Ahad, 15 Mac 2009

Habis Terang Munculah Gelap

assalamualikum, :D

mungkin kebanyakan pelajarf tingkatan 5 akan membuat andaian awal:
'eyh, mcm kenal jee tajuk ni.. bukan novel RADENG ADJENG KARTINI ke?'

ahaha
, tapi kan lain sedikit, POSISI gelap dan terang telah diubah! Sekali gus membawa erti yang sangat berbeza.

Hari ke hari, serba serbi perkara semakin x betul. Bukan takat di rumah, tapi di sekolah, dalam alam maya dan juga dalam HATI.

Semakin lama semakin tertekan.
Semakin lama semakin x sihat.
Semakin lama semakin tinggi tekanan darah.

Ujian Setara 1 baru sahaja berakhir! Aku x berniat nak komen apa2. Cuma, mungkin bagi orang lain, tekanan sementara telah belalu!
BUKAN BAGI AKU!
Habis ujian aku rasa lebih tertekan. Dimarah hari-hari, baik kat rumah dan sekolah.

Penat. Penat. Penat

Buka je sekolah, PERKHEMAHAN PENGAWAS 2009 FASA 1(PP09) berlangsung. Kami AJK pelaksana sudah bertungkus lumus, tapi, siapalah kami tanpa cikgu kan. Walaupun usaha sampai mati punn, kalau cikgu kurg memberi sokongan, hancur punah lah usaha kami.
Tahun 2009 ternyata jauh lebih mencabar dari tahun 2008. Buka je sekolah awal tahun, macam2 perubahan KAMI kena hadapi. Pengawas nampak gaya semakin lemah. Terlalu mudah diperlekeh dan diperanakkan. Dengan bertukarnya MARKAS dan PEMIMPIN atau lebih suka aku gelar IBU kami, semakin sukar perjuangan kami.
Kami peroleh 2 IBU baru utk menggantikan seorg IBU yang telah beralih peranan. Namun begitu, apa ertinya kuantiti tanpa kualiti. Ternyata IBU yang dahulunya bertungkus-lumus berseorangan jauh lebih rapat dan mesra dengan kami. Dialah yang banyak menggerakkan LPS tatkala kami masih merangkak dan bertateh memimpin LPS. Tapi, IBU yang telah ditukar seiring dengan hari yang berganti seolah-olah terlampau sibuk untuk mengendahkan hal pengawas.
Kami AJK hampir tiap2 hari pulang lewat kerana jadual kelas yang padat. Aku sendiri tidak punyai masa hendak bertemu pengawas. Namun IBU baru ini seolah-olah mebutakan matanya dari melihat kesusahan kami. Tidak pernah ingin bertanya khabar. Malahan kami yang perlu mengejarnya setiap kali ingin melakukan aktiviti.

Bagaimana lagi aku hendak memberi komitmen? Aku dah berhabis-habisan menyediakan LPS untuk generasi seterusnya. Terima kasih kepada rakan2 yang memahami dan sering menghulurkan tangan membantu aku keluar dari kegelapan. Tapi cikgu ternyata tidak membantu.
Mungkin ada orang kata : "Gila ke mamat ni? Cakap dekat blog ni? Nanti ada org bg cegu kan!"

Aku x kisah, malahan memang itupun matlamat aku. Tidak terdaya hendak meluahkannya dengan lidah. Maka jari yang bertungkus-lumus menekan setiap huruf yang terpapar di papan kekunci inilah medium penyampaian yg plg sesuai.

OK sekian luahan kali ini, eyh..ada satu lg..

DULU, aku igt org tag aku psl WORKSTATION..ahah
nih aku post gmbr2 nyee



3 ulasan:

EykaHamasuba berkata...

go go LPS boleh!! :DD

hahahaha igtkan da lupe psl workstation tu.

ternyate ko blum tua sgt zam kerane igtan ko masih kuat!

heuhuehuee :P

lisa berkata...

hurmmm...
sabarlah zam..
ape yg kau rasa nie kitaorng pun rasa..
kita buat jer lah ape yg terdaya..
hati nie mesti ikhlas k walaupun tiada mata yg memandang..
cyaiyok2 untuk LPS...

Tengku Hannan berkata...

sekurang-kurang nyer IBU LPS ko yang lama tu tak tukar skolah....
klau apa2 hal pun dier leh tgk2 kan korang....
aku nie ha! IBU PBSM bertukar! pergh! pedih giler.....dah la dia tu 'kosong'....aku nak bwat tu, aku nak bwt nie, semua tak leh..sikit2 si mazni..ikut sgt telunjuk pendek tu....
klau berterusan mcm nie, PBSM mmg mcm pandu puteri, puteri islam dan pengakap....
aku harap pegawai BSMM selangor dtg kasi ketuk itu pendek....



p/s: apa! cikgu2 baca? pegi la mati....aku dah penat jadi baik, aku dah penat hormat cikgu2 yg tak reti nak hormat pelajar...aku dah penat senyum depan ckgu2 tu....