alhamdulillah, selepas hampir dua tahun aku dalam arena menembak(fotografi), aku berjaya mengANGKAT sebuah lens baru, yang merupakan lens pertama aku selain kitlens, yang tetap menjadi main lens buat masa ini. Memang setiap sen dan setiap titisan peluh untuk membeli lens ini berbaloi-baloi. Boleh sahaja tengok gambar-gambranya:D
hehe, the legendary Nikkor 50mm f/1.8 and the cheapest lens..haha
cheap but POWERFUL!
the Bokeh drives me crazy!
taken at f/2.0, love the DOF! Ahmad Imran dengan skill matanya!haha
PEEK-A-BOO!
It is very hard to photograph a toddler, everything here are spontaneous, this boy is very active!
Hari ini, 13 Disember 2009, tepat 5 hari aku tamatkan zaman persekolahan dan tepat 2 minggu yang bakal mendatang akan berlangsungnya perkahwinan anak sulung Cikgu Rushaimi (cikgu kimia). Kami, pelajar2 kelas sains tulen dan sains perakaunan tingkatan 5 batch 09 sungguh bertuah sebab dapat bersama membantu ketika perkahwinan itu berlangsung. Haha:D.
Tadi, lebih kurang jam 3.00 petang, cikgu Rushaimi buat taklimat ringkas di rumahnya. Hehe, ramai juga pelajar-pelajar cikgu yang datang. Aku bawa juga kamera aku, amik gambar sikit-sikit sahaja. Rasanya kalau aku letak gambar-gambar je lagi best kot, hehe. layan je lah!
Cikgu Rushaimi yang pakai baju Pink tu.
Explaining our works during the 'BIG DAY'
Peta Dewan Bankuet Shah Alam, tempat berlangungnya 'perkahwinan anak Cikgu
The Caterer!
The Students @ PENANGGAH!
The information and the shirts:D
a young-hearted teacher talking with her 'ex'-students
p/s: all the pics above were taken with Nikon D60 with kitlens and edited with Picnik. My Computer still not ok:( so, there is no photoshop:((
Alhamdulillah, setelah 11 tahun berhempas pulah mentelaah segala jenis pelajaran di sekolah rendah dan menengah, aku kini sudah menamatkan sesi persekolahan aku. Mungkin bagi sebahagian daripada kita merasakan sekolah bagai neraka mahupun membosankan, tapi jauh sekali aku. Sekolah merupakan tempat yang sangat menarik. Ada kawan untuk bersembang-sembang, bergelak ketawa, sakat menyakat, belajar bersusah payah untuk mencapai sebutir kejayaan, belajar mematangkan diri, dan mengerti perasaan dan kerenah berbagai jenis manusia.
SEDIH! Kalau aku ditanyakan, "berikan satu perkataan menggambarkan perasaan anda ketika tamat persekolahn", tiada yang lain, sekali lagi aku ulang, SEDIH! Sekolah sentiasa menarik dari sudut pandangan aku, jarang-jarang aku berasa bosan ketika di sekolah. Walaubagaimana susahpun soalan-soalan Matematik Tambahan dan Kimia yang diberi, aku tetap berasa kesusahan pelajaran2 inilah yang membuatkan sekolah semakin menarik dan terus menarik. Aku sentiasa menanamkan dalam diri ini dengan semangat INKUIRI, semangat ingin tahu dan belajar serta berusaha merungkai persoalan-persoalan yang bermain dalam kotak minda. Sememangnya sejak dari keci, pelajaran kegemaran aku ialah pelajaran yang susah-susah dan pelajaran yang aku agak sukar untuk mendapat keputusan yang baik. Kebiasaanya, semakin susah sesuatu pelajarn itu, lagilah aku bersemangat untuk belajar. Setiap markah yang hampir-hampir menjadi warna merha ketika ujian dan peperiksaan sentiasa memberi aku semangat dan dorongan untuk berusaha belajar dengan lebih keras dan mempertingkatkan lagi latih tubi. Mungkin aku punyai sifat egoisma yang tinggi, tapi rasanya tidak salah sekiranya kalau kita menggunakan sifat ego itu ke arah jalan yang benar, ataupun, "Siratul Mustaqim"
Aku jarang-jarang terdorong untuk belajar semata-mata untuk peperiksaan, malah aku cukup takut kalau apa yang telah aku pelajari hari ini, akan lenyap dalam masa beberapa tahun. Terutamanya pelajaran-pelajaran seperti Sejarah dan Pendidikan Islam yang mungkin tidak akan dilihat lagi tatkala melangkah ke alam IPT. Sejarah, mata pelajaran kegemaran aku sejak tingkatan 1. Mengetahui bagaimana Tanah Melayu terbentuk, dijajah, dan merdeka merupakan sebuah perjalanan yang sangat menarik. Apatah lagi, apabila kita mengkaji dengan lebih dalam, kita akan tahu lebih dari apa yang terkandung dalam buku teks kita. Melangkah ke alam Menengah Tinggi lebih menarik apabila sejarah yang dikaji bersifat lebih universal, meliputi pelbagai tamadun di muka bumi ini. Dari hari ke hari, pelajarannya semakin menarik. Masuk tingkatan lima, aku memperolehi seorang guru sejarah yang betul-betul bijak dan hebat dalam pengajarannya. Guru yang membuat aku melekat teru dengan sejarah. Walaupun markah aku tidak sehebat pelajar-pelajar top kat sekolah, tapi aku berasa puas dapat belajar perkara-perkara yang sebelum ini aku tidak tahu.Alam menengah tinggi juga bertambah menarik apabila pelajaran Sains diajar dengan lebih mendalam. Tiada syak lagi, sememangnya aku cukup suka, sayang, cinta FIZIK.haha. Kimia juga menarik, tapi disebabkan aku banyak bermain ketika Tingkatan 4, maka kimia aku sangatlah mengecewakan.haha.
Namun begitu, sekolah juga merupakan institusi sosial yang terbaik aku pernah sertai. Aku belajar pelbagai perkara, dari mengurus fail-fail hinggalah menjadi ketua. Semuanya merupakan pengajaran yang tiada nilainya dan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain. Aktif dalam kokurikulum tidak pernah mengecewakan, (walaupun tetap kena pergi PLKN), aku memperoleh 1001 rahsia yang mungkin rakan-rakan yang kurang aktif tidak tahu. Mentadbir sesebuah organisasi baik kecil mahupun besar bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi apabila anda merupakan pioneer ataupun menubuhkan kelab yang rasanya tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga di Malaysia ini. Bukan tujuan aku ingin berbangga-bangga, kerana tiada apa kejayaan yang aku mampu peroleh, cuma aku hanya ingin berkongsi kenangan-kenangan di zaman persekolahan. THE AVIATION CLUB. Sebuah kelab yang ditubuhkan pada dasarnya untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMKS19, mengenai dunia penerbangan yang sebenranya. Bukan setakat juruterbang dan pramugari, malah meliputi segala bidang yang terdapat dalam dunia ini. Jujur aku terhutang budi kepada beberapa Pensyarah2 UniKL MIAT, yang tidak mengenal erti penat lelah, datang dari Dengkil, ke Shah Alam hampir setiap kali perjumpaan, untuk membantu kami mengenal dunia penerbangan dengan lebih mendalam. Usaha mereka telah banyak membantu kami menjalankan pelbagai aktiviti, malahan kelab ini merupakan antara kelab yang paling aktif di SMKS19, dengan pelbagai aktiviti dan sering melakukan perjumpaan. Pengalaman membangunkan sebuah Kelab ini sangat banyak membantu. Dari tidak tahu hendak menulis surat2 rasmi, sudah mengerti, dari tidak mengenal apa itu kertas kerja, aku bersama rakan-rakan berjaya menyiapkan kertas kerja. Terlalu banyak pengalaman yang aku sudah perolehi. Sudah tentu walaupun aku sudah tamat persekolahan, aku akan terus menerus menghulurkan keringat dan bantuan semampu yang boleh, agar kelab ini tidak kecundang dan semakin kuat dari hari ke hari, insyallah.
Pengalaman menjadi Ketua Pengawas juga sangatlah bernilai. Mempunyai rakan-rakan yang sentiasa supportive banyak membantu aku meredah segala arus dalam memimpin Lembaga Pengawas Sekolah. Melalui pengawas juga, terbina satu hubungan erat dan silaturrahim yang sangat kukuh antara kami semua, ahli pengawas. Terutamanya AJK2 pengawas. Pengalaman mengendalikan pelbagai program di sekolah telah banyak mendewasakan kami. Satu persatu masalah kami cuba selesaikan bersama dalam sebuah pasukan ataupun keluarga. Menjadi pengawas tidak pernah merugikan, malahan sentiasa bermanfaat. Seronok pon seronok. Namun semua itu bergantung kepada pengawas tersebut. Seperti aku, aku lebih gemar menggunakan pendekatan silaturahim dan fun dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Kadang-kadang pengawas sendiri terlalu poyo dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang akhirnya mendorong mereka dibenci oleh rakan-rakan sendiri. Kita datang ke sekolah bukan untuk dibenci, tapi untuk mengeratkan silaturrahim, barulah nak belajar pun aman dan tenteram. Melalui pendekatan aku, kelihatan ok, kawan-kawan boleh terima, tapi tekanan dari guru-guru yang terlalu bersikap ortodoks membuatkan rancangan aku gagal menemui sasaranya. Aku tidak menujukan hal ini kepada semua guru, malahan aku hanya tujukan kepada sebilangan kecil sahaja. Tapi aku juga punyai kelemahan sendiri, dan apabila menjadi pengawas, kita tahu kelemahan tersebut dan berusaha membaikinya. Yang paling utama , menjadi pengawas, banyak membantu aku belajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Memang mudah cakap, banyak sangat kenangan ketika di menjadi pengawas, yang mana aku yakin x kan berulang lagi selepas ini.
Hari ini, sudah 3 hari aku meninggalkan alam persekolah, tiada lagi uniform, tiada lagi debaran peperiksaan(kecuali keputusan SPM.haha), tiada lagi bunyi loceng yang ditunggu-tunggu, tiada lagi semua itu. Perkara yang sentiasa menarik dalam ingatan aku. Kepada adik-adik yang bakal menghadapi SPM tahun hadapan, hargailah masa anda, gunalah masa anda di tingkatan 5 sepuas-puasnya, jangan sesekali alpa dalam pelajaran. Tingkatan lima akan jadi lebih menarik jikalau anda tidak sibuk bercinta, betul!, sebab kalau sibuk bercinta, wajah yang anda tatap saban hari ialah wajah kekasih anda, bagaimana wajah rakan-rakan anda? Lebih merbahay kalau percintaan di tingkatan lima kecundang di tengah jalan yang mampu menggugat tumpuan anda dalam menghadapi SPM. Gunakanlah masa ini bersama-sama rakan2, guru2, makcik2 kantin, makcik bookshop dan sesiapa sahajalah yang mungkin anda akan rindu, Kerani pun mungkin juga. Badrul mesti rindu Abang Suresh kan..hehe
fuhh.[hembus nafas kejap, penat!] alhamdulillah, hari pertama tanpa sekolah agak menyenangkan, bilik yang bersepah-sepah gara-gara SPM selesai dikemas. haha. lega! Sepatutnya hari ini merupakan hari "PEMBERSIHAN" , membersihkan segala anasir tidak menyenangkan, termasuklah format komputer desktop rumah yang sangatlah menguji kesabaran. Sudah merancang nak bersihkan komputer ni berzaman dah, tapi demi SPM, ku utamakan SPM.eceh~ Atas meja aku sekarang ni penuh dengan buku-buku yang penuh dengan ilmu, hendak dibuang, membazir. Tak tahu nak letak mana. X kan nak buang buku-buku rujukan dan buku-buku latihan yang terlebih-lebih sampai x buat ni semudah-mudahnya.haha.
Itu satu hal, hal yang lebih mengemparkan aku ialah komputer kesayangan aku ni. Sudah lama bermasalah, ram tinggi, hd agak besar la. sepatutnya tiada masalah. tapi menyedihkan, asik sangkut shj. Atas nasihat abang, aku laksanakanlah SYSTEM RECOVERY, REVERT TO FACTORY SETTING. Dengan harapan kuasa komputer yang sebenar dapat lahirlah.HEHS. Harapan tinggal harapan. Selesai shj proses pemulihan, langsung x boleh dibuka. WHOAA MAGIC betul la. sakit hati.punah harapan.
Kini aku menulis menggunakan papan kekunci yang melekat dengan komputer, laptop abang aku yang ditinggalkan keseorangan di rumah ini kerana dia sudah angkat yang barulah!.haha. Terus terang laptop ni ok:D OK je la. x lebih. cuba install PHOTOSHOP CS3 dalamnya. Alamak! FAIL!
NO NO NO NO, habis SPM, tapi x ada photoshop? NOOOOO! huwaaa:(( cadangan2. saya buntu..
Assalamualikum, Alhamdulillah, akhirnya SPM yang dahulunya ditunggu-tunggu telah pun berlalu. Kini aku telah melangkah ke alam yang lebih mencabar agaknya? hehe. Rasa lelah dan letih masih menyelubungi diri ni, jadi untuk setakat ini, hanya mampu untuk 'menampal' beberapa keping gambar ketika Eiduladha yang lepas. SO, ENJOY!
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINTA AMPUN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI DARI ZAHIR HINGGA BATIN MOGA2 AMALAN RAMADHAN KITA DITERIMA DAN MOGA2 KITA JADI INSAN YANG LEBIH BAIK SELEPAS KELUAR DARI UNIVERISTI RAMADHAN
Assalamualikum, Semenjak dua menjak ni, isu kuil di Seksyen 19 telah menjadi sebuah isu NASIONAL yang terpampang di dada-dada akhbar. Mungkin rakyat Malaysia beranggapan hal ini seolah-olah hal yang sangat besar dan boleh menyebabkan rusuhan antara kaum. haha. LAWAK jadinya.
Bayangkanlah, aku membesar di kawasan Seksyen 19, lalu di kuil tersebut hampir setiap hari apabila ingin ke rumah kawan, tidak pernah pula timbul isu ketidaksesuaian kuil tersebut diletak di situ. Rakyat/Penduduk pun tiada pula yang menimbulkan hal untuk memindahkannya. Mungkin pernah sekali atau dua. Tetapi cukup sekadar itu.
Kedudukan kuil tersebut sangat tidak sesuai kerana betul-betul berada di hadapan pintu rumah penduduk yang majoritinya Muslim. Barisan rumah yang terdapat di hadapan kuil itupun hanya diduki oleh 3-4 orang beragama Hindu. Cuba bayangkan, kalau rumah anda hanyalh 2 meter di hadapan kuil. Mungkin satu kelebihan bagi umat Hindu, tetapi bagi umat Islam, ianya mungkin tidak sesuai. Tambahan pula, pelawat2kuil tersebut selalu menghadapi masalah "parking" yang akhirnya menyukarkan penduduk berhampiran.
diselitkan sekali video terbaru perkembangan ISU KUIL ini. Bukan nak pihak sesiapa. Cuma hal ini adalah hal penduduk dan aku juga merupakan penduduk seksyen 19. Membesar,tadika, sekolah,silat dll semua di sini. Seksyen 23 tu pulak, betul sebelah seksyen 19. Asalnya hanyalah tempat loji. Kawasan perumahannya pula sangat baru siap. Oleh itu orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini hentikanlah perjuangan jahil mereka ini demi ummah dan juga demi topi yang abang tu pakai! 1 MALAYSIA!(dalam video)
Assalamualikum, rasanya tidak lengkap sekiranya dalam bulan yang mulia ini, tidak ada satu pun peringatan yang aku selitkan dalam blog ini. Sekurang-kurangnya, jikalau aku pergi meninggalkan alam ini, dan masih ada yang membaca,mudah-mudahan pahala amal jariahnya terus menerus mengalir.
Sebentar tadi, ketika di masjid, ada sebuah tazkirah. Tazkirah tadi membincangkan mengenai
11 PERKARA YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Petikan ini diambil dari kitab TANBIHUL GHAFILIN (Peringatan Bagi Yang Lupa) Pengarang kitab ini, Abul-Laits Assamarqandi berkata: tanda sejahtera dan bahagia itu ada sebelas. Semua perkara ini berkait dengan ibadah puasa yang kita sedang jalani.
1. Tidak rakus pada dunia dan benar-benar inginkan akhirat Kalau kita benar-benar inginkan kesejahteraan di dunia dan terutamanya di akhirat, sudah tentu kita tidak akan rakus melihat limpahan material yang membawa kita ke arah lembah kelalaian dan maksiat. Orang yang tidak rakus ini ialah orang yang bekerja dengan cara yang halal (termasuklah menjaga hubungan dgn Allah smbil bekerja), tidak mengambil, memberi rahsuah dan riba dan tidak terlalu taksub mengejar kemewahan sehingga lupa yang halal dan haram. Bukanlah "tidak rakus" ini membawa erti menolak terus dunia dan hanya mengejar akhirat, tetapi dunia diambil dengan kadar yang diperlukan dan betul-betul berusaha mencari kesejahteraan di akhirat.
2. Semangatnya tertuju kepada ibadat dan mempelajari Al-Quran Al-Quran merupakan mukjizat yang paling hebat Allah kurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang penting telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran. Oleh itu, orang yang betul-betul bersemangat mempelajari Al-Quran pasti mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan kerana masalah2nya dapat diselesaikan melalui panduan Al-Quran. Bersempena pula dengan bulan yang mulia ini, baik kiranya kalau kita semua mula mempelajari Al-Quran walaupun secara perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya, selepas keluar dari Universiti Ramadhan ini, akan menjadi kebiasaan dalam diri kita untuk terus mengaji dan mendalami Al-Quran.
3. Sedikit bicara kecuali jika perlu Kita sering lihat, alim ulama dan orang soleh jarang-jarang berbicara perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sebaliknya mulut mereka sering terkumat-kamit memuji dan mengagungkan kebesaran Allah. Tidak lupa juga mengirimkan selwatan ke atas baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini, baik rasanya kalau kita sama2 mendidik lidah kita untuk selalu berzikir, bersalawat dan membaca al-Quran agar apabila keluar dari bulan Ramadhan, kita tidak lagi berbicara perkara-perkara lara, kerana sudah tentu kita ingin tergolong dalam golongan yang sejahtera di dunia dan akhirat dan orang seperti ini tidak sesekali berbicara perkara2 lara.
4. Menjaga solat fardhu Perkataan menjaga di sini tidak merujuk kepada melaksanakan semata-mata. Perkataan menjaga membawa makna, melaksanakan tepat pada waktunya, tidak sengaja-sengaja melewatkannya, menjaga rukun qalbi,fe'li ,qauli dengan tertib dan cermat dan juga khusyuk. Sesungguhnya solat fardhu yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan ibadat yang utama. Solat fardhu boleh diumpamakan seperti kepala kepada semua ibadah. Jikalau kita tidak berkepala, mampukah kita hidup? Oleh itu jikalau kita tidak menjaga solat kita, adakah puasa yang kita laksanakan ini bermakna atau mungkin hanya mendapat lapar dan dahaga. Renung-renungkanlah bersama.
5. Bertawadhu dan merenda diri serta tidak sombong Jikalau diringkaskan tajuk diatas ini, "Jangan Sombonglah". Benar, siapalah kita untuk sombong sedangkan kita hidup memijak bumi yang kita pinjam, melihat dengan bebola mata yang kita pinjam, bercakap dengan mulut yang kita pinjam, berjalan dan menulis dengan tangan dan kaki yang kita pinjam serta makan dan bernafas dengan nikmat dari Allah. Semua perkara yang kita pinjam ini ialah amanah yang kelak akan dipersoalkan di akhirat. Maka, siapalah kita untuk bejalan dengan angkuh di atas muka bumi ini. Tidakkah kita sedar betapa kerdilnya kita ini?
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh Nabi Muhammad pernah bersabda, Sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tidak mampu membeli minyak wanginya, tapi bau wangi tersebut pasti melekat di baju kita. Begitu juga kalau kita berkawan denga tukang besi, walaupun baju kita tidak terbakar, tetapi pasti bau besi itu melekat pada pakaian kita. Begitulah dalam hidup kita, kalau salah memilih kawan, setidak-tidaknya kita pasti akan dibabitkan dalam sebarang kesalahan yang dilakukan oleh rakan kita. Sebagai seorang remaja, amat sukar untuk memilih rakan yang baik, oleh itu kita perlulah sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan kita kawan-kawan yang soleh dan memberi taufik hidayah kepada diri dan kawan-kawan kita yang lain untuk berubah. Kita juga perlu berusaha untuk berubah jikalau kita ingin berkawan dengan orang-orang soleh.
7. Menjauhkan diri daripada perkara haram walupun sedikit Dalam perbuatan-perbuatan mungkar yang pernah kita lakukan, kita tidak tahu yang mana Allah paling murka. Mungkin Allah murka terhadap dosa kecil, dan mungkin juga dosa besar yang kita lakukan. Maka, kata-kata seperti "alaaa, dosa kecik jee" perlulah kita elakkan sama sekali, kerana siapa tahu sekiranya dosa kecil itulah yang Allah paling murka.
8. Bersifat pemurah dan baik Sifat pemurah dan baik ini terlalu subjektif untuk dibahaskan. Tetapi antara contoh berlaku baik dan pemurah adalah dengan saling mengingati antara sesama manusia kerana kita ini adalah makhluk yang sering lupa.
9. Kasih Sayang kepada semua makhluk Untuk memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlulah berkasih-sayang sesama makhluk. Jikalau kita sayang akan rakan-rakan seIslam, nasihati mereka. Jikalau kita sayangkan kawan-kawan yang bukan Islam, ajak mereka menganut Islam dengan cara yang baik. Jikalau kita sayangkan haiwan, jangan sesekali menyakiti mereka dan lindungilah mereka. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk Allah dan perkara di atas hanyalah contoh-contoh kecil.
10. Berguna kepada semua orang Imam Ghazali pernah berkata, jadilah kita seperi makanan, sesungguhnya makanan itu sentiasa diperlukan oleh manusia. Jikalau kita tidak mampu jadilah kita seperti ubat-ubatan, kerana pada masa-masa tertentu kita sangat diperlukan oleh manusia. Tetapi janganlah kita jadi seperti ular yang hanya akan dipalu walaupun belum sempat meludahkan bisannya. Maksud di sini, adalah paling baik kalau kita dapat menjadi insan yang sentiasa berguna kepada masyrakat sekeliling. Jikalau tidakpun, apabila mereka dalam kesusahan, mereka akan mencari kita. Aku suka bab ini, sebab kita selalu bahaskan perihal kawan yang mudah lupa kawan. Diwaktu susah barulah hendak cari kita. Bagi aku, ini merupakan petanda yang baik kerana ini menunjukkan kita berguna kepada orang lain. Tetapi marilah kita berdoa agar Allah tidak menjadikan kita seperti ular, kerana cukup dibenci oleh masyarakat, walaupun dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan.
11. Selalu ingat kepada mati Gahh! Kematian, topik yang jarang-jarang sekali kita ingat. Apatah lagi dalam usia muda remaja sebegini. tetapi itulah hakikatnya, orang yang selalu ingat kepada mati pasti selamat dunia dan akhirat kerana mereka akan sentiasa berlaku cermat dan berhati-hati dalam tindakan mereka.
alhamdulillah, anda baca sampai habis, moga-moga dapat hebahkan tajuk ini. Kat bawahni aku selitkan sekali video Rabbani-Mawi lagu SAKSI sebagai renungan. Al-Fatihah juga kita sedekahkan kepada Ustaz Asri.
"Eyh, dah datang dah? Kejap eyh, kejap. Nak bersihkan sawang2 ni haa. Bersawang blog aku ni, da berapa dekad entah x datang jenguk. HACHUM! Alhamdulillah. Tengok tu, berhabuk-habuk." Beberapa minit kemudian, "HAA!! DAH SIAP!"
Assalamualikum wbt, apa khabar semua, rindunya aku kat blog ni. Lama sungguh tak menjenguk. Pejam kelip pejam kelip dah Ramadhan. Pejam sikit lagi SPM. Kelip sekali lagi jumpa kawan-kawan lama kat kenduri kahwin classmate. haha.
Aku tak de mende nak cakap sebenarnya dekat blog ni hari ni, cuma nak bagi korang sekeping kad.
nah! amik tu, simpan elok2 penat aku buat.haha. Apa kata kita menyusur kehidupan aku sat. NAK? Kalau x nak anda boleh tekan butang pangkah kat browser ni ye:D
1 Ramadhan. Alhamdulillah, masih mampu bernafas. Beberapa minggu kebelakangan ini, aku sering lambat tidur, bukan kerana masuk kamar lewat, tapi aku sering terpikir , "kalau-kalau aku matiii". SERAM! Dosa aku banyak sangat, kalau aku mati siapa yang nak doakan aku? Aku x de amal jariah. Fikir-fikir terlelap. Ramadhan kali ini bermula dengan hari yang dingin. Hujan melimpahi bumi Shah Alam sepanjang hari. Bagi aku, hujan itu adalah rahmat Allah. Mungkin benar kata Rasulullah, bhw permulaan Ramadhan itu adalah rahmat( ada yang mengatakan hadith ini dhaif). Ketika sedang mengulang-kaji, terpandang jendela. Kelihatan air hujan menitis-nitis satu persatu. Terfikir di benak pemikiran, "Ni amk gmbr cantik ni. Boleh wat Kad Ramadhan" Al-maklumlah, semua orang kirim kad ramadhan kat dalam MySpace. Takkan tak berbalas kan. Dengan pantas kamera Nikon model D60 tahun 2008 aku capai dan alhamdulillah apa yang terbayang dipemikiran berjaya dilaksanakan. Petang sedikit, selepas Asar, aku bersama ayahanda pun pergi lah ke bazar melihat apa yang ada. Agak sedih melihat suasana tahun ini, suram sangat. Sampai kini terasa kesuraman bulan Ramadhan tahun ini. Malamnya seperti kebiasaan solat berjemaah Isyak. haha. Aku suka bulan RAMADHAN. Ada magis di sebalik bulan ini. Masjid telah pun sesak dengan orang walaupun azan masih belum berkumandang. Rasa juga kemeriahan Ramadhan sedikit.
2,3,4 dan 5 Ramadhan, tiada apa yang istimewa untuk dikongsi bersamalah. Mungkin juga aku lupa. Kalau ada insyallah aku "edit" balik post ini.
Hari ini aku asyik mendengar dua buah lagu. Sebuah dari Sami Yusuf, single terbarunya, YOU CAME TO ME dan tiba-tiba lidah aku bergerak-gerak mngikut alunan lagu KALAU TERLEWATKAN dari SheilaOn7. Mungkin ada kisah disebalik lagu ini agaknya:D Apa-apapun layanlah dua-dua lagu ini OK! BYE!
Assalamualaikum, Alhamdulillah selepas lebih kurg dua bulan mendiamkan diri, kini jari jemari aku cuba bangkit semula menawan pentas 'papan kekunci'. Mungkin post kali ini tak berapa menarik, tapi seperti post2 aku yang lepas, aku hanya ingin melontarkan pendapat, di samping melatih jari-jemari aku membina stamina untuk menghadapi SPM yang sudah mula menunjukkan batang hidungnya.
BERGAYAKAH MEMILIKI KAMERA DIGITAL SLR? Bergayakah meneropong ke dalam 'viewfinder' kamera gajah tersebut? Bergayakah menggantung strap Nikon, Canon, Olympus etc di leher masing2?Persoalan yang cuba aku ungkai, tapi ternyata aku tidak mampu. Anda yang membaca fikirla sendiri.
8 Mac 2008, pertama kalinya aku memiliki kamera sendiri, hadiah daripada ayahanda dan ibunda tercinta kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR 07. Terima kasih sekali lagi kepada mereka kerana telah berusaha menghantar saya ke mengikuti kursus asas fotografi yang dianjurkan oleh "Click and Snap UniKL MIAT" dan "ASFON NS". Ketika itu, kamera SLR hanyalah satu idaman bagi remaja-remaja sekolah terutamanya. Tidak ramai yang menggunakan DSLR masa itu. Minat aku yang terlampau mendalam dalam bidang fotografi membuatkan aku beria-ia belajar serba sedikit mengenai fotografi melalui pembacaan dan pemerhatian. Sememangnya belajar sendiri bukanlah cara yang mudah, dan tidak terjamin keberkesanannya. Tapi bagi aku, aku berjaya. Dengan cuba meniru gambar2 taiko fotografi, secara perlahan2 ilmu dan skil aku bertambah. Namun apa yang sedikit membuat aku terkilan apabila sering kali terdengar di corong-corong mulut sumbang yang menganggap apa yang aku lakukan sebagai 'mengikut-ngikut'. Maka tercetuslah idea post ini.
Seperti satu fesyen bagi kebanyakan remaja kini memiliki sebuah kamera besar2 bersaiz telur ostrich tergantung di leher mereka. Melihat DSLR menjadi bahan aksesori merupakan satu azab bagi bebola mata aku. Berbagai soalan mula bercabang di pusat pemikiran HOTAK AKU. Antaranya, mengapa ramai sangat pakai DSLR? Kayanya diaorang ni! Pada mulanya, aku menyambut fenomena ini sebagai fenomena sihat, memandangkan aku sendiri ketika itu belum mempunyai rakan-rakan yang melibatkan diri dalam bidang fotografi. Namun selepas aku kerap kali melihat hasil seni rosak yang datang dari kamera yang diliputi bahan2 canggih, aku mula merasakan kaum-kaum ini hanya ingin menunjuk-nunjuk dan berlagak dengan apa yang mereka ada.
Memilik sebuah kamera DSLR bukanlah satu perkara yang patut kita banggakan. Jikalau benar kita minat dalam bidang ini, maka kita wajib menuntut ilmu. Bukannya sesuka hati mebazirkan wang ribuan rinngit semata-mata ingin menekan punat kecil bersaiz smarties. Apabila fenomena "GIGS" mula mebanjiri benak pemikiran remaja Malaysia, semakin ramai remaja yang kita yang menjadi lebih bebal. Mereka sudah hilang identiti dan mula meniru apa sahaja yang kelihatan 'COOL' di lensa mata mereka. Mula-mula semua orang cuba mendapatkan dan menghasilkan custom T yang bertatahkan perkataan-perkataan yang mana huruf-hurufnya sebesar penumbuk aku. Apabila pertama kali T seumpama itu dihasilkan, jujur, memaang ianya menarik. Namun apabila semua orang hendak meniru gaya tersebut, baju-baju seperti itu mula kelihatan jelek. Kemudian datang pula seluar cikang x ingat dunia, juga hasil ideaolism "GIGS". Kalau artis-artis tersebut yang pakai tidak apalah, cantik saja di mata. Namun apa yang membuatkan kornea aku gatal semacam ialah apabila semua remaja ingin meniru gaya tersebut, tapi dengan cara yang salah. Aku tidak mempunyai ilmu langsung dalam fesyen, tapi aku masih mampu menilai mana cantik mana pelik. Kalau yang pakai itu gempal-gempal seangkatan dengan aku, cantik ke? Jujur aku kata seperti nangka dibalut! Kemudian datanglah fenomena DSLR! Fenomena yang cukup aku benci kerana secara tidak langsung, kritikan selalu sahaja dilontarkan kepada fotografer.
Ramai yang berkata bahawa gambar-gambar photographer cantik kerana menggunakan DSLR. Malah tidak kurang juga yang beranggapan bahawa gambar-gambar yang cantik adalah sumbangan dari teknologi semata-mata. Seolah-olah, jikalau mereka mempunyai DSLR, mereka mampu menghasilkan sebuah masterpiece yang sama nilalinya dengan gambar-gambar photographer pro lain. Akibat terlalu yakin, ilmu terlalu cetek dan tidak berfikiran secara waras, mereka pun dengan mudah membeli kamera ribuan ringgit di kedai2 berhampiran. Memanglah mudah kerana kebanyakan dari mereka membeli dengan duit orang tua mereka. Hasilnya, gambar-gambar mereka langsung tidak tumpah dengan kecacatan di otak mereka. Disebabkan terlalu ramai yang telah terpedaya dengan hawa nafsu masing-masing, kritikan mula dilontarkan oleh kawan-kawan mereka yang asalnya cemburu, tetapi jauh lebih pintar dari mereka. Secara tidak langsung, aku juga menjadi mangsa mulut2 yang tidak pernah melawat wakil-wakil insuran.
Konklusinya, tidak salah sekiranya semua orang memilik DSLR, tetapi salah sekiranya orang tersebut tidak belajar menggunakannya dengan betul. Gigs juga tidaklah membawa mesej yang tidak baik, tapi orang yag menghadiri gigs itulah yang tidak tahu membezakan baik dan buruk. Aku ingin minta maaf kerana post kali ini agak kurang sopan, tetapi ini shj caranya yang aku mampu untuk melontarkan idea. wallahualam
Lama tak jumpa kan! Esok dah nak sekolah. Rasa macam taknak pergi je, bukan sebab x seronok ke apa, tapi sebab dapat RESULT! Waa! Habislah! matimatimati!
Baru2 ni, aku sekeluarga tolak kakak dan Ed, ke Singapore. haha. itu saja lah hendak diberitahu, x larat nak tulis panjang2.
Mungkin juga ini post yg terakhir dalam masa beberapa bulan ni. Kene STOP online dah. Ketagih sgt aku ni. SPM is just around the corner. so BYE2
Alhamdulillah, beberapa minggu lagi, usai sudah kerja aku sebagai AJK PENGAWAS. Kembalilah semula ke alam persekolahan yang biasa. WAH! Seronoknya! Jadi AJK Pengawas ada seronok dan lebih-lebihnya menyakitkan hati, mata dan juga telinga.
Tak boleh nafikanlah kesakitan tu kadang-kadang perit gak, dengar orang cakap sana sini, "weyh aku pun cam korang gak, student biasa je!" hati ku berbicara. Tapi nak tak nak, terima jela, "tengok Zamri, dah nak habis, yang sakit2 tu pun sudah x dirasai, betul x?" Betul2.
Memang betul, apa yang aku ingat sekarang ni keseronokan jadi pengawas je. hehe. Di sebalik tabir sapa tau keje pengawas ni en. Bukannya nk jd pengawas sangat pon, jadi mawas je lebih. Tu yang lahirnya ilham buat cerita MAWAS DAN ZETI tu.haha. Untuk pengetahuan yang tidak tahu, Isnin buka sekolah ni, akan diadakan kempen untuk calon. "Sapa r calon2nya?" hehe.. segan nak cakap, aku pun x tgk lagi nama calon2 tu.heee.xm la katakan.haha. Kemudian Selasa pulak ada pilihan raya! Ya! BETUL! Jangan terkejut kalau anda dengar inilah kempen pilihan raya paling pendek dekat SMKS 19. haha. Jangan salahkan aku, bukan kerja aku:D haha
Ingat balik kenangan 2008, pergh! sumpah best. hee:D Jadi pengawas gila sempoi, keje ala kadar je.haha. Waktu kempen seminggu tu betul aku manfaatkan sebaiknya. . . . . . untuk belajar.haha. malas aku nk promote diri yang x hensem ni. Apa barang tampal2 poster, kalau hebat orang nak pilih jugak en. Alamak, riak! astaghfirullahazim. Kalau ada yang rasa nak tgk balik apa yang aku perkatakan untuk kempen 15 minit tu sila tekan sini. Memang bila fikir balik sebenarnya lawak sangat. haha. Tapi ini adalah pendedahan yang baik lah kiranya untuk diriku. Hari itu juga diadakan kiraan undi. Mula-mula dengar cerita first round, undi cikgu aku kalah. Masa itu, " leganyaa!boleh relax", yelah undi cikgu membawa peratusan yang tinggi. Then esok, waktu tgh ronda2, Teacher Herlina beritahu siapa menang. " Dan pemenangnya ialah.. drum plss, Zamri!!" eh eh, over lak, kau igt AF apa.isk2. Biasa je la, Teacher H cakap, "dengan peratusan sekiansekiansekian, sekiansekian ahmad zamri menang." Orang tepuk. Wey, macam mng AF org tepuk! Perasaan aku berkecai masa tu. " AH!! TIDAKK!! X NAKK!!" aku tau awal2 memang x best jd KP. Orang cakap sana sini, orang lain buat salah aku lak kena, "asal zamri x tego pengawas dia tu, kapel sana sini blablabla" haha. Mudah bicara dari bertindak. Baru jadi KP dapat berita tak baik, cikgu banyak kata aku sombong, x ke sedih!.haha. Aku bukannya wakil rakyat ke apa.haha. Dan dah aku ni bukan jenis nak"bodek-bodek" cikgu, terimalah hakikat. Habis Cerita!
Aktiviti pertama yang kita lakukan, SUKANEKA PENGAWAS. Tujuannya untuk mengeratkan hbgn antara AJK-AJK dan juga pengawas2 lain. Kerjasama yang diberi sangat menakjubkan, memang terbaik! Idea2 melimpah ruah samapi tak tahu nak tadah kat mana dah! Memang menarik, al-maklumlah, kali pertama nak urus aktiviti macam ini. Kalau nak mengimbau semula kenangan itu, ataupun mungkin kali pertama nak tgk sukaneka pengawas, tekan sini.
Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan perkhemahan atau lebih baik kalau menggunakan perkataan LAWATAN KE LANGKAWI. Rasa-rasanya itulah tempat paling jauh pengawas SMKS19 pernah pergilah. Perkhemahan ini juga ada banyak konfliknya. haha. Untuk memendekkan cerita hasil titik peluh Teacher Herlina, kita semua dapat ke Langkawi. Tersangat-sangat best. Memang rasa bersalah sangat mula-mula biar teacher buat kerja sorang-sorang wat keje, tp kiteorg tgh xm.haha. Time tu bonding antara pengawas tersgt lah hebat.haha. Kalau nak tahu lebih lanjut. tekan sini.
Habis langkawi, cuti..haha..gila terbaik. Masa cuti tu ajk2 pengawas dgn teacher pergi main boling dan adala sikit jamuan sebab teacher dah nak berhenti sebagai cegu pengawas. Tekan sini untuk lebih info
Jujur, secara peribadi, bila teacher H dah x de, rasa berat je pengawas ni. Memang dah tak best la. Kerja pun stress shj. Ye la, asik ditekan-tekan. Masa teacher H ada, semua sng je, easy je, enjoy! Hakikatnya dah berubah, terima sahajalah. Oleh itu, kepada bakal2 pewaris moga jadi lebih baik dari AKU yang teruk ni:D
Masih baru lagi serangan terhadap Gaza berakhir. Darah anak-anak kecil yang mati dibaham peluru berpandu Zionis Lanatullah masih panas. Deruman kereta kebal dan bunyi jet F-22 Israel masih terngiang-ngiang di gegendang telinga pendudk Gaza. Semangat jihad dalam diri mereka masih membara dan semakin hari semakin kuat dan panas bahangnya.
Tetapi, orang Islam seluruh dunia jelas sekali sudah lupa. Kita sudah lupa bagaimana Gaza diserang. Kita sudah lupa akan titisan air mata yang kita alirkan tatkala melihat nasib rakyat Palestin. Kita sudah lupa kempen boikot barangan Yahudi Laknatullah yang diadakan secara besar-besaran. Kita sudah lupa demonstrasi yang kita lakukan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat. Kita sudah lupa akan mesej-mesej doa dan surah amalan yang kita forward kan seluruh rakyat Malaysia.
Aku saja biarkan benda ini berlarutan sebelum tulis di dalam blog sebab aku hendak melihat dengan lebih dalam, ada tak antara kita yang sedar? Hari demi hari, Israel dan sekutunya merancang penderitaan rakyat Palestin sehingga rakyat Palestin akan menjadi pelarian di negara sendiri. Menjadi bangsa asing di negara tanah tumpah darah nenek moyang mereka. Apa yang aku lihat, kita lebih cenderung dengan suasana politik yang boleh diselesaikan dengan mudah berbanding cenderung untuk berusaha gigih dan tekun membangunkan Malaysia dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam. Cukup aku benci pemimpin yang hanya tahu berpolitik, bersandiwara, membuang masa dengan rampas sana sini, makan duit rakyat dan yang paling penting gemar menggunakan nama Allah dan bersyukur segala di atas kejayaan mereka menipu! JELEK mata aku tengok si pemimpin2 ini, yang ditemani oleh wanita berjambul tinggi bak KLCC serta kainnya berbelah mengangkat tangan berdoa bersyukr di atas penipuan mereka.
Berbalik pada tajuk, hal pertama yang aku hendak sentuh, semangat BOIKOT! Dulu bukan main, hantar sana sini, poster segala jenis, sms smpi kering kredit, BOIKOTBOIKOTBOIKOT! Tapi realitinya, sekarang ini, kita kalah jua akhirnya. Kita masih lagi menyumbang kepada kekejaman Zionis! Baru2 ini kawan aku tanya, " Aitt, asal? BOIKOT lagi ke?" Bagi aku, soalan BOIKOT LAGI x wujud. Sekali boikot, selama-lamanya boikot. Takkan boikot ketika diserang sahaja, bodohlah kita! BUKA LAH MATA SEBESAR2NYA! Adakah duit yang kita beri ketika Palestin diserang itu merupakan duit untuk Zionis membeli senjata2 mereka? Sudah tentu tidak, sebaliknya duit itu mereka perolehi ketika kita leka dan alpa hanya kerana keamanan sementara sudah menjelma. Macam sekarang, kita masih lagi beli produk2 mereka, dan duit yang kita beri sekarang inilah yang akan digunakan untuk pencerobohan pada masa hadapan. Memang benar, kita umat Islam hanya bersifat hangat tahi ayam semata-mata. Tidak berpendirian dalam melakukan pekerjaan. Berbeza dengan orang2 Yahudi Laknatullah. Dari kecil mereka dididik dan berikrar akan memerangi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Bagaimana dengan kita? Takkan kita hendak lihat orang Palestin sahaja yang berjihad? Takkan kita hanya hendak berbangga dengan sejarah Salahuddin al ayubi, Sultan Mahmud al fateh dan Tariq bin Ziyad semata-mata.
Perkara kedua pula ialah dari segi bantuan. Kalau ketika Palestin diserang, dibom, dibakar, dilanyak, masa itu barulah berduyun seluruh dunia turun ke Palestin menghulurkan bantuan. Tatkala pintu sempadan sudah ditutup baru terhegeh-hegeh hendak memberi bantuan. Kini, tiada siapa yang hendak menghalang dari memasuki Palestin. Kenapa kita x dapat dengar atau lihat semangat para sukarelawan ini. Kenapa hanya seglintir sahaja NGO yang masih berjuang untuk memberi pendidikan dan kemudahan perubatan kepada rakyat Palestin? Kita tidak sedarkah? Inilah masa yang sesuai untuk kita membangunkan dan menguatkan Palestin.Bersama-sama menghulurkan bantuan ketika ini. Bukan ketika mereka diperangi, Ketika bantuan disekat! Jikalau sesebuah kerajaan Islam mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, ketika inilah sepatutnya mereka bantu Palestin untuk menguatkan semula tentera2 Palestin, tidak kiralah dia FATAH atau HAMAS. Walaupun Fatah ternyata seperti pembelot, tetapi mereka tetap Islam dan saudara kita, maka wajib kita bantu mereka. Kita dilahirkan mendengar sirah Nabi Muhammad, tetapi tidak pula kita ikut cara hidupnya. Bagaimana Rasulullah menggunakan Perjanjian Hudaibiyah untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Walaupun akhirnya kaum Musyrikin mencabuli perjanjian tersebut, namun Rasulullah sudah berjaya menyebarkan Islam. Islam berkembang seperti cendawan yang tumbuh ketika musim hujan.
Rekaan aku, belum siap sepenuhnya. Memerlukan pandangan,kritikan dr org ramai. Warna belum tetap, logo x letak lg, akn diletak di bulat lompong besar 2..haha
21 MEI. Panggung Wayang seluruh Malaysia akan digegarkan dengan sebuah filem, yang sama sekali jauh berbeda dengan filem-filem yang pernah ada dia tanah air ini. Filem yang insyallah akan merubah wajah dunia perfileman tanah air. Filem yang sudah tentu akan merubah persepsi masyarakat mengenai percintaan.
Mesti semua tertanya-tanya, kenapa aku tulis pasal filem? Sedangkan aku jarang sekali melihat filem tidak kira baru mahupun lama. Tapi, apabila melihat BTS SYURGA CINTA, aku merasakan, impian aku melihat sebuah filem berorientasikan ISLAM yang dicipta atau diilhamkan oleh rakyat Malaysia sendiri tercapai. Ditambah lagi dengan barisan pelakon yang cukup mantap dan hebat, termasuklah bintang AF, Heliza. Kalau semua nak tau sangat apa yang istimewa sangat pasal filem ini, meh, tengok trailernya!
jgn baca bawah!habiskan tgk dulu:D
Secara peribadi, melalui bebola mata aku sendiri, aku melihat filem ini sebagai paparan realiti yang perlu disaksikan dan diakui oleh seluruh warga Malaysia dan juga SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. Melihat orang Islam sendiri ke kelab2 malam bukanlah sesuatu yang janggal. Malah, kelab-kelab malam yang ada di merata-rata Lembah Kelang sentiasa dipenuhi oleh orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Jikalau dulu, cerita orang Islam tidak solat sangat hangat. Tetapi kini, orang Islam bukan sahaja tidak solat, malah, mereka tidak tahu apa itu solat. Tiada bedanya hidup mereka dengan hidup orang-orang yang hanya berkiblatkan pangkat dan kemewahan. SEKS bebas juga sudah menjadi salah satu cara hidup generasi kini. Yang betina berasa bangga apabila dinodai. Dan yang jantan berasa hebat dan gagah menodai si betina. CINTA yang sering dianggap suci telah dinodai disebabkan oleh pengaruh-pengaruh sang manusia yang berkiblatkan duniawi semata-mata. Sebagai bukti, aliran masuk filem-filem barat yang sangat tidak sesuai untuk tatapan rakyat timur telah menjajah kepala hotak orang kita, sehinggakan mereka berasa, cinta tidak romantis jikalau tidak BERDUA-DUA. Cinta tidak romatis kalau tidak BERPEGANG TANGAN. Cinta tidak romantis sekiranya tidak berakhir di atas ranjang.
Dalam filem ini juga, dilihat bagaimana, Islam telah menyusun susur atur hidup umatnya dengan sempurna. Cuma kita sahaja yang tidak mahu belajar dan mengikutinya. Kita lebih mengagongkan cara hidup yang diasas oleh manusia berbanding dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Bagaimana percintaan itu tidak jahat, percintaan itu manis rasanya kalau betul caranya. Semua orang patut tgk cerita ini, ambil pengajaran. Sebab, apa aku lihat hari ini, bila berbicara mengenai cinta, wujud 2 jenis manusia. Yang pertama fanatik cinta. Yang kedua anti-cinta. Golongan yang pertama ini sah-sah golongan yang tidak sedar wujudnya tuhan sehingga dia merasakan cinta itulah tuhan. Dia lupa bahawa dia adalah hamba tuhan, tetapi dia boleh menghambakan diri kpd cinta ilusi semata-mata. Yang kedua pula, ialah orang yang cuba beramal sebaik mungkin, tetapi tidak kene pada caranya. Mereka menganggap cinta itu jijik, sedangkan cinta itu suci, tetapi orang2 yang bercinta itu yang jijik. Mereka berasa takut untuk jatuh cinta kerana tidak mahu jadi seperti manusia2 yang jijik bercinta. Tetapi memang aku tidak nafikan, cinta pada akhir zaman ini, terutama ketika di usia muda, sememangnya antara lubang-lubang untuk syaitan menguasai diri kita. MAKA BERWASPADALH!
Dalam filem ini juga, aku lihat, bagaimana cinta itu mampu mengubah seseorang. Pasti ada pihak yang tertanya-tanya, adakah perubahan dan taubat manusia ini diterima? Bukankah mereka berubah kerana cinta semata? Di mana pergi keikhlasan seorang hamba? Lantas, teringat aku sepotong lirik HIJJAZ, "kerna cinta, kenal penciptanya, kerna cinta, kenal rasulnya" Bukanlah mereka tidak ikhlas bertaubat, tetapi apabila mereka jatuh cinta dengan orang-orang yang soleh, barulah mereka sedar, bahawa mereka telah bayak berdosa. Sudah menjadi fitrah manusia itu pelupa. Maka apabila dilihatnya si kekasih itu, barulah dia teringat akan tuhannya. Seperti satu potongan dalam filem ini, Heliza menegur lelaki tidak boleh pakai rantai. Apabila kita ditegur oleh orang yang kita sayang, yang kita beri perhatian, sudah tentu teguran itu memberi impak yang dalam, yang akhirnya membawa seseorang itu kembali kepada tuhannya. Tetapi apa yang aku sedihkan, adakah cinta zaman ini membawa nilai-nilai perubahan yang positif atau lebih merangsang manusia melakukan dosa? Fikir-fikirkan lah.
Alhamdulillah, sudah ada pengarah dan penerbit yang berani melahirkan filem sebegini di tanah air kita. Insyallah, kalau ada kesempatan, aku akan saksikanya. Akhir kata, kepada mereka yang sedang bercinta, ingat, kita bercinta kerana tuhan dan rasulnya. Janganlah cinta menyebabkan kita lupa pada tuhan. Kembalilah kita ke pangkuannya. Sesungguhnya cinta agong itu adalah cinta ALLAH dan RASULULLAH SAW.
p/s: Kepada mereka yang masih berpegangan tangan tatkala berpacaran, sudahlah, kembalilah kita kepada ISLAM. (ditujukan juga kepada salah seorang rakan baik aku!)
"eyh, nak beli la buku kecik ni! Zureen tgk org pandai2 semua pakai buku kecik cam ni!"
Lebih kurang macam itulah kata2 seorang rakanku kepada kakaknya kira-kira 3 tahun lepas. Kebetulan aku ketika itu sedang memilih pena di MRKB. Terdengarlah dialog ini. Aku sendiri kurang pasti, macam mana aku masih ingat perkara ini. Ketika itu aku hanya kenal si Zureen ni secara tidak sengaja sahaja. Tidak pernah bertegur sapapun. Tapi yang pasti, aku nak tergelak dengar dialog ini.Haha
Beberapa tahun kebelakangan ini, dia sedikit menyerlah. Sah-sah la satu sekolah kenal dia. Nama diberi: Azureen bt Abdul Hadi Halim. haha. Aku mula berkawan dengannya sebab dia juga merupakan salah seorg AJK pengawas. Bila dah buat macam2 aktiviti barulah betul2 kenal dia. Kemudian, waktu lawatan pengawas ke Langkawi barulah bonding kitaorang macam power sikit! ISK..RINDU LANGKAWI!KANKAN! Selalulah sembang2 dengan dia dalam YM. Kadang-kadang sampai pagi buta. Cerita apa entah. Ngarut je lebih. Lepas tu adalah lepak2 ngn geng PENGAWAS! Start dari situlah baru kenal. Rumah aku dengan rumah dia pun macam dekat gila. Dalam 90 meter je kot.haha
Secara peribadi, aku respek dekat dia. Nampak je comel molek. Tapi disebalik wajah suci 2, dia ni sangat luar biasa dan juga luar kawalan. Nampak je lemah lembut, bila dah naik gila dia, huuu.terkejut mata-mata yang memandang..haha..DRAMA QUEEN. Tapi aku nampak dia ni, punyai keyakinan yang tinggi. Mampu berbicara dengan petah di hadpan orang. HEBAT la senang cerita. Semua benda boleh buat. Kadang-kadang dia selalu cakap dia takut, x berani, tapi aku tau, apa pun perasaan dia, dia memang boleh buat. Kalau buat mesyuarat pulak, dia punya idea mesti bernas-bernas. Memang tak boleh dinafikan. Dan dia juga PANDAI. Serius!
"Awan mendung sudahHujan lebat sudahMusim panas pula menyerlah"
Tahun 2009! Dia selalu cerita macam2 kat aku. Segala ASPEK ! TAPTAP! Result asrama semua keluar. Dia tak dapat! Kawan-kawan dia pulak 2 semua blah! Seigt aku la, sedih dia gila2 bukan main. Tapi aku tau, satu hari nanti dia bakal menyusul. Dan ternyata benar, beberapa hari lepas, dapat berita, "AZUREEN DPT MRSM". Haha. Dalam hati aku, "BAGUSLAH." Tapi sebenarnya, jujur aku cakap, agak berat aku nak tengok dia pergi. Aku punyai harapan yang dia bakal jadi Ketua Pengawas perempuan yang pertama di SMKS19. Aku nampak kualiti yang dia ada. Aku PERCAYA dia! Bukan senang aku nak percaya kat orang..haha.. Lepas seorang2 pengawas keluar dari sekolah tu. Tapi bila dia nak keluar, aku macam.. huuu~lemah semangat dah. Siapa lah nak teraju pengawas lepas ni. Tapi x pe la. Kawan-kawan dia yang lain ada lagi yang boleh 2.Aku je x nmpk!
Tapi yang lebih penting, AZUREEN! Cita-cita kau tercapai. HEBAT! Cuma sebelum kau pergi harap2 kau ingat lah sedikit nasihat ini:
Tekadkan usaha anda
Pergi dengan niat yang murni
Balik dengan segenggam kejayaan
Berpuas hatilah dengan hasil usaha anda, walaupun tidak seberapa
Jangan sekali-kali pandang belakang
Jangan lupa KAMI di sini
Memang aku berterima kasih sangat kat kau atas secebis gelak ketawa yang kita kongsi. Atas rahsia aku yang kau simpan erat. Atas kesudian berkongsi rahsia kau
p/s: shes the one at center
Semoga perpisahan pendek ini tidak memutuskan ikatan-kawan kita semua!
angin sepoi-sepoi bahasa sering bertiup, april yang sudah lama menjenguk diri ini sudah ingin meninggalkan aku, mei yang bakal tiba pula sudah mula mengintai untuk menggantikan april.
Sedar x sedar, dah hampir bulan LIMA. Bayang2 Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah jelas kelihatan. Cuma jasadnya sahaja yang masih belum muncul. Cukuplah Ujian Setara 1 yang lepas menjadi seksaan jasad yang lemah ini. Biarlah Peperiksaan Pertengah Tahun ini menjadi titik perubahan dalam diri untuk menghadapi SPM yang lebih hebat tarafnya. Inysallah, AMIN.
Tengok balik TAJUK, hehe
Kawan, emm..siapa mereka? Bagi aku mudah, kawan ialah orang yang sentiasa hampir dengan kita takala susah mahupun senang. Bukan sahaja dekat di mata, malah walaupun berjauhan berjutaan batu, seorang kawan tetap dekat di hati. Tapi kawan ada pelbagai jenis kawan. Ada yang jujur, ikhlas, baik hati dan ada juga yang hanya kawan pada nama tetapi hakikatnya dia merupakan duri dalam daging.
Berbicara mengenai kawan, aku punyai ribuan kawan. Berbagai jenis kawan. Tetapi kawan sejati, yang benar2 bersama aku susah dan senang, mungkin mampu dibilang dengan jari sahaja. Yang lain-lain itu siapa? Yang lain-lain hanyalah kawan yang mungkin aku kenal tatkala gembira dan menyenangkan sahaja. Kawan yang tetap tegar bersama dalam sendu dan senda hanyalah beberapa kerat sahaja. Tapi aku tidak kisah, kerana itulah hakikatnya manusia. Makhluk yang pintar, pintar memanipulasi keadaan. Mungkin tanpa ku sedar, akulah orangnya.
Kebanyakan orang menggelar kawan pertamanya kawan baik? YA! BENAR! Aku pun! Tapi mungkin itu semalam. Aku pernah membesar dengan dia. Susah dan senang kami lalui bersama. Hujan terik semua bersama. HAHA. Main pasir sama2. Main TAMIYA atau pun dulu2 DASHINKURO sama2. Then lama sikit main TAMIYA sama2. Main BEYBLADE sama2. Main guli sama2. Tatkala belum reti menzahirkan perkataan kami sudah rancak bersembang. Aku mungkin dalam lupa atau ingat, tetapi kadang-kadang aku seolah melihat semula benda2 yang kami lakukan sama2. Sememangnya sama dengan apa yang pernah aku lalui. Mungkin aku punya FOTOGRAFIK memori, cuma aku tidak reti mengawalnya sahaja.
Tahun demi tahun, sedekad berlalu, kawan tetap kawan. Cuma mungkin bicarawa sudah berbeza. Tiada lagi beyblade dalam bicara kami. Perkara-perkara serius mula memenuhi bicara kami. Alam menengah telah mempengaruhi personaliti kami. Seperti saya katakan, kawan tetap kawan.
Namun, ternyata dia mengikut haluan berbeza dengan aku. Dia ke sana, aku ke sini. Mulanya, aku cukupcukupcukup kecewa dengan perangai nya yang ternyata sudah berubah. Mula melibatkan diri ke dalam kancah ASAP HARAM!ROKOK! Mula-mula aku macam diam membisu. Lama-lama aku sedar aku kena nasihat dia. OKLAH! SLOWslow. Mula-mula macam ok, lama-lama KO. Dia pun sudah mula memilih kawan2 lain yang sama kepala dengannya. Ternyatalah kini perbedaan kami. Tapi aku nak nasihat lebih2, dia ada bapak ada mak, so, aku ni hanyalah insan yang lemah longlai shj.
Aku cuba buat yang terbaik, dalam segenap aspek. Mungkin ada manusia tidak pernah kenal erti MENGENANG JASA. Aku tidak kisah. Tetapi bagaimana, kalau kita sudah buat macam2 untuknya, tapi dia hanya menconteng arang di muka "KAWAN BAIK"nya itu hanya kerana ingin menampakkan bahawa aku ini sama sahaja dengannya. Jikalau dia tidak mahu mendengar nasihat, tidak perlulah memburuk-burukan orang lain. Aku telah memberi sokongan dalam semua aktiviti dia, kecuali yang tidak bermanafaat. Tapi dia hanya mementingkan diri dengan meburuk-burukan aku di hadapan keluarganya. Jikalau perkara yang dia katakan itu benar, aku masih bole berfikir waras untuk menerimanya. TAPI, kalau dia mereka-reka cerita? BAGAIMANA?
Semalam, tiba-tiba sahaja, mama jumpa aku dan bertanya, "ahmad ada citer sekiansekiansekian?" Aku macam tergamam, "HA?" Mama cerita bahawa kawan itu memberitahu sekiansekiansekian kepada ibunya. Aku sangat sedih mendengarnya. Jelas lagi nyata dia mereka-reka hal tersebut. Kemudian, sekali lagi mama bertanya," Ahmad ada makwa?" HAHA! Itulah balasan spontan aku. Makwa?heee:D memang lawak. Rasanya semua orang tahu aku tidak punya makwa/pacar/dll. Sekali lagi mama berkata bahwa rakan tersebut memberitahu bahawa aku punyai kekasih dari SEKOLAH sekiansekian. Dialognya seperti ini
Ibu: Tgk ahmad 2, x de pon makwa2 Kawan: Ala, ibu x tahu. Ahmad tu ada makwa, Sekolah sekiansekian, cun!
Tidak cukup dengan itu,
Ibu: Tgk ahmad tu baik jee kat umah,x de kuar2 ke apa ke Kawan: Ala, ibu x tahu ahmad kat sekolah mcm mana.
Pedih hati aku mendengarnya. Bila masa pula aku punyai kekasih? HAHA. Dah tu, bagaimana perangai aku di sekolah? HINA?DINA?MACAM DIA? Jelas lagi nyata aku berbeda dengan kamu wahai kawan. Tatkala kau di tapak perhimpunan rancak bersembang, aku sibuk ingin memastikan perhimpunan berjalan lancar, termasuklah untuk membuatkan kau memberi perhatian. Sungguh aku kecewa. Jikalau dia tidak menyukai aku, tidak perlulah hendak menjatuhkan maruah orang lain. Tidak perlulah hendak mereka-reka cerita tentang orang lain? Tidak kenal ke FITNAH? Tidak tahu ke dosanya?
i miss the old you!
dan..aku pinta kepada diriku dan diri-dirimu, hentilah perbuatan hina memfitnah dan mengumpat
Angin monsun sudah kembali. Hujan rahmat sudah mula membanjiri Tanah Semenanjung Malaysia. Bunyi dentuman kilat sudah lali di telinga. Namun begitu, perasaan atau mood aku jauh berbeda dengan keadaan cuaca kini. Aku sentiasa merasakan hari tetap cerah dengan langit biru yg sungguh mempersonakan.
Kem Pengawas baru sahaja usai. PUAS HATI!GEMBIRA!BERSYUKUR! macam2 lagi la perasaan. Sampai suara pun dah abis. Aku masih menunggu sebahagian gambar yang tersangkut di komputer riba DEYDA. Insyallah aku akan terus mengemaskini blog ini selepas gambar2 usai diproses:Dhee:D
"Assalamualikum.. dan selamat pagi, perhatian kepada semua pelajar SMKS19, anda diminta untuk bergerak ke tapak perhimpunan sekarang."
Haha. Teks yang sama, diungkapkan oleh wajah yang hampir sama dengan nada,suara dan intonasi yang serupa setiap pagi di SMKS19(kecuali cuti). Akulah orang tersebut. Sudah muak mendengar nada tersebut walaupun dtg dr kotak suara sendiri. Bukan ada siapa kisah.HAHA.
SI BERANI YG X BERANI? Macam mana 2? Orang selalu bertanya kat aku : " x takut ke naik pentas sorg, bagi speech segala?handle majlis?x takut ke?" Jawapan yang sama untuk soalan yg hampir serupa ini ialah: "emm..nk takut apa?" Betul!! Memang aku x takut nak naik pentas utk mengurangkan stok saliva dan menyampaikan bicara-drama-sasterwara walaupun berjam2 lamanya. Malah, aku cukup suka naik pentas, berdiri segak, memegang 'cordless microphone' dengan audio system yang telah diberi sentuhan professional. Bayangkan saja, bunyi echo yang bergema2 mengalunkan bunyi merdu yang datang dari kotak suara seorang katak ini. Bunyi yang memberi impak mendalam kepada si pendengar dan semestinya kepada sang pemidato. Bunyi yang memberi 1001 ilham. X perlu lagi hendak menoleh ke arah teks yang sememangnya terlalu bosan untuk dipandang. Boleh aja buang semua flash card yang tersemat di tangan.
Semuanya bermula sejak Darjah ENAM di SKS 19. Aku diminta untuk mempengerusikan perhimpunan. Pada mulanya sudah tentulah bergeletar seluruh tubuh badan. X kira lah yg bersendi ke x. Semua sejuk membeku. Ditambah lagi dengan keadaan audio system yang sgt dahsyat.HAHA. Bayangkan sahaja, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun terpaksa melontarkan suaranya sepenuh hati, tanpa menggunakan sebarang alat pembesar suara untuk mengendalikan perhimpunan. Tangan, kaki dan wajah yang sebentar tadi sejuk membeku sudah mengeluarkan air yang seolah2 berlakunya kondensasi. Suhu persekitaran yang baru sahaja dirasakan sangat sejuk berubah menjadi teramat panas. Ditambah dengan sejenis pakaian yang paling tidak sesuai dipakai di negara2 khatulistiwa. Itulah BLAZER! Baru tadi fokus aku menjurus ke arah mengurangkan gementar kini sudah berubah ke arah mengeluarkan segala isi anak tekak yang ada. Turun sahaja dari tangga pentas perhimpunan tersebut, aku sudah merasakan roh keberanian berhdpn org ramai merasuk jasmani-rohani aku.
Tatkala awan membawa monsun timur menggantikan monsun barat Tatkala bumi yang hampir sfera ini semakin diancam pemanasan global Sudah beberapa tahun berlalu
Sedar x sedar sudah tingkatan lima. Beberapa langkah sahaja untuk mengkatamkan kitab sejarah persekolahan aku. TupTup! Aku tersedar! Di sebalik pujian BERANI yg diberi, aku sedar, aku tetap seorang penakut seperti kanak-kanak 5 tahun. Keberanian yang selama ini aku rasa banyak membantu aku hanyalah boneka semata2.
Apa gunanya kalau hanya berani berkata-kata tapi tidak berani berhadapn dengan realiti duniawi? Apa gunanya berani berdrama swasta di hadapan ribuan pendengar setia tetapi cukup takut berhadapan dengan manusia yang bisa mematahkan hujah kita? Apa gunanya berani menggerakkan jari jemari menari megikut rentak tempo papan kekunci dalam samudera YM, tetapi gentar berbicarawara secara face 2 face?
Haha. Itulah aku! Sememangnya aku lah 'Si Berani Yang Tidak Berani.' Pernah suatu ketika, seorang rakan menghantar mesej ringkas yang terpampang jelas di monitor HP 19inch ini, "Kita jarang2 cakap depan2 an." Agak tersentap ketika itu! Kenapa aku terlalu takut berhadapan realiti? Terlalu susah ke hendak bermesra dengan orang lain? Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana aku sudah bertateh perlahan2 untuk mula bermesra dengan orang. Kalau dulu sehinggakan rakan sekelas pun tidak diteguri. HAHA. Bayangkan saja, orang yang gah berdiri atas pentas, takut berbicara dengan rakan sekelasnya.HAHA
Baru beberapa minit lepas, rakan yang aku yang bakal terbang ke sekolah baru ajak ke rumahnya esok. Rumahnya sangat2lah dekat, tidak sampai 50 meterpun. Dah tu, dia jiran lahh.HAHA. Katanya ada Farewell Party. Serba salah jadinya. Aku cukup tidak berani atau dengan kata lain SEGAN untuk bertandang ke rumah orang lain. Walaupun rumah kawan sendiri. Tetapi segan untuk bertandang ke rumah jiran? Masuk akal ke?HAHA
Konklusinya, tidak semua orang yang nampak gah berdiri segak di atas pentas itu orang yang TULEN BERANI. Setiap orang punyai fear factor masing2. Tapi, itu bukanlah alasan, kerana semua fear factor wajib kita atasi. Hanya satu sahaja ketakutan mutlak, itulah takut kepada ALLAH.
Sekian bicara-wara ,menegur diri sendiri:D assalamualikumm