Isnin, 2 Mac 2009

Allah hanya untuk ISLAM?

assalamualikum



dimanakah kebenaran kenyataan di atas?
ALLAH hanya untuk orang Islam?

Tersentap jiwa sanubari saya apabila mendengar seorang menteri kabinet Malaysia yang beragama Islam serta berbangsa melayu mengucapkan kata2 tersebut. Malah, dengan terbuka mengatakan ulama yang paling ulung di nusantara salah mengenai perkataan ALLAH.

Menurut kata menteri tersebut, kerajaan telah buat kajian terhadap nama ALLAH dalam kamus dan ensiklopedia. APA? Dia ingat nama ALLAH ni macam perkataan atau frasa2 lain ke? Kenapa x bukak kitab2 agama dan yang paling penting, kenapa kita tidak merujuk semula KAMUS KEHIDUPAN AL QURAN AL KARIM?

Aku bukanlah ustaz apatah lagi orang yang pandai dalam isu2 agama. Tapi ingin aku kongsikan sedikit ilmu aku yang terlalu kecil ini. Sekiranya ada salah silap TOLONG TUNJUKKAN. BETULKAN!

Allah merupakan tuhan kepada seluruh alam cakarewala, tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Allah merupakan tuhan kepada seluruh manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Yang membezakan orang Islam dan org kafir ialah mereka tidak mengesakan Allah atau menyekutukan Allah. Namun, pada hakikatnya, Allah tetap tuhan mereka. Allah tuhan kita semua.

Sebagai contoh, nama Allah iaitu Ya Rahman yang membawa erti maha pemurah menunjukkan Allah maha pemurah kepada semua hambanya tidak mengira agama dan bangsa. Maka, hal ini sudah cukup membuktikan bahawa Allah juga merupakan tuhan kepada orang2 kafir.

Maka, apabila dikatakan Allah bukan tuhan untuk orang Islam, seolah-olah kita mengiktiraf tuhan2 yang lain setaraf dengan Allah. Kita mengatakan tuhan agama buddha dan hindu adalah tuhan bagi pengikutnya. Sedangkan Allah adalah tuhan kepada semua umat manusia.

Maka terdetik dalam hati saya, adakah kita selaku umat Islam tidak mengiktiraf kekuasaan Allah. Kita sendiri yang telah mengatakan kuasa Allah hanya terhad terhadap umat Islam. Hal ini sangat menakutkan. Sekiranya seorang pemimpin sudah sesat! apatah lagi rakyat2 yang lain?Bagaimana kita ingin mewujudkan negara Islam yang sejati?

Oleh itu, wahai sahabat2, saudara2ku, marilah kita muhasabah diri. Di mana kah tahap ilmu kita?Sejauh mana kita kenal akan tuhan kita?Bagaimana kita ingin berkasih dgn Allah sekiranya Allah pun tidak kita kenali?

Marilah kita doakan bersama, agar pucuk pimpinan kita segera bertaubat dan diberi petunjuk hidayah oleh ALLAH TUHAN SELURUH AGAMA DAN ALAM. aminn

sekian, nukilan hamba yang jahil lagi tidak mengerti. SILA BETULKAN SAYA!

assalamualikum

6 ulasan:

Unknown berkata...

ada jugak org lain perasan. im not alone.

fezaL Mohd berkata...

yeahhh sokong dengan statement ko tuh.

menteri tuh patot pk sebelum
bercakap.

buat rujuk melalui internet sepatotnya menteri tuh
mendapat

pandangan dari ahli ulama.
baru buat statement ini tk pk.

contoh menteri besar kelate
tok guru pon beri statement sama dlm post ko nih.

sepatotnya melahirkan menteri yang mempunyai akhlak agama yang tinggi.

Tanpa Nama berkata...

erk , setuju :)

daichi berkata...

aha! wlaupun aku bukan la org bragme Islam, tapi btol gak when u wrote Allah tuhan kite sume. perhaps yg brbeza pd mate govt tu,how we define our God.

As for Catholics, we pown leh use the term Allah for our God.

cmne nk ckp ek..personally, i feel that there's only one God who created all living things.

then again, soalan nie muncul dlm diri i. are we worshipping the same God, only in different languages and perhaps understanding?

. berkata...

funny bila kita nampak orang2 kita ni melatah tak tentu hala ;)

100% with u brotha!

Elwyn berkata...

If using Allah is prohibited, then how shall anyone else other than the Muslims make reference to ? Just something I have been wondering for awhile.