AKU ORANG YG BERJUANG BERMATI2AN KERANA SIFAT NASIONALIS,DAN KEBANGSAAN..
Nampak nye..rmi lah kita pd hari bukan umat nabi..Astaghfirullahalazim..Mungkin kita lupa..bagaimana banyak kerajaan Islam dahulu kala seperti Kerajaan Umayah dan Abasiyah jatuh kerana leka akan kehendak ISlam..mereka sudah lalai dgn tanggungjwb masing2...mereka memegang jwtn krn inginkan kemewahan..padahal dia awal kemuncak peradaban islam..kerajaan2 ini lah yg telah menguasai 2/3 dunia..dan mereka jugalah yg membentuk peradaban yg diguna pki hingga hari ini..tp disebabkan sedikit kelalaian,semua kejayaan dan penghormatan hilang sekelip mata..
Apabila saya singgah sebentar di blog2 bekas pemimpin malaysia dan juga bekas pemimpin selangor..saya berasa bertambah sedih..mereka masih berselindung dgn drama2 masing2..masih sibuk mengejar keduniaan di kala usia senja..malahan memfitnah kepimpinan negeri kita pd hari ini..tindakan ini samalah seperti tindakan org2 munafik di zmn rasulullah s.a.w.
Di tambah pula kekejaman yg dilakukan pemimpin2..ditgkp org2 yg tiada bersalah..dicmpk ke dlm satu pusat penyiksaan yg terletak di kem kamunting.Itulah ISA.sehingga kini ada yg sudah masuk sehingga 8 thn tetapi tidak pernah dibawa naik ke mahkamah..tiada perbicaraan..bygkan kalau ayah kita yg masuk sane..apakah perasaan anda?di kala ayah kita berjuang mempertahankan kebenaran..di kala berjuang atas nama islam..ayah kita dikeji,dicemuh dan dicampak pulak kedlm JAIL...yg plg sedih..org yg melakukan bende tuh ialah org islam sendiri..
Ada undang2 baru..bloggers2 yg berani lebyh2 memberitahu hal sebenar akan juga dicmpk dlm ISA..hey what the ***k(korg tau kan 4 huruf nih)die igt die sapee..ske ati orglaa nk tulis apa dlm blog nih..kalau dorg betul..perlukah smpi masuk jail??ayah pin yg sesat tuh x masuk2 jail ponn..kalau dorg betull..bagi bukti..x payah la smpi nk masuk bloggers dlm jail..
ituh saje la setakat nih..sebab aku tgh betul2 marah nih..nanti terlepas perkara sensitif..ehehe
sekian,
yg benar dr allah..yg salah sememangnye kelemahan sya..
assalmualikum
Rabu, 4 Jun 2008
Wishlist
so..saje2 je nk bgtau dunia..ahah..wishlist akuu
Isnin, 2 Jun 2008
KL KL KL (kisah minggu lalu)
ahaha..hari jumaat..30 jun 08..pukul 11..kakak aku call umah
kakak:mad!bile nk g beli kamera aku 2
amad:bile2 je r..kakak nk g bile?
kakak..hari ni leyh?
amad boleh ajee..
dlm perjalanan agak2 nk smpi kl sentral..anak2 makcik 2 bace la surah fatihah..
kuat kuat lak..BISMILLA!!ALHAMDULILAH!...
habis fatihah dorg bace lak surah2 lazim..lwk la..bace2 smpi kl sentral..
DI KL SENTRAL
smpi2..kakak kate naik teksi je..owhh..lg senang..trus la kite pon naik teksi..
smpi pudu plaza..kiteorg nk turn kann..pemandu teksi die x nk turunkan kat bas station..x per r aku faham..dah la hari hujan lebatt..aku pon kuar lari2..sebab nk cepat tutup pintu teksi pon cepatt...agak kuat la..lari2..tiba2 pkcik teksi 2 jerit2
waktu hujan aku x dgr
teksi:(ape tah die bising2)
aku:sori pakcik!!!
smpi pudu plaza..dalam hati aku..eyh yg nih ke kedai 2..tp kat mane??aduhh nmpk teruk je pudu plaza nihh..x per..jalan2..ame gak dekat 15 minit br jumpe kedai 2..kedai 2 mmg cantek la..kemas ajee..
waktu smpi kedai 2 aku dgr satu geng remaja nih..weyh2..tgk 2 d80 2nd maa..weyh2 cepat r.
aku ckp ngn kakak aku..kak lg baik cepat..trus masuk kedai terus tanye psl d80..terus dpt..ahah
fikir2..kakak aku jd beli..+kit lens..ade r dlm 2k..murah la nk dibanding dgn baru nyee..
yg aku plg ske ialah aku cepat dr budak2 td 2 dlm 30 saat jee..kalu x..melepas la sudaahhh..sebab lepas aku masuk brother 2 pon msuk tanye pasal d8o..ahaha
nih aku ltak gmbr kamera 2: